Friday, June 15, 2012

Yang Mana Satu?

Assalamualaikum....

TERUJA (1)

Ada satu blog yg saya sentiasa follow... dan blog tersebut sentiasa update. Dalam diam, saya menganggap tuan punya blog tersebut sebagai mentor saya. Tulisan dalam blog beliau (suami isteri) sangat2 memberi kesan terhadap jiwa saya.... yg secara tak langsung sentiasa mengingatkan saya, mendidik, mengajar, memandu ke arah kehidupan yg lebih baik (insyaAllah).

http://www.muhdkamil.org/
Saya membaca setiap bait kata2 mereka dengan hati yg lapang dan terbuka dan seringkali hati saya tersentuh dan menangisi kekurangan yg ada dalam diri. Allah.... sedikitnya amalan, ceteknya ilmu... Sesungguhnya, tidak setanding amalan yg dilakukan berbanding dgn nikmat yg dikurniakannya... Nikmat Allah yang mana lagi mahu didustakan......

Hari ini, insyaAllah... beliau bersama isteri dan 2 org anaknya akan tiba dari Madinah. Balik bercuti di Malaysia sehingga pertengahan Ramadhan. Jadualnya di Msia amat padat. Salah satunya, Majlis Kesyukuran dan Pelancaran Buku di Hotel UiTM Shah Alam pada 14 Julai 2012. Saya dan suami telah mengesahkan komitmen utk hadir.... tapi...............

TERUJA (2)

Pada hari yang sama juga, Kak Nor dan Abg Lan (rakan haji) ada menjemput kami ke Ipoh, makan mee udang special. MasyaAllah... teruja sungguh. Teruja utk bertemu semula rakan2 haji yg disayangi.... Ianya seolah2 jemputan utk reunion. 

Saya dan Kak Nor dlm khemah di Mina
Saya tak perasan.... semasa saya menyatakan persetujuan utk hadir, saya telah menyatakan komitmen utk hadir pada majlis Prof Kamil. Allahuakhbar.... saya berfikir2 kembali.... Mungkinkah sempat jika saya pergi kedua2 majlis sbb majlis Kak Nor bermula pukul 3 pm (di Ipoh) manakala majlis Prof Kamil bermula 8.30 pagi? Tapi............

TERUJA (3)

Tiba2 family day (office abg) yg awalnya dijadualkan pada 6 - 8 Julai, telah ditunda pada 13 - 15 Julai.... Allahuakhbar, manusia hanya merancang.... Saya sukar membuat plihan. Yang ini merupakan acara tahunan yg ditunggu2 oleh anak2. Tambahan lagi, tempat yg di aturkan adalah tempat favourite saya. Alahai.... sukarnya saya membuat pilihan....

Go Genting!

Assalamualaikum...

Cuti sekolah baru2 ni, korang pi mana? Saya dah tak tau nak pegi mana... Err... sebenarnya, banyak aje tempat nak pegi (cam NZ ke, Paris ke, Armsterdam ke)... tapi.... tak mampu lagi... ekekekeke. Saya tanya anak2... nak pi mana? Dorang kata.... jom Genting... dah lama tak pi Genting.

Hmm, ye la.. dah lama. Kali terakhir.. 4 thn lepas kot... tak ingat. Dulu2, kami selalu sangat pi sana. Kalau tak de apa2 hal during weekend... ke Genting la kami. Sampai satu takat tu, dah muak! Naik Spinner (buai laju2 tu) sampai dah tak de perasaan dah.... Semua mainan naik. Yg Space Shot tu pun, sampai 2-3 kali ulang.... tapi yang tu, masih berperasaan lagi la (kalau naik).

So, ke Genting la kami. Dekat... blakang ghumah je (poyos). Tak cadang pun nak stay kat sana... ingat nak balik hari je (kata kat belakang rumah). Tapi... last minute decision, stay kat sana la. Last minute tu, benar2 bermaksud last minute! Sbb, kami booking bilik pada 5 June, utk stay pada 6 June. Bukak web site (ingat nak book thru online) dah tak keluar dah date utk check in 6 June. Hampa tiba2... dan terus putus asa (poyos the 2nd).

Lepas tu, asyik terpikir2 kesian kat anak2... kalau booking bilik, boleh dorang main sampai tutup! Akhirnya, saya call la (sbb online dah tutup utk date 6 June). Yg ada Hotel First World aje. Saya biasanya dok kat Theme Park Hotel, tp dah habis. Tak nak dok Awana sbb Awana kat bawah. Maxims lak... mahaiiii.

Mintak bilik superior deluxe sbb nak view luar, tak nak view dinding. Harganya???? Mak oiii... first time bayar rege bilik cam tu..... Beribu2 kali fikir (poyos the 3rd), akhirnya... book jugak. Asalkan anak2 bahagia la katakan..... Byk faktor harga bilik menjulang tinggi mcm tu... last minute... cuti sekolah... tak book thru online (booking online dpt 10% disc)... bilik luas sikit...

Keesokannya, 6 June... ingat nak keluar awal2 pagi... Biasalahhhhh, gedebuk gedebak.. breakfast kat luar... byr bil... kol 10 lebih baru jln betul2... eh, betul2 jalan... Sampai Genting kol seblas lebih. Sesaje try nasib kot2 la boleh masuk bilik awal.... Kat lobby hotel... maakk aaiiiiii, ghamainya oghang beghatur kat konter....

Saya beratur nak ambik nombor... saya ingat ambik nombor utk check in. Saya ingat (lagi?) check in kat konter. Tapi taaakkk.... check in kat mesin je..... Masuk IC, pas tu keluar la konci bilik. Sesenang ittew? Ye! Sbb pembayaran dah disettlekan b4 check in. Kalau nak dua koncisss, kena la masik dua IC. Alhamdulillah.... dpt masuk awal.

Ni le biliknya... Tuuuuu... kabus tebal kat luar.
Anak2 excited... puas hati saya.
Ingat, masuk bilik nak letak brg je... dan terus pi main. Tapi..... taaaakkkkkk. Makan lak dulu. Mak saya dah siap2 buat bekal. Ni yang bestnya kalau jln ngan mak.... pasti ada bekalan supaya anak dia tak payah keluar duit byk... hehehe. Kalau saya, tak kose la saya nak bawak2 bekal..... beli aje, tenang akal fikiran. Lepas makan... tunggu Zuhur lak.... 

Akhirnya, kol 2 lebih baru pi turun main.

Nampak org ijo ni dulu....
Favourite kaler Dania... (ada kaitan tak?)

Si anak melambai2 pada ibunya 

Owh, kelihatan sungguh bahagia sekali...

Maka, si ibu juga tak nak melepaskan peluang sbb tadi dilambai oleh si anak
Ibu yg di belakang tu pun melambai2 juga...
Naik gajah la pulak
Erin kata... tak nak naik dgn ibu...
Nanti gajah tak larat naik tinggi.... Chessssss!
Si anak dgn bangganya telah meninggalkan ayahnya di belakang





Sejuk! Tapi menten pakai slippers
Angry Dania?
Favourite kakak... 


Chomelnyaaaaa......

Panjangnya q nak masuk motion master...
Tapi... Demi Dania, ku gagahkan jua.
Finally, after 2 hours queuing.. 


Naik bilik kol 6 lebih utk solat dan dinner. Lepas Maghrib, sambung aktiviti. Outdoor tutup kol 10 mlm. Sambung ke indoor lak.... sampai kol 1 pagi... 

Esoknya 7 June 2012, kami check out tepat pukul 12 tgh. Nak check out pun, sangatlah senang.... masukkan aje kad tu dlm mesin. Done! Sangat2 convenience.

Cuaca masa tu pulak... sangatlah berkabus. Tebal. Risau juga... sbb jarak pandangan sangat2 terhad. Perjalanan tetap diteruskan sbb nak terus pi GH ~ mak nak pi x-ray. Kang, kalau lambat2... abih lak office hour.


Hamboiii... syioknya kamu.
Begitulah berakhirnya percutian kali ni... Daaaa.....

Friday, June 8, 2012

New look?

Assalamualaikum...

Saya tgk blog kawan saya tu.... dah ada rupa baru. Cantik! Blog saya? Masih berwajah lama.... Malahan, beberapa item telah dikeluarkan dari blog saya. Saya cuba utk menjadikan rupa parasnya seringkas yang mungkin. Rupa paras je yang diringkaskan.... cerita ceriti masih menten gittewww.... Dan, kalau sesiapa perasan, saya tak pernah letak apa2 iklan pun kat blog saya.... 

Labels saya jarang berupdate... ntah knapa tah! Kdg2, saya sendiri pun susah nak jejaki certain2 post. Akhirnya, saya letak `search' box utk memudahkan saya, dan juga sesape yg nak cari apa2 dari blog ni... (kalau ada la....)

Dan....

sumber: www.fsf.org/facebook

Saya juga telah temporarily terminated my FB's account. Dah 2 minggu dah.... Kenapa termporary je? Sbb kalau saya nak cari sesape, saya akan bukak balik. Saya sayang dgn contact list saya. Especially kawan2 sekolah, kwn2 `U' dan juga kwn2 haji. Tapi, setakat ni belum ada keperluan utk bukak balik. Temporary tu tak pasti sampai bila... 2 bulan? 1 thn? 5 thn? Atau.... ntahlah... saya pun tak pasti.

Kenapa sampai buat announcement? Sebab... bbrp org telah menyedari kehilangan saya dan bertanya ke mana saya menghilang. Saya ni bukannya sesape pun... tapi, mungkin sbb gambar2 mereka yg saya tagged dari FB saya, .... dah turut menghilang. Rupa2nya, all my comments were disappeared  too. Don't worry, sesape yg affected, can inform me.... i'll do s'thing.

Tak nak FBing lagi ke? Ha..ah! Tak nak.... buat masa skg ni la. Selama tak de FB ni, saya rasa lebih tenang. Saya tak lagi terbaca org tu ngata org ni, parti tu lwn parti ni, perli-memerli.... attention seeker... Saya penat! Tapi, saya tak menafikan yg FB juga byk provide info2 yg berguna....

Apa2 pun... saya rasa lebih tenang sekarang... hehe. 

Kadang2, sampai terfikir... should I do the same thing to this blog? Tapi, blogging adalah terapi minda saya... Cerita saya... kata hati saya....