Sunday, October 20, 2013

Alhamdulillah... Rezeki Lagi...

Assalamualaikum...

Sambungan dari Mangga Oh Mangga

Hampir setiap hari saya meninjau2 bunga-bunga mangga yang saya ceritakan sebelum ni. Tapi... lama kelamaan, bunganya semakin sedikit... sedikit... dan akhirnya habis.. jatuh gugur ke bumi. Rasa sedih jugak sebab dah meletakkan harapan untuk melihat pokok ini berbuah untuk kali keduanya... Macam mana pun, rezeki, Allah yang tentukan... 

Tiba-tiba.....

Minggu lepas, masa saya nak start kereta nak pergi UKM (kereta park bawah pokok mangga tu...), Susta ternampak 2 biji mangga tersorok di celah2 daun... 

Teruja sungguh melihatnya
Alhamdulillah.... Siapa sangka.... Rupa2nya, Allah `sembunyikan' dulu rezeki tersebut. Allah nak `surprise'kan saya agaknya. Ye la... Bunga mangga yang saya tunggu tak membuahkan hasil tetapi Allah tunjukkan saya mangga yang dah membesar...  Allahuakhbar.. Syukur alhamdulillah.. 

Sejak dari hari tu, setiap kali keluar rumah... saya pasti menjenguk mangga yang 2 buah itu... Ada lagi tak kat atas pokok tu? Monyet nampak tak? Ye la... bagi saya amat berharga... sebab dia baru berbuah untuk kali yang kedua. Saya mintak abang tolong balutkan mangga tu... Bila teringatkan buah mangga yang dua tu, asyik terfikir2 sama ada nak petik dan peram... atau biarkan aje masak di pokok...

Akhirnya, pagi ni... saya mengambil keputusan untuk memetiknya... Malangnya, sebiji mangga telah terjatuh dan cedera semasa abang memetiknya....

Nampak tak hujung salah sebuah mangga tu...
dah terkopek sikit sebab terjatuh
Besar, kan? Pengalaman lepas... ia lebih besar daripada ini... Tak tahulah, kot2 diperap nanti ia boleh membesar lagi. Tapi mangga yang cedera telah diselamatkan terlebih dahulu...

Sebiji mangga dah dapat semangkuk penuh
Subhanallah... sungguh banyak rahsia Allah yang kita tak tahu... Kisah mangga ni pun dah menunjukkan kebesaran Allah. Di saat saya rasa hampa melihat bunga2 mangga yang menghilang, Allah gantikan dengan mangga yang lain... yang telah membesar dengan jayanya....



Wednesday, September 4, 2013

Mak... Kawan Mak Datang

Assalamualaikum...

Masa auntie Zaiton beritahu yang dia dan beberapa lagi yang lain nak datang.... saya rasa terharu sangat2. Sebahagian daripada kawan2 masjid mak. Mereka memang selalu bersama-sama mak. Terima kasih kerana sudi datang ke rumah walaupun mak dah kembali ke penciptanya.

Menggelabah ye jugak. Hmm... nak hidang apa ye? Mereka nak datang esoknya 28/8/2013 (Rabu).

Saya teringin nak makan laksam.... so, buat laksam je la. Awalnya, laksam tak menjadi sebab pekat sangat.... lepas try and error beberapa kali... akhirnya, alhamdulillah... Pencuci mulut? Saya buat kek keju kiwi. Of course la senang sangat membuatnya.... sehinggakan orang yang tak pandai masak macam saya ni, boleh jadi.

Ni gambar hasil carian di googel
Macam tu la ghopenya. Saya hias ngan potongan kiwi lagi. Ohsem!

Err... lari tajuk daaaa.....

Alhamdulillah, kawan2 mak berselera makan laksam saya... bertambah2. Mereka tanya2 macam mana nak buat laksam tuuu... seronok melihat mereka berselera. Selain tu, siap nak order kek kiwi tu lagi... Ohhh! No.. no.. no... Tidak la saya menerima order.. Saya budak (???) baru nak menerai-nerai....



Bila berada bersama-sama mereka, saya dapat merasakan kehadiran mak.

Ya Allah.... rindunya...

Maafkan Kesalahan Kami, Selamat Hari Raya

Assalamualaikum...


Syawal tinggal 2 hari saja lagi...
Tapi saya tetap nak sampaikan di sini...

Selamat Hari Raya Aidilfitri... 
Jika ada salah silap, mohon maafkan kami... 
Jika ada hutang yang belum langsai, mohon maklumkan kami...
Anda juga... tiada salah silap terhadap kami...

Pertama kali berhari raya tanpa mak disisi....
Mengundang rasa sayu dihati....
Walau sanak saudara mengelilingi...
Masih terbit rasa kosong di sanubari..

Allahu Rabbi...
Ampunkan dosa kedua ibubapa kami... 
Lindungi mereka dari seksaan kubur yang ngeri....
Tempatkan mereka di syurgaMu yang tertinggi...
Bersama-sama mereka yang Kau kasihi

Aamiinn... 


Wednesday, July 24, 2013

Mangga Oh Mangga

Assalamualaikum...

Musim mangga mula mengeluarkan bunga ke sekarang ni? Saya tengok pokok mangga jiran saya lebat berbunga. Tapi pokok mangga saya tetap maintain tanpa bunga. Sepanjang hidupnya, (di tanam tahun 2000), hanya sekali mengeluarkan buah... itu pun pada 2011. Ada saya cerita dulu kat sini... Sedekad Lebih Penantian.

Tapi... walaupun berbuah hanya sekali.... buahnya sangat2 baik berkualiti. Sangat manis, tak berulat langsung dan sangat besar serta panjang. Ada yang hampir sama panjang dengan pembaris panjang. Pernah jumpa kat Giant (saiz yang sama) di jual dengan harga hampir RM10 sebiji.

Selepas tu... pokok ini kembali seperti sedia kala... tidak berbuah tapi tetap utuh sebagai tempat teduhan kereta saya dan jiran sebelah. Daun-daunnya berterusan gugur ke bumi... tapi saya dah pesan kat Susta (Susta kan ada.... hehehe) untuk sapu/kutip daun kering tersebut TERUTAMAnya yang gugur ke kawasan jiran sebelah.

Pokok mangga saya yang `segan' berbuah

Pokok mangga jiran depan rumah yang lebat berbunga
Tadi, auntie (chinese) sebelah rumah saya ni pun bising pasal pokok mangga saya yang tak mengeluarkan buah. Dia pun teringatkan buah mangga dulu yang pernah mak beri padanya... "Sangat bagus wo" katanya... Lepas dia masuk ke rumahnya, saya pun dok telek2 la pokok mangga ni (tengah panas pulak tu!). Tiba2..... 

Jeng... jeng... jeng....

Saya nampak sedikit bunga...
Alhamdulillah... sekurang2nya sudi juga ia berbunga. Hati saya pun ada bunga juga.... taman belum lagi (hehehe). Mudah2an, panjanglah hayatnya.... Saya cari-cari lagi, lagi dan lagi...

Ada lagi! Dan lagi...



Setakat ni, 3 kelompok tu je yang saya nampak. Tingginya...... cam mana nak balut nanti ye? Isk, dah jauh sangat pikir tu. Ni baru berbunga..... panjang lagi perjuangannya sebelum menjadi buah. Semoga bunga2 ni dapat terus bertahan sehingga boleh dinikmati oleh kami dan jiran2.

Semuanya kuasa Allah kan... 


Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu palingkan dari menyembahNya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutuNya)? (Al-An'aam 6:95) 

Tuesday, July 23, 2013

Nak Percaya Atau Tidak?

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan semua... Nak ucap juga walaupun dah masuk hari ke 14.

Nak cerita sikit.

Hari tu, 12 Julai 2013, Jumaat... saya dalam perjalanan untuk menghantar Sabrina (anak bongsu) ke sekolah. Tiba di satu selekoh (masih dalam kws Bkt. Antarabangsa), kereta saya telah ditahan oleh seorang perempuan (berlainan bangsa) di bahu jalan. Beliau mendukung seorang anak kecil (mungkin berumur lebih kurang 6 bulan) dan sampingnya, ada seorang lagi kanak-kanak berumur dalam lingkungan 5 tahun. Selain itu, ada sebuah motor rebah ditepinya. Melihat kepada keadaan motor yang rebah, kelihatannya seperti accident.

Saya teragak2 untuk berhenti. Pertamanya, sedang rushing nak hantar Sabrina. Keduanya, risau kot2 terjebak dengan perkara2 yang kurang baik. Saya rasa sangat2 serba-salah. Bagaimana jika ia memang sangat2 memerlukan bantuan? Hari ini, mungkin hari dia.

Dalam teragak2, saya berhenti juga. Tingkap kereta depan (kiri) tak boleh buka sebab dah rosak, maka saya bukakan pintu kereta (di sebelah Sabrina sbb tepi jalan). Terus si ibu berkata:

"Akak, tolong saya kak.... anak kecik saya ni sakit kaaakkkk... Saya tak de duit nak hantar pergi klinik. Berilah saya pinjam RM150.00 utk bawa ke klinik. Saya janji akan ganti balik. Ini I/C saya kaaakkk.. Akak tengoklah... saya tak tipu, kak... Saya janji akan bayar balik".

Beliau mengatakan perkara yang sama berulang2.

Saya terdiam. RM150? Boleh percaya ke tak ni? Dalam hati, saya mohon Allah beri petunjuk untuk saya buat keputusan. Kalau dia benar2 sakit, saya boleh tolong hantar ke klinik dan bayarkan sendiri... tapi utk bagi dia cash, saya tak mau. 

Tapi... saya fikir juga... nak bawa naik kereta ke? Risau juga kot dalam kereta nanti, tiba2 ada benda tajam menusuk ke badan saya dari belakang. Dah la saya bawa Sabrina. Owhh... suddenly teringat yang saya tengah rushing nak hantar Sabrina ke sekolah. Maka, tak sempatlah nak bawa beliau ke klinik.

Ya Allah...tunjukkanlah kepadaku apa yang harus ku lakukan...

Sedang dia merayu2 (siap menangis2 lagi), tiba2 anak kecil yang didukungnya itu menoleh ke arah saya. Saya dapat melihat keadaan raut wajahnya yang KELIHATAN SIHAT. Si ibu cepat2 memalingkan semula muka anaknya itu ke arah lain.

Hati saya dah kurang percaya. Saya katakannya saya tak bawa duit sebanyak itu (dlm hati ada tambahan ayat... `tak ada duit sebanyak itu untuk diberikan kpd awak'). Si ibu pun berkata... "kalau macam tu, bagi saya RM50 pun tak pe lah kak... Saya janji akan ganti. Selebihnya saya cari yang lain". Err.... boleh tawar menawar pulak? Saya ambil purse dan menghulurkan RM10 padanya. Saya hadiahkan sahaja... tak perlu ganti.

Surprisingly.... beliau menolak dan MERAJUK! Lalu beredar ke motornya yang rebah (atau direbahkan).

Hati saya masih berbelah bahagi (kesian) tapi agak `tak suka' juga bila dia merajuk dan `tak pandang' RM10 yang saya hulurkan. Akhirnya, saya pun berlalu pergi meninggalkannya. Dalam kereta, masih ada perasaan serba-salah.

Selesai menghantar Sabrina, saya mengambil laluan berbeza utk pulang ke rumah... dengan harapan tak mahu terserempak dengannya lagi. Tapi... saya berselisih juga dengannya... yang sedang menaiki motor tadi. Anak kecilnya berdiri dgn tersenyum riangnya dlm bakul motor. Sekali lagi, pada pengamatan saya, anaknya itu kelihatan sihat walafiat.

Hmm... saya rasa saya mengambil keputusan yang tepat tadi.

Petang, bila di masjid (sedang menunggu waktu berbuka) saya menceritakan kejadian tadi pada auntie Fatimah (kawan mak). Dia beria2 mengatakan agar lain kali jangan sekali2 berhenti sebab dia juga pernah mengalami kejadian yang hampir serupa. Satu lagi kejadian yang dialaminya adalah, sedang dia memandu.. tiba2 motor dihadapannya terjatuh (seolah2 accident sebab dilanggar oleh auntie). Orang tersebut (juga berlainan bangsa) terbaring dan seolah2 menggelupur. Padahal, menurutnya... keretanya tidak langsung menyentuh motor tersebut. Dia buat tak tahu je dan meneruskan perjalanan.

Bila bercerita pada abang... apa lagi, kena `sound' la.... Lain kali jangan berhenti! Huhuhu...

Friday, May 10, 2013

Selamat Tinggal...

Assalamualaikum...

Dulu... ada 3 pemandu.. dlm insurance pun ada masukkan additional driver i.e. mak. Sekarang??? Dah tinggal 2... so, tak ada keperluan utk maintain 3 kereta lagi. Selepas berbincang2, kami setuju utk jual kereta Alza dan Naza dan tukarkan kepada satu kereta shj. Myvi masih maintain.

Sayangnya nak jual..... semuanya penuh dgn kenangan bersama mak! Berat rasa hati... tapi, be rational! Tak perlu pakai 3 kereta lagi.


WMR 2120

Diserahkan pada 16 Mac 2013

WTT 2120

Diserahkan pada 21 Mac 2013
Terima kasih atas jasa2 kamu.... terutama Naza Ria yang telah bersama-sama kami since 2005 tanpa banyak ragam. Sekali je Naza buat hal... enjin over heat. Lepas tu, alhamdulillah.... ok. Sangat selesa menaiki kamu, sangat tough, spacious.. Saya terpaksa lepaskan kamu....

Begitu juga kamu Alza... since 2010... tak pernah buat masalah... kecuali saya yg bagi masalah pada kamu...(Rumah Saya Kena Langgar). Sejak peristiwa tu, lampu kamu saya biarkan je lompong (mcm dlm gambar kat atas tu)... kesian kamu...

Allah... terima kasih kerana meminjamkan mereka pada kami...


Saturday, March 9, 2013

Terima Kasih...

Assalamualaikum...

Masuk hari ni, dah 67 hari mak meninggalkan kami. Anehnya, saya masih merasai kehadirannya... 

Jika saya di rumah.... saya terasa-rasa mak ada di masjid, 
Jika saya di masjid... saya terasa2 mak ada bersama2 saya, 
Jika saya berada di luar... saya terasa2 yang mak ada menunggu saya di rumah.... 

She's still alive in our heart!

Satu perkara yang saya kesalkan, saya terlupa untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah bersedekah kepada mak... sama ada dari segi ayat2 suci, doa mahupun material. Ada yang saya sempat ucapkan terima kasih, ada yang saya tak sempat. Maklumlah, keadaan agak kelam kabut bagi saya masa tu.... terkejar2 nak buat itu ini. 

Sumber: Google
Dalam pada tu, ramai yang menghulurkan sedekah.... Sedekah yang terkumpul, yang saya tak tahu siapa pemberinya. Yang inilah yang perlu saya nyatakan terima kasih secara terbuka... kepada sesiapa shj yang memberi. Allahuakhbar, terima kasih banyak2...

Sungguh2 saya tak sangka.... ramai sungguh yang hadir... Selain dari ahli qariah Bukit Antarabangsa dan saudara mara.... kawan2 ofis, kawan2 UKM, jiran tetangga dulu2 turut datang ziarah. Kawan2 ofis, bukan sahaja dari BPSM, tapi juga dari Bhg2 lain... senang cerita, mewakili MQA. Terima kasih juga atas kehadiran adik2 sekuliah saya. 

Selain itu, terima kasih juga kpd lecturer saya, Cik Wan Azreena yang susah payah menemani saya (saya tak perasan bila Cik Wan sampai) sehingga bersama2 saya menjadi org yang terakhir meninggalkan tanah perkuburan.... sedangkan masa tu Cik Wan tak sihat. Saya sgt2 appreciate. Tak sangka juga, Shimma Kamaruddin yang susah payah dtg dari jauh dalam kesibukan menguruskan persekolahan anak2.

Terima kasih semua.... terima kasih.