Saturday, August 13, 2011

APC @ KPT

APC? Mesti korang ingat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kaannnnn.... Tak.. tak... Anugerah Pelajar Cemerlang.

30 Julai 2011 (Sabtu), saya, kakak dan abg pergi ke Majlis APC Anak Warga KPT Thn 2010 di bangunan baru KPT, presint 5... cantik bangunan dia ko... dpn Pullman. Anak saya sorang je wakil MQA.. anak2 warga MQA yg lain, tak de ambik UPSR last year. Selain saya, Kak Rose dan Mazani pun dtg juga....

Mulanya, saya malas nak pergi... nak-nak dekat nak puasa (Isnin tu puasa), ada byk benda perlu diuruskan.... nak kemas itu ini, beli itu ini... Tapi, abg kata..."jgn pentingkan diri sendiri... ini majlis utk dia... penghargaan atas penat lelah dia belajar, bg dia semangat utk belajar... Bukan utk dia aja.... dorongan utk adik2nya sekali.." Dushhhhh.... yela....


Dewan Serbaguna KPT

Cerianya mama Rose

Majlis dirasmikan oleh KSU, YBhg. Datuk Ab. Rahim Md. Noor.... Spt biasa, beliau akan beri ucapan.... Ucapannya, tak ikut teks sgt dan saya suka dgr ucapannya... ada isi yg telinga saya boleh terima... tak boring laa... KE PTPTN pun ada... KSU ada bg nasihat utk ibu-bapa dan anak2 ni. Selain tu, KSU xplain kelewatan penganjuran majlis ni (ye la kan, dah hujung Julai 2011). disbbkan KPT dlm proses perpindahan bangunan....


Alhamdulillah....

Sebhgn je yg dtg... ada yg dr Kelantan by flight lagi
Penerima dr kategori SPM, PMR dan UPSR

Selepas majlis, saya bersiar-siar juga di lobi KPT ni.... ada Taska berhampiran kaunter khidmat pelanggan... Hmmmm, sesuai ke letak kat situ? Ntahla, cuma terdetik kat hati saya je... Jln2 lg, nampak poster MQA yg dah terjelepot kat lantai... tertanggal. Maka.... saya sebagai rakyat Malaysia.. eh, warga MQA terasa amat terasa.. hahaha, apa2 ntah....

Prihatinnya saya....

Hmmm... dah hilang dah kete`rasa'annya bila poster tu ditempatkan semula ditempatnya...

No comments: