Thursday, May 29, 2008

Tukar Bahagian

Kengkawan.... Hari ni dapat surat tukar bahagian... Bahagian Sumber Manusia with effect from 1st June 08. Totally different from what I'm doing now. Mesti bos aku (dan mungkin bos-bos lain) pelik dengan pertukaran tu.... Dah la aku buat surat senyap2 tanpa pengetahuan bos, kalau bagi tau dia, mesti dia boleh mempengaruhi aku utk ubah fikiran...tapi org sekeliling suma tau arrr... Ye la, aku bukannya mohon tukar ke Bhg Jaminan Kualiti (cam institutional audit ker), tapi... betul2 yg tak de kaitan punya job specs! Ala-ala lompat parti lak! Actually masa apply tu cam tak brapa yakin, tp cuba je la nasib... Tak sangka pulak dapat... terharunya... Ye la, time ni le nak mohon i.e. time ramai org baru masuk... time banyak jawatan baru nak diisi...
Dengar2nya, aku bukannya buat kerja2 HR... tapi PTK. Orait sangatlah tu. Alhamdulillah... akhirnya dapat jugak aku memboloskan diri... Tak sangka pulak! Dah 5 tahun buat accreditation, merata dah pegi... macam2 orang dah kenal... Aku seronok sebenarnya buat kerja2 tu, dan aku pun very attached ngan ahli unit BSS tuh...tapi.... korang paham2 je lah... Kegembiraan dan sambutan yang aku terima (lepas dpt surat) mengalahkan orang yg dpt 44...heheheh....
Nanti dah tak dapat tengok si Lynn menari-nari lagi depan aku... si Nenney yg lately slalu pening kepala, tak dengar lagi sora si Jun cakap jarak jauh dengan Zabib... tak dengar lagi suara si Kamala cakap dalam tepon (kuat wooo), PTA aku yg selalu berpeluh2 sampai ofis... tapi yg paling best adalah.... aku dah tak involve dalam housekeeping.... dah tak ada dah perasaan seperti dilanda garuda..
Anyway, good luck la kat korang2...dengan COPPA, COPIA... APPA..eh..eh.. APA.. (eh, tapi good luck dengan `appa' pun ye gak!) good luck le dengan suma tuh... Aku?? I hope this is the best for me... Doakan aku jugak...

Thursday, May 22, 2008

Abg @ Shenzen

Minggu lepas, seminggu abang tak de kat rumah... ada keje kat Shenzen... So, dah tak de org nak drive keta, terpaksa lah aku drive...hehehhe... sampai lrt station je la... aku park kat terminal Putra, then naik lrt sampai Taman Jaya. Kalau dah naik kat stesen Putra tu, sahih aku dapat melelapkan mata aku dengan jayanya... Tapi, time balik slalunya tak dapat tempat duduk... camana nak tido?
Tiap2 hari tak dapat tido petang ... malam, kul 8/9 dah macam nak tertutup dah mata ni.. Tapi, tudung tak gosok lagi (nasib baik baju dah gosok seminggu)... pinggan tak basuh lagi, kakak exam pulak.. nak kena teman dia study, kain tak lipat lagi... Aku tak kisah suma tuh.. cuma mata aku ni yg berat sgt. Selalunya kalau balik ngan abg, mesti aku tido punya... sampai rumah, mata ni dah kenyang... so, malam mata rasa segar sikit...
Lain pulak citer aku... sebenarnya nak upload gambar2 abg kat Shenzen... Aku nak citer lebih2, tak relevan lak sbb bukan aku yg pegi..


Ni baru sampai le ni...

Ni ahli group yg pegi.. Suhaimi yg lagi satu tu bawak wife dia (cikgu Kumon kakak).. Ada lagi satu group utk pergi training Huawei.. Group yg ni p buat acceptance test jer...

They stayed at this hotel...Pavillion



Minum Chinese Tea


Bergambar dgn Bangsawan mana plak ni


Suhaimi dan Suhaimi


Balik shopping ker?? Beli bag ibu ke??


Naik cruise

Jumpa lak group seagama dalam cruise.. kata abg, depa so excited bila dapat jumpa org Malaysia.. bergilir2 bergambar

Below are photos taken @ Window of the world. Kat sini ada byk miniature yg menggambarkan tempat2 menarik di dunia... Seolah2 kalau dah pegi sini macam dah round satu dunia ler...

Eifel Tower... Gateway of India

Apa tah... Kalau tanya abg mesti dia pun tak ingat

Ni pun sama.. aku letak je gambar kat sini


Taj Mahal


Menara Condong Teluk Intan... eh..Pisa..



Venice


Rome


UAE.. hehehe apa2 je la


Olimpik @ Beijing


Niagara Fall


Marble Arch


Naik Eifel Tower


Pemandangan dari bawah


Boleh main ski


Ni citer bugs life ke?


Ada theme park... ala2 Genting gitu


Akrobatik


Belek...belek.. tawar-menawar.. baguih2



Ada satu tempat tu digambarkan macam kat Interlaken. Interlaken ni situated at Switzerland. Aku dah pernah pegi kat situ... masa tu anak baru sorang.. Cantik woooo... Bawah ni adalah gambar-gambar kat Interlaken tiruan..





































Tengok gambar je la... yg best nya, lelaki pun suka nak posing2... kuikuikui... asalkan bahagia...

Tuesday, May 20, 2008

Bye Nuar....

Semalam, balik dari kampung, terus ke KLIA jemput abang balik dari Shenzen. Lepas tu terus gi rumah Along Hasni sbb nak berborak2 ngan Nuar... Malam ni dia dah nak fly dah... Aku rasa tak berkesempatan nak ngantar ke KLIA (memeriahkan lagi rombongan Cik Kiah) sbb baru je balik dr KLIA jemput abg.. So, singgah je la Putrajaya...
Nuar ni anak buah aku, mak aku jaga masa kecik2 dulu.. Masa tu family aku dan Along Hasni tinggal kat rumah setinggan kat Kg. Dato' Keramat. Al maklumlah, aku ni kan anak tunggal, so bila Along menempatkan anak sulungnya dibawah jagaan mak aku... apa lagi, seronok le aku... Merasa jugak le ber`adik' walaupun dia tu pangkat anak buah. Sayang betul aku kat Nuar ni... Yg paling best, bab menyakat dia...
La ni dia dah besar dah... Ni nak sambung blaja kat Ireland ambik MSc Mechanical Engineering kat Athlone Institute of Technology, sponsored by oleh Univ. Malaysia Perlis (nama lama KUKUM).. Lepas abih blaja ni kena le jadik lecturer kat situ for 5 years at least. Yang bagusnya... he is the first Malaysian study kat sana... Fuhh..semangat kena kuat tuh. Tapi tak pe... dia pun dah beramah mesra dengan Presiden Athlone tu... duta Malaysia kat sana... Pastinya dia akan dijaga dengan baik...

Dengan mak... dia panggil Wan Cik


Anak2 aku ni kira dua pupu Nuar nih.. lagi sorang tu Najihah, satu2nya adik perempuannya



Bergambar ramai2.. ada lagi 2 org adik lelaki Nuar tak masuk sama...

Okay.. Mak Long (aku le tu) doakan agar Nuar berjaya kat sana dan dipermudahkan segala urusan olehNya. Mak Long harap, Nuar akan teruskan pengajian ke peringkat PhD... Amin.