Monday, April 14, 2008

Sambutan Maulidur Rasul

20 Mac 2008 cuti umum sempena Maulidur Rasul. Kalau ikut kalendar Islam, kakak dilahirkan pada hari Maulidur Rasul...Selamat Ulang Tahun ke 10 kakak sayang... Dekat Bukit Antarabangsa, sambutan Maulidur Rasul hanya diadakan pada hari ini @ 13 April 2008. Macam2 aktiviti diadakan...antaranya, utk kanak2 - pertandingan melukis, bercerita, nasyid, azan, mengaji. Ada juga ceramah agama...
Ketiga2 anakanda ni join pertandingan melukis.. bukannya nak bertanding pun, cuma nak dpt free colour dan meramaikan peserta... Dapat crayon dan buku percuma...pun dah cukup bagus. Sampai kat surau (mak was there since 8:30 am) kul 10.. tgk surrounding... semua kanak2 perempuan pakai baju kurung dan tudung... Anak aku?? Sabrina pakai gaun.. Dania pakai baju kurung without tudung..(half-half le tu). Kaka aje complete dress code.. mkn2 jap... 10:15 acara bermula ...

Dapat crayon baru..



Start colouring... Pengacara majlis siap sound lagi...`Pada ibu-bapa sekalian.. Biarlah anak2 kita saje yg mewarna... Berilah mereka peluang untuk menunjukkan kebolehannya.. Lain kali kita boleh adakan pertandingan untuk ibubapa pula...'. Kelako lak.. Mana taknya, ramai yg interframe anak2 sendiri...

Sambil mewarna, dibacakan ayat2 suci Al-Quran oleh johan.


Nampak cam ramai org2 dewasa je... Tak lah! Nampak cam tu sbb kanak2 dah ditenggelami oleh mereka.

No comments: