Wednesday, April 16, 2008

Mohex @ Oman ditunda

Hari ni ada Kursus Kemahiran Kempimpinan Berkesan kat opis, dianjurkan oleh Unit Latihan dan dikendalikan oleh En. Sarani sendiri. Kata En. Sarani, biasanya kursus cam ni ambik masa 3 hari, tapi la ni nak wat 3 jam je... Best gak cara dia buat kursus, tak de la boring... Di selitkan aktiviti questioner bagi melihat sama ada individu masuk dalam category country club ker... improverished ker... team leader ker... authoritarian ker... Aku rasa most of us masuk dalam category team leader...
Diselitkan juga tayangan video citer bugs life... Aku tak pernah tgk lg citer ni, menarik gak. Citer ni ditayangkan untuk we all relate to characteristics of leadership. Tgk movie during office hours... kalau cenggini selalu kan besss...hahahahah...
Time tu la Marliza dari Educator (event organiser utk Oman trip) tu call... Dia kata trip to Oman was postponed to uncertain date. Aiseyy.... aku dah siap packing dah... yg tragisnya semalam dah siap tukar USD lagi (conversion 3.17)... Maklumlah, Khamis ni dah nak berangkat. Nampaknya kena pulangkan balik le pendahuluan diri dan pendahuluan pelbagai yg dah dimasukkan ke dalam akaun maybankku itu... Nak convert USD ke RM balik, dah incurred loss dah... Hmm..mesti ada hikmah disebaliknya di atas ketidakjadian ini... kuikuikui... Ye la, anak2 suma tak sihat skang ni (Erin demam sampai muntah2) Abg pulak tgh exam final.. aku pun cam nak demam. Kalau jadi pegi, mesti pegi dgn tak sedap hati... Agak2nya, kegagalan tuntutan elaun baju panas hari tu adalah tanda2 awalnya kottt...
Habis kursus, call En. Shahriman (org KPT yg suppose pegi ngan aku). First sentence dia - Ha Kherun, you dah sampai Oman ker??? Kah..Kah.. Kah... Aku call dia sbb passport aku kat dia. Dia kata beg aku pun ada kat dia. Beg mana lak ni??? Bila masa lak aku bg beg aku kat dia??? Rupa2nya travel agent (ticket) dah siap bagi beg free kat kitorang... Hai.. nampaknya kena pulangkan balik le En. Shahriman...
Lupa lak nak citer sbb2 tak jd pegi. Sbbnya ada masalah dgn local authorities kat sana. Mulanya depa dah dpt clearance dr Ministry of Foreign Affairs dan Ministry of Higher Education kat sana. Diorang pun dah wat kempen besar2an kat sana..thru tv, radio, iklan, flyers to school and college... dah promote kat sekolah dan U kat sana... Tapi tetiba Embassy Malaysia @ Oman informed that Ministry of Commerce and Trade of Oman unable to release exhibition permit pada their local agent kat sana... Kesian...kesian... mesti byk duit dah dileburkan... cancel fligt tiket n hotel last minute, sure involve cost punya... Mahal giler kat sana. Hotel semalam costs about RM1,300. Aku yg dhaif ni ingat sterling la matawang paling mahal kat dunia ni. Tapi rupa2nya Oman punya lagi mahal.. 1 riyal oman close to 8-10 RM... Kalau nak p melancong ke Oman dgn own money tak de le tuuuu...

1 comment:

mommy anis said...

kak...

sian akak...tak pee tangguh....kang buleh gi lagik....mahal yaa duit dia....

tu negara minyak kak oiii