Saturday, March 3, 2012

TAHNIAH WAHAI SAHABAT!

Saya menerima panggilan telefon dari sahabat saya ni pada mlm 27 Feb, masa tu saya tgh berbuka puasa. Beliau membawa perkhabaran yang amat-amat menggembirakan hati saya.... tetapi, tidak pada diri beliau sendiri. Bukannya dia tak gembira.... cuma... terkejut dan nervous sbb unexpected dan tak terpikir langsung bahawa jemputan akan dihantar pada tahun ini. Sepatutnya tahun 2014.


MasyaAllah.... saya sungguh2 teruja (saya pulak yg lebih2) sbb sahabat saya ni mendapat jemputan utk menunaikan haji pada tahun ini... bukan sebagai jemaah standby, tetapi TERPILIH! Beliau pula???? Mcm2 persoalan yang bermain2 di fikirannya.... persiapan rohani dan jasmani, dan yg amat merisaukan hatinya adalah .... tiada mahram...

Ye. Mmg perlu ada mahram kalau nak ke sana. Sekiranya tiada mahram lelaki, perlu ada 3 org perempuan (termasuk diri sendiri). Tetapi, saya cuba meyakinkannya yang itu bukannya penghalang utk pergi menunaikan ibadah haji. Sekiranya hingga ke saat akhir pun masih tiada mahram, Tabung Haji akan arrangekan. InsyaAllah.... semuanya akan selamat dengan izin Allah. Perancangan Allah lah yg terbaik.

Minggu ni masuk siri ke 4 kursus haji. Maknanya, dia dah terlepas 3 siri kursus. Tak pe.... siri2 awal ni byk mengenai pengenalan2 shj dan.....I'm always here. Pengalaman haji tahun lalu masih hidup segar bugar dalam ingatan saya. Saya dgn senang hati sudi utk berkongsi.

Pada ketika itu, hatinya masih berbelah bagi. Wahai sahabat.... alangkah bertuahnya kamu... mendapat jemputan tanpa perlu berusaha keras seperti saya. Lihatlah saya.... setiap tahun hantar rayuan.... tapi tak berjaya. Tahun ke empat merayu, barulah dpt status standby... dan everything... all set! Passport pun TH dah pegang... tinggal confirmation status on additional quota from Saudi je belum.... towards the end, tak dpt juga pergi... Bukan kamu tak tahu itu.


But, alhamdulillah... akhirnya kami dapat menyempurnakan Rukun Kelima itu pada tahun lepas. Itu bahagian kami yang telah ditentukanNya..... Itulah Kenangan Terindah kami yang semua org belum tentu boleh dapat. Even yang paling kaya di dunia pun belum tentu boleh dapat jika ditutup mata hatinya. Astaghfirullahalazim.....


Setiap hari saya cuba meyakinnya dan semakin hari, hati sahabat saya ni lebih terbuka dengan jemputan istimewa itu. Saya memang yakin beliau boleh pergi bermahramkan org yg tak dikenali... sbb beliau ni hebat... berjiwa kental. Saya juga ada bertanya2 kpd sahabat2 yg lain sekiranya ingin menunaikan haji pada tahun ini.... bolehlah pergi dengan beliau sama2. Tapi, buat masa ini.... belum ada lagi.


Kaabah... center of the earth (sumber: Boston Big Pictures/div>

Dan... akhirnya... semlm saya lihat beliau telah membuat keputusan utk menerima tawaran tersebut. Syabas inspektor sahab! Allah akan membantumu.

No comments: