Thursday, February 7, 2008

Kempen Hijau

’KEMPEN HIJAU’ telah diadakan bermula 31 Jan 2008 – 6 Februari 2008, anjuran Biro Kelab Kebajikan KKMQA... Antara aktiviti yang dijalankan oleh AJK Kelab adalah mengagihkan anak pokok kepada setiap kakitangan MQA. Roha agihkan utk warga 14B... kebetulan time dia agih tu, aku ada kat tempat...dan aku pun ambik kesempatan untuk memilih pokok mana yg aku suka... Apa lagi, aku pilih le yg plg cun (bagi aku le) .... Tapi, lepas tu aku dengar Roha kata (to the rest) "Pilih nak warna apa... ada warna hijau, biru, merah dan .... (aku tak ingat)". Maknanya dia maleh nak layan lg permintaan cam aku nih.. Kui 3X. As anak pokok tu was inside the box... they can't see how was it looks like. They can only choose colour. Hehehe...

Ni le anak pokoknye...yg ni le yg paling banyak daun... Jeli tu nampak macam agar2 (tempting kannn)... Si Zabib siap `rasa' lagi... Ada jugak org macam dia nih! (Alamak.. sebenarnya dia rasa limau, bukan rasa jeli tu... sori aaaaa..)
Selain itu, banyak info-info yang diberikan melalui emel untuk dihayati agar dapat memberi manfaat kepada semua untuk lebih prihatin dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan bumi kita bagi mengelakkan ianya tercemar disebabkan kecuaian yang kita lakukan tanpa disedari. Tahniah pada AJK Kelab. Cuma rasanya.. kempen ni tak begitu meriah. Kalau diselitkan pertandingan (and of course REWARDS!), pasti lebih happening. Tapi.. faham.. macam2 constraint ada...
Hari ni, adalah hari kemuncak kempen hijau dan semua kakitangan MQA digalakkan untuk memakai pakaian hijau tanda menyokong dan menghargai alam sekitar. Ramai yang pakai... ramai jugak yg tak pakai.. Sape yg tak pakai tu tak dipelawa untuk bergambar same... :-) Sori, Jai yg tak pakai baju hijau terpaksa jadi photographer... Tapi, alamak.. flash pulak tak de.. Nanti kalau Ani bg gambar from her camera, aku tukar gambar ni... nasib baik ada back-up

Berdiri dari kiri Selly, Kiah, Izani, Kak Ana, As, Zira,
Duduk dari kiri..Wani, myself, Roha, Umi...
Pengapit kiri ..Su dan pengapit kanan.. Ani..
(Alloooo... gambar you all @ my blog)
Tapi sebenarnya, tak perlu tunggu ada kempen.... Kita sendiri perlu ada kesedaran untuk memelihara alam sekitar, untuk kepentingan kita dan keluarga kita jugak (kena cakap ala-ala Deanna Yusoff). Bumi dah semakin tua... (kita pun). Kita responsible utk jaga ekosistem bumi... HA! Ekosistem marin pun...
Semalam dapat emel dari Bangah pasal arahan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (Dato' Seri Azmi Khalid) utk stopkan semua hidangan sup sirip ikan yu dalam semua majlis rasmi Kementerian terbabit. Ini sbb proses pemotongan sirip ikan yu adalah proses yg amat zalim dimana ikan yu tu diangkat hidup2 dan dipotong siripnya dan dilepaskan semula ke laut. Ikan yu tu akan ambil masa yg lama to drown in pain. Ini semata-mata utk jimatkan ruang freezer dlm kapal dan yg plg berharga kat ikan yu adalah siripnya...

Jadi... sama-sama lah kita meneruskan kempen ni atas inisiatif sendiri... pakai la kertas terpakai utk print draft... kitar semula barang... jgn buang sampah merata.. dan mcm2 lagi le... akhir sekali... jgn makan sirip ikan yu..hehheeee

No comments: