Monday, November 19, 2007

Langkawi Trip Nov 2007

First week cuti sekolah, kami holiday kat Langkawi...bertolak dari KL pada Ahad 18/11/07, bermalam di Kulim one nite then moved to Langkawi..19-23 Nov.. 5 hari ambik cuti. Mak dan pak pen pun ikut sama....

Dari KL kami singgah bermalam kat Seri Malaysia, Kulim. Hotelnya selesa dan bersih..may be sbb baru renovate (tukar mgt baru)..bilik pun luas. Ingatkan nak singgah `top tree walk' kat Sg Sedim b4 depart to Langkawi... but due to time constraint, and mak pun seems not interested to go...kami pun kansellahhhh...
Esoknya, kami bertolak dari Kulim ke Kuala Perlis, ambik feri ke Langkawi dari situ. Dalam 2 jam gak journey. Orang kata kalau dari K.Perlis, gelombangnya tak begitu kuat as compared to K.Kedah. Tambangnya pun murah...RM15/adult (X brapa ingat sbb byr lum sum). Perjalananpun dekat lagi, lbh kurang 1h 15m. Kereta park kat situ, RM10 p/nite. Abg paid RM50 coz we'll back on Friday (suppose Saturday but need to attend kenduri M.Ngah on Sat, so kena balik awal...Hotel pun dah booked until Saturday). Kami ambik feri kul 3.30 pm and reached there at 4 sbb feri pun not really departed on 3.30. Keadaan dalam feri selesa... kami dok kat upper deck.

Kat atas feri ke Langkawi

Mak dan Pendi... Seronok betul si Pendi nih..

Pemandangan indah dari bilik hotel


Kami menginap kat Grand Cont, Kuah...besarrrr bilik dia...

Kami sewa keta Waja dari 1st day (Isnin). Tapi tak digunakan sgt sbb we reached hotel late evening on Monday, 2nd day we went to Pulau Payar and 3rd day to Island Hopping.. Kereta pun lepak kat hotel... Tapi X pe...4 convenience

Hari Selasa, kami semua ke Pulau Payar...seorang dewasa RM150 dan kanak-kanak RM120. Package ni termasuk dgn lunch n googels sekali... Bertolak dari jeti lebih kurang 9.30 dan dijangka sampai balik dalam kul 4 pm. Balik hari sebab kat situ tak de restoran, tempat bermalam dan sumber air tawar. Perjalanan (by feri) took about 45 minutes. Seronok sungguh kat sana..cantikkk sgt2. Kalau p sana kena ingat bawak roti untuk feed ikan...

Erin berani-berani takut. Ikan pelbagai bentuk dan warna seperti merah, biru dan hijau, ikan berwarna jingga pun ada

Bagi ikan makan roti... berebut-rebut ikan tu


GAMATTT... ada banyak sangat gamat kat sini. sesekali terpijak rasa geli



baby shark


Ada show `shark feeding'


Ramai sungguh penonton


Mak makan lunch which includes apple, fried chicken, butter n bun, drink dan tak ingat..


kakak dan pak pen... cantik kan view nih


senyummm


eeeeeeiiii...kakak pegang gamat


Dah nak balik dah... Kat sini tak ada bekalan air bersih utk bilas, maka... gunakan air hujan yang ditadah utk bilas badan....Babai Pulau Payar...


3rd day in Langkawi (Wed), we went for Island Hopping RM45 p/adult and RM35/children. Took about 4 hours journey...covers Beras Basah Island, Eagle Feeding and Tasik Dayang Bunting.


Kat Jeti tgh tunggu boat...


Kat dalam boat... Selain kami, ada lagi 3 family lain...muat2 satu bot

Kat jeti Pulau Beras Basah.. Jaga-jaga kat sini ada banyak monyet yg akan meragut dengan tangkas apa2 aje makanan yg anda bawa, so kalau bawa makanan, make sure put inside your bag (not plastic bag!!!)


Sempat mandi kat sini...pantainya bersih dan airnya jernih...Kat sini pun tiada air bersih untuk bilas...jadi kena bersihkan diri (dr air laut) kat Tasik Dayang Bunting (air tawar). Sebelum tu, kami tgk `eagle feeding' dulu...




Tengok tu...banyaknya burung helang


Kan nama `LANGKAWI' tu asalnya daripada heLANG

Then, kami ke Pulau/Tasik Dayang Bunting... Cerita dongeng menyatakan bahawa dulu kala ada fairy princess married with earthly prince... Their first child died shortly after birth. She was so sad and buried mayat anak dia tu kat dalam tasik tuu... Sebelum dia balik ke kayangan, dia `merahmati' air tasik tu, so that anybody yg tak de anak n mandi kat tasik ni will conceive afterwards..Hmmmm.. tu cite dongengnya...Semua Allah punya kuasa. Tengah2 pulau ni ada tasik air tawar yang luas dan cantik. Air tasiknya hijau jernih....


Ni gambar Dania.. see at the back...nampak tak macam pregnant woman tgh baring???

Perjalanan ke tasik ni memenatkan sungguh sbb kena naik turun tangga yg tinggi... Erin pulak kena didukung... nasib baik ada Pak Pen, boleh gilir2 dgn abg dukung Erin. Mak tak naik takut tak larat tgh jalan... Fuhh!!! Lenguh kaki...


Sampai kat situ...WAHHHH, cantiknya view...macam kat oversea lerrr

Dalam sungguh tasik nih...memang tak nampak dasar langsung..untuk yg tak tau berenang ni, main air aje la... tapi abg usahakan juga utk bilas badan yg melekit2 tu sbb kat Beras Basah tadi tak dapat bersihkan badan...So.. mandi la pakai life jacket. Pak Pen tak berani...


Masam aje muka kakak sbb life jacket dia agak tak selesa utknya... Tapi dah itu aje yg ada...macam mana ibu nak tolong?? :-(


Erin dan Dania seronok posing. Hati2 sayang..lantai tu licin


Kat one of the pool ada byk ikan keli (tapi tak de sengat???)...Letak aje kaki, berlumba2 ikan tu tu rapat kat kaki kita...tak sakit, cuma GEEEEELIIIIII....


Tengok tu...banyaknya ikan keli


Cantikkan..


View dr tangga.. kami balik dulu....



Balik hotel, terus bersihkan diri...tapi budak2 ni dgn Pak Pen dan abg p terjun swimming pool kat hotel, maklumlah...since dtg, budak2 ni tak sempat lagi nak terjun kat swimming pool hotel...Time tu dah dekat pukul 2 dah..Lepas tu mandi dan siap2 nak keluar balik...ni gambar kakak dan pak pen tido dalam kete...kepenatan



Kami berkelah kat Petronas Quay...makan nasi lemak petang dan kuih muih.. Kat sini kami terserempak dgn Dato' Azhar Mansor, pelayar negara...



Dania tengok apa tu...nak naik bot2 tu ke???


HOORAY!!!

Selepas tu kami ke tempat Beras Terbakar, yang terletak dihalaman rumah Ku Halim Ku Hassan, Kampung Raja, Mukim Padang Mat Sirat. Ceritanya... masa perang between Siam n Langkawi, penduduk kampung kumpulkan semua beras dalam lubang besar yang digali dan bakar infront of his house. So that, the Siamese would not be able to get paddy supply which would be their main source utk bertapak di Langkawi....


Dekat Beras Terbakar


Dalam tu ada beras terbakar



Erin dekat depan rumah Ku Halim Ku Hassan (agaknya laaa) Cantik rumah ni...Ada CRV lagi...



Kat sini ada jual mcm2 souvenir


Lepas tu kami pergi ke `Pemandangan Indah'...memang cantik sungguh pemandangan disini... boleh tgk k/terbang berlepas dan mendarat dan sunset..


Comelnya anak ibu...tgk kat belakang ada rainbow



familiku sayang


Esoknya, Khamis kami check-out dari Grand Continental n check in kat Aseania. Kami nak ke Langkawi Cable Car... dulu dah pegi tapi time tu tak ada jambatan gantung lagi... Tapi sebelum ke Aseania, kami posing kat Dataran Lang dulu... Dataran Lang (Eagle Square) ni situated @ nearby pelabuhan Kuah. Nama langkawi berasal `Lang' (helang) and `kawi' means perang merah... Panas sungguh time tu... Tapi, nak bergambar punya pasal......


Nampak tak kami kat bawah helang tuh???



Erin tido ke tu??


In front of main entrance, Oriental Village.


Tgh beratur nak naik cable car... Bayaran RM15/adult.... tapi kena show your MyCard..if not they'll charge RM25...


Berani ke???


Dari sini boleh nampak beautiful scenery of Langkawi... nampak Telaga Tujuh.. nak naik gunung Mat Chinchang ni (betul ke ejaan nih?)


Telaga Tujuh, view dari kereta kabel


MasyaAllah...indahnya ciptaan mu...


Bergambar kenangan


View dari jambatan gantung


Inilah satu-satunya tiang yang memegang jambatan ni...located @ centre of the bridge


tu la tiangnya


Bukan main lagi budak2 nih!!


Familiku sayang


Pemandangan Oriental Village dari cable car


Dekat sini boleh feed deers...and rabbits too... Patutnya ada gajah sekali, tapi time ni dia menghilang..


Berani Dania pegang rabbit tu...Lepas ni basuh tangan ye sayang...


Erin dan abg pun nak rasa gak....



Berehat sebentar bersama Kit-Kat


Kakak dan Dania..buah hati ibu


Ibu pun nak posing jugakkk


Pemandangan di waktu senja...on the way nak cari dinner

Hari ke 5, Jumaat...lepas check out dr Aseania, kami ke Makam Mahsuri pula... Nama sebenarnya, Mahsuri binti Pandak Mayah. Dikatakan bahawa disilah Mahsuri dikuburkan iaitu tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat. Nak masuk sini kena bayar jugak.. RM2/adult n RM1/child.


Dibelakang tu la makam Mahsuri


Makam Mahsuri


Saaaayaaaang Acikkk


Gambar Mahsuri ke tu???


Besarnya rebana...betul ke namanya rebana???


Teratak Sri Tama dekat Makam Mahsuri


Kalau Dania nak tau, masa ibu dan ayah bertunang dulu, kami pernah tangkap gambar kat sini gak...



Mak basuh muka dari air perigi Mahsuri...ke air paip je tu???


Anak sulung ku... Nur Diana Syahira binti Muhammad Suhaimi

Lepas tu...kami bertolak ke Jeti nak ke Kuala Perlis... Tiket Feri pukul 5 agaknya(dah lupa)


Dalam feri nak ke K.Perlis


Puteri2ku... From right, Nur Diana Syahira, Nur Sabrina dan Nur Dania

Selamat tinggal Langkawi... ada rezeki kita bertemu lagi... seronok sungguh cuti kali ni. Tapi... tak begitu puas hati sbb tak sempat nak explore keseluruhan Langkawi sbb tak cukup masa...Mana tak nya, 2 hari dah ke pulau2. tak pe la... lain kali boleh datang lagi...


Erin nangis sbb kat tgn dia ada nyamuk yg dah mati... WHOOAAAA.. Masa ni singgah utk dinner



Dekat R&R Gurun... berhenti sembahyang...

No comments: