Wednesday, May 2, 2012

Terima Kasih Boss

Assalamualaikum...

30 April 2012 (Isnin), adalah hari terakhir boss saya ~ Pengarah BPSM, Encik Azman Abdullah berkhidmat di MQA. Lepas ni, beliau akan bertugas di Kem. Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sbg Timb. SUB BPSM. Memandangkan en. boss cuti pada tarikh tersebut, maka majlis perpisahan diadakan pada 27 April 2012 (Jumaat).

~Selamat Maju Jaya~
Cenderahati drp kami... warga BPSM
En. Boss dah tak de - solat Jumaat
Kami buat majlis sendiri2 je... menu: nasi bukhara, laksa, trifle, buah2an, kuih2an, pulut kuning dan rendang, aiskrim dll. Cam biasa... ada la dibuat video khas utk en. boss. Kreatif sungguh adinda2 saya ini.

Hmm... sayu pula. 4 tahun bersamanya... mcm2 pengalaman ada. .. pahit, manis, kelat, suka, duka. Terima kasih di atas tunjuk ajar, ilmu dan pengalaman yang dikongsikan dgn kami selama ini. Lepas ni, ntah siapa pula penggantinya. Semoga En. Azman tak lupakan kami di sini.

30 April hari last day boss tapi dia cuti. 1 Mei cuti hari buruh. Hari ni, 2 Mei tgk bilik boss gelap je... dia betul2 dah pergi.. 

No comments: