Monday, April 7, 2008

Santai tak jadi

Abg cam biasa ada class every Sat and Sun... Dania nampak boring sungguh hari ni.... tak tau nak buat apa. Kesian dia(Dania ni aktif sket... tapi dgn org lain dia jd pemalu). Abg awal2 lg dah pesan kalau boleh biarkan dia study sepanjang 2 minggu nih... Al maklumlah, minggu ni dah start final exam... Biasanya abg balik class..sembahyang dulu... makan... dan rehat skejap (tido la tu... lepas makan, tido) Tapi, tak sampai hati tgk Dania yg keboringan. Jadi, dia pun setuju untuk outing..


Cuaca nampak cerah petang ni (kul 3:30).. Kami cadang nak bawak anak2 ni p Ttwangsa untuk cycling. Plan nak keluar awal dan sembahyang Asar kat sana je.. takut hujan. Sebelum tu nak singgah kedai basikal baiki tempat duduk basikal Dania yg dah nak tercabut dan tayar depan yg dah pancit. Pam jugak tayar basikal Erin... Langit dah lain macam... macam nak runtuh dah. Tadi punya la panas terik, la ni bertukar gelap terus.


Settle je baiki basikal tu, terus gerak ke Ttwangsa... tapi hujan dah turun dengan lebatnya. Perjalanan diteruskan jugak hoping kat sana tak hujan... kesian kat anak2 dah teruja nak berbasikal kat Ttwangsa. Malangnya, kat sana pun hujan gak... toleh kat seat belakang, anakanda sume dah nyenyak..... tido.... Akhirnya patah le balik ke rumah... Singgah Kenny Rogers beli ayam... nyam..nyamm... Sekurang-kurangnya, tak le balik dengan tangan kosong..


No comments: