Sunday, April 29, 2012

Sepetang Bersama Nona dan Hawa

Dulu, kami berkawan baik...masa bersekolah di Sek Men Puteri Titiwangsa, KL.... Form 4, saya dan Hawa terpisah sbb Hawa berpindah ke SMS Sultan Hj Ahmad Shah, Pekan. Nona ke SMS Teluk Intan. Tak lama kemudian, saya juga menyusul ke SMS Sains Teluk Intan. Lepas tu, tak bersua muka dah... w/pun masing2 stay di Gombak / Wangsa Maju.

Eh... ada jumpa... saya attend wedding dorang dan dorang attend wedding saya... Lamaaaaaa dah.

Baru2 ni, berjumpa semula... sengaja dirancang bertemu masa cuti pertabalan Agong 11 April 2012. Sepatutnya, lebih ramai lagi... ada Hasliza, Yanti dan Nazimah. Tapi, masing2 ada hal yg perlu didahulukan.. Maka, kami bertiga shjlah. Tempat yg dijanjikan adalah di Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju @ 3 pm.


Bila berjumpaaaaa.... seronok bukan main, w/pun hanya ber3. Selain dari mengomen saiz badan msg2, aktiviti terkini turut menjadi topik utama perbualan.



Dua2 org ni bisnes woman.... Cerita yg keluar, of course all about business. Seronok dengar kejayaan mereka. Saya? Pekerja gomen... alhamdulillah.



Pertemuan berakhir selepas jam 6. Ntah bila ketemu lagi......

No comments: