Sunday, October 19, 2008

Tataplah wajah tersayang diwaktu tidurnya

Petikan dr emel yg ku terima dr seorang kwn

`Pernahkah anda menatap wajah orang-orang terdekat dengan anda ketika mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali sahaja menatap wajah-wajah ketenangan mereka ketika sedang tidur. Ketika itu yang kelihatan adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang. Orang yang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tidak akan kelihatan wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda ketika beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu sasa dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, rambut-rambut putih...mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah rela melakukan apa sahaja asal kan perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. Lihatlah ibu anda. Kulitnya mulai keriput dan jemari! yang dulu halus membelai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana tempaan hidup yang keras. Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita,yang sanggup berkorban jiwa dan raga. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya,.....ingatan dan teguran itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang tersayang : Suami,.... wajah di antara lelaki-lelaki yang hadir....dialah lelaki pilihan yang Allah jodohkan, yang hanya perlu dibahagiakan barulah kita dapat menikmati erti kebahagiaan yang sebenar.

Renunglah wajah perempuan yang bergelar isteri, yang masih setia,namun kesetiaan dan ketabahannya sering kita uji. Kakak, Abang, Adik, Anak, Sahabat........ Semuanya. Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan ketika menatap wajah-wajah yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengimbas kembali betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan ....... untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kekadang tertutup oleh kesalah-fahaman kecil yang entah kenapa selalu sahaja nampak besar. Pengorbanan yang melelahkan namun tidak diungkapkan..... Secara ajaib Allah mengatur agar pengorbanan itu dapat kelihatan lagi melalui wajah-wajah jujur mereka ketika sedang tidur.

Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan seketika terganggu jika mengingatkan itu semua. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika keesokan hari, orang-orang yang dikasihi itu tidak lagi membuka matanya, buat selama-lamanya.... ..

Renungkan......

Kasih sayang adalah rahmat Allah......Apabila kita merasakannya bermakna hidup kita sentiasa dirahmati......Kadang-kadang kita perlu berkorban untuk kasih sayang itu.... bukan untuk dihargai tetapi sebab kita percaya dan tahu erti kasih sayang yang sebenarnya........ '

Ehem.. ehem... adakah suamiku sering menatap wajahku sewaktu ku sedang tido dlm keta dan dia sdg driving... dan dia berkata dlm hatinya..... `tidurlah wahai permaisuri...' ehek...ehek... Yang mana kadang2 dia sering bercakap sorang diri sbb ku dah tertido time dia tgh bercakap???? Jawab...jawab...

4 comments:

Selly said...

sampai sekarang saya masih tolong pikirkan kak kherun... hehe... disebabkan lum dapat jawapannya, maka takleh ler nak jawab!! ahaks!!

tapi betui gak kan.. kita nie negok lah jugak muka si Dia masa tido.. tapi kita??? rasanya tak sempat nak nengok kot..sebab asik dengan dengkuran dia jer dulu.. hehe...

ummicaca said...

hhaha... oleh kerana tadak sapa2 lagi di sekeliling kita waktu nak tido, memanglah muka wira je yang aku tengok....

tulisan tu betul, kan?

paling suka nengok muka anak2 yang tengah tido.... bersih, tadak dosa, tadak nak pk2 masalah...murni sangat..

mommy anis said...

hahahahahaha...

kak...saya selalu tgk muka anis bila tido...rasa cam magic jek..cam tak caya dah besar dah anak mommy

pastu tgk muka pak anis plak...emmm...no komengg

safa said...

hahahah tapi kadang2 tgk muka orang tdo nih air liur basi jer meleleh...potong stim tul...ilang muka pengorbanan diorang huh