Tuesday, May 20, 2008

Bye Nuar....

Semalam, balik dari kampung, terus ke KLIA jemput abang balik dari Shenzen. Lepas tu terus gi rumah Along Hasni sbb nak berborak2 ngan Nuar... Malam ni dia dah nak fly dah... Aku rasa tak berkesempatan nak ngantar ke KLIA (memeriahkan lagi rombongan Cik Kiah) sbb baru je balik dr KLIA jemput abg.. So, singgah je la Putrajaya...
Nuar ni anak buah aku, mak aku jaga masa kecik2 dulu.. Masa tu family aku dan Along Hasni tinggal kat rumah setinggan kat Kg. Dato' Keramat. Al maklumlah, aku ni kan anak tunggal, so bila Along menempatkan anak sulungnya dibawah jagaan mak aku... apa lagi, seronok le aku... Merasa jugak le ber`adik' walaupun dia tu pangkat anak buah. Sayang betul aku kat Nuar ni... Yg paling best, bab menyakat dia...
La ni dia dah besar dah... Ni nak sambung blaja kat Ireland ambik MSc Mechanical Engineering kat Athlone Institute of Technology, sponsored by oleh Univ. Malaysia Perlis (nama lama KUKUM).. Lepas abih blaja ni kena le jadik lecturer kat situ for 5 years at least. Yang bagusnya... he is the first Malaysian study kat sana... Fuhh..semangat kena kuat tuh. Tapi tak pe... dia pun dah beramah mesra dengan Presiden Athlone tu... duta Malaysia kat sana... Pastinya dia akan dijaga dengan baik...

Dengan mak... dia panggil Wan Cik


Anak2 aku ni kira dua pupu Nuar nih.. lagi sorang tu Najihah, satu2nya adik perempuannya



Bergambar ramai2.. ada lagi 2 org adik lelaki Nuar tak masuk sama...

Okay.. Mak Long (aku le tu) doakan agar Nuar berjaya kat sana dan dipermudahkan segala urusan olehNya. Mak Long harap, Nuar akan teruskan pengajian ke peringkat PhD... Amin.

No comments: