Saturday, October 23, 2010

Tudung zaman kini

Tetiba hati terpanggil untuk menyuarakan pendapat sendiri di blog ni.... ianya hanya pendapat saya sendiri dan rupa2nya, bukan saya aja yg berpendapat sedemikian. Mohon maaf awal2 sekiranya ada rakan2 yg terasa hati....

Saya baru balik berkursus di PD, bersama2 dgn Fiza Abidin. Salah sorang dr penceramah, memakai tudung segera yg menjadi trend masa kini. Kata hati yg telah lama saya pendam, saya luahkan pada Fiza secara tiba2..... `Akak tgk, skang ni..... org2 yg pakai tudung2 ni, macam gaya sister gereja la pulak... especially kalau dipinkan di belah belakang dan di belakangnya labuh'. Hmmm... kalau labuh di depan dan tak dipinkan di belakang, tak la ketara sgt....

Sebentar tadi, bukak webmail.... ada terima satu emel yg bertajuk... Tudung Akhir Zaman... yg membincangkan dgn agak mendalam mengenai perkara yg sama... saya tak akan copy paste masuk dlm blog ni, kalau kwn2 nak baca nnt saya emelkan.....

Hmmm.... walaupun bertudung dan memakai baju yang menutup keseluruhan aurat, seharusnya aurat ditutup dgn sempurna... tudung menutup dada dan tidak tinggi sanggulnya....

Maaf sekali lagi....

4 comments:

Yanti Arshad said...

kherun,

isu ini dari last year lagi dah hangat. especially tudung yg siap ada 'bonggol unta' tu.

memang ada dalam hadis nabi menyebut wanita2 yang bertudung begitu... senang cakap, pemakaian tudung begitu sebenarnya HARAM!

actually ramai yang segan silu nak citer pasal isu ini... kononnya takut sesetengah pihak tersinggung, sebenarnya benda yang HARAM perlu didedahkan or else kita dianggap bersubahat...

Kherun said...

ye Yanty, betul tu..

ruggedmom said...

Ko tak perasan ke ust masitah pun dah pakai tudung siti je cuma ada yg bhgn dalam itupun singkat yg amat, kalah aku yg jahil ni. Dulu dia ajar agama kat tv skrg kita kena ajar dia pulak ke? Dulu dia pakai 'sarung lengan' n stokin bagai, skrg?

Sorry lah yo emosi skt sbb dia ngajar agama..org yg tak berapa tahu agama akan ambil ustzh sbgai contoh

Kherun said...

tu la maria... bila ustaz dan ustazah dah berpolitik, berguguran la hormat kita padanya sedikit demi sedikit... sbb dah keluar ciri2 cakap tak serupa bikin...

kuasa dan harta boleh mengaburi mata manusia yg lemah...