Sunday, July 20, 2008

LOMPAK!

Masa tu kat Carrefour. Lepas buat pembayaran, abg masuk balik sbb terlupa nak beli torchlight kakak (kakak ada camp 25-27 Julai nih), tapi aku nak cari baju kat kedai2 luar nih. So kami separate... kakak ikut aku where as Dania n Erin ikut abg. Masa aku tgh membelek2 baju tuh, tiba2 ada bunyi letupan yg kuat. Ada benda pecah ke? Lampu meletup? Terbakar? And suddenly ada cina tua dtg ke arah kami dengan cemasnya dan kata ..`lompak!! lompak!! Lali..lali'. Dan aku?? Just stand there, trying to capture what he's trying to say... Dia suh kami `lompat' ke? Nak wat apa `lompat'? Tapi nape dia tak cakap `lompat' betul2?
Lama2 baru aku tau maksud dia bila adik jual baju tu dah faham apa dia kata. Dia kata `ROMPAK'...Adusss... Cemas gue, tapi aku rasa cam nak come closer to see the real incident. Tetiba teringat keselamatan anak dara aku nih dan everybody lari bertempiaran... Bila dah cam tu, aku pun carik la tempat perlindungan. Masa tu aku dekat ngan escalator turun... sah2 perompak tu akan turun kat situ.
Kami pun masuk dlm kedai baju, nyorok... kawasan luar tu jd lengang sbb suma orang dah masuk menyelinap dlm kedai2... Aku nampak muka kakak cam nak nangis... Sian anak ibu, aku peluk dia lama2... Bunyi letupan masih bertubi2. Berbalas-balas tembak ke? Aku call abg suruh take care Dania n Erin. Orang sebelah aku (dgn anak dia) dah menggigil2....nak pinjam phone aku nak cal laki dia. Aku pun bagi le...
Dlm pada tu, perasaan ingin tau membuatkan aku masih meninjau2 keadaan kat luar sana. Dan aku nampak 3 orang perompak tu melarikan diri, tp tak perasan sgt muka sbb aku focus kat one of them yg selubung kepala dgn kemeja yg dia pakai. Betul sangkaan aku yg depa turun ikut escalator tuh... Tapi, nape tak de org yg kejar depa? Maksud aku, pak guard - pak guard... kan ada ramai security.... mungkin depa pun nyorok cam aku gak ke? So, aku pun wat andaian depa tak nak kejar dan tembak perompak2 tu sbb nak jaga keselamatan org ramai. Tapi, aku rasa tak puas hati tul la... sbb masa tu org dah nyorok. Buleh aje nak tembak perompak tu time depa tgh turun escalator tuh! Geram pulak aku rasa...
Bila perompak tu dah selamat melarikan diri, kami pun keluar... menuju ke kedai yg dirompak. Lupa lak aku nak citer yg depa tu rompak kedai emas TOMEI. Dgr citer, ada pekerja kedai yg kena tembak...pompuan. Ada kata kena tembak kat bahu la...peha la.. Mana satu yg betul, ntah... Dan aku nampak security tu tolak pompuan tu, yg dah longlai tu dgn wheel chair (selaju yg boleh)... tapi aku tak tau dia dibawa ke mana... (hospital la kot). Kakak beria-ia ajak aku balik. Aku call abg berkali2 tp asyik masuk voice-mail. Abih bateri la tu... Akhirnya kami dok dkt surau sbb tadi janji ngan abg kat ctu.
Dlm pada tu, aku tgk org2 ni keluar masuk bilik security (sebelah surau) ni dan keadaan kat ctu agak kelam kabut. Lama gak... dlm fikiran aku, mesti pompuan yg kena tembak tadi ada dlm tu. Apasal tak bawak hospital cepat2? Geram lagi aku.... Kakak masih lagi dlm ketakutan... Tak lama kemudian, aku nampak org2 tu menyorong mangsa tadi keluar.... dan lalu dpn kami... Aku nampak muka mangsa tu... begitu pucat sepucat-pucatnya... tak pernah tgk cenggitu. Hidup ke? Mati ke? Kesiannya dia... isteri sape la ni? Anak sape la ni? Mak sape la ni?
Tapi, mana darah kat bahu dia? Atau kat peha dia? Tak nampak pulak. Aku buat assumption lagi, mungkin dia ditembak kat blakang... Ontah laaa

4 comments:

hana said...

ayyooo........manyak takut la itu mcm.......

nasib baik akai panjang, tak guna escalator.....

muddymask said...

fuhh!! nasib baik masa tu tak beli barang kat tomei...kalau tak lagi menakutkan..kesimpulannya, kalau kaya jgn beli brg emas...muahahaha!!

p/s : kata org tak punya yg nak menyedapkan hati..

Kherun Suhaila Saharbil said...

baru baca peper nih... org tu mati rupanya.... Aisey, nape la terbayang2 jek muka dia. Moral of the story, jgn keje kat kedai emas @ bank..huhuhu

mommy anis said...

suspen betul laaa...kalau saya laa ngan anis aja...mau saya menangis sekuat hati...