Sunday, December 30, 2007

Dania tampal gigi

Pagi ni... bawa Dania check gigi. Malam tadi dia mengadu gigi dia sakit... Dah lama 2gigi geraham sebelah kiri dia tu rosak teruk (tinggal hampir separuh), tapi dia takut nak jumpa dentist. Dari pengalaman lepas, sebelum duduk atas kerusi gigi tu, muka dia dah cemas secemas-cemasnya... Apalagi bila duduk kat atas kerusi tu.. berjurai2 air mata dia keluar... Padahal Dr cuma sembur bagi gusi kebas dan sebenarnya gigi tu dah nak tertanggal sgt2.. Sian anak ibu...


Ni gambar gigi geraham dia yg dah terhakis... Gambar ni ambik beberapa bulan yg lepas

Hari ni, dia nampak macam berani sbb Athirah (anak Kak Ina) pun cabut kat sini dan tak sakit katanya... So, Dania pun rasa berkeyakinan sikit. Dari cerita2 Kak Marlia, Dr kat klinik ni (Kami p Klinik Fauziah, nearby Ace H/Ware Tmn Melawati) very friendly towards children..... Memang betul..

Dr yg duty namanya Dr Nik. Dr Fauziah pun ada tp yg attend Dr Nik... Seronok dengar dia layan Dania. hilang rasa takutnya.... Mula2 ingatkan 2 btg gigi tu tak dapat diselamatkan lagi... tapi Dr Nik kata boleh tampal.. Dia siap pakai acuan gigi lagi utk membentuk gigi sbb gigi asal Dania dah haus teruk, dah hilang bentuk...

No comments: