Tuesday, April 22, 2008

Kunjungan YB Menteri ke MQA

Hari ni YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi ada kunjungan rasmi ke MQA.. Warga MQA diminta berbaris di lobi lif tingkat 13B semasa menyambut ketibaan beliau iaitu dijangka pada pukul 9.30 – 10.00 pagi.... tapi, masa yang sebenar adalah seperti yang dijangkakan... tersasar... Ramai gak wartawan yang datang
Berdebar2 menunggu ketibaannya...kah5X


Alih tempat sbb nak cari tempat strategik utk snap gambar Menteri... tak nak jd cam masa tangkap gambar Pak Lah kat MSAM semalam, asyik tak kena je... Heheheh... pose kat belah sini plak...



Sempat jugak aku snap gambar wartawan nih... saje je tangkap sbb nak upload dlm blog..kekekehh.. Tak sangka plak yg mamat baju kotak2 ni nak tangkap gambo kami balik. Apa lagi... menyengeh je la masing2... Aku kata `masukkan gambar kami ni dlm majalah mangga ekkk...'

Ha... dapat punnnn...

Masa YB Menteri nak bertolak pulang pun kami diminta berbaris sekali lagi di lobi Lif tingkat 13B dan juga di depan pintu lif tingkat bawah (G), Menara PKNS hingga ke kereta YB Menteri. Tapi time tu tak ramai yg ada kottt sebabnya masing2 tengah isi tangki minyak sendiri... lunch time maaa...

No comments: