Saturday, November 27, 2010

3X Seronok!

Minggu ni (22-26 Nov), saya mcm biskut choc fudge kat opis... kejap ada, kejap tak de... mintak maap lah ye tuan/puan boss... bukannya saya sengaja... Hari Isnin, saya half day aje kat opis sbb attend konvo AKRAB @ PICC. Selasa pulak, cuti terkezut sbb kematian bapa saudara.... Rabu ada... Khamis pulak mmg dah apply cuti sbb abg konvo... Jumaat ada... Tak ke mcm biskut tu..

Seronok yang pertama
Congrates to abg... dah berjaya menyelesaikan Ijazah Sarjananya... bila pulak turn saya? Ontahla... Masa hari tu, pepagi lagi dah bgn sbb kena ada kat sana kol 7.30 am... bgn lebih awal dr hari2 biasa nak ke opis. Kami pergi ber3 shj sbb dah tau keadaan kat sana, sure panas dan merimaskan utk kanak2 dan juga mak kanak2 yg kena melayan karenah anak2nya.

Abg punya, sidang yang pertama..... dirasmikan oleh Canselor UiTM i.e. Yang di Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin. Sidang ni, hanya untuk penganugerahan kepada penerima Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran sahaja.

Kad jemputan dapat satu, kan? Satu kad boleh masuk 2 org... tapi, dewan dah fennuuhhh daa... dah tak muat. So, saya dan anakanda tak dapat la nak masuk... Mula2 cam frust gak... tapi, sebenarnya lagi bagus tak masuk. Kalau masuk, kena dok ontok2 (diam2)... tak leh snap gambar... boring. Kalau kat luar, boleh jln2... cuci mata...

Saya suka!
Tahniah!
pose wajib
Bila dah rasa berpeluh2 kat luar, saya dan anakanda masuk kat dewan kuliah, ambik angin sojuk.... nonton istiadat konvo thru big screen je.... Whoohooo... bestnya, seswai utk lolapkan mato (dah la bgn pagi ya amat). Ada byk ucapan yg bisa mendodoikan....

tengok... ramai yg dibuai mimpi
Jamuan disediakan utk guests
Seronok yang kedua
Seronok apabila boleh capture sendiri gambar Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah... Ala, korang mesti kata... cilok je gambar sesape yg kita suka kat internet... tapi... auranya lain dari yang kita capture sendiri... tau? tau? tau? Hmmm... kalau saya masuk dalam dewan tadi, sure saya tak leh capture this moment.

Kereta yg tiada plat no
Seperti biasa, ada pelbagai cenderahati tersedia utk dijual. Anak dara saya pun rambang mata jadinya. Saya kata kat dia... `nak beli? Sila beli duit sendiri ye.... ibu sponsor seploh hengget jek'.

Saya bei gak... dua... tapi bukan utk abg... untuk 2 org anakanda yg setia menanti di rumah. Harga? Harga yang sama saya kasi sponsor pada kakak. Fair enough.

Seronok yang ketiga
Saya bertemu dengan Zura... salah seorang kawan baik masa sama2 kursus kat Jepun awal tahun 2008 dulu. Zura, skang ni lecturer course Electrical Engineering. Hajat di hati nak jumpa si Farah dan Jona juga... tapi, Farah ada meeting dan Jona ada kursus... hmmm, tak pe la.. Saya pun tak plan nak jumpa dorang. Masa tgh tunggu Agong dtg tu, baru saya teringat nak call... Kalau plan awal2, mesti boleh jumpa balik semua.

Nice meeting you, Zura..

Tuesday, November 23, 2010

Setiap yang bernafas pasti akan mati

Semalam, 22 Nov... saya dan 12 org rakan2 MQA ke PICC sbb acara pentauliahan AKRAB - Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam. Sepatutnya 19 org, tp yg lain ada hal... Kami pergi menaiki coaster MQA, tp saya balik dgn suami saya yg kebetulan pergi melawat bapa saudara (adik arwah mak mertua) yg dimasukkan ke ICU @ Hosp. Putrajaya.

Semalam juga saya ada kursus mengenai Kew 8, tapi terpaksa join half way je sbb nak pi PICC. Kursus bersambung hari ni.... tapi, hari ni pun saya tak dapat join sbb bapa saudara tersebut telah dijemput Ilahi.... Al-Fatihah. Maka saya dan suami mohon cuti hari ni sbb nak menghadiri majlis pengebumian arwah.

Arwah dimandikan, dikapankan dan disembahyangkan di Masjid Putra, Putrajaya dan disemadikan di kawasan perkuburan Islam di presint 20, Putrajaya.... betul2 di belakang PICC yang saya pergi semalam.

Kawasan perkuburannya amat luas, bersih dan teratur.... 1st time saya lihat deretan kubur yang terancang dan tersusun kemas. Of course la kannn, Putrajaya. Lepas tu, kebanyakan binaan kubur, biasa2 aje..... ataupun tak de binaan langsung. Baguslah mcm tu, tak lah berat sgt jenazah tu nak tanggung. Lagi pulak kalau ada org yg mengagumi dan memuji2 binaan kubur yg grand2 tu.... mesti lagi berat... (agaknya la... wallahualam). Biasanya yg saya tengok, tersusun juga, tp rapat2... ada juga yg senget2.... Lepas tu kannnnnn.....

Saya berdiri di sekitar arwah hendak disemadikan
Saya tercium bau yg sungguh wangi
Sungguh segar dan fresh
Haruman bunga mawar dan daun rampai...
Takkan lah ada air freshener kat sini...
Mana lak nak sangkut kan....
Tapi, bau tersebut mmg sungguh wangi...

Bila saya mengalih kedudukan saya, saya terpandangkan sesuatu.... Rupa2nya, saya berdiri di sebelah saudara yg sedang memegang sebakul bunga2an / daun rampai yg bakal ditaburkan di pusara arwah... Hmmm, padankan... mmg wangi!

Kubur digali dan dikambus semula dgn menggunakan jentera (small backhoe kot namanya). Biasanya, saya tgk kaedah konvensional... pakai cangkul dan tulang berkerat2 (sbb bbrp orang). Sungguh cekap pengendalinya mengendaikannya.... sehinggakan saya rasa semua mata tertumpu pada operasi yg sedang dijalankan.

Itulah `backhoe' yg dimaksudkan
Dan kubur2 baru
Siap tagging lagi
Lihatah... tak de binaan
Atau belum buat lagi? Entahlah...
Bagi saya, biarlah begini... then, tabur batu2 sungai
Nampak yg putih2 tu?
Saya rasa, itulah penanda kubur yg bakal digali
Selesai kerja2 pengebumian, seperti biasa... talkin akan dibacakan... Owh, jika dihayati betul2, fahami dan selami ayat2 dibacakan.... bisa menggigil seluruh badan. Mcm mana lah agaknya keadaan kita bila dijemput nanti.... masih sempurnakah jasad kita? Sudah selesaikan segala hutang piutang kita? Sudahkah kita memafkan dan dimaafkan? Dan yang penting sekali.... sudahkah kita bersedia mengadap Pencipta kita? Ayuh berubah....

Insaflah...
Bahawasanya mati ini adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dlm kubur ini adalah benar
Bangun dari kubur dan kemudian kita dihidupkan semula adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar
Minum di kolam air nabi adalah benar
Ada syurga dan neraka adalah benar
Bahawasanya hari kiamat tetap akan adanya
Begitu juga Tuhan yang maha berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur

Thursday, November 18, 2010

Korban Di Pagi Raya

Rabu 17 Nov 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431H...

Tahun ni, Mak Su (adik mak) dan family beraya bersama2 kami... seronok sgt2lah anak2 saya sbb mak/pak sedara kesayangannya dtg dan bermalam di rumah... bukannya anak2 je yg seronok... malahan saya dan mak saya punnnnn.... meriah kan..kan..kan...

Ada mcm2 makanan... ada nasi himpit, rendang, lontong, kuah kacang, pulut, laksa, lemang..... fuhhh! Berjenis2.... Hmmm, tetiba saya terbayangkan.... kalau mak tak de nanti, mesti tak meriah cam ni... mesti makanan pun satu/dua jenis je... ntah2 cekodok atau nasi goreng je... huhu... tetiba ter`emo' lak.... Dah la tak de adik-beradik, menumpang kasih pada mak sedara je laaa..... Haip! Jgn melalut-lalut hokeh!

Sebelum solat sunat Hari Raya, seperti biasa imam akan mengajar cara-cara sembahyang sunat hari raya... Hukum solat hari raya adalah sunat muakkad, yg hampir2 wajib. Imam juga berkata, sunat tidak makan dan minum pada pagi raya sehingga solat sunat, berbeza dgn Hari Raya Aidil Fitri di mana kita perlu mkn/minum dulu. Then imam kata lagi.... sesape dah termakan/terminum tuuu.... tahun depan jgn buat lagi... hahahaha... sempat pulak dia buat lawak.

Tahun ni, 18 ekor lembu tumbang... itupun dilimitkan sbb kekurangan tenaga. Maknanya, 18 X 7 = 126 orang ambil bhg. As usual, acara korban diadakan di Masjid Bukit Antarabangsa. 18 ekor lembu, bermakna ada 18 station yg di tagkan dgn no 1 hingga 18...... berkhemah-khemah. Ramai yg bekerja keras dan ramai gak yg snap photo (mcm saya... hehehe). Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pun hadir.... dia dok di kws2 sini juga. Segan lak nak ambik gambar dia....

Bhg mak no. onam
omak n frensss
maksu pun ado
(yg tudung pink)
Esofagus???
Teringat kat acik Cheni yg suka guna p'kataan esofagus
1st time tgk perut lembu
... dan tali2 perutnya...
ouchh! umang aiiiiii
wonder, what's inside the tummy
but, can't bear to see
ye... pelbagai alatan digunakan utk melapah
guna pisau / parang
guna mesin... berguna utk kerat tulang
guna kapak
and pisau, of course
kemudian, timbang ye..
ready to distribute
sesi agihan pun bermula
tuuu... berkotak2 daging...
siap boleh bagi kat masjid lain lagi
kak ina buatkan sup tulang utk semua
sodap!

Balik rumah.... msg2 tido... dah kenyang mkn nasi lemak, sup dan roti kat masjid tadi. Bila bangun, Mak Su masak daging fresh gulai lomak cili api dan masak sup tulang lagi.... makan lagi... kali ni dipelbagaikan lagi menu, dijadikan soto nasi himpit! Huiiii.... kenyangnya... ingat hari ni nak posa... tapi tak boleh daaa.... hari tasyrik.

Tuesday, November 16, 2010

TIC Graduation Day & Concert

Haaaa..... inilah namanya mood nak update blog kembali lagi.... asyik dok hapdet je... oklah tu kan....

14 Nov (Ahad), hari graduation Erin dan rakan2 yg seangkatan dengannya... Event diadakan di De Palma Ampang, same place as last year. Last year hanya abg dan Dania je yg pergi tapi thn ni semua pergi.... ye la... Agak berkira2 jugak nak pergi sbb it costs RM60/head times 4! Erin n Dania RM45/head... So, korang kiralah totalnya... So expensive youuu... Disebabkan, ini adalah graduation day Erin dan next year dah start sekolah kebangsaan, and it means so much to her.... lelapkan je la mata tu utk membayornyerr...

She's so excited
yea... make up dulu yee...
sebahagian dr kwn2nya
saya byk captured gambar dia n kwn2nya
sbg kenang2an bila dah besar nanti
ni, anak Uwei..
pengarah fellemm tuuuu
saya ada gak tangkap gambar Uwei dr jauh... hehe
Majlis dimulakan dgn `Negaraku'
then, penyampaian scroll...
lama gila masa ni... maklumlah ramai...
pas tu mcm2 karenah ada... so cute...
TIC Panda
Grand opening
Saya captured gambar for every single show
sbb... comel2
masa ni, budak2 ni berebut2 nak ckp thru mike
hello..hello... pas tu dorang gelak2
ottomen..
chekpid, anak chekpid tak berkenan ke?
Dania tgh seronok tgk keletah budak2 ni
turn Erin, Ali Baba dgn penyamun
alorlorlor...
ni... utk 2nd show
mesti tgh berdebar2
oooo... pegang tgn yea??
Portugese dance
dah nak acara penutup
artis cilik dgn paparazzi
3 generasi
Lepas kenyang makan.... kita balik daaaa.....