Saturday, February 11, 2012

Program Maulidur Rasul di MBA

Assalamualaikum....

Macam biasa, saya siarkan siaran tertunda....

5 Feb 2012 (Ahad), Salam Maulidur Rasul 1433H/2012M kepada pembaca blog saya yang beragama Islam..... Bersama kita memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebagai tanda kecintaan kita terhadap baginda SAW yang menyampaikan nikmat Iman dan Islam buat kita hari ini. Kitalah umat yang dirindui Rasulullah..... Adakah kita merindui baginda sebagaimana baginda merindui umatnya?

Masjid di rumah saya (MBA) juga ada menganjurkan program Maulidur Rasul ni pada hari tersebut. Program dimulakan dengan solat Subuh berjemaah, diikuti dengan kuliah Subuh khas Maulidur Rasul bersama Ustaz Dzulfadzli. Hmmm... masa ni, tak ramai yang hadir... maklumlah.... Subuhhhhhh....

Kemudian, sarapan pagi...... solat Dhuha....... berzanji dan berselawat.... dan acara kemuncaknya, acara bersama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Dimulakan dengan solat sunat hajat berjemaah dan seterusnya ceramah bertajuk `Sehari Semalam Bersama Rasulullah'. Of course masa ni, org ramai dtg..... berganda2 jika dibandingkan dengan kuliah Subuh tadi...

Gambar diambil oleh suami saya.....

Baru sampai..

Doa selepas solat hajat

Pelbagai gaya dari beliau

pendengar lelaki

pendengar wanita


Pernah tonton rancangan 30 min Bersama Ustaz Don (mcm tu ke tajuknya, saya kurang pasti) di TV Al-Hijrah? Saya pernah 3-4 kali.... pas tu, tak sempat..... Cerita yang disampaikan, sama mcm yg disampaikan dlm tv tu.....

Mcm2 manapun, penyampaian beliau memang menarik..... Cuma.... tak habis. Masa memangnya terhad dan beliau perlu pergi ke satu tempat yg lain pula.... tapi, tu la.... rasa tak puas hati sbb cerita tergantung. Saya ada bbrp kali melalui pengalaman serupa (dgr ceramah, tapi ceramah yg disampaikan tak complete sbb tak cukup masa).

Hmmm... pada saya, kena pandai atur masa... Mungkin tak perlu nak cerita semua, cuma fokus pada satu tajuk kecil tapi, kasi selesai.... Itu pandangan saya lah.... secara umum, tidak memaksudkan kepada beliau sahaja.........

Antara sajian tengahari yang dihidangkan
Gotong royong memasak ni..... tapi saya tak join :P

Sambil menikmati jamuan, dihiburkan oleh
kumpulan marhaban MBA

Jgn tak caya....
ahli2 marhaban ni disertai oleh datuk/dato'
adik menteri pun ada
Itulah salah satu keistimewaan penghuni2 di kws perumahan saya ni.... Ramai yang berpangkat dan berdarjat, tapi tak sombong... alhamdulillah.....

2 comments:

chekpid said...

alhamdulillah, ramainya yang memurnikan & mengharmonikan masjid kt situ.

Kherun said...

chekpid... alhamdulillah... :)