Tuesday, November 23, 2010

Setiap yang bernafas pasti akan mati

Semalam, 22 Nov... saya dan 12 org rakan2 MQA ke PICC sbb acara pentauliahan AKRAB - Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam. Sepatutnya 19 org, tp yg lain ada hal... Kami pergi menaiki coaster MQA, tp saya balik dgn suami saya yg kebetulan pergi melawat bapa saudara (adik arwah mak mertua) yg dimasukkan ke ICU @ Hosp. Putrajaya.

Semalam juga saya ada kursus mengenai Kew 8, tapi terpaksa join half way je sbb nak pi PICC. Kursus bersambung hari ni.... tapi, hari ni pun saya tak dapat join sbb bapa saudara tersebut telah dijemput Ilahi.... Al-Fatihah. Maka saya dan suami mohon cuti hari ni sbb nak menghadiri majlis pengebumian arwah.

Arwah dimandikan, dikapankan dan disembahyangkan di Masjid Putra, Putrajaya dan disemadikan di kawasan perkuburan Islam di presint 20, Putrajaya.... betul2 di belakang PICC yang saya pergi semalam.

Kawasan perkuburannya amat luas, bersih dan teratur.... 1st time saya lihat deretan kubur yang terancang dan tersusun kemas. Of course la kannn, Putrajaya. Lepas tu, kebanyakan binaan kubur, biasa2 aje..... ataupun tak de binaan langsung. Baguslah mcm tu, tak lah berat sgt jenazah tu nak tanggung. Lagi pulak kalau ada org yg mengagumi dan memuji2 binaan kubur yg grand2 tu.... mesti lagi berat... (agaknya la... wallahualam). Biasanya yg saya tengok, tersusun juga, tp rapat2... ada juga yg senget2.... Lepas tu kannnnnn.....

Saya berdiri di sekitar arwah hendak disemadikan
Saya tercium bau yg sungguh wangi
Sungguh segar dan fresh
Haruman bunga mawar dan daun rampai...
Takkan lah ada air freshener kat sini...
Mana lak nak sangkut kan....
Tapi, bau tersebut mmg sungguh wangi...

Bila saya mengalih kedudukan saya, saya terpandangkan sesuatu.... Rupa2nya, saya berdiri di sebelah saudara yg sedang memegang sebakul bunga2an / daun rampai yg bakal ditaburkan di pusara arwah... Hmmm, padankan... mmg wangi!

Kubur digali dan dikambus semula dgn menggunakan jentera (small backhoe kot namanya). Biasanya, saya tgk kaedah konvensional... pakai cangkul dan tulang berkerat2 (sbb bbrp orang). Sungguh cekap pengendalinya mengendaikannya.... sehinggakan saya rasa semua mata tertumpu pada operasi yg sedang dijalankan.

Itulah `backhoe' yg dimaksudkan
Dan kubur2 baru
Siap tagging lagi
Lihatah... tak de binaan
Atau belum buat lagi? Entahlah...
Bagi saya, biarlah begini... then, tabur batu2 sungai
Nampak yg putih2 tu?
Saya rasa, itulah penanda kubur yg bakal digali
Selesai kerja2 pengebumian, seperti biasa... talkin akan dibacakan... Owh, jika dihayati betul2, fahami dan selami ayat2 dibacakan.... bisa menggigil seluruh badan. Mcm mana lah agaknya keadaan kita bila dijemput nanti.... masih sempurnakah jasad kita? Sudah selesaikan segala hutang piutang kita? Sudahkah kita memafkan dan dimaafkan? Dan yang penting sekali.... sudahkah kita bersedia mengadap Pencipta kita? Ayuh berubah....

Insaflah...
Bahawasanya mati ini adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dlm kubur ini adalah benar
Bangun dari kubur dan kemudian kita dihidupkan semula adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar
Minum di kolam air nabi adalah benar
Ada syurga dan neraka adalah benar
Bahawasanya hari kiamat tetap akan adanya
Begitu juga Tuhan yang maha berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur

2 comments:

Don & Nor said...

betullah kak. sy baru jer rs terkesan tgk citer karma salina kat tv3 aritu. tp tulaa..nak mentenkan keinsafan tu...susah tul. mudah2an akan sentiasa mengingati janjiNya...

Kherun said...

betul, susah nak mentenkan kekesanan tu... :(