Saturday, April 7, 2012

Hari Kedua di KK, Sabah

Assalamualaikum...

Hari kedua di KK - 11 Mac 2011, Suboh di Sabah masuk dlm kol 5 am.... dan tak lama kemudian, matahari mula mencelah di sebalik Gunung Kinabalu. Dingin.... sangat2 dingin. Lepas solat, saya dan abg keluar dari bilik, menikmati kedinginan pagi dan udara yg sgt2 fresh. Alhamdulillah.... di kurniakan rezeki utk menikmati keindahan bumi Allah ini bersama-sama familiku sayang.

Puas kejut anak2... jom.. jom.. keluar bilik, jln2 kat luar. Tapi.... tak sorang pun larat nak bgn sbb pagi sgt dan sejuk. Akhirnya, kami keluar berdua, kang terlepas pulak nak tgk sunrise. Rupa2nya, kat luar tu.... ramai lagi yg keluar menikmati suasana pagi di Kundasang. Mcm2 jenis kamera di gendong... dari kecil ke besar... dari lense pendek ke panjang.....


Subhanallah



Tu... tu... chenta hati saya... mcm dlm poskad kan

Bilik kami (dan kebanyakan bilik lain) memang dibina menghadap Gunung Kinabalu. Keluar je bilik, mmg nampak lah panorama2 indah di kaki gunung. Saya pikir2, kalau resort dibina betul2 di kaki gunung, mesti tak nampak panorama2 indah ni... tu sbb ia dibina menghadap gunung (muahahaha... bicara dlm hati pun nak cerita kat org).


Allah... byknya gambar yg saya nak kongsi..

Hmm... dah bangun dan menikmati sarapan dalam kedinginan pagi




check it out... eh! check out...


Destinasi seterusnya.... Poring Hot Spring di Ranau. Boleh guna tiket yg sama utk masuk ke Kinabalu Park tp dgn syarat pada hari yg sama. Memandangkan kami pergi keesokan harinya, kena la byr semula.

Main attractionnya, of course la air panas semulajadi dannnn canopy walk. Canopy walk tu panjaaangggnya 157.8m dan 41m tinggi. Last year, masa bawa geng2 Prg Semaian Bakti.... dah dtg sini.... tapi tak ramai yg nak naik canopy walk tu sbbnya... nak pegi situ, kena panjat bukit sikit, redah hutan.... agak mencabar la. Masa tu, saya dan Farrah je yg beria2 nak naik... even budak2 lelaki pun malas nak susah payah nak pi situ... Since majoriti tanak naik, kami pun tak naik..... huhu.. sedeyyyy...

Kali ni pegi........................................................... hmmm... tak naik gaakkkkkk... kikiki. Kang lama lak mak na tunggu kat bawah. Hahahaha... alasan.


Makanya... rendam kaki je la.... Saya tak rendam pun sbb tahun lepas dah rendam. Hahahahaa.... Apekah?


Mengelintin (owh, serius tak taw nak eja) hati anak2 saya ni nak berendam badan kat sini pulak... tadi rendam kaki je, badan tak rendam. Hmmm... sori le, tak kose ai nak layan....


Dania beria2 nak tengok rafflesia, the world's largest flower. Hmmm... kalau nasib baik, ada la bunga tu sbb dia bukan ada selalu. Bunga ni... kalau kembang pun, 7 hari je... Tak nak menghampakannya, saya pun ringan mulut... tanya je staf2 kat situ... `bunga rafflesia tgh kembang kah?' Setelah bertanya pd org ke 3, jawapannya positif.... jom... jom...

Owh... kami di bawa masuk ke dlm hutan... Mak tanak ikut, tak larat nak jln. Masa nak masuk tu, lalu kws panas... saya mintak la pinjam payung. Bila dah masuk kws hutan, dah kurang panas... tp tetap berpayung. Teringat lak cerita Musang Berjanggut... pakai payung dlm hutan...


Ha... ni yg belum berkembang.... biasanya 15 bulan dia mcm gini

Finally... ni yg dah kembang... Punyalah byk lalat menghurung. Yg dah masuk perangkap pun byk gak... masuk dlm lubang bunga tu.


Pas tu.... pi mana pulak???

Kami pegi ke Sg. Moroli, Kampung Luanti... ke Tagal Fish Spa. Sbl kami ke Sabah, saya dah tunjuk you tube pasal tempat ni, kat anak2. Erin punyalah excited nak dtg sini... tak sabar2 lagi... Hmm, ye la tu....

Masuk sini, kena byr lagi... saya tak ingat brapa... tak catat. Tapi... tak mahal pun. Masuknya, by grouping gak dan satu group di beri masa .... brp lama ha... tak ingat... (tu la padahnya update lambat) Mungkin 7 minit? Atau mungkin 15 minit? Bila habis masa, akan dipanggil naik ke darat. Apa2 la... yg pastinya, rule tu kami tak ikut pun. Sbb.... tak dengaaarrr panggilan itteww. Rasanya, ramai pun yg mcm kami.

Ikan2 tu dilepaskan di sungai ni... ni la Sg Moroli agaknya
Cetek aje airnya... dan ikan tu tak lari ke mana pun..

Eeeeeeiiiiiuuuuuuwwwwwwwww.... gelinya

Ikan2 tu menggigit jugaaaakkkk...

Sihat walafiat ikan2 ni


Erin dan Dania... sudahnya, tak berani nak dekat...
Geli sangat dan takut digigit2 sayang oleh kan2 ni...

Ouch.. ouch..


Naik jambatan gantung ni je la....

Seterusnya.... kami pergi Sabah Tea Plantation. Bersebelahan je dgn fish spa tadi. Ala-ala Cameron aje.... tak de byrn masuk dikenakan. Mcm hidup segan mati tak mau je.... tapi, view ttp superb!


Fuhhh... Penat! Alhamdulillah.... apa yg dirancangkan utk hari ini, semuanya berjln lancar... Kami kembali ke bandaraya Kota Kinabalu, check ini di Tune Hotel.


2 comments:

Chekpid said...

serius geli tengok ikan2 besor dok kerumun kaki tu...membayangkan pun dah rasa geli kt tengkuk. btw, akaknya kesan rendaman kaki boleh tahan setahun eh..hebakmu...hihiii

Kherun said...

Hahahahaha.... akak type ajek apa yg terlintas kat fikiran masa tu.... kehkehkeh