Monday, May 28, 2012

Cerita Hari Sabtu

Assalamualaikum...

Ada byk peristiwa yg saya lalui semalam, 26 Mei 2012 (Sabtu)

CERITA 1: MENJADI IBU LIMA BINTANG
Ada ceramah di Masjid MBA hari ni. Tajuknya best... sempena hari ibu ~Menjadi Ibu 5 Bintang, Kenapa dan Bagaimana. Disampaikan oleh penceramah yang sangat2 best dan bertenaga, Dr. Harlina Halizah Siraj. Suppose, start kol 11.30... tapi, Dr Harlina lewat sedikit... maka, juruacara majlis kena ambik peranan...

Ada yg dtg dari Bangi, Cheras... dll
Juruacara Majlis
Pada saya, pandai si Wardina ni `membawa' majlis. Sementara Dr Harlina belum sampai, dia pun berceloteh la kat depan tu, itu ini, begitu begini.... dia suruh kita semua turn around, make new friends... berkenalan.... Menjadi juga.... Kenapa saya ckp cam tu?

Sebab..... dari tadi saya dok pandang2 tudung org blakang saya tu. Cantik! Saya suka.... tudungnya, tudung Syria tapi ada alas dagu sekali.... menutup aurat dgn baik sekali. Bila si Wardina ni dah suruh turn around, make new frens, bla..bla..bla... kesempatan itu saya ambik utk berkenalan dgn wanita di belakang saya ni dan terus tanya dia... beli tudung kat mana? Hahahaha.... sompek yo laie!

Menemuramah... `kalau sebut pasal parenting, apa perkara pertama yg muncul di fikiran?'

Pas tu... meh bergambar!

Kedatangan Dr. Harlina...
Elis! Shawl dia sama cam kita punye!

Best penyampaian dia... Kadang2 lembut, kdg2 tegas!

  Adakah anak2 anda berbangga bahawa anda adalah ibubapanya?
Ceramah habis tepat kol 1. Ada makan2 tapi saya bergegas pula nak ke rumah MyMaya Smile. Hari ni hari persandingannya. Makan nasi minyak Maya la... Sbl tu pi jemput Mawar dulu. 

CERITA 2: WEDDING MAYA
W/pun tajuk cerita 2 ni `wedding Maya', tapi tak tepek gambar kawen Maya pun... hehe. Gambar ngan Maya dicapture oleh photographer Maya. Tapi.... tangkap gambar ngan baby boom ahkak Kham. Comelnyerrr..... mulat! 


Gaya mulut anak muda zaman skarang... ecece

Fuhh... ngancam!
CERITA 3: MURTABAK GHAFFUR
Selepas balik dari wedding Maya, terus hantar Mawar kat tempat dia diambik tadi... hehehe. Then, straight ke gerai sahabat haji saya di Jalan Wangsa Melawati 4. Baru beroperasi 2 bulan dan inilah visit pertama kami. Dah lama berniat nak dtg tapi asyik sibuk tahapahapa. InsyaAllah akan dtg lagi. 

Murtabaknya sedap dan yg menambahkan ke`spesel'annya adalah kuah bawangnya yg istimewa! Telurnya dibasuh bersih sbl digunakan. Saya beli 6 keping. 3 keping dah selamat dimakan dlm keta.

Good Luck Atika!

CERITA 4: KEMATIAN
Sebelum ke gerai murtabak Atika, kami pi gunting rambut.... saya, Dania dan Erin. Dari thn 1987 lagi saya gunting rambut kat situ, sehinggalah dah beranak pinak ni. Bukan kat kedai pun, tapi dlm rumah flat kat Wangsa Maju tu. Sbl ni kan saya tinggal di flat Wangsa Maju since 1986 to 1999. Bukan apa punnn... murah. Masa Cina tu tgh guntung rambut saya, dia cerita la dia baru balik dari tgk kawan dia mati. Dia kata rumah kwn dia kat soo. Soo? Berkali2 saya tanya... Soo? Soo? Akhirnya, saya buat kesimpulan sendiri... zoo agaknya. Mmg dia kelihatan bersedih masa tu. Dlm hati saya... `jgnlah sedihmu kasi efek kat rambut saya'. Akhirnya, jadi kenyataan jugak... memang rambut saya agak senget sikit (huhu). Jgn risau.... dia dah betulkan balik.

Dari gerai Atika, kami balik ke rumah. Mak tak sampai rumah lagi... mak pergi melawat adik auntie Sada yang sakit kanser, warded di hosp. Selayang. Keadaannya agak tenat. Dulu2, saya ada cerita pasal mak pi jalan2 ngan auntie Sada kat sini

Ada masa terluang, saya bukak FB. Innalillah... dapat berita yang sahabat saya masa di ITM Melaka dulu telah meninggal dunia pagi tadi @ 9.45 am. Beliau menderita sakit SLE. Anak2nya 2 org, masih bersekolah rendah (kalau x silap). Beliau dan saya, tidaklah begitu rapat... cuma bertegur sapa je sbb berlainan course, blok asrama pun lain2. Sungguhpun begitu... beliau yg saya kenali, seorang yg sangat peramah, periang dan riuh rendah. Ramai yg menyenanginya atas sifat happy go luckynya itu. Setelah lama menderita (dan ditempatkan di ICU), Allah telah menjemputnya.... 

Tak lama kemudian... mak pun balik. Mak cerita, kat hospital tadi.... anak kpd adik auntie Sada dah sampai. Sorang dari Qatar... dah sampai semalam. Sorang drp UK... baru je sampai tadi. Mak kata.... sangat2 terharu melihat keadaan anak beranak tu. Anaknya kata... `kenapa tak bagitau mak sakit teruk sampai mcm ni'. Selain kanser, ibunya juga sakit kencing manis dan dah terlantar sakit agak lama... mungkin tak de siapapun inform sbb tak nak ganggu studynya dan juga belanja flight yg mahal... wallahuallam. Tengah2 mak cerita... dapat call. Beliau telah meninggal dunia... 2 jam setelah bertemu dgn anaknya itu... Innalillah... Kalau saya ada kat situ masa tu, mesti saya tangkap leleh yg melampau...

Allahuakhbar... 3 kematian yg saya dengar hari ni... daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali... Allah.... bersediakah kita utk bertemu dengannya? 

Wednesday, May 2, 2012

Terima Kasih Boss

Assalamualaikum...

30 April 2012 (Isnin), adalah hari terakhir boss saya ~ Pengarah BPSM, Encik Azman Abdullah berkhidmat di MQA. Lepas ni, beliau akan bertugas di Kem. Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sbg Timb. SUB BPSM. Memandangkan en. boss cuti pada tarikh tersebut, maka majlis perpisahan diadakan pada 27 April 2012 (Jumaat).

~Selamat Maju Jaya~
Cenderahati drp kami... warga BPSM
En. Boss dah tak de - solat Jumaat
Kami buat majlis sendiri2 je... menu: nasi bukhara, laksa, trifle, buah2an, kuih2an, pulut kuning dan rendang, aiskrim dll. Cam biasa... ada la dibuat video khas utk en. boss. Kreatif sungguh adinda2 saya ini.

Hmm... sayu pula. 4 tahun bersamanya... mcm2 pengalaman ada. .. pahit, manis, kelat, suka, duka. Terima kasih di atas tunjuk ajar, ilmu dan pengalaman yang dikongsikan dgn kami selama ini. Lepas ni, ntah siapa pula penggantinya. Semoga En. Azman tak lupakan kami di sini.

30 April hari last day boss tapi dia cuti. 1 Mei cuti hari buruh. Hari ni, 2 Mei tgk bilik boss gelap je... dia betul2 dah pergi..