Wednesday, October 15, 2008

Pergi Tak Kembali...

Hari Isnin (13 Oktober bersamaan 13 Syawal), ibu mertuaku telah kembali ke rahmatullah. Umurnya kalau ikut IC 80 thn, tp kata K.Lang sebenarnya 82 thn. Sebab-sebab kematian... kencing manis dan darah tinggi.... sakit pakej biasa utk warga emas...

Pagi tu... hb dah tunggu aku dlm keta nak p keje... Biasanya hb akan turun dulu sbb nak mengiringi kakak naik van ke sekolah. Kebiasaannya, sementara tunggu aku turun, hb akan tido2 ayam... Tapi, hari tu lain lak... Aku nengok dia tgh baca surah Al-Mulk.

Then, masa kat opis hb call... ajak balik Seremban. Mak dah tenat.... On the way balik, dpt panggilan semula... dia dah pergi buat selama2nya. Bila dpt call tu, aku tgk hb tenang aje... cuma mata aje bergenang... Agaknya, dah agak `bersedia' mendengar berita tersebut sbb mak pun dah lama terlantar sakit. Kami pun sebelum ni dah berkali2 berulang-alik Seremban sbb mak masuk hospital... dan mak menghembuskan nafasnya yg terakhirpun, on the way ke hospital.

Last jumpa masa raya hari tu.... Aku ada snap gambar mak dan hb/anak2, tp tak sampai hati nak masukkan dlm blog sbb tubuh mak yg dah terlalu kurusss... Setiap kali melawatnya, sedih tgk keadaannya yang macam tu...

Semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya....AL-FATIHAH

4 comments:

maskjask said...

salam takziah dari kami sekeluarga atas kehilangan insan tersayang..semoga Allah mencucuri roh nya.. Aminn

Anonymous said...

saya agak terlambat baca post ni, saya difahamkan takziah terhad kpd 3 hari sahaja... kalau dah lama tu tak digalakkan, any way ramadhan kali ini ada dua kematian yg berbeza... tapi sama...mrrk menderita dlm pemergiannya... satu jiran belakang rumah saya... seorg nenek yg dah lumpuh sejak saya menyewa (6 tahun yg lalu) dan dia takleh bercakap... hanya terbaring dan kdg2 mengerang... seorang lagi anak rakan isteri saya yang menderita sakit jantung berlubang sejak lahir... 2 hari sebelum dia meninggal saya sempat menziarahinya di Hospital Tawakal... sampai hari nihh masih teringat lagi rengekan anak kecil 5 tahun itu, tak salah saya namanya danish rayyan... katanya, "nak popom... (bantal), nak tidur atas mama... then nak dokong...nak pee dll sambil merengek... sabarnya bapa dia n mak dia... mak dia berhenti kerja sejak kelahirannya tuk jaga dia full time... demikianlah kisahnya... menginsafkan...azley.

mommy anis said...

huwaaaaaaaaaaaa...

azley...ceritamu meruntunkan hatiku...aku tok leh dgr citer kanak2 nih...sedey

akulah Lara said...

Salam takziah (maaf agak lewat atas ucapan tersebut) Fizi ucapkan pada suami akak atas kehilangan insan yang tersayang iaitu Ibu suami akak sendiri merangkap ibu mertua akak..Fizi harap akak sekeluarga tenang ek...Fizi pon pernah mengalami situasi yang sama tapi dlm keadaan berbeza...bukan ibu tapi nenek. Opah Fizi meninggalkan Fizi sehari sebelum tarikh lahir Fizi....dan Fizi pon dapat tangkap gambar nenek sebelum dia meninggal..mmg kurus sangat...saya still simpqan gambar tue...itulah gambar terakhir yang sy dpt tangkap..kita perlu selalu berdoa agar mereka tenang di sana... Al-Fatihah...