Monday, March 31, 2008

MQA - Family Day


28 - 30 Mac Kelab Kebajikan MQA telah mengadakan Hari Keluarga MQA di Everly Hotel, Melaka. Dulu pun pernah diadakan family day kat sini, tapi masa tu namanya Riveira Bay... skang ni dah tukar nama.. Family day ni kebiasaannya diadakan tiap2 tahun melainkan tahun lepas. So yang ni kira cover utk 2 tahun le.... Seperti biasa ada diselitkan acara rasmi dalam family day ni... tahun ni Kursus Kesihatan dan Kecergasan. Semua warga MQA diwajibkan hadir, if not kena bg surat tunjuk sebab dan dptkan kebenaran CEO. Mulanya aku ingatkan tak nak gi sebab abg ada class (dia syg nak tuang class...) tapi kalau dah kena buat surat tunjuk sebab tu.... tak kuasalah aku. then aku decide nak go alone...
Bila list nama keluar, ramai lak yg bertanya nape tak bawak famili...kan ke famili day... Berkali-kali jugak le aku mengexplain yg abg tak leh pegi. Kalau aku dan anak2 je yg pegi, sape yg nak tengokkan budak2 tu time acara rasmi nanti? Akhirnya aku buat pakat ngan mak mintak mak tolong jaga which mean that mak will follow us to Melaka... and she agreed. So.. mak jugak le yg akan drive kete... mak jugak le kena terjun kolam to take care the children...
Penceramah / fasi didatangkan khas dari MSN. Jumaat malam Sabtu dah start dah ceramah yg dikendalikan oleh En. Suhardi Alias. Seronok dengar ceramah dia...kelako betulll... Kami sume gelak sakan kecuali barisan depan (bos2 besar.... control serius esp CEO)...


Semua orang khusyuk dengar


kontrol.... zirah tgh tangkap gamba nih...

Keesokannya pagi2 kul 6:45am dah berkumpul kat tennis court buat senam robik. Dikendalikan oleh Nana (nana ke???) still from MSN. Dia ni...fuhhhh!!! Cargas (kata Ceni which means cergas!) Dia ni betul2 bertenaga dan sesungguhnya mesti pandai menari. Aku rasa ramai guys yg dok melekat kat situ mainly sbb tengok dia terloncat-loncat kat stage tu... Tapi dia punya step and movement memang class le...



Lepas sarapan pagi, smbung lak kat sini...


Cara-cara nak exercise guna gym ball...


Berterabur step


Fuhh... letih bangat!

Bergambar dengan Aqilah... anak Ceni


Bergambar dengan Anis pulak... Anak Nad


Tak ketinggalan main kat playground


Erin merajuk... dia nak main kat playground lagi


3 orang modelku...


Erin suka pose cam ni


Ibu... kaki Dania tertanam..Dania nak main pasir tapi ibu tak bagi


Kakak nak wat apa tu???


Boleh buat video clip nih


Aku dan anak2ku... apa la yg abg tgh buat la ni??? Class dah abih lum??


View dari bilik


Malam kedua di Everly.. ada dinner an as usual ada persembahan


Anak2 tak participate pun... Ketiga2nya tak berminat nak take part...


Come...come... tangkap gambar ngan Auntie Mawar.

Esoknya, ada acara sukaneka... cam biasa, anak2 lebih suka terjun kat pool.. mak tolong tengok2kan (join sekali kottt).. aku mengemas barang-barang siap sedia nak balik KL. Right after lunch, kami pun balik... Kat highway, hujan lebat gila... cemas gak. Jalan pun jem kat highway Seremban - KL.




Friday, March 14, 2008

Jalan-jalan ke Bukit Tinggi

Cuti sekolah ni nak ke mana ekkk? Aku dan abg kena cuti gilir2 sbb kena jaga anak-anak.. Al maklumlah, mak kan pegi LA... So, camana nak gi jalan-jalan out from KL? Cuti tak sama. Saturday 8th Mac kena g mengundi. Disebabkan mengundi, class abg Sabtu dan Ahad cancel... jadi sepatutnya boleh keluar bercuti mula dari Sabtu (of course slps mengundi)... tapi Isnin n Selasa aku kerja dan turn abg cuti jg anak. Mcm manapun, Selasa abg dtg gak office dia sbb kena attend meeting, bawak anak2 sekali...

Rabu pulak kena jemput mak kat KLIA (w/pun tak kesampaian). Hari Khamis kami berdua cuti lagi... so we decided to go somewhere nearby... nak ke Genting (fav place for the children), takut jadi cam hari tu (main kat indoor je), ye la... skang ni musim hujan. Jadi, kami pun ke Bukit Tinggi. Masa bertolak tu hari cam nak hujan.. On the way ke sana pun kejap hujan kejap tak. Tapi, teruskan aje... kesian kat budak2 sbb tak ke mana2 cuti sekolah ni.. Kakak pun dah banyak kali tanya `cuti sekolah ni kita pegi mana?' Ooohhh.. lupa nak cerita...mak pun pegi sama...masih bersemangat untuk berjalan2 w/pun matanya kelihatan mengantukkkk....

Sampai Bukit Tinggi, hari pun hujan... Tiket masuk RM16 for adults and RM8 for children. Sungguhpun hujan, kami redah jugak dan tetap bergambar... kebanyakan gambar2 ni di snap tgh hujan (tapi tak la lebat sangat)... Kami masuk Japanese Village dan Botanical Garden dulu...Pemandangan kat situ sungguh cantik dan berkabus... Sejuk! Nasib baik bawak baju sejuk utk budak2 ni...

GAMBAR-GAMBAR @ JAPANESE VILLAGE






















Teringat cite Oshin


GAMBAR-GAMBAR @ BOTANICAL GARDEN









Singgah sini jap, hotel ni still tak siap lagi

GAMBAR-GAMBAR DI COLMAR TROPICALE









Ada show... tak sejuk ke depa nih?


Tengah tengok show














Mesti nak beli `something'













Dekat pukul 7, kami pun bertolak semula ke KL... Singgah Genting Sempah utk dinner dan solat.. Sampai rumah hampir pukul 9 malam... Esok nak kerja...