Tuesday, December 14, 2010

Ulul Albab

Ntah bila la saya boleh sambung citer 6D5N... tak sempat... banyak sgt nak kena buat kat opis, kat rumah... Hari ni saya cuti, terus nak update entry pasal hari ni... Nanti2 lah saya sambung pasal cuti2 hari tu...

Bila raya atau ada kenduri kendara, saya dan familiku inspirasiku ada la lalu lalang kat Gemencheh ni sbb nak pi rumah sedara mara.... sekadar lalu lalang je la... tak de la perasaan apa2 pun kat Gemencheh ni... biasa2 aje... Tapi, hari ni lain... lain, sungguh lain. Kami ke Gemencheh ni sbb kakak (anakanda sulung) ada interview kat MRSM Gemencheh.

Selain dari SMAP Labu, kami juga mohon MRSM.... MRSM (Agama) Gemencheh. Mohon saja, kalau ada rezeki... adalah.... Seperti yg pernah saya katakan dulu, kakak tak pernah belajar di sekolah agama.... Masuk sekolah menengah ni pulak, saya dah ada rasa kerugian... maka, saya (saya? sape yg nak sekolah ni? saya ke kakak?) cuba mohon sekolah agama... SMAP Labu dan MRSM Gemencheh. Harapan mcm tipis, tapi cuba je lah... Kalau tak dpt, sekolahlah kat Tmn Melawati gak....

Kakak? Dia tu... bila kami tanya... tak kisah... semuanya tak kisah.. apa2 je la. Ouch! Pening kepala saya.... bila saya cuba tanya hati ke hati... pun dijwbnya `apa-apa je lah'.. Ha! Kan ke dah jadi cam saya dan suami yg mohon sekolah menengah? Bila saya tanya... nak masuk sekolah agama tak? Dia jwb... apa2 aje... haih! Akhirnya, kami mohonkan sekolah agama dgn persetujuan dia... W/pun tak pernah bersekolah agama masa sekolah rendah, kami cuba je.... better late than never!

So, hari ni hingga Khamis adalah hari temuduganya, serentak dgn Ulul Albab yg lain. Ulul Albab yang pertama kat Kota Putra (mula thn 2009), yg kedua kat Gemencheh (2010) dan akan dtg di Kepala Batas (2011). Kiranya di Gemencheh, ni batch yg kedua yg akan ikuti prg Ulul Albab. Apa makna Ulul Albab ni..... `golongan yang mempunyai asas yg kukuh tentang Al-Quran, ilmu pengetahuan yang luas dan pelbagai, mampu berfikir dan memerhati kejadian Allah....' Dlm Quran shj, Ulul Albab disebut sebyk 16 kali.


Di Gemencheh sahaja, 1,640 murid mohon dan rasanya semua dipanggil temuduga. Yang akan dipilih, 90 lelaki dan 90 perempuan. Bayangkanlah betapa sengitnya persaingan. Proses temuduganya, agak tough juga.... anak2 akan diberi surah utk dihafal (dlm satu m/s Al Quran kott), kemudian dikuarantin selama 1/2 jam dan disuruh hafal... seterusnya ditemuduga dan disuruh baca Quran juga.... dan akhirnya ujian bertulis. Tempoh keseluruhan...dlm 1 jam 30 min.

Sekolah ni, seperti MRSM yg lain, ttp mengutamakan Sains Tulen sbg aliran utamanya... Ye la, namanya dah MRSM. Tapi, utk MRSM (Agama) ni, ada added value iaitu Sains Tulen + Agama + Tahfiz. Tujuannya agar anak2 bukan shj berjaya dlm bidang sains, tp juga menghafaz Al-Quran, sbg usaha melahirkan generasi yang seimbang dunia dan akhirat. Selain drp mengikuti pembelajaran seperti mana anak2 MRSM yg lain, anak2 Ulul Albab perlu menghafaz Al Quran.... Targetnya... 1 tahun, 10 juzuk... 3 tahun, 30 juzuk.... so, by Form 3 dah hafal 30 juzuk.

Saya agak2 risau dan khuatir ttg keupayaan anak2 ini (esp kakak... mampu ke?) Sungguh tough... kalau tak de minat dan kesungguhan yg mendalam, pasti kecundang. Tapi, jgn tak percaya..... anak2 Ulul Albab MRSM Gemencheh berada di ranking TERATAS (pertama) bagi Ting 1 di antara 41 buah MRSM seluruh M'sia... ni, dr batch pertama. Tahniah! Ini membuktikan yg mereka sememangnya mampu buat dan semestinya mereka lebih baik drp anak2 MRSM lain yg tidak menawarkan prg tahfiz ni.

Taklimat awal
Yg sesi awal
Carta alir proses temuduga
Sementara kakak di temuduga, kami pun round2 kws sekitar.. kws sekolah yg masih baru dan bersih... sungguh kondusif. Kalau tak silap, sekolah ni di buka thn 2007 tapi guna kurikulum MRSM yang biasa. 2010 baru start guna prg Ulul Abab. Berdasarkan maklumat, sehingga Okt thn ni... plg tinggi, pelajar dah boleh hafaz sehingga m/s 242, juzuk 13 dan of course pelajar Ting. 1. Kagumnya.... kagumnya.... Di MRSM Kota Putra, ada murid Ting 2 yg telah menghafal sehingga juzuk 27. Ya Allah.... sungguh impressed!

Asal, targetnya adalah 30 juzuk dlm tempoh 5 thn (sehingga Ting. 5). Tapi, memandangkan pelajar2 boleh buat dengan cemerlang, maka target diketatkan lagi kepada 3 thn. Tapi, kalau anak2 tak dpt nak complete dlm tempoh 3 tahun, prg akan diteruskan ke tingkatan seterusnya sehingga selesai...

Aktiviti seharian pelajar sungguh pack. Pukul 5 pg dah kena bgn.. mandi, solat hajat... menghafaz 1 jam.. solat Subuh... lepas tu breakfast... kelas biasa... then sambung hafaz 2 jam ... pas tu sambung balik hafazan lps maghrib.... Semangat kena kental ni...

Kws sekitar
Asrama puteri ... berpagar
Surau yg selesa... fully ekon
Di sini bermula aktiviti setiap pagi
@ Asrama
Anak2 Ulul Albab ada mknn tambahan
kismis, madu, kurma dan susu segar
Pengetua... En. A.Bakar bg taklimat
Kena terangkan betul2 pasal prg ni pd parents
Then, let parents n anak2 decide...
ADAKAH ANDA BENAR2 MAHU ANAK ANDA MENGIKUTI PRG INI
DAN ADAKAH ANAK ANDA BENAR2 BERMINAT?
Selain pengetua, ada juga wakil dr ibu pejabat MARA dtg bg taklimat... lupa dah namanya. Beliau la yg byk menerangkan ttg prg Ulul Albab ni... pencapaian.. cabaran... Keputusan temuduga akan diumumkan melalui surat tawaran sbl sekolah start pada 10 Jan 2011. Kebiasaannya keputusan kemasukan ke MRSM boleh tgk secara online, tp tidak pd sekolah Ulul Albab. Pihak MARA telah dpt kebenaran dr Kementerian Pelajaran utk umumkan pemilihan ke sekolah2 Ulul Albab shj dulu. Sekolah2 MRSM yg lain, keputusan akan diketahui lewat sbb menunggu senarai pelajar2 yg x dpt SBP dr Kementerian (tak dpt bkn sbb tak bagus ye, tp sbb penuh).

Beliau juga nasihatkan... kalau dh dpt SBP tu, terima aje... jgnlah tolak sbb harapkan nak dpt MRSM. Kalau dah nama ada kat SBP, nama anak anda tak akan ada lagi dlm senarai MRSM. Tak pasal2 yg dikejar tak dpt, yg dikendong berciciran.

Harapan kami sungguh menggunung.... w/pun kami tak begitu mengharap... (hahahaha... apa punya ayat daaaa).. Ye la, proses temuduganya sgt2 stringent.... dan kami pun bukannya dikalangan pembaca tegar Al-Quran... Susah lah nak explain... Apa2pun, kami hanya membimbing dan berusaha utk mencorakkan yg terbaik.... (apatah lg kakak masih tiada perancangan utk masa depannya).... cuma mohon utk dpt tempat yg terbaik... berharap agar anak2 dpt menakluki ilmu dunia tanpa melupakan persediaan ke akhirat.

Ye, kami sgt2 berbesar hati jika anak kami diterima di sini, tp peluangnya bertambah tipis bila..... kami tanya kakak, apa soalan yg ditanya.... kakak pun bercerita dan salah satu jwpnya menggambarkan yg seolah2 kami yg menyuruhnya masuk sini..... Alahaiiii.... sungguh jujur jawapanmu, anakku....

3 comments:

ruggedmom said...

Youne, tu yg buat aku frust (aku yang frust okay..) bila anak aku tak dpt 5A sbb peluang ke MRSM ni, Maahad Gemencheh trs tertutup. Borang pun dia org tak bagi.

Yg minta sklh agama harian pun ramai, sklh nak 90 murid yg dtg intvw 350. Tapi yg bestnya (sedih yg tepatnya) selain ujian bertulis, kena baca fatihah, doa qunut dan ayat quran yg panjang, anak aku kata ramai yang tak tahu baca doa qunut dan tak lancar baca quran. Cerah masa depan anak aku

Selly Buke said...

kak yun.. mmg susah kita nak communicate ngan anak nie kan.. kalau leh nak tahu isi hati diaorang.. tknk la kita buat diaorang tertekan kan...

pe2 sy doakan anak akak success temuduga tu... amin

Kherun said...

Maria, moga2 anak2 kita berjaya dunia akhirat.. amin...

Selly, betul tu... Kadang2 tu, rasa cam kita bagi semangat yg bertubi2... bila pikir2 balik,cam bagi paksaan cara lembut... Kita bg bimbingan dan panduan agar mereka berjaya...

Pasal iterview tu, ntahlah... kalau x dpt di Ulul Albab, mudah2an dpt SBP (Agama) yg lain..