Sunday, July 27, 2008

Kat S'pore

12.15 pm
La ni dah sampai S'pore... Nak kuar ke tak nak? Kuar? Tak? Hmmm... flight kul 5 lebih, kang nak lunch... solat... brapa lama aje buleh kuar? Kang terkocoh2 pulak... tak yah aaaa... dok je kat dalam ni and round2 kat sini. Office mate abg (Azim) dan wife (Kak Hasni) kuar ... Aku dah biasa gak ngan Kak Hasni ni.... Dia ni medical Dr. Kami dah pernah beraya kat ghumah dorang kat S'ban dan dorang pun dah pernah visit aku time lahirkan Dania. Kami slalu jumpa time family day Fibrecomm (FCN). Antara yg kami citerkan... we'll miss FCN's family day next week @ Langkawi.... Huhuhuhu... Tempat fav aku tuh.... Tak pe aaaa... Tak de rezeki...


Aku dah sempat rembat fridge magnet kat cni. Pakai credit card lagi for the price of S 5.98.. kuikuikui... tu mmg keje aku la tu sbb nak collect point. Tapi, aku mmg tak convert Sing Dollar pun. Nak tak nak mmg kene guna duit plastik nih... Lunch kang ada yg sponsor.


Tadi, kami kuar kul 7, naik airport limo. Regenya still RM 84.90... oil price has been increased but the fares remain.. baguih le. Kul 6.30 am dah kejut Erin dan Dania, suruh hantar kami kat gate... Ngantuk2 tp still gagahkan diri utk bagun tido. Mlm tadi dorang tido kul 1... Everyday dlm minggu nih aku kata kat anak2 ni yg aku nak ikut abg pegi keje jauh... Erin pesan `nanti ibu belikan adik beg warna pink eeee.... letak brg skali dlm tuh... tapi, kalau tak jumpa pun tak pe...' Hihihii...pandai nak kirim...siap suruh isik brg lagik... tapi yg bestnya dia kata...kalau tak dpt pun tak pe...' Understanding betul.... InsyaAllah ye dik...


Pagi tadi, dgr iklan Sindarella kat tv. Next week is the last episode. Aisey, melepas la aku... Ni le satu2nya citer tv yg aku ikut. Slalu tgk sambil lipat kain. Kalau kain yg hdk dilipat tu sikit, aku ttp ambik masa sejam utk settlekannya.... heheheh, jgn mare ye bang... satu citer je... seminggu sekali je....


Aku harap sgt kat dlm bilik hotel sana ada internet... Buleh aku update blog selalu. If not, byk lak homework aku nak update blog nanti...hahahahah...ada hati lagi tuh... Tak de laaa.. yg penting aku dpt contact anak2 dara aku ni guna web cam, buleh nengok muka dorang kannn... Hmm, dah start rindu dah ni...


4.00 pm
Lepas lunch, g rayau2 kat cni, ada nampak free movie... apa lagi, jom ler. Masuk situ je, hati aku dah berkata2... dah dpt pot utk tido masa balik nanti. Ye la, balik nanti sampai S'pore kul 1 pagi, then naik flight balik Malaysia kul 7 lebih. Hopefully bukak la tempat nih. Selesa betul... huh! Hmm.. aku jadi excited bila aku sedar citer yg tgh ditayangkan tu adalah citer PS, I LOVE U... aku dah baca buku citernya tp X pernah tgk movienya. Siap nangis2 lg baca...huhuhu... Tapi movie dia ni tak follow exactly mcm dlm buku cuter tuh... contohnya, dlm buku Holly tu dpt surat dr Gerry sekali byk (utk 11 ke 12 bln - tak ingat) dan Holly bukak hanya pd waktu yg ditetapkan... tapi dlm movie ni, surat tu dtg one by one...by post, by someone... Tapi tak sempat nak tgk abih sbb nak p solat...
Lepas solat ni le sambung balik update blog... Call rumah, kakak dah sampai balik rumah.. Alhamdulillah... yg lain pun ok... terubat rindu dgr suara semua... OK le.. nanti sambung balik... Chiow.

Thursday, July 24, 2008

Dah start cuti...

Esok dah start cuti... saje jerrr.. nak spend time ngan anak2 especially kakak. Kakak ada camp start esok sampai Ahad... Aku bertolak Ahad pagi where as kakak balik petang Ahad ... So, tak jumpa nanti. Jadi, aku ambik le cuti... esok boleh hantar dia ke sekolah. Camping ni dianjurkan oleh pihak sekolah, dan diadakan kat Bukit Lagong, Selayang. Tak pernah aku dgr nama tempat ni...
Lepas tu ingat nak bayar cukai pintu MPAJ, beli insurance and roadtax Kancil dan jugak claim RM625 utk MyVi... tak claim2 lagi... pas tu nak tukar duit USD... Hmm, nak tukar ke? Duit yg aku tukar masa nak g Oman dulu masih ada lagi... tapi, cukup ker? Barang pun langsung tak pack lagi...
Nape tak rasa excited nak pegi? Sebab utama, anak2 tak ikut... rasa tak biasa lak. Tiap2 mlm aku dan Erin tidur saling berpelukan... melekap! Kakak tido bilik sendiri dan Dania tidur ngan mak and sometimes ngan kakak. Abg tido lambat ... ntah kul brapa tah... sbb baca buku. Kalau dulu time sibuk g visit aku tak kisah sgt sbb at least abg still ada kat rumah. Kali ni dua2 pegi.... sedih lak nak tinggalkan budak2 ni....
Sebab kedua, sejak kejadian `lompakan itu hali aaa...' aku jadi risau lak tinggalkan anak2 dan mak ajer kat rumah.. Aku jadi lebih menghargai perhubungan kekeluargaan ini. Ya Allah, lindungilah keselamatan keluarga kami semasa ketiadaan kami. Anak2 ku, nanti kita g jalan2 ye.. Sabar ye..
Apa2 pun. tq very much kat abg yg beria2 ajak aku join dia... Mungkin sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke 11 gamaknya... hehehehhe..

Sunday, July 20, 2008

LOMPAK!

Masa tu kat Carrefour. Lepas buat pembayaran, abg masuk balik sbb terlupa nak beli torchlight kakak (kakak ada camp 25-27 Julai nih), tapi aku nak cari baju kat kedai2 luar nih. So kami separate... kakak ikut aku where as Dania n Erin ikut abg. Masa aku tgh membelek2 baju tuh, tiba2 ada bunyi letupan yg kuat. Ada benda pecah ke? Lampu meletup? Terbakar? And suddenly ada cina tua dtg ke arah kami dengan cemasnya dan kata ..`lompak!! lompak!! Lali..lali'. Dan aku?? Just stand there, trying to capture what he's trying to say... Dia suh kami `lompat' ke? Nak wat apa `lompat'? Tapi nape dia tak cakap `lompat' betul2?
Lama2 baru aku tau maksud dia bila adik jual baju tu dah faham apa dia kata. Dia kata `ROMPAK'...Adusss... Cemas gue, tapi aku rasa cam nak come closer to see the real incident. Tetiba teringat keselamatan anak dara aku nih dan everybody lari bertempiaran... Bila dah cam tu, aku pun carik la tempat perlindungan. Masa tu aku dekat ngan escalator turun... sah2 perompak tu akan turun kat situ.
Kami pun masuk dlm kedai baju, nyorok... kawasan luar tu jd lengang sbb suma orang dah masuk menyelinap dlm kedai2... Aku nampak muka kakak cam nak nangis... Sian anak ibu, aku peluk dia lama2... Bunyi letupan masih bertubi2. Berbalas-balas tembak ke? Aku call abg suruh take care Dania n Erin. Orang sebelah aku (dgn anak dia) dah menggigil2....nak pinjam phone aku nak cal laki dia. Aku pun bagi le...
Dlm pada tu, perasaan ingin tau membuatkan aku masih meninjau2 keadaan kat luar sana. Dan aku nampak 3 orang perompak tu melarikan diri, tp tak perasan sgt muka sbb aku focus kat one of them yg selubung kepala dgn kemeja yg dia pakai. Betul sangkaan aku yg depa turun ikut escalator tuh... Tapi, nape tak de org yg kejar depa? Maksud aku, pak guard - pak guard... kan ada ramai security.... mungkin depa pun nyorok cam aku gak ke? So, aku pun wat andaian depa tak nak kejar dan tembak perompak2 tu sbb nak jaga keselamatan org ramai. Tapi, aku rasa tak puas hati tul la... sbb masa tu org dah nyorok. Buleh aje nak tembak perompak tu time depa tgh turun escalator tuh! Geram pulak aku rasa...
Bila perompak tu dah selamat melarikan diri, kami pun keluar... menuju ke kedai yg dirompak. Lupa lak aku nak citer yg depa tu rompak kedai emas TOMEI. Dgr citer, ada pekerja kedai yg kena tembak...pompuan. Ada kata kena tembak kat bahu la...peha la.. Mana satu yg betul, ntah... Dan aku nampak security tu tolak pompuan tu, yg dah longlai tu dgn wheel chair (selaju yg boleh)... tapi aku tak tau dia dibawa ke mana... (hospital la kot). Kakak beria-ia ajak aku balik. Aku call abg berkali2 tp asyik masuk voice-mail. Abih bateri la tu... Akhirnya kami dok dkt surau sbb tadi janji ngan abg kat ctu.
Dlm pada tu, aku tgk org2 ni keluar masuk bilik security (sebelah surau) ni dan keadaan kat ctu agak kelam kabut. Lama gak... dlm fikiran aku, mesti pompuan yg kena tembak tadi ada dlm tu. Apasal tak bawak hospital cepat2? Geram lagi aku.... Kakak masih lagi dlm ketakutan... Tak lama kemudian, aku nampak org2 tu menyorong mangsa tadi keluar.... dan lalu dpn kami... Aku nampak muka mangsa tu... begitu pucat sepucat-pucatnya... tak pernah tgk cenggitu. Hidup ke? Mati ke? Kesiannya dia... isteri sape la ni? Anak sape la ni? Mak sape la ni?
Tapi, mana darah kat bahu dia? Atau kat peha dia? Tak nampak pulak. Aku buat assumption lagi, mungkin dia ditembak kat blakang... Ontah laaa

Friday, July 18, 2008

34 tahun dahhhh....

Hmmm... nyum..nyum... hehehehh.. Hari ni dah genap 34 tahun aku bernafas di bumi Allah nih.. Syukur alhamdulillah kerana masih berpeluang menikmati kebahagiaan kehidupan ini, mendengar, melihat dan merasa nikmat yang dikurniakan olehNya. Dikurniakan keluarga yang sungguh bahagia dan memahami... dikurniakan rezeki yang mencukupi... dikurniakan kesihatan yang baik... Aku bersyukur.

Tak de buat apa-apa, cuma sambutan biasa... beli kek dan nyanyian `happy birthday' dari mak, abg dan anak2.... Cukuplah... Tak perlu apa2, sekadar `birthday wishes' is more than enough. Anyway my friend, thank you for the card. Tak pernah miss bagi card, tak pernah lupa birthday aku. Terharu lak sbb aku selalu terlupa birthday dia...birthday aku sendiri pun aku slalu tak ingat... TQ very much.

Thursday, July 17, 2008

Brapa hari lagi???

Hari ni Khamis 17 July... aku bertolak hari Ahad next week (27 July). Sepuluh hari lagi. Kami berdua jer, anak2 tak ikut... budget constraint... heheheh...Flight itinerary dah dapat, nampak macam perjalanan yang meletihkan.... Mulanya plan naik MAS, turun kat LA then naik domestic flight... Tapi, la ni dah tukar flight, naik SIA sbb SIA akan mendarat kat San Francisco terus. Tapi tu lah... dari KLIA kul 10.23 am, sampai S'pore kul 11.20 am.... pas tu stranded kat ctu sampai kul 5:50 pm baru depart to H.Kong - transit.
Sampai H.Kong kul 9.35 pm pas tu depart to San Francisco (SFO) kul 10.45. From there takes 12h 30m to reach SFO.... dah imagine rasa berlengas dan sakit blakang. So, sampai sana kul 8.15 pm local time. Balik nanti transit kat Seoul sekejap then sampai S'pore kul 1.00 am.... bertolak ke KLIA kul 7.10 am. Huhuhuhu.... stranded lagi.... Hmm, rugi masa kat journey jek...
We'll stay at Nikko Hotel International. Apa-apa pun... kat sana nanti, aku aim nak gi Gilroy Premium Outlets .... tempat shopping tuhh. Nak beli baju kakak dan abg yg susah nak cari size kat sini. Hopefully dapat lerr... Kesian kakak, sbb kena pakai baju saiz adult, abih cam no? Saiz budak2 tak muat... Tak pe, nanti ibu cari kat sana ye... Abg pun sama, kalau kat sini yg sesuai hanya cap JFB (Elba). Kalau lain, payahhhh.... Tapi, tak tau la kalau tak kesampaian hajat nan murni nih...
Actually, we planned to extend another 2/3 more nights there... tapi we've been under waiting list (utk tiket balik) for about one week, all fully booked. Jadi kena la balik sesame yg lain2. Tak pe arrr... ada hikmah di sebaliknya... berjimat cermat!

Thursday, July 10, 2008

Journey to Self Discovery

We had an English course for 3 days starting from 8th April (Tuesday) till today. The course was conducted by Ms Jam from Stoke Hill Management, held in MQA from 9 am -4.30 pm. The 2nd series will be held on 24th till 26th Aug. All of us were really enjoy attending her classes as she can create the `safe' environment for us to speak in English.... The modules are all focusing on public speaking... bollywood, turning point, giving instructions, and after all, we love to speak in English....

During the class, we feel confident when talking, don't bother whether our sentences / grammar turning upside down..... We laughed until our tears comes out.... but sometimes we cried when we share our sad experience .... huhuhu.... We can talked without feeling embarassment. Imran told us about his experienced when he rang the fire alarm accidently... Hajar's story about her memories with her late father.... Marliana about... she stepped on the `baby chicken' and the chicken died on the spot... and many more! On the other sessions, we were acting like tarzan, giant, gold digger, postman, sales person.....

video

So friends, don't miss the 2nd series...

Sunday, July 6, 2008

It's your day, kakak...

Ayah and ibu wish to dedicated this song to our lovely daughter, Nur Diana Syahira on her special day which falls on a special date 06-07-08... An old song by NKOTB...

Happy Birthday to you
This is your day
On this day for you
We're gonna love you in every way
This is your day, your day
Happy birthday to you, to you
Happy birthday to you
You're still young
Age is just a number
Don't you stop having fun
This is your day, your day
Happy birthday to you , to you
This day only comes once every year
Because you're so wonderful
With each and every thing you do
Hey...........
Happy birthday to you
This is your day
On this day for you
We're gonna love you in every way
This is your day, your day
Happy birthday to you, to you
This day is only for you'
Cause you're so special in every way
Happy birthday to you

Birthday girl


Only a few people were invited... Mak Su n family, K.Ngah Anim n family, Mdm Liew (school van driver), Wan Mon and her closest friend / classmates.. due to limited space. Kak Lang tak dpt dtg sbb tgh vacation...

Lama tak jumpa Pak Pen...

We were glad that you enjoy your day

With Nadhirah, Asyiqin, Ain and Qistina

The meals were ready

Makan time

The theme was power puff girl.... All accessories, party packs and the cake representing the chosen theme

Cake cutting ceremony... Happy Birthday to u.... we love u very much! Muah...muah...

Patient... everyone will get the portion

Hmmm... yummy...

These 2 girls yg tolong arrangekan everything... TQ...

Now was the game time... musical chair has become the compulsory activity

2nd game, to fill the rope with the straw which already cut into a small pieces

3rd game, was to build a pyramid from the paper cups


The pyramid... And the 4th game, to find 10 things (from anywhere) which were listed... such as lipstick, 50 cent, pen, watch and so on...

Everyone was happy on that day, especially kakak...

Among the present she got for her birthday
Ya Allah, murahkanlah rezeki anak-anak kami, terangkanlah hati anak kami agar mudah mereka menerima ilmu bekalan dunia dan akhirat, berkatilah segala usaha mereka, lindungilah keselamatan mereka dimana jua mereka berada... Kurniakanlah mereka kesihatan yang baik... Amin...

Saturday, July 5, 2008

Alamak! Purse mana?

Masa nak hantar mak mertua balik ke Seremban semalam, dalam kul 4 ptg, baru perasan purse tak de dlm hand bag... Puas la recall balik memories... flashback... rase2nya tinggal kat opis kot... Aisey, den dah tak pogang kunci dah ni. Kunci dah pas kat Ju yg masuk keje 7.30. Cemana nih? Resit deposit McD dan Secret Recipe, kad McD... sume ader lam purse tuh... today nak wat b'day kakak kat McD... Nak tak nak kena jugak usaha utk dptkan kunci...

On d way ke Seremban, aku asyik sms... call..bebudak yg pegang kunci nih.. Ju ada kat Pangsun, Ross pun ada kat sana.. Kunci Zul ada pada Ross dan Jun kata kunci dia pada Zul pulak... Bila call Zul, dia kata kunci dia ada kat Aisyah lak... aisey, mana ada no Aisyah... akhirnya terpaksa gak aku g rumah Fizah kat Kajang, ok le tu sbb on the way balik KL.

Lepas hantar mak, pegi visit K.Ngah Sikin kat spital Columbia Asia, Seremban. Dia baru lepas operation semalam, buang fibroid yg sebesar kepala budak... padankan perutnya besar... Lepas solat Maghrib, pi le ke rumah Fizah (directions thru sms). Dia yg bg directions tak clear ke .... dan aku yg follow strictly... sesat, tersasar jauhhhh... aduhai, anak2 den dah kelaparan dah nih...
Katanya, turun tol silk last, jumpa traffic light ambik kanan... supposed, lepas bayar 2X tol, masuk kiri, jumpa traffic light ambik kanan... yg aku terus dan terus sampai bayar 3X tol... sampai ke Sg. Long... jauh giler... dah le highway tu cam tak de orang... pusing balik, byr 3X tol... dan pusing balik byr 2X tol (sampai smart tag dah tinggal 40 sen)... Akhirnya baru jumpa... laki den pun cam dah hangin jerk... huhuhuhu.... lepas tu patah balik masuk KL byr lagi tol (sebelum sampai tol Kajang). Total tol yg aku lalu adalah 10!!!.. Makan dulu leee....
Akhirnya, 11.15 pm aku sampai le kat opis... pak guard pun tak banyak soal... sib baik mmg purse tu ada kat dlm drawer aku nih.... kalau tak de, naya aku kena sumpah kat abg...

Thursday, July 3, 2008

Stay back!!!

Hari ni penat tul... 7.15 dah sampai opis terus wat keje... semalam bos lama returned back my MJA paper... need to do corrections before sending to urusetia... dalam pada tu, nak gak wat paper baru... tapi hari ni ada appointment ngan org JPA, org Kem. Sumber Asli dan org Jab. Akauntan Negara sbb nak request for sample Training Roadmap... mcm mana nih? Which one should I do first? At last, sempat betulkan 2 paper... dan prepare satu paper baru. Bukan apa, klu buleh nak settlekan cepat2 sumer file yg masih aku pegang ni sbl kerja baru menimbun. Lepas tu p Putrajaya angkut Ju sekali... dia pun nak nempel utk wat modul kursus induksi.. heheheh orait la tu... sambil nyelam tangkap ikan... minum air kembung lak nanti.
Sampai opis kol 1 lebih terus lunch ngan lunch-mate aku...mawar, zeti, lynn, roha n cheni... sodapnya dpt teguk air sirap bandung sejuk..... hilang dahaga...mmmm... makanan yg dioder tak sampai2 lagi tp rasanya cam nak abihkan jer air bandung tuh, tp takut lak kot apa2 terjadi time mkn kang... tersedak ke...tercekik ke... kang kena lak aku pau air org lain...
Lepas lunch, sambung wat corrections paper MJA... tapi... Jai pulak panggil...ada panggilan soh bentang paper yg aku baru buat tadi... aiyo... dah 4:30 dah ni, mesti tak boleh balik sharp kul 5... Dah la balik sendiri hari nih. Ku gagahkan jua masuk bilik Lestari 14B tu dgn harapan menggunung agar dpt bentang paper Inti Subang nih.... Tapi, setelah menunggu kian lama, bila tiba time aku present.... bos cam nak ngelat jer... mcm2 soklan dia tanya aku...bila lengkap, bila lawatan, bila dpt report..bla..bla..bla.. termasuk le dia kata..`adakah u nak bawak ni sbb nak selesaikan all your files asap?' Soklan yg aku serba salah nak jwb... kalau aku jwb ye pun salah, kalau aku jwb tak pun salah... Aku pun bg jwp yg tak menjawab soklan dia...kalau dulu aku jwb cam ni mesti dia kata..`u're not answering my question'... aku tunggu gak dia kata cam tu... (rindu kee???)... tapi tak de lak dia cakap cenggitu..
Akhirnya, tak jugak aku bentang paper tuh... buang masa je aku tunggu...dekat 6.30 dah tau... kalau aku tau td, awal2 aku dah chow. Bos kata `let me read tonite'... ye ke.. seboleh2nya aku rasa dia nak soh aku bentang next meeting tuh... apa2 je arrr... aku pun baru bg dia ari nih (dpt pengesahan APP semalam, tu yg last minute bagi tuh) Bila nak balik...aisey, terserempak lagi dgnnya... Dia tanya aku...`how's yr new job..bla..bla..', siap mentioned lagi ala-ala offer aku balik ke tempat lama... Ajak dah sengeh2 dah... Oh no.. tima kacih je la... Mental aku dah tak stress.... Cepat la settle sisa-sisa file yg masih berbaki ni...

Wednesday, July 2, 2008

Visa dah approved!

Hari ni dtg opis lambat sbb ada interview kat US embassy.... tapi dah inform En Azman awal-awal dah.. Interview was scheduled at 7:40 am so kami kuar cam biasa time nak g opis. Semalam tengahari abg inform kena ada surat pengesahan majikan, bank statement, original pay slip so on... so forth... Aiya, last minute baru bagi tau, yg aku pulak tak nak ambik tau... serahkan bulat2 kat abg. Menggelabah le prepare surat nak bg Dato' sign, kalau lambat kang Dato' dah keluar... dah dpt sign Dato' baru rasa lega... risau kalau2 dia tak nak sign sbb tak dak kena mengena ngan office matter, anyway... I attached together (printed from internet) list of docs requested for Visa application..
7.30 dah beratur kat luar embassy nak ambik visitor's pass... ramai gak... ada info kat luar tu : anyone yg temperature badan tinggi dr 38 celcius, batuk, sukar bernafas dan ada satu lagi I couldn't remember is not allowed to attend the interview... lecehnya. Nak masuk gate pun one by one (melainkan family)... scanned... baru boleh masuk bangunannya...Aku ingat ada le dia nak ukur suhu badan (kot lebih 38 lak), tp tak de punnn...
Ambik no kat dlm.. tunggu... then submit dokumen2...tunggu lagi....dipanggil to scanned finger print.... tunggu lagi... baru interview... perut aku dah lapo dah ni... Aku risau gak interview tak lepas, maklumlah... nama abg kat start dgn Muhammad... omputeh tu tanya... kerja mana, company's nature of business, purpose of visit, salary, children dan few more simple questions... Sib baik kami diinterview oleh mat salleh tu... ada minah salleh tu byk sgt soklan dia, dah la sound mic dia kuat... suma org leh dgr conversation tu...
Akhirnya... solosai... esok leh ambik Visa kat Wisma MCA.... sbl balik office, jom isik perut dulu...