Friday, February 29, 2008

Selamat Bersara Mak Mon...

Hari ni ada jamuan bagi meraikan Mak Mon yang akan menamatkan perkhidmatannya dengan kerajaan (senang citer... bersara) esok hari... Majlis ni, kalau tak silap di arrange secara senyap2 je sbb Kak Ana kata, kalau Mak Mon tau dia tak nak datang office sbb tak nak sedih....
Jamuan was held at 14B and Dato' Syed mentioned (during his speech) that he'll remember Mak Mon sbb selalu order mkn yg sedap2 for office's function. Mak Mon speechless as her tears running down... So, today we had free lunch... sodap! Petang, masa bos2 tgh attend meeting, kami m.a.k.a.n. skali lagi.... acara memotong kek. Sekali lagi air matanya jatuh berderai... Hmm.. jangan lah nangis...

Aisey... Semua orang nampak gembira except her.... Selamat bersara Mak Mon... jangan lupa kat kami semua.. Senang2 jenguklah kami kat sini.. We'll miss u...

Friday, February 8, 2008

Discovery Science @ Petrosains

Baru hari ni kami berkesempatan nak visit Petrosains di KLCC. Sebelum tu booked ticket by phone takut nanti sold out pulak kann... So, kami plan nak masuk pukul 1 pm nyer... Family package (2 adults 2 children) RM 24. Mak pun nak join, so guna Astroview punya discount coupon (20%), dpt RM9.20 instead of RM12. Tapi, itu ini kami kuar rumah kul 12.55 pm, so call balik mintak masuk kul 1:30 punye... okey jer... tak de hal.


Sampai sini. 3 dara pingitan ni sempat posing... BERATURRRR.....



Ramainye orang... panjang beratur...


Sambil beratur... Volunteer kat sini kasi try `magic rope' dan `energy ring'... So, tak de la boring.

Naik `Dark Ride' - perjalanan sekilas masa... Sebelum naik ni, aku bayangkan, apa la maksudnya sekilas masa tu??? Laju sgt ke? Heheheh.. Pas tu siap dipesan tak leh bawak air dan guna camera masa naik ride ni... nanti takut `short' dan ganggu sistem audio keta nih... Fuh! Ngerinya dengar... Tapi rupa-rupanya... kita dibawa masuk ke hutan-hutan belantara (zaman silam I guess...) Ada simulasi waterfall etc. sampai kat Stesen Arif (kalau tak silap), baru kita tgk macam2 benda sains nih! Budak-budak ni seronok betul..... Tak henti2 cuba itu dan ini.


Erin tgh cuba bateri asli...alat ni boleh produce arus letrik


Ibu! Tengok Erin pegeng lampu nih... ia boleh menyala...

Ini la tiub plasma... Sebelah tgn Erin pegang tiub plasma ni dan sebelah lagi pegang mentol tu... Badan Erin dah jd konduktor yg mengalirkan letrik serta menyalakan lampu tu... Tapi ada volunteer pegang sebelah lagi untuk mem`bumikannya... Kalau tak litar tak lengkap dan lampu tu tak kan menyala...


Kakak dengan gambar Einstein


Kakak tak boleh capai kereta mainan tu sbb ianya adalah hologram... Gambar 3 dimensi

CAKKKKK!!!

Tulun...tulun... Dinasaur gigit ayah... General info, petroleum tu terbentuk daripada fosil2 haiwan dan tumbuhan yang tertanam berjuta2 tahun dulu..... Tu yang ada replika dinasour tuh..



Erin main serbuk magnet.



Dalam bekas tu ada banyak paku-paku... Erin bentukkan tapak tangan Erin, tak sakitkan...



Ada show... dia tuangkan cecair gas nitrogen. Cuba teka suhunya berapa... -196C ... sejuknya.. Hmm... Kalau nak import/export gas nitrogen, they'll turn it into liquid instead of gas utk jimatkan ruang

Masa ni aku bayangkan dia ni sebagai... The Witch... Heheheh.... Nampak tak belon biru dalam bekas tu, bila liquid nitrogen tu dituangkan pada belon tu, belon tu akan leper... What happened? Suhu yg sejuk tu telah merapatkan molekul2 udara dalam belon tu, menyebabkannya menjadi leper... Bila diletakkan pada room temperature, its back to the normal shape...



Erin tgk bulan kerr???



Siapa kat belakang Dania tu?? Dr Sheikh Muzafar ke?



Thermal Infrared Camera



Dania pegang plasma...



Kononnya ada dalam pelantar minyak..


Salammm... Selamat Hari Raya...


Nak drill apa tu?


Dalam ni ditunjukkan seolah2 berada dalam pelantar minyak yg real.. ada bilik tido.. kitchen.. restroom.. surau..


Cerianya Dania..



Golll... Anak2ku, anda suma adalah perempuan...



Sempat juga kakak beli souvenir sebagai kenang2an...Cuba compare original size (yg kat atas) dan size setelah direndam dalam air dalam 2 hari


Eeeeeeiiiiiuuuuuu...

Thursday, February 7, 2008

Kempen Hijau

’KEMPEN HIJAU’ telah diadakan bermula 31 Jan 2008 – 6 Februari 2008, anjuran Biro Kelab Kebajikan KKMQA... Antara aktiviti yang dijalankan oleh AJK Kelab adalah mengagihkan anak pokok kepada setiap kakitangan MQA. Roha agihkan utk warga 14B... kebetulan time dia agih tu, aku ada kat tempat...dan aku pun ambik kesempatan untuk memilih pokok mana yg aku suka... Apa lagi, aku pilih le yg plg cun (bagi aku le) .... Tapi, lepas tu aku dengar Roha kata (to the rest) "Pilih nak warna apa... ada warna hijau, biru, merah dan .... (aku tak ingat)". Maknanya dia maleh nak layan lg permintaan cam aku nih.. Kui 3X. As anak pokok tu was inside the box... they can't see how was it looks like. They can only choose colour. Hehehe...

Ni le anak pokoknye...yg ni le yg paling banyak daun... Jeli tu nampak macam agar2 (tempting kannn)... Si Zabib siap `rasa' lagi... Ada jugak org macam dia nih! (Alamak.. sebenarnya dia rasa limau, bukan rasa jeli tu... sori aaaaa..)
Selain itu, banyak info-info yang diberikan melalui emel untuk dihayati agar dapat memberi manfaat kepada semua untuk lebih prihatin dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan bumi kita bagi mengelakkan ianya tercemar disebabkan kecuaian yang kita lakukan tanpa disedari. Tahniah pada AJK Kelab. Cuma rasanya.. kempen ni tak begitu meriah. Kalau diselitkan pertandingan (and of course REWARDS!), pasti lebih happening. Tapi.. faham.. macam2 constraint ada...
Hari ni, adalah hari kemuncak kempen hijau dan semua kakitangan MQA digalakkan untuk memakai pakaian hijau tanda menyokong dan menghargai alam sekitar. Ramai yang pakai... ramai jugak yg tak pakai.. Sape yg tak pakai tu tak dipelawa untuk bergambar same... :-) Sori, Jai yg tak pakai baju hijau terpaksa jadi photographer... Tapi, alamak.. flash pulak tak de.. Nanti kalau Ani bg gambar from her camera, aku tukar gambar ni... nasib baik ada back-up

Berdiri dari kiri Selly, Kiah, Izani, Kak Ana, As, Zira,
Duduk dari kiri..Wani, myself, Roha, Umi...
Pengapit kiri ..Su dan pengapit kanan.. Ani..
(Alloooo... gambar you all @ my blog)
Tapi sebenarnya, tak perlu tunggu ada kempen.... Kita sendiri perlu ada kesedaran untuk memelihara alam sekitar, untuk kepentingan kita dan keluarga kita jugak (kena cakap ala-ala Deanna Yusoff). Bumi dah semakin tua... (kita pun). Kita responsible utk jaga ekosistem bumi... HA! Ekosistem marin pun...
Semalam dapat emel dari Bangah pasal arahan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (Dato' Seri Azmi Khalid) utk stopkan semua hidangan sup sirip ikan yu dalam semua majlis rasmi Kementerian terbabit. Ini sbb proses pemotongan sirip ikan yu adalah proses yg amat zalim dimana ikan yu tu diangkat hidup2 dan dipotong siripnya dan dilepaskan semula ke laut. Ikan yu tu akan ambil masa yg lama to drown in pain. Ini semata-mata utk jimatkan ruang freezer dlm kapal dan yg plg berharga kat ikan yu adalah siripnya...

Jadi... sama-sama lah kita meneruskan kempen ni atas inisiatif sendiri... pakai la kertas terpakai utk print draft... kitar semula barang... jgn buang sampah merata.. dan mcm2 lagi le... akhir sekali... jgn makan sirip ikan yu..hehheeee

Wednesday, February 6, 2008

unwritten

Hmm... while reading this blog, u can enjoy the song from Natasya Bedingfield. Click the `play' mode on `you tube' 0n the right side and have fun!
I am unwritten
Can't read my mind
I'm undefined
I'm just beginning
The pen's in my hand
Ending unplanned
Staring at the blank page before you
Open up the dirty window
Let the sun illuminate the words that you could not find
Reaching for something in the distance
So close you can almost taste it
Release your inhibitions
Feel the rain on your skin
No one else can feel it for you
Only you can let it in
No one else, no one else
Can speak the words on your lips
Drench yourself in words unspoken
Live your life with arms wide open
Today is where your book begins
The rest is still unwritten, yeah Oh, oh
I break tradition
Sometimes my tries
Are outside the lines, oh yeah yeah
We've been conditioned
To not make mistakes
But I can't live that way oh, oh
Staring at the blank page before you
Open up the dirty window
Let the sun illuminate the words that you could not find
Reaching for something in the distance
So close you can almost taste it
Release your inhibitions
Feel the rain on your skin
No one else can feel it for you
Only you can let it in
No one else, no one else
Can speak the words on your lips
Drench yourself in words unspoken
Live your life with arms wide open
Today is where your book begins(Gospel)