Tuesday, April 22, 2008

Minggu Saham Amanah M'sia @ MITC

Hari Jumaat, 18 April 2008 dekat waktu Maghrib, aku dan Tini (dr unit bhg a/bangsa dan hubungan awam) bertolak ke Melaka dengan Pajero MQA yg dibawak oleh Albab. Esoknya kena duty kat Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) yang diadakan di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh. Actually, pameran tu seminggu...sampai 28 April ni. Tapi kami kat sana hanya Sabtu dan Ahad je... orang KPT ada sampai tamat kot!!

MSAM ni dianjurkan oleh PNB sbg usaha utk mendidik msykt tentang kepentingan pelaburan dan perancangan kewangan kpd rakyat Malaysia agar bijak menguruskan perancangan kewangan. Tahun ni adalah tahun kesembilan sambutan diadakan. Byk agensi yg turut serta dalam pameran... financial institution, state gvt, private n gvt servant... yg m'gabungkan pameran2 dan aktiviti2 berteraskan pendidikan.


Muka depan dewan pameran... Besar juga isi dalamnya. Pertama kali ke sini...


Sebelum masuk kena register dulu, baru melayakkan utk dptkan borang peraduan.. Hadiahnya lumayan... Dekat kawasan ni dipaparkan gambar2 sejarah yg berkaitan pelaburan... Orang2 yg korang nampak kat dlm gambar ni sebenarnya tgh mencari jwp kepada soalan kuiz tu.. Tapi sebenarnya jawapan bukan ada kat sini... Sini cuma gambar2 je..

Ini kerusi yg diperbuat drp kotak... Aku tak melepaskan peluang utk duduk di atasnya.. Tahan!


Ini mesin pembuat benang getah



Ini kelapa sawit (kalo korang tak kenal...kuikuikui).. Masa lawat booth Sime Darby, aku dan Tini dpt sebotol minyak masak percuma

Masa melawat booth kraftangan ni aku nampak dia ni dok kat sini, aku soh la dia buat demo. Aku tanya mcm2.. Last2 aku tanya `Encik ke yg lukis batik ni? Cantik..' Dia kata bukan dan dia kata... `Saya ni pegawainya...' Heheheh.. mmg la nampak cam muka pegawai, tapi yg p duduk kat situ nape... sah-sah la org ingat pelukis batik...sorry le tuan..



Rasa cam nak duduk je kat sofa tu... sbb penat.


Kemuncak soalan kuiz, kena anggarkan brp byk bola ada dlm keta Kancil nih.

Ni booth KPT (gabung KPT, MQA dan SPIPTS). Tak ramai sgt yg singgah sbb booth ni dah ujung2.. Pengunjung kalau sampai sini dah penat dah sbb dah lalu byk booth lain... isi borang insurance, borang peraduan lain2, minum air percuma, rasa sample makanan, mcm2 lagi la... Aku yg juga mengambil kesempatan visit booth lain2 (start from the entrance) pun rasa penat bila sampai kat booth last2 nih. Kalaupun org singgah, cuma nak tumpang mengira bola dalam Kancil tu sbb dia dah bagi hint (dimension..)

Aku le tuuu

MSAM ni dirasmikan oleh PM. Lepas perasmian, Timbalan Menteri KPT Dato' Idris Harun pi visit booth KPT. Yg aku ni tak brapa cam dia nih... teruk betul! Bab politik, menteri... aku lemau skett. Tu.. dia yg pakai baju purple.. Lepas ni aku pasti ingat muka dia sampai bila2. Bila balik abg tgk gambar ni dia kata kawan dia dulu... masa kat TNB. Pernah la dia tumpang abg naik motor sampai Nilai... Dulu2 abg pernah citer yg kwn dia dah jd Menteri, org Tangga Batu, Melaka, tp aku tak pot sgt sbb aku tak minat politik nih. Rupa2nya, ini le orgnya. Kalau aku tau dia ni, mesti aku p tegur dia... `Dato'... Dato' kenal laki saya tak??????'


Ha... tu Pak Lah... susahnya nak tangkap gambar dia. Org ramai sgt... Tu kepala En Yamin, apa tah nama jawatan rasmi dia. Org no 2 (bwh Dr Nasir) Bhg promosi (KPT)


Ketua Menteri Melaka pun ada sama...


Tak juga dpt tangkap gambar dia betul2 ... Mesti korang kata kan `Apa susah... upload je gambar2 dr internet, pas tu masuk dlm blog'... Aku nak jawab. `Tak sama... ni yg tangkap sendiri punye..'


Ramai gak yg mengerumuni Along, Angah dan Alang nih.. Kalau anak2 aku ada, mesti aku soh dorang tangkap gambar ngan mascot ni dan dorang mesti tak nak

Bergambar ngan En Yamin (baju putih - duduk).... Actually, hari Jumaat tu last day dia sbb dia pindah ke KPM (Kem. Pelajaran M'sia)... naik pangkat. So kira2 ni le promosi yg last utk dia... Lelaki dua org lg tu EO (Event Organizer)... Baju biru tu Tini dan pompuan sorang lg tu Zana dari Kolej Komuniti.

Pameran tu berlangsung dari kul 10am ke 10pm.. Tapi aku dan Tini tak la sampai malam... Hari pertama, kami balik kul 6:45... agak2 sempat nak jamak solat kat hotel... Hari kedua, kami balik awal sket sbb nak kena check out hotel (dok kat Avillion Legacy) by 6pm. Lepas check out, ajak Albab round pekan sekali lalu.. nampak lak benda ni yg tak pernah ku lihat sebelum nih... Apa lagi, teruja la utk naik... Albab tak nak naik, so dia tunggu kat bawah je...


Nama bende ni...Menara Taming Sari... Bayarannya RM 10.. kalau tak tunjuk IC kena byr RM20


Ini le yg bawa kita naik atas... bentuk bulat sekeliling tiang dan berkaca.. Sambil dia naik further up, dia pusing slowly.. So we can view Malacca town from each angle..


Masa tu dah dekat 7 pm


Malacca Parade


Muzium Samudera


Bersandar nearby cermin sbb nak tangkap gambar


Dari atas, nampak tak Albab berdiri kat Pajero tu (baju gelap) tgh borak ngan pakcik makcik Melaka
Lepas tu terus p Ayer Keroh, balik KL ikut Ayer Keroh... Singgah makan dan solat kat R&R pas tu sambung balik perjalanan.... Most of the time Albab bawak 80-90km/jam...huhuhuhu.. Sampai rumah kul 10:30 pm, pas tu Albab hantar Tini balik rumah dia.. Esok kena p office sbb nak kena submit paper MJA...due datenya esok... Menteri Pengajian Tinggi pun datang esok. Esok adalah Isnin...Monday blues... adeh, penat ler..cam maleh nak g keje..

2 comments:

lynn371 said...

sompek laie ekau melancong yooooo hehehehe

Yanti Arshad said...

aku ada dengar pasal menara taming sari tu, tp aku ni gayar giler. tak suspens ke naik benda alah tu? adivice sikit kat emel aku.