Thursday, November 18, 2010

Korban Di Pagi Raya

Rabu 17 Nov 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431H...

Tahun ni, Mak Su (adik mak) dan family beraya bersama2 kami... seronok sgt2lah anak2 saya sbb mak/pak sedara kesayangannya dtg dan bermalam di rumah... bukannya anak2 je yg seronok... malahan saya dan mak saya punnnnn.... meriah kan..kan..kan...

Ada mcm2 makanan... ada nasi himpit, rendang, lontong, kuah kacang, pulut, laksa, lemang..... fuhhh! Berjenis2.... Hmmm, tetiba saya terbayangkan.... kalau mak tak de nanti, mesti tak meriah cam ni... mesti makanan pun satu/dua jenis je... ntah2 cekodok atau nasi goreng je... huhu... tetiba ter`emo' lak.... Dah la tak de adik-beradik, menumpang kasih pada mak sedara je laaa..... Haip! Jgn melalut-lalut hokeh!

Sebelum solat sunat Hari Raya, seperti biasa imam akan mengajar cara-cara sembahyang sunat hari raya... Hukum solat hari raya adalah sunat muakkad, yg hampir2 wajib. Imam juga berkata, sunat tidak makan dan minum pada pagi raya sehingga solat sunat, berbeza dgn Hari Raya Aidil Fitri di mana kita perlu mkn/minum dulu. Then imam kata lagi.... sesape dah termakan/terminum tuuu.... tahun depan jgn buat lagi... hahahaha... sempat pulak dia buat lawak.

Tahun ni, 18 ekor lembu tumbang... itupun dilimitkan sbb kekurangan tenaga. Maknanya, 18 X 7 = 126 orang ambil bhg. As usual, acara korban diadakan di Masjid Bukit Antarabangsa. 18 ekor lembu, bermakna ada 18 station yg di tagkan dgn no 1 hingga 18...... berkhemah-khemah. Ramai yg bekerja keras dan ramai gak yg snap photo (mcm saya... hehehe). Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pun hadir.... dia dok di kws2 sini juga. Segan lak nak ambik gambar dia....

Bhg mak no. onam
omak n frensss
maksu pun ado
(yg tudung pink)
Esofagus???
Teringat kat acik Cheni yg suka guna p'kataan esofagus
1st time tgk perut lembu
... dan tali2 perutnya...
ouchh! umang aiiiiii
wonder, what's inside the tummy
but, can't bear to see
ye... pelbagai alatan digunakan utk melapah
guna pisau / parang
guna mesin... berguna utk kerat tulang
guna kapak
and pisau, of course
kemudian, timbang ye..
ready to distribute
sesi agihan pun bermula
tuuu... berkotak2 daging...
siap boleh bagi kat masjid lain lagi
kak ina buatkan sup tulang utk semua
sodap!

Balik rumah.... msg2 tido... dah kenyang mkn nasi lemak, sup dan roti kat masjid tadi. Bila bangun, Mak Su masak daging fresh gulai lomak cili api dan masak sup tulang lagi.... makan lagi... kali ni dipelbagaikan lagi menu, dijadikan soto nasi himpit! Huiiii.... kenyangnya... ingat hari ni nak posa... tapi tak boleh daaa.... hari tasyrik.

No comments: