Saturday, April 5, 2008

Elaun baju panas

Semalam, pagi-pagi lagi dah dapat panggilan... `Akak, 8:30 nanti Dato' nak jumpa ye'... `Ha? Apahal??' `Pasal elaun baju panas'... Hmm, apasal ni?? Hari tu, masa aku wat claim nih, macam dah ada instinct, tapi buat aje... Terus bukak GO, salah ke aku? Tapi, semuanya ok berpandukan GO. So, before 8:30 lagi aku dah menunjukkan muka kat bilik CEO sbb aku tau, kang kot aku lewat mau dia naik atas carik aku... ngeri woii.. Dato' tegur..`Hazlina mana?'... Aisey, Mek Na tak sampai lagi nih... So, kena la carik dan tunggu Mek Na. Mek Na lewat lak ari tu...
Bila dia sampai, kami berdua pun p ngadap. Mek Na siap bawak GO lagi. En. Sarani pun ada ngadap sana... Mula la dia cerita... Dato' tanya, apa rasionalnya aku claim elaun tu... Aku kata la, aku tgk GO... apa claim yg boleh aku tuntut. Lagi, memang Oman tu terletak antara garisan Sartan dan Jadi, tapi Muscat (tempat yg aku akan pergi) tu terkeluar dari garisan tu... so aku can claim le. GO pun tak mention that claim is subject to the weather condition. Selain dari guideline from GO tu, I just followed what others did previously... tak ada beza dr org lain. Cuma CEO time tu je lain... En Sarani pun try to defend...
Dato' kata...`puan, puan tau tak cuaca kat sana berapa? 93 tau'... Haaaa??? Terkebil2 mata aku dgr Dato' kata cam tu.. Hampir takat didih dah tu... Setau aku around 30 Celcius jerr..Hmmm rupa2nya dia cakap Fahrenhait (betul ke aku eja nih?)... Okey la... apa-apa je la.. Tak approve la elaun baju panas aku... RM1,500 tu.. boleh claim 3 tahun sekali. Betul rupanya instinct aku sebelum ni. Aku anggap tak de rezeki je la. Dia dah bagi permission to go pun dah cukup bagus dah... itupun mungkin sbb all expenses covered by KPT (Kem. Pengajian Tinggi), dan MQA cuma byr elaun makan jer... dan elaun baju panas which I suppose to get... En Sarani kata...`tak pe la... nasib u p ngan KPT..untung2 naik buss class... kalau ngan MQA tak merasa le.. Depa yg nak p Buenos Aires ni (26 jam) pun naik eco je'
Keesokannya...ramai yg tanya pasal hal semalam, ramai yg bersimpati??? Kesiannya aku... Aku rasa almost semua org tau... Nizam pun tegur aku...`kenapa tak cakap kat Dato' yg ko mmg claim elaun baju panas... bukan claim elaun baju sejuk?' Hahaaaa.... Betul gak!!!!

No comments: