Sunday, December 30, 2012

Biografi Diri (Err... boleh ke buat assignment cam ni?)

Nama saya Kherun Suhaila binti Saharbil. Saya berasal dari Negeri Sembilan tapi sebelum lahir lagi dah menetap di Kuala Lumpur. Maksud saya, mak dan arwah abah saya lah. Tapi, kaum keluarga masih ramai menetap di Negeri Sembilan. Nasib baik, kan… Kalau tidak, mungkin saya dah lupa asal usul saya…. Gurau saja.

PERINGKAT BAYI
Saya dilahirkan pada 18 Julai 1974 di Hospital Besar Seremban. Mak kata, pada asalnya beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Pilah, tetapi disebabkan mak mengalami sedikit komplikasi atau dengan kata lain, saya susah sikit nak keluar, maka mak pun dikejarkan ke Hospital Besar Seremban dengan menaiki ambulan. Akhirnya, saya selamat dilahirkan dengan sedikit kecacatan. Terkejut tak baca? Bukan cacat apapun. Sebenarnya, disebabkan saya susah nak dikeluarkan, maka doktor telah menggunakan `forcep’ semasa prosedur dilakukan. Makanya, adalah sedikit tanda melekat pada sisi mata kiri saya.

PERINGKAT KANAK-KANAK
Lepas tu, saya pun tak tahu apa yang terjadi sebab tak ingat. Tahu-tahu, saya dah besar… dan mendiami kawasan setinggan di Kampung Dato’ Keramat, Kuala Lumpur. Bila dikenang-kenang kembali (setelah dewasa), betapa susahnya hidup pada masa tersebut. Tapi, disebabkan masih kecil, saya tidak begitu faham.

Salah satunya, tiada bekalan air dan letrik. Mak terpaksa berjaga malam / pagi sebab menunggu giliran untuk ambil air (biasanya giliran kami pukul 3 pagi). Arwah abah tidak boleh berjaga sebab esoknya dia perlu bekerja. Letrik dibekalkan dengan menggunakan generator, hanya dari pukul 7 malam ke 7 pagi. Mahal pulak tu (RM20 sebulan). Bilik air, berdindingkan zink yang sedikit berlubang dan beratapkan langit. Jika hendak ke mana-mana, perlu menaiki kenderaan awam tapi bukan teksi sebab mahal. Bila nak balik kampung masa Hari Raya, kami selalu kena beratur panjang mengelilingi Pudu Raya untuk menaiki bas SKS ke Seremban. Penat.

Masa kecil, saya jarang dapat menikmati makanan kegemaran saya iaitu kek, coklat atau minum susu coklat… dan tak pernah mimpi nak duduk hotel atau menaiki kapal terbang atau pergi bercuti, apa lagi ke luar negara. Yang saya ingat sampai sekarang, mak akan memantau dengan ketat waktu belajar saya. Jika hendak keluar bermain, perlu mematuhi syarat iaitu hafal sifir sekian-sekian terlebih dahulu, atau hafal lain-lain perkara dan mak akan soal semula. Jika lulus, barulah saya dibenarkan keluar bermain. Terima kasih mak, kalau tidak…. tak tahulah saya jadi apa sekarang ni.

Saya tiada adik beradik lain. Sayalah yang sulung, sayalah yang bongsu. Tapi saya bukanlah intan payung mak dan arwah abah. Selalu aje kena marah. Saya selalu rasa bosan sebab tiada adik beradik. Makanya, setiap kali cuti sekolah, saya akan tinggal di rumah saudara mara saya.

Saya memulakan persekolahan di sebuah tadika kemas di kawasan setinggan tersebut. Yang paling saya ingat sekali, seorang budak lelaki bernama Azry sangat suka tarik rambut saya yang panjang. Nakal sungguh dia. Tapi, alhamdulillah… sekarang dia tak nakal dah…. Dah jadi orang tabligh.. J

PERINGKAT KANAK-KANAK PERTENGAHAN
Saya bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kampung Dato’ Keramat (2), sebuah sekolah yang kecil dan padangnya pun sangat kecil. Alhamdulillah, disebabkan kawalan ketat mak terhadap pelajaran saya, saya sentiasa berada di kelas pertama setiap tahun.

Ada beberapa orang cikgu yang masih kekal dalam ingatan saya. Seorang cikgu yang melayan saya seperti anaknya, seorang cikgu yang pilih kasih terhadap murid-muridnya, seorang cikgu wanita yang tidak berpuasa di bulan puasa dengan alasan gastrik (tetapi dia tidak makan sorok-sorok), seorang guru lelaki yang suka suruh saya buat itu dan ini, seorang guru Bahasa Inggeris yang garang dan seorang ustazah yang suka cakap `ye ke?’.

Arwah abah juga seorang yang `strict’. Saya tidak dibenarkan langsung untuk keluar bersama kawan-kawan, malahan mohon keluar ke Perpustakaan Negara pun tak boleh. Bila dewasa dan memiliki anak sendiri, baru saya faham kenapa arwah abah bersikap sedemikian. Yang paling bagus pun, saya dibenarkan mengikuti rombongan sekolah ke Tugu Negara, Muzium Negara, Zoo Negara dan Selangor Pewter. Itulah, sekali.

Selepas berakhirnya persekolahan darjah 6, sekolah ada menganjurkan lawatan ke Pulau Pinang dan saya sangat teruja untuk mengikutinya. Tetapi, sebagaimana yang dijangkakan, arwah abah tidak membenarkan saya pergi. Ketika itu, saya sungguh berjauh hati kerana saya tidak pasti bila lagi dapat bersama-sama lagi dengan kawan-kawan sekolah rendah. Ini kerana, saya akan berpindah ke rumah yang lebih sempurna di Wangsa Maju. Ini bermakna saya juga tidak akan bersekolah menengah bersama-sama mereka lagi. Tapi, saya anak yang baik dan menurut perintah. Saya redha dalam kesedihan….

PERINGKAT REMAJA
Saya berpindah ke Wangsa Maju pada penghujung tahun 1986. Rasa sangat seronok kerana sudah ada bilik sendiri, bekalan air dan letrik yang sempurna, bilik air berdinding dan beratapkan batu, tetapi masih menggunakan kenderaan awam untuk ke mana-mana. Saya menyambung persekolahan di Sekolah Menengah Puteri Titiwangsa dan perlu menaiki bas untuk ke sekolah.

Selepas keputusan SRP diumumkan, saya bersekolah di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan. Waaaahhhh… seronok sungguh rasanya sebab saya dikelilingi ramai kawan. Alhamdulillah, saya tiada masalah untuk menyesuaikan diri dan sahabat-sahabat baru juga semuanya baik-baik.

Sementara menunggu keputusan SPM, saya bekerja sebagai guru taska, bertanggungjawab untuk menguruskan bayi berumur 4 bulan sehingga kanak-kanak berumur 5/6 tahun. Haaa… jangan ingat saya anak tunggal, tak mampu untuk menguruskan mereka. Apabila keputusan SPM diumumkan, saya berhenti kerja dan mula mengisi borang kemasukan ke universiti-universiti tempatan.

Saya mengikuti kursus Diploma in Banking di ITM Melaka pada tahun 1992. Alhamdulillah, keputusan peperiksaan memberangsangkan dan saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Arwah abah izinkan saya pergi tetapi saya lebih suka melanjutkan pelajaran di ITM juga. Maklumlah, ITM dihatiku… J. Akhirnya, saya meneruskan pengajian di UiTM Shah Alam, kursus Kewangan.

PERINGKAT DEWASA AWAL
Sebaik sahaja menamatkan peperiksaan akhir (iaitu pada Mei 1997) saya mendapat tawaran pekerjaan di beberapa buah syarikat. Saya memilih untuk bekerja sebagai pegawai pemasaran dan kredit di sebuah syarikat Jepun, iaitu Showa Leasing (M) Sdn. Bhd. Kenapa saya memilih syarikat tersebut? Sebab syarikat itu tidak bekerja pada hari Sabtu (pada masa dahulu, Sabtu juga merupakan hari bekerja). Rasa bersyukur sangat sebab saya masih diberi peluang untuk bekerja walaupun ekonomi Malaysia dalam keadaan yang sangat gawat ketika itu.

Sebaik mendapat pekerjaan, saya telah melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Muhammad Suhaimi bin Baharuddin pada 2 Ogos 1997. Selepas bekerja dan berkahwin, barulah saya menikmati sesuatu yang tidak pernah saya mimpikan dahulu…. Makan kek, coklat dan minum susu coklat sesuka hati, duduk di hotel dan menaiki kapal terbang, pergi bercuti dalam dan luar negara. Syukur, alhamdulillah. Semasa kandungan pertama berusia 7 bulan, arwah abah telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Arwah tak sempat melihat cucu sulungnya.

Dengan keadaan ekonomi dunia yang semakin lama semakin gawat, akhirnya syarikat Jepun tempat saya bekerja terpaksa melaksanakan retrenchment. Syarikat sudah berhenti dari menjalankan aktiviti utamanya (iaitu memberikan pinjaman melalui kaedah leasing dan hire purchase) dan hanya fokus pada credit collection sahaja. Maka, perkhidmatan saya tidak lagi diperlukan dan akhirnya saya berhenti setelah 4 tahun bekerja di situ.

Walau bagaimanapun, saya memang kagum dengan pihak pengurusan Showa kerana mampu bertahan dalam tempoh yang lama dan tidak pernah lewat membayar gaji pekerja. Beberapa cawangan di luar negara sudah lama memberhentikan operasi kerana menerima kesan yang teruk. Saya menganggur selama 2 tahun dan dalam pada itu, dikurniakan seorang lagi cahayamata perempuan pada 12 Mac 2002. 13 November 2004, kami dikurniakan cahayamata ketiga (yang juga perempuan).

Alhamdulillah, saya mendapat pekerjaan di Lembaga Akreditasi Negara (LAN) pada Februari 2003 yang kini dikenali dengan nama Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Saya bertugas sebagai Pengurus Akreditasi yang bertanggungjawab untuk memproses permohonan Keluusan, Standard Minimum dan Akreditasi. Setelah 5 tahun, saya bertukar ke Unit Latihan (untuk tempoh 2 tahun) dan seterusnya bertugas di Unit Perkhidmatan dan Perjawatan sehingga kini. Di sinilah tempat saya mencari rezeki ketika ini. Bulan Februari 2013 nanti, genaplah perkhidmatan saya 10 tahun di MQA.

Pada tahun 2011, saya telah mendapat tawaran Hadiah Latihan Persekutuan untuk menyambung pelajaran di peringkat Sarjana. Syukur ke hadrat Ilahi ke atas rezeki yang dikurniakan. Saya telah diluluskan Cuti Belajar Bergaji Penuh sepanjang tempoh pengajian.

“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?” – Ar Rahman, ayat 13.

Sunday, December 2, 2012

Series of events

Assalamualaikum....

Apa khabar? Sihat? Saya.... alhamdulillah... sihat sejahtera. Tak berkesempatan nak update blog selalu.... tapi, cerita2 yg dah nak basi ni saya masukkan juga dalam blog supaya tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. 

Visit to KDN
23 Oktober 2012, group saya (berempat) kami ada lawatan ke Unit Psikologi dan Kaunseling, KDN @ Putrajaya. Ada projek yang perlu dilaksanakan. Alhamdulillah... stafnya baik2 belaka. Banyak maklumat yang kami dapat, memudahkan kami menyiapkan projek yang menyumbangkan markah 30%! 

Borak punya borak (ngan KPPnya), rupa2nya dia pernah bagi ceramah pada bakal ahli AKRAB MQA (`bakal' la, sbb masa tu belum complete kursus). Masa tu, JPA jemput dia sbg penceramah certain modul @ Impian Morib. Subhanallah.... berjumpa semula. 

Mereka semua menyambut kami dengan nasi lemak berlauk ayam yang kelihatan sangat sedaaaaapppp sekali.... Tapi, saya berpuasa masa tu.... alhamdulillah....

Ada sesape yang still ingat kat Puan Siti?

Kawasan persekitaran KDN Putrajaya

Korban
26 Oktober 2012, Jumaat... terkorbanlah 21 ekor lembu di perkarangan Masjid MBA. Tahun ni kurang berbanding tahun lepas (kalau tak silap last year 26 ekor) sbb bekalan lembu terhad. Lepas solat sunat Aidil Adha, maka bergotong-royonglah penduduk sekitar melapah daging lembu. Semuanya settle sbl solat Jumaat.  



Nak buat apa ni ye?

Tahniah Ain
10 November 2012, adik sepupu saya selamat melangsungkan perkahwinannya di Putrajaya. Alhamdulillah... semoga bahagia itu menjadi milikmu...

Peace yo!

Selamat Hari Lahir Nur Sabrina
13 November 2012, genap usia Erin yang ke 8. Alhamdulillah.... Allah menganugerahkan kami, Nur Sabrina binti Muhammad Suhaimi... seorang anak yang solehah, baik, menurut kata, rajin, pandai mengambil hati, bijak dan macam2 lagi... countless!





Famili Day Famili Saya (Siri Kedua)
18-19 November 2012, ada famili day keluarga saya di KM Chalet, Kota Linggi. Alhamdulillah... ramai yang hadir (urus setia kata 80 orang). Ramai juga yang tak dapat hadir. Ini semua dari keturunan Hajah Siti dan Shamsuddin iaitu nenek dan atuk sebelah mak saya.

Alhamdulillah... semua acara berjalan lancar dan meriah. 

Seronoknya dpt bersama2...

Ketapi dlm laut... troot.. troot...


Hadiah Sukaneka

Ada yg dah balik time ni...


Kem Khazanah Ad-Dee
26 Nov hingga 8 Dis 2012 kami hantar ketiga2 puteri kami mengikuti kem ni yang dilaksanakan di Masjid Al-Ansar, Keramat. Waktunya 8 am hingga 5.15 pm, tak bermalam pun. Antara aktivitinya.... hafazan, penghayatan solat, hadith, qasidah dan mcm2 lagi la...


Kawan kakak - Hazel pun join juga

Briefing

Makan dalam dulang
Hmm... ada satu benda yg sangat menarik perhatian saya pada masjid ni.... Kipasnya sangat2 besar... tak pernah saya jumpa kipas sebesar ini. 2 buah je dah cukup cover utk satu masjid. Pusingannya perlahan je, tapi anginnya... mak aaiiii... ghaso cam kek topi pantai nan indah.....


Hmmm... serius sungguh entry kali ini... Apa nak buat, masa terhad.... tapi gatal jugak nak update blog. Sekian.... terima kasih.... 

Monday, October 22, 2012

Saya Belajar Apa?

Assalamualaikum...

Hari ni, Isnin... saya tak ada class. Walaupun tak ada class, tiada istilah `boleh goyang kaki'. Kebiasaannya, hari ini tugas saya... hantar dan ambil anak2 ke/dari sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Subhanallah.... pernah dulu saya menyatakan keinginan padaNya... saya nak menyiapkan anak2 ke sekolah, menghantar dan mengambil mereka pulang dari sekolah. Dan kini... Allah memakbulkan keinginan saya, walaupun untuk sehari dalam seminggu.

Selain dari itu, kebiasaannya hari ni juga adalah hari untuk memulun siapkan assignment. Baaanyaaakkknya assignment nak kena buat. Tugasan kumpulan la... individu la... setiap minggu, setiap class... harus ada. Presentation lagi... Apa2pun, syukur diberi peluang untuk menikmati gaya hidup yang berbeza.

Alhamdulillah, dengan bertukarnya jadual harian ini.... kini saya semakin ok dlm memandu. Semakin selesa memandu. Dari rumah ke UKM dan vice versa... Jarak lbh krg 45km. Saya juga dah boleh mengawal rasa mengantuk... hehehe (kalau dulu... masuk keta je terus tertido). Kaedah yg plg berkesan untuk mengawal rasa mengantuk (pada saya) adalah dgn mendengar alunan zikrullah dan juga menghafal Al Mulk. Allah, mendengar bacaan surah Al Mulk oleh Sheikh Misyary Rashid bisa membuat air mata saya melimpah!

Dengan mendengar zikir2, bacaan Quran, nasyid2, ceramah tu semua.... juga membuat jiwa tenang dan bersabar dalam pemanduan. Rasa relax dan boleh maintain had laju.

Tapi... saya tak la setiap hari berulang alik ke UKM. Sbb saya juga tinggal di UKM. Saya dok di Kolej Pendeta Za'aba. Mula2 register kolej (hostel) dulu.... saya berpikir 2-3 kali gak. Rasa mcm suasananya mcm tak selesa... Mcm2 saya pikir.... Kolej ni dah lama `tinggal' ke? Sbb ia kelihatan saaanggaaaatttt kosong dan sunyi. Tapi, demi keselamatan saya (yg tak cekap memandu dan selalu tersengguk semasa memandu ni), saya proceed juga.



Mana org lain???? Owh... sunyinya....
Dalam pada tu, saya juga sering berdoa agar saya dapat roomate yg `ngam'. Alhamdulillah... saya sebilik dengan Atikah, felo USIM... student Fakulti Pengajian Islam.

Semester ni, saya ambik 5 subjects... Pengantar Psikologi, Psikologi Perkembangan, Psikologi Sosial, Research Method dan Prinsip Bimbingan dan Kaunseling. Rasa mcm student medic pun ada..... Saya belajar  pasal sistem saraf, otak, sistem endokrin dll. Kenapa? Sbb keadaan biologi dan fisiologi tubuh badan byk mempengaruhi tingkah laku.

Sumber: Google

Sumber: Google
Keh..keh..keh... Hambik ko! Nak sangat belajar pasal psikologi.... Itu hanya sebahagian kecil topik pembelajaran. Selain tu, kena hafal pelbagai teori dan nama tokoh2 penting dlm psikologi. Bila belajar benda2 dlm ni, saya terfikir.... sangat kompleks sistem saraf, neuron, otak dsb yg ada dlm tubuh kita ni. Subhanallah..... hebat sungguh ciptaan Allah. Tak ada cacat celanya.... sungguh sempurna!

Terjemahan Al Mulk (ayat 3-4)
"Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. (Jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan(mu). Dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? Kemudian ulangilah pandangan(mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia)"

Psikologi Perkembangan - saya belajar tentang perkembangan hidup manusia since ditiupkan roh sehingga meninggal dunia.... Buat masa ni, saya baru diajar tentang nukleus, kromoson, pranatal. bayi....   (tak ke mcm belajar medic tu??). Bergetar rasanya bila diberi pendedahan tentang kekuasaan Allah SWT. Ujian buat saya bila saya kena menghafal semua2 tu..... Saya seronok mempelajarinya dan diberi pendedahan tentangnya, tapi.... utk mengingatinya (exam purposes), agak mencabar juga la. Adakah faktor usia???

Ada skali tu, waktu kami diajar mengenai bayi (mengenai grasping reflex), kami ditunjukkan satu gambar yang amat menakjubkan. Gambar pembedahan yang dilakukan terhadap fetus yang berusia 21 minggu yang mengalami masalah tulang belakang (spinal bifida).... still in his mother's womb!

Subhanallah...

Allah.... semakin banyak yang diteroka, diri semakin ingin mendekatiNya.

`Wahai Tuhan kami, janganlah dipalingkan hati kami setelah Kau berikan taufik dan hidayah. Tetapkanlah iman kami. Tambahkanlah khusyuk dan tawaduk dalam solat kami, Ya Allah'

Saturday, September 29, 2012

Budget 2013: Apa Yang Menarik Perhatian Saya

Assalamualaikum...

Tak pernah saya nak menulis pasal belanjawan.... tapi, belanjawan kali ni, nampak cam menarik. Sebagai rakyat biasa, fokus utama... haruslah Fokus 5: Mensejahterakan Rakyat.


Yang saya suke...... yang direct kena pada saya lah. 
  1. Bonus - 1.5 bulan gaji... yang ni, semua penjawat awam dapat manfaatnya... mesti lah semua org suka, kan. Rasanya.... tak pernah dapat bonus lebih dari sebulan. Allah... berkatilah rezeki ini. Jom kita tingkatkan sedekah kepada yang memerlukan. Jom kita tingkatkan saham akhirat... Jom wakaf!
  2. Kadar cukai pendapatan diturunkan 1 mata peratusan... alhamdulillah. Jom tingkatkan amaun zakat!
  3. Program bantuan sekolah ~ RM100 kepada pelajar sekolah.
  4. Program Baucar Buku 1Malaysia ~ Alhamdulillah, RM250 kepada student cam saya... hik..hik..hik..
  5. Pelepasan cukai SSPN naik dari RM3K ke RM6K.... jom tingkatkan caruman SSPN!

Satu lagi.... syukur... Kerajaan beri kemudahan kepada pencarum KWSP yang ingin melaksanakan Rukun Ke 5. Boleh buat pengeluaran di akaun 2 (max RM3,000) bagi jemaah muassasah. Allah... Allah... semoga lebih ramai berpeluang mengunjungi Baitullah. 

Hmmm... mana Kerajaan dpt duit byk2 ni ye.... hutang negara meningkatkah?

Tuesday, September 25, 2012

So Long MQA, Hi UKM

Assalamualaikum...

Rasa cam lama je tak update, padahal baru 2 minggu. Mcm2  perkara terjadi dlm 2 minggu ni... Perkara yang paling signifikan adalah..... officially, saya dah cuti dari bekerja sepenuh masa mulai 10/9/2012. Sekarang, saya jadi pelajar sepenuh masa. Alhamdulillah... Terima kasih Allah, terima kasih MQA, terima kasih JPA....

So long MQA, Hi UKM.

Saya sambung Master... Tak sangka... umur dah dekat 40 thn, tapi ada rezeki utk sambung belajar... Allah...  Allah... Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang hendak kamu dustakan

Saya mohon bidang psikologi kaunseling... alhamdulillah, dapat! Tapi... 1st degree saya dlm bidang finance.  Kebanyakan U meletakkan syarat - perlu ada 1st degree in kaunseling or experience or work related. Saya tak de. 

Alhamdulillah, UKM terima permohonan saya.... Tapi........ sbl tu, Dr. Nasruddin (penyelaras program) dah call saya... Katanya.... kursus ni berat... saya kena ambik xtra 8 subjects as a prerequisite sbb saya tak de basic kaunseling. Tempohnya... extra 1 thn. So, duration in total... 2.5 thn. Owh... saya pun counter check la dgn JPA... ok ke? JPA kata.... ok, memang cam tu for those yg tak de basic counselling. So, saya pun proceed. Hmmm... adakah saya nnt kena join class u/grad? 

Tapi... saya ada masalah lain. Saya risau nak drive... tolong! Saya jarang drive.... Pergi balik office dgn abg. Masuk kereta je... otomatik terus ngantuk dan tido. Tak boleh nak control unless abg ajak borak2. Kalau topiknya interesting, `jaga'lah mata saya. Kalau topicnya bowink.... ckp sensorang la abg nampaknya... keh..keh..keh... Selalu saya pesan ngan abg... Kalau berenti isik minyak, jgn lupa kunci pintu keta. Tak pasal2 ada org bawak saya lari kang.... hahahahaha.... 

Selain itu, saya sering mengantuk masa drive. Selalu tersengguk! Saya sebenarnya pengidap sleep apnea yg kronik. Tu sbb saya senang tertidur. Tidur mlm saya tak berkualiti. Saya dah pernah buat sleep study....  Dr tu kata, saya juara carta.... Oh Allah, lindungilah saya....

Sbl ni, pernah saya ajak abg... jom pindah dok Bangi! Melampau.... Tapi, saya fikir... susah payah nak tukar sekolah anak2... Dah la tu, next year kakak nak PMR. Maka... tak jadi lah. Pas tu saya fikir, biar saya cari bilik sewa je lah. Alhamdulillah.... akhirnya, saya dapat sewa bilik di Kolej Pendeta Za'ba, UKM. Makanya.... 

1st day... 10/9 start briefing. TQ abg sbb ambik cuti, tolong htrkan saya. Sepanjang pagi... taklimat di Pusat Pengurusan Siswazah (PPS). Punyalah fennnuuhhh dewan. Saya pun musykil... dorang ni tak bajet ke brp org yg attend... sbb student melimpah ruah keluar dari isi perut dewan. Tak lama lepas tu, ada announcement... `perhatian kepada tuan/puan yang bukan sepatunya berada di sini'. Owh, agak saya... pasti ada `pengiring' pelajar yg turut sama mahu dgr taklimat. Tapi... tak de sorang pun keluar. `Pengiring' saya tak masuk dewan....

Sepanjang petang, taklimat di fakulti. Masa taklimat, kami dimaklumkan.... bahawa... banyak sungguh permohonan utk course psikologi kaunseling. Dorang tak letak pra-syarat, so.... berdedai2 lah permohonan masuk (unlike others U). So, dorang ambik 45 calon terbaik (ye la tu... tataw terbaik dr segi apa...). Ada bbrp org yg saya jumpa... kata mereka... mereka apply psikologi kaunseling, tapi dpt course lain. Allah... syukur, saya dapat course pilihan saya sendiri.

Out of 45, hampir 25 org kena ambik 8 subjek prasyarat cam saya. Hohoho... saya tak keseorangan. Saya juga jumpa 5 org yg sekelas QA dgn saya @ INTAN dulu.

Boring,kan... entry tak de gambar. BB saya kan dah hilang... susah saya nak tangkap gambar bila2 masa yg saya suka. Saya beli hp chokia je menggantikan BB... tak best nak tangkap gambar. So, saya pinjam gambar dari blog repoh.blogspot.com. Itupun gambar lama....

FSSK

View dari bilik kuliah
Keesokannya, 11/9.. dah start kuliah Psikologi Sosial (2-5pm). Saya bertolak dari rumah aje sbb bilik `hostel' tak proper lagi. Btw, saya tak la 100% dok hostel... bergantung pd jadual kuliah. Drive ke UKM... ok... tapi, 2x saya tertido (kann saya dah kataaaaa....). Alhamdulillah, tak de apa2.... terkejut beruk sendiri2 je. 

Masa balik pulak.... jln nak keluar UKM punyalah jem. Kat hiway, utk elakkan ngantuk... saya bawak laju sikit (100 km/j)... Pas tu, cam terperasan ada lampu nyala kat tepi hiway... Aisey, dah terkena ke? Bila nak kluar hiway, boleh silap masuk simpang pulak tu (ok..ok... ni 1st time drive sendirik kat sini hokeh...). Patutnya saya masuk simpang ke Kuantan, tapi pi masuk simpang Cheras lak.... 

Apa lagi.... menempuh jem la saya.. Nasib baik jumpa jln keluar ke Sapura, Mines.. Tapi, kat mana nak u turn? Uish, adventure sungguh! Saya tgk lane kanan, keta jln cam laju je... saya pun masuk kanan. Elok je masuk kanan, baru nampak sign board u turn. Maka, saya pun masuk kiri balik. Haaaa.... abih makcik ni kena honk ngan mat2 motor. 

Dipendekkan cerita yg dah melalut2 ni, akhirnya... saya sampai rumah dgn selamat. Alhamdulillah. Esoknya, saya tak sesat lagi.....

OKlah... penat dah bercerita. Sambung lain kali....


Wednesday, September 12, 2012

Beraya Bersama Sahabat

Assalamualaikum...

Kali ni, cerita bergambar mengenai ziarah raya bersama sahabat2 yang sama2 direzekikan Allah untuk menunaikan haji pada tahun lepas.

2 Sept 2012, kami... iaitu saya, Kak Mar dan Kak Ainul berkumpul di rumah Ustazah Yati di Puncak Alam. MasyaAllah..... Jauhnya tempat tu. Tapi, memandangkan saya dari rumah sepupu saya - Kak Lang di Alam Budiman... makanya, tak terasa sangat kejauhannya.


Tgh skype dgn husband K.Yati, Dr. Rosli yg sedang bertugas di Lubnan

Bersama Dato' Mar, Ust. Yati dan K.Ainul

6 Sept, 2012...Shaha pula dtg rumah saya. Hari ni juga BB saya hilang di ofis. Cuai betul saya ni. Ni dah kali kedua saya kehilangan hp. Tak pe... bukan rezeki saya. Cumanya, saya ralat sbb kehilangan nombor2 yg dlm hp tu la. Dgn BB tu la saya captured gambar2 kenangan musim haji 1432H. Sangat sedddiiiiihhhhhhh....

Dan masa tu, perkara yg plg merisaukan saya adalah..... risau jika Shaha tak dpt contact saya. First time dtg sini, mesti dia tercari2 kan... Saya cuba call dia melalui no yg tertera dlm acc FBnye.. tp dah tak aktif. Akhirnya, saya teringat yg saya pernah tangkap gambar satu page yg memaparkan nama dan alamat bbrp org sahabat haji (ni kes malas nak tulis, maka... tangkap gambar je).

Malangnya, gambar tu pulak ada dlm BB saya yg hilang tu... Owh, tak pe... Dah save kesemua gambar tu dlm lap top usang saya nih. Dan... akhirnya... dapat juga saya menghubunginya...


Saya dan Shaha

Bersama 2 org putera Hjh Shaha dan Hj Zali... ada lagi 3 org
Yang bagusnya... semua masuk sekolah tahfiz
Saya terasa sangat kerdil....

8 Sept pula, Shaha jemput dtg rumahnya di Setapak Indah. Actually, ramai yg dtg di sebelah siang. Tapi, disebabkan saya ada urusan lain di UKM dan kakak pula bersekolah ptg... makanya, kami hanya sempat dtg selepas Maghrib. Di sana... Kak Ainul dan Kak Syikin dah siap sedia menunggu.... Makanan yg disediakan semuanya sedap2... 

Bersama Shaha, K.Ainul dan K.Syikin

Depan rumah Shaha

Ooopps... tambah satu lagi... Sebelum pergi rumah Shaha, saya singgah di rumah sahabat lama saya ~ Hawa. Suami Hawa sedang mengidap kanser paru2 yang dah merebak ke hati dan tulang. Allah.... hebatnya dugaannya. Dulu dah stop kimo, tapi kali ni sel kansernya dah kembali aktif. Dah la.... saya tak boleh citer lebih2, nanti saya pulak yg sedih lebih2....




Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 153 yang bermaksud... ~ Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah bersama orang-orang yang sabar ~

Dan seterusnya, Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 155-156 yang bermaksud... ~ Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata inna lillah wa inna ilaihi rojiun (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali)

Wahai diri.... muhasabah dan bersyukurlah atas setiap nikmat yang dikurniakanNya....


Friday, September 7, 2012

Updated: Bakal Tetamu Allah

Assalamualikum...

Sambungan dari TAHNIAH WAHAI SAHABAT!

Tahniah to Mawar and En Azman
Pssst: Baru diizinkan utk annouce
23 Ogos 2012 (Khamis)... saya masih bercuti raya. Saya received emel thru phone dari sahabat saya ni... attachmentnya adalah salinan surat jadual penerbangan. Allah.... terus mata saya berair... mengenangkan Kenangan Terindah saya. 

Saya imbas kembali.... Pada awalnya, segalanya kelihatan sukar dan mustahil baginya..... Saya cuba meyakinkannya bahawa Allah akan permudahkan segalanya, walaupun beliau sendiri sememangnya maklum.   Saya sendiri melalui banyak peristiwa yang tidak disangka2.. yang memudahkan segala urusan berkaitan persediaan mengerjakan haji. Semuanya atas kehendakNya jua. 

Masalah mahramnya juga selesai. Ditakdirkan bahawa beliau telah berjumpa dengan 2 orang saudara perempuan semasa kursus haji. Kedua2nya sedang membuat rayuan dengan TH untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Salah seorang darinya juga berpengalaman dalam mengerjakan umrah dan haji. Ditakdirkan juga... beliau satu penerbangan dengan seorang yg amat2 kami kenali.

Allahuakhbar.... Maha hebatnya aturan yang Allah susunkan. Segala yang sukar menjadi mudah. Segala yang mustahil dapat diadaptasi dengan baik. Perasaan cemas berganti teruja. Mental dan fizikal, insyAllah cukup bersedia. 

Dan sekarang..... jadual penerbangan telah berada di tangannya.

Saya rindu..... Sungguh, saya rindu...

Friday, August 31, 2012

Eid Mubarak!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Syawal tiba lagi. Bulan haji muncul kembali..... Dengan ikhlas dan suci hati, kami sekeluarga memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap dalam tutur kata dan tingkah laku yang telah menyinggung kalian... samada secara sengaja mahupun tak sengaja. Mohon juga dihalalkan segala makan dan minum. Maafkanlah kami.... 

Seperti biasa, lepas solat sunat hari raya di MBA... sesi bergambar sekeluarga pun bermula. Tahun ni, bertema merah. 


Cepat2.... ambik tempat masing2

Ready!

Selamat Hari Raya

Syukur Alhamduillah

Lepas sesi bergambar, kami berkemas2 balik ke kampung... dari hari Ahad (19/8/2012) hingga Khamis (23/8/2012). Hari Jumaat, saya ke JPA... ambik surat kelulusan CBBPDB (paham ke?). Then... hari Sabtu, Ahad... bersambung ke this weekend, rumah kami tak putus2 dikunjungi saudara mara. Alhamdulillah.... Terima kasih sangat....


Yap dan Angah Yati

Bersama sepupu dan anak buah

Meja dah tak muat

Jemput makan... 

Didi n family
  
Sempat solat berjemaah dan bertahlil

Bersama sepupu saya - anak2 perempuan arwah mak lang (kakak mak)

Mak tak sempat bukak telekung lagi

Bang Ngah dan Bang Lang

Along dan Bang Long - persiapan utk ke Ireland

Kak Teh n famili

Abg Nurul n famili

Bang Ngah Pi'ie n famili

Dania, Erin dan A'in

Smile!

Bersama Along Ina dan Kak Lang dan suami masing2

Once again, Smile!

Saya, Kak Lang dan Along Ina

Ingat lagi cerita saya pasal sepupu saya ni - Kak Lang? Saya pernah cerita di Allah, sembuhkan dia. Alhamdulillah, kesihatannya bertambah baik setelah berubat dengan seorang imam di Melaka (selama bbrp hari).... Walaupun, sakitnya masih dtg... tapi tak la sehebat sebelumnya. InsyaAllah, dengan izin Allah... semuanya akan kembali seperti sedia kala. Sungguh kurus dia skg ni.... 3 bulan lebih menderita....


Bang Pudin n famili

Kak Ros dan famili

Angah Aya dan famili dan menantusss

Abg Megat dan famili

Kak Bad dan suami

Kak Hawa dan mak. Abg Nuar (hubby kak hawa x dtg)

Zai dan anak2

Ain dan bakal

Mak dan Mak Teh

Ada lagi... tak larat nak masukkan semua. 

Bagi saya, apa yg penting kerjasama... eh, bukan! Apa yg penting adalah jalinan persaudaraan dan persahabatan yang rapat.... yang sentiasa hidup segar. Amalan ziarah, mampu memperkukuh ukhwah..... punyai banyak hikmah dan kelebihan dalam merapatkan ikatan persaudaraan dan juga persahabatan. 

Kami tak berziarah ke? Of kos ade..... tapi, tak bergambar pun... Segan pulak nak menggendong kamera bagak ni ke hulu ke hilir.... Tapi, ada gak yg bawak... Yg mana ada, nnt saya post kan entry baru.

Daaaaa......