Sunday, July 29, 2012

Allah, sembuhkan dia...

Assalamualaikum...


Sepupu saya (saya panggil - Kak Lang) sedang sakit... Umurnya tua setahun dari saya. Dulu, saya sangat rapat dgnnya... Masa cuti sekolah, saya sering tinggal di rumahnya. Byk cerita kami kongsi bersama. Kak Lang adalah seorang yang ceria, baik, kelakar dan semua org amat menyenanginya. Bila masing2 berumah tangga, lama2 dah agak renggang. Lagi2 bila anak dah makin bertambah. Masing2 sibuk dgn urusan rumahtangga dan kerjaya. 



Kak Lang sedang sakit perut yg amat sgt. Dah lebih kurang 3 bulan. Mula2 masuk DEMC... pas tu keluar... tapi sakit balik. Doc DEMC tak dpt cari punca sakit. 

Pas tu, sakit lagi... sakit yg tak tertanggung. Pindah ke DSH.. Doc kata reflux. Warded bbrp hari dan keluar... But, still sakit. Sakitnya dtg berulang2. Suatu ketika, dah tak tahan sangat.... suaminya hantar semula ke DEMC (lebih dekat dgn rumah) dan Kak Lang merayu utk dibedah. Dia dah tak tahan sangat. Saya tak sanggup melihatnya (waktu sakitnya dtg) dlm keadaan sakit. 

Operation berlangsung 6 jam (ke 4 jam - saya tak ingat). Doc operate dan mencari apa yg tak kena dgn perutnya. Akhirnya, Doc jumpa suatu abnormality dlm perutnya (tak pandai saya nak xplain). Saya lihat, luka operation lebih panjang dari luka bersalin. Ingatkan, sakitnya berkurang slps operate, tapi.... rupanya tidak.

Perubatan moden dan cuba... kaedah tradisional pun cuba jugak... Dah jumpa Harun Din, Pak Engku (sihir) dan sorang lagi kat Tampin... tapi, tak ada perubahan. Badannya semakin kurus... mukanya semakin cengkung.

Skg ni, masuk balik DSH. Doc DSH bising.... kenapa operate. Habis tu.... tak kan nak dibiarkan mcm tu aje. Setakat ni, Doc hanya kasi ubat tahan sakit. Tak buat apa2 dah... sbb semua prosedur dah di buat tapi keputusannya tak de apa2... Kalau ada pun, reflux tu la... Tapi, tak kan sampai mcm tu skali sakitnya....

Saya sangat tak sampai hati melihatnya menderita mcm tu.... Kalau saya sendiri dah rasa mcm tu, suami dan anak2nya apatah lagi. Masing2 dah buntu tapi tetap tak putus asa. Sampai skg ni masih mencari2 lagi kaedah yang boleh membantunya. Kalau tak dapat menyembuhannya pun, at least dapat kurangkan sakitnya pun, jadilah...

Bila jadi mcm ni, terasa kebahagiaan keluarga diragut sekelip mata. Anak2 hilang keceriaannya. Kerjaya... tak tahu mcm mana. 

Allah... bersyukurlah saya sekeluarga masih boleh menikmati kehidupan seperti biasa. Anak2 masih bergelak ketawa. Rutin hidup berjalan seperti biasa. Rutin yg biasa menjadi lebih bermakna dapat menikmati Ramadhan dan bertarawikh di masjid. Allah... syukur. Semua yg saya nikmati sekarang adalah nikmat yang tidak dapat saya dustakan. 

Saya sangat2 bermohon, jika ada yang tidak senang melihat kebahagiaan Kak Lang sekeluarga.... saya mohon agar Allah lembutkan hatinya utk menghentikan semua ini. 

Kepada Kak Lang... apabila Allah mengasihi hambaNya, maka akan diturunkan ujian buatnya. Dalam menghadapi ujian seperti ini, kesabaran adalah yang paling utama. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud;
Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa.
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Surah Al Baqarah (Ayat 286);
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

Ya Allah,
Lindungilah kami dari mara bahaya dan mala petaka...
Lindungilah kami dari jin, iblis, syaitan yang direjam....
Lindungilah kami dari manusia yang kejam...
Hanya kepadaMu kami memohon dan meminta pertolongan....
Aamin.... 
Yaa Rabbal Alamin..
   

Sunday, July 22, 2012

Yang Mana Satu (Jawapan)

Assalamualaikum...

Kalau berminat nak baca... silakan...

Yang Mana Satu (Jawapan)

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Yang Dirindui

Assalamualaikum...

Sumber: Google
Alhamdulillah, Ramadhan yang dirindui menjelma kembali. Syukur kerana kita masih berpeluang menjalani ibadat berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

Petikan dari blog sifu saya,

Saya menulis melalui ANIS betapa ibadat ini terbahagi kepada tiga tahap iaitu puasa umum, puasa khusus dan puasa khusus al-khusus.

Puasa umum ialah menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi kehendak syahwat. Inilah yang dikatakan tahap terendah dan dikatakan puasa orang awam. Manakala puasa khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan daripada melakukan dosa.

Sementara puasa tertinggi ialah menahan hati daripada keinginan yang buruk dan daripada memikirkan sesuatu selain daripada Allah sepenuhnya. 

Sepatah kesimpulan, ia puasa semata-mata kerana Allah, semata-mata kerana Allah dan semata-mata kerana Allah. Bolehkah kita mencapai tahap amalan tertinggi? Rata-rata di kalangan kita tidak mempedulikan nilai puasa yang bakal mereka laksananakan. Setiap tahun ia datang dan berlalu begitu sahaja.

Sumber: www. muhdkamil.org

Ayuh! Kita berusaha dan usahakan utk capai tahap tertinggi dalam ibadat puasa kita.... puasa semata-mata kerana Allah. Bila dah meletakkan Allah di tingkat yg paling tinggi, maka.... insyaAllah semua ibadat akan jadi ringan... puasa wajib, puasa Nabi Daud, solat berjemaah, solat 1/3 malam, jaga aurat, hadir ke majlis2 ilmu.... 

Bila dah sebati, kita akan rasa kekurangan jika tak buat. Malah ia akan jadi lebih ringan jika konsisten mengamalkannya. Kata sifu lagi, 

bila manusia berkata "sakit dan sihat adalah nikmat yang serupa", "lapar dan kenyang juga nikmat yang sama" atau "riang dan duka juga nikmat seiras", maka mereka sudah selangkah lagi hampir menjadi kekasih Allah.

Subhanallah.....

Ampunkan kami sekeluarga jika ada salah silap... dan doa saya semoga keluarga dan sahabat2 yang saya kasihi juga mendapat keampunan dan rahmat dariNya. 

Amin.

Wednesday, July 18, 2012

RELA Sekolah

Assalamualaikum...

Hari ini saya cuti sbb mak ada appointment kat GH. Bukan saya pergi teman mak tapi sbb ambik alih jaga anak sendiri. Mak Su (adik mak) yg teman mak. 

Bila dah beres semua kerja, dah masak, dah mkn, htr anak2 ke sekolah segala bagai, saya marathon update blog. Ni yg saya update hari ni.
  1. Untungnya MBA
  2. Super Spontan Gathering
  3. Ganu Kittew
Yang ni last for today.

Nak cerita pasal Rela sekolah. Baca betul2 ye... bukan rela ke sekolah tapi sekolah punya Rela.

Semenjak 2 menjak ni, saya selalu nampak seseorang yg memakai uniform Rela di Sek Keb Tmn Melawati (2). Saya nampak waktu pagi, iaitu waktu htr Dania ke sekolah (sbl pergi office) dan waktu petang iaitu waktu jemput Erin dan kakak. Tapi, kat sekolah kakak... tak de pulak abg Rela ni.

Saya nak tau kenapa dia ada berdiri tercongok kat situ, pernah berlaku kejadian buruk ke kat sekolah ni? Tp mcm mana saya nak tanya dia? Turun keta dan terus pi tanya? Haih.... terkezzuuttt pulak abg Rela tu.... eh, adik Rela tu.

Atau mmg saya yg tertinggal ketapi? Ada ke berita terkini yg cerita pasal pasukan Rela bertugas di sekolah? Ntah, saya tak perasan pulak.

Dannnn.................. hari ni kan saya cuti. Saya htr Erin dan kakak ke sekolah tengahari ni. Lepas turunkan kakak, saya htr Erin ke sekolah dan tunggu Dania keluar sekolah pulak. Sambil saya tunggu2 tu... mata saya terpandang adik Rela yg berspek itam tu. Dia pun terpandang kat saya dan kami sama2 berpandangan.... hehehehe.

Saya senyum kat dia, dia pun senyum kat saya... 

Apa lagi, saya pun panggil la dia dan borak2 ngan dia....

Rupa2nya, mmg dia ditugaskan jaga kat situ (sekolah). KDN minta anggota Rela jaga keselamatan budak2 sekolah (primary shj) especially time balik sekolah. Lagi pulak kalau parents/van skolah lambat ambik budak2 ni. 

Dia pun bukannya sentiasa kat situ... seolah2 kerja shift lah.... time budak2 masuk sekolah pagi, time tengahari (budak balik dan dtg sekolah) dan time budak balik petang. Selain dari waktu tu dia dok rumah. 

Saya: Dah ada kejadian buruk ke kat sekolah ni?
Adik Rela: Tak de kak, tapi kat sekolah XXX dah ada budak kena culik. Kat sekolah XXX pun ada. Tu yang kitorang kena jaga ni.
Saya: Hari tu, akak nampak Rela yg jaga kat sini... kurus sikit.
Adik Rela: Owh, dia tu dah transfer ke skolah XXX
Saya: Setiap sekolah rendah ada org jaga ke?
Adik Rela: Tak, ada sekolah yg tak nak. 

Saya pun berfikir.... kenapa ye sekolah tu tak nak? Saya tak dpt cari jawapannya. Lepas tu, saya sambung tanya lagi....

Saya: Sampai bila jaga sekolah mcm ni?
Adik Rela: Sampai KDN arahkan berhenti...
Saya: Kerja ni je ke? (Isk! Sebok pulak saya ni).
Adik Rela: Taaaakkkkk. Mlm jd polis bantuan kat KL Sentral. 
Saya: Rajin adik keje... (sambung saya lagi)
Adik Rela: Hehehe... kena carik duit lebih kaaakkk, thn dpn nak kawen
Saya: Owh.... keje baik2 ye dik...
Adik Rela: Kak! Akak ambik no. hp saya ni. Kalau apa2 hal akak call aje saya. Kalau akak lambat sampai ke, apa ke... akak call aje saya. Saya bleh tolong tengokkan anak2 akak.

Maka saya pun bertukar2 nombor tepon ngan adik Rela.

Hmmm... bagus KDN buat cenggini. Sebelum2 ni, saya selalu susah hati bila lambat sampai sekolah jemput anak. Ye la... kadang2 jln jem tak hengat, hujan lebat.... kebarangkalian utk lewat tu amat tinggi. Harap2nya, dgn usaha murni KDN ni dapat mengelakkan kejadian yang tak diingini berlaku kpd anak2 kesayangan kita.

Alhamdulillah...


Ganu Kittew

Assalamualaikum...

Inilah sebabnya saya tak dapat attend Majlis Kesyukuran Prof Kamil kat INTEKMA. Sbb kami sekeluarga pegi Awana Kijal, tempat fav saya. Office abg buat family day kat sini from 13 - 15 July. Ini, kali kedua family day FCN di buat kat sini. Gamaknya dah tak taw nak pi mana dah kott....

Katil single dia mcm queen size. Kami dpt 2 bilik... alhamdulillah...

View dari bilik

Spacious swimming pool
Adult's swmg pool

Tuuu... tgh prepare utk dinner mlm ni

Subhanallah... saya suka tempat ni


Omak den!

Kasut comot kakak

Syukur dapat ke sini lagi... yg ntah ke berapa kalinya....


Mlm ada acara dinner... kids' talent show, lucky draw, karaoke etc. Kalau tahun2 sbl ni... saya suka tunggu sampai acara habis. Tapi kali ni... rasa dah kurang berminat. Abih show utk kanak2, saya naik bilik.

Esoknya ada telematch dewasa dan kanak2. Dimulakan dgn yg kanak2 dulu. Dania dan Erin excited nak main. Seronok sungguh depa. Menang dapat hadiah, kalah pun dapat hadiah. Banyak betul hadiahnya... 




Lobi Hotel
Petang Sabtu, ada yg keluar sampai ke K.Terengganu / Pasar Payang. Kami... tak pi. Tak ada apa nak cari kat Pasar Payang tu (kali ni la). Tapi, kami keluar jugak.... saja jln2 kat mall baru ~ Mesra Mall. Dah lama tak ke sini... mcm2 ada dah... 


Pas tu... ajak abg singgah Pantai Kemasik. Indah sungguh ciptaan Allah.... pantai2 di sini memang indah2 belaka. Cuma, kat sini mmg tak de penginapan dan bahaya utk mandi manda. 


Elelelelelele...

ngan adik eh anak saya


Malamnya, ada theme dinner. Temanya... pakaian beruniform. Mcm2 pesen ada. Ada doktor, pilot, askar, pengawas, pramugari dan mcm2 lagi la. Dan... mcm malam yg sebelumnya... saya tak tunggu sampai acara habis.... naik awal. Abg tak naik sekali sbb Erin dan Dania nak stay lagi kat ballroom tu... nak berkawan2 dgn kwn2.

Keesokannya, on the way balik.... wajib singgah beli lemang Kijal. Saya tak berapa minat dgn lemang, tapi lemang Kijal ni.... saya suka sangat. Lemangnya sangat lembut dan sedap!


3 batang seploh hengget

Hasil tangkapan... sata, lemang, otak2...
Syukur alhamdulillah... berpeluang ke Awana Kijal lagi, berpeluang menghirup udara segar Kemasik, dapat makan sata fresh dan sedap dan panas, dapat makan lemang lembut dan sedap.... Allah, ia nikmat yang tidak dapat didustakan.
  

Super Spontan Gathering

Assalamualaikum...

Cam biasa la... siaran tertunda.

Ni cerita pada hari Ahad, 8 Julai 2012. One of BFF saya, Ekyn... balik Msia bercuti. Dia dok kat Yokohama nuuuunnnn.... Saya tahu dia balik cuti melalui Elly (opis mate saya) tapi saya yang konon2nya sibuk ni, tak sempat2 nak call.

Akhirnya Ekyn call saya hari Jumaat ptg dan ajak jumpa. Saya... ok! Itu ini begitu begini.... dgn short notice, mulanya 4 org aje... yg dtg 6 orang... saya, Ekyn, Imah, Raha, Leha dan Wawa. 

Waaahhhh.... meriah sungguh, w/pun hanya berenam + 5 org back up singer. Berborak tak henti2.... mcm2 tajuk keluar. Berhenti kejap pi solat, pas tu masuk balik... sambung citer (bukan sambung makan). Anak2 pulak sporting tak ajak balik. Dah lama saya tak ketawa sampai keluar air mata (dah dahsyat sgt gelak tu)... tapi, bila mendengar celoteh Imah, kami semua sakit perut menahan gelak. Astaghfirullah.....

Serius saya kata... dorang2 ni byk borak dari makan. Yg saya sangat2 perasan, si Leha tu.... ambik sepinggan je makanan, pas tu tak bgn2 ambik yg lain dah.... Bayor mahal2 tp makan sepinggan je. Ye la.... bayar mahal utk precious time berjumpa2. Saya? Jgn tanyalah....


From left: Ekyn (n Azim), me, Imah (lecturer kata dia twin saya),  Leha, Raha dan Wawa

Asyik mendengar citer Imah...

khusyuk dgr celoteh Imah lagi

dan lagi......

Saya dan Ekyn


Kesian Aziem boy dah terlentok


Back up singer (ikut umur... katanya)
Kami jumpa start 2.30 - 7.00 pm.... sampai org tu hulur bill.... dan tgh prepare utk buffet dinner dah. Cerita mcm tak abih lagi tapi dah terpaksa berpisah sbb mcm dah kena `halau' daaa..... Saya dan Erin balik naik LRT dan sambung naik cab ke rumah. Saje bawak dia naik public transport.

Allah... rahmatilah kawan2 saya ini.... Saya sayang mereka.

Untungnya MBA

Assalamualaikum...


8 Julai 2012 yang lepas, ada aktiviti gotong royong bagi membersihkan kawasan masjid Bkt Antarabangsa. Yang bestnya, raaaaaammaaaaaiii yang terlibat. Ahli kariah memang ramai yg join, tapi lebih raaamaaiii pak polisi yg dtg membantu. Berlori-lori... Maklumlah, Tan Sri Hj Ismail (Ketua Polis Negara) kan dok kat sini.


Tan Sri di tengah2 

Pak polisi
Dah tak kelihatan dah penduduk kampung sbb ditenggelami keramaian abg2 polis. Penduduk kampung hanya buat kerja ringan2 je... Yg perempuan, memasak.... yang lelaki kemas dlm masjid. Abg2 polis kemas hutan rimba di sekeliling masjid.

Saya kagum ngan Tan Sri ni. Tan Sri sering beri kerjasama dlm aktiviti2 masjid.... samada dari segi tenaga atau kenduri-kendara. Beliau masih menetap di rumahnya sendiri, rumah 2 tingkat - intermediate. Rumahnya biasa aja. Bezanya.... kat depan rumah dia ada pondok polis kecik. Saya agak.... polis yg bertugas utk jaga dia atau rumah atau famili dia.

Untungnya MBA.

Monday, July 9, 2012

Dear Kakak......

Assalamualaikum...


6 Julai 2012, genap umur kakak 14 tahun. Seperti kebiasaannya, beli kek Secret Recipe yg dicampur adukkan jadi one whole cake. Tapi kali ni, oreo cheese contributes the largest portion ie 5/12 slices. Whatever... it's her choice.

Selama ini, presents were given in terms of material and of course doa. Tapi kali ini, saya bacakan keseluruhan Surah Luqman padanya..... Saya paparkan tafsiran sebahagiannya (Ayat 13 hingga 20)...

(13) Dan (Ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".

(14) Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya: ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)

(15) Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu, kemudian hanya kepadaKu lah kembalimu, maka Ku beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

(16) (Luqman berkata): "Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

(17) Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).

(18) Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membangga diri.

(19) Dan sederhanalah kami dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.

(20) Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentinganmu) apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmatNya zahir dan batin. Dan di antara manusia ada yang membantah tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa Kitab yang memberi pertolongan.


Thursday, July 5, 2012

Jejak Kasih

Assalamualaikum...

Hari tu, 1 Julai 2012 (Ahad)... kami ke Seberang Jaya, P.Pinang ada hal sikit. Esoknya ~ Isnin, kami memontengkan sekolah anak2. Hiks!

On the way ke utara, kami singgah Ipoh untuk berjumpa Kak Nor dan Abg Lan... rakan haji yg kami rindui. Mulanya, saya ingat nak dtg mengejut sbbnya tak nak menyusahkan mereka. Ye la, kalau inform awal2 kang, susah payah lak K.Nor nak masak2. Tapi.... kalau tak inform kang, kot dorang tak de rumah. Mcm2 la saya pikir... nak call ke tak nak? Elok2 saya nak buat surprise kang, saya balik yg surprise if dorang tak dak rumah... tak haru? Pikir punya pikir, elok la saya call. 

Happy je K.Nor bila tau saya nak dtg. Mulanya, dia jemput kami dtg rumahnya utk makan mee udang pada 14 Julai 2012 ni... saya pernah cerita di sini (Yang Mana Satu). Bersemangat saya nak dtg. Tapi, tiba2 ada hal lain pulak. So, saya mengambil kesempatan ini utk menziarahi beliau.... tapi, mendahului yg lain la pulak.

Saya juga berhajat nak singgah rumah Mak Cik Ani dan Pak Aziz, roomate di Mekah (Makcik Ani je, Pakcik Aziz taaakkkk). Pakcik Aziz roomate abg. Rumahnya di Ipoh jugak. Masa di Mekah, nama Makcik Ani saya dah transform jadi Makcik Annie... hehehe. Tapi... beliau tak de kat rumah. Kat Mekah dulu, dgn Makcik Annie la yg plg byk saya bergurau senda..... Owh, rindunya masa2 tu.....

Berbalik kpd cerita K.Nor..... Rupa2nya, Kak Nor dah siap masak mee udang... Alhamdulillah, rezeki kami utk merasa mee udang Kak Nor. Layanan tuan rumah, sangat2 superb!!! Terima kasih pada K.Nor dan Abg Lan, tuan rumah yang sangat2 baik hati.

Bergambar bersama mak saya dan mak K.Nor
Lepas tu, kami sambung perjalanan ke Seberang Jaya. Tergerak pulak hati nak call Pak Mad dan Makcik Marina. Nama makcik Marina pulak, saya dah transform jadi makcik Mary.... Hehehehe... makcik Mary 61 thn, makcik Annie pulak  63 thn. Kedua2nya roomate saya.... w/pun dah pangkat makcik2 dan jarak umur hampir 2x ganda, mereka sangat2 understanding. Mcm2 benda kitorang cerita, gurau senda.... makcik2 ni pun, bukan main kelakar dan sporting....

Alhamdulillah... Pak Mad dan makcik Mary ada kat rumah. Dgn bantuan GPS, senang aje nak cari rumah mereka. Seronoknya kami dapat berjumpa semula....... Beria2 Pak Mad suruh dtg semula keesokan harinya utk mkn tengah hari. Saya pulak.... beria2 menolak dgn cara baik... sbb tak nak dorang susah..... Tak sampai hati saya tengok makcik Mary nak bersusah payah masak... beliau sendiri, bergerak dgn susah payah sbb kesihatan yg kurang memuaskan....

@ rumah Pak Mad & Makcik Marina
Bila nak bertolak balik, ntah kali ke berapa Pak Mad memujuk lagi utk singgah lunch esok... Allah, kami sungguh2 tak mahu menyusahkan makcik Mary.... Bila Pak Mad bersalaman dgn abg, saya lihat matanya bergenang dan merah.... Saya kira, beliau tersangat gembira dgn kehadiran kami sekeluarga,

Saya rindu mereka semua.. Saya rindu
Psst: Makcik Annie yg duduk sebelah saya dan bertelekung 
Allah.... semoga persahabatan ini kekal dunia akhirat. Amin.

Wednesday, July 4, 2012

Kidzania

Assalamualaikum,


Sabtu, 30 Jun 2012.... office saya anjurkan lawatan ke Kidzania. Hmm.... bukan utk warga MQA ye, tapi utk anak2 warga MQA. Program ni dikendalikan bersama di antara AKRAB MQA dan Bhg Pentadbiran (BP). 91 org kanak2 berumur 5-14 thn join program ni dan saya adalah salah seorang urus setia yang terlibat utk turut masuk dlm Kidzania (Yeay!).

Berkumpul di ruang legar Menara PKNS-PJ dulu
Anak2 dan urus setia pakai baju APEL
W/pun range age between 5-14 thn, tak de pun yg berumur 13 thn dan yg 14 thn hanyalah kakak (anak sulung saya) sorang. Heheh, sian pulak saya pikirkannya.... mesti kakak rasa kekok nanti. So, saya ajak Wahida (anak Mak Su) join dan bayor extra charge utk tiket dan meals.   

Syioknya naik baassssss....
Ibubapa tak dibenarkan follow... urus setia yg bertanggungjawab menjaga anak2 ini. So, parents hantar anak2 ke MQA kol 8 am... pas tu naik bas ke Kidzania... 3 buah bas dan sebuah coaster MQA. Ibubapa akan dtg semula ke MQA dlm kol 3 pm utk jemput semula anak2 dan lunch. Kat Kidzania tu pun ada disediakan light meal utk anak2 ni. 

Dah sampai Kidzania.... Muka bahagia...
Saya bertanggungjwb utk jaga 4 org kanak2 berusia 5-6 thn dan 4 org berusia 8-10 thn. Anak Ira (2 org), anak Roha (sorang), Nor (sorang), Selly (2 org) dan anak2 saya ~ Erin dan Dania. Kelam kabut dibuatnya, bila si kecil sorang ni nak kencing, sorang nak makan, sorang suka merayau2, sorang nak gi teater.... mcm2 lah. Yg besar2 tu, saya biarkan lepas bebas dan saya hanya menumpukan perhatian pada si kecil berempat tu je. 

Anak2 jagaan saya
Bila sorang nak kencing, abih semua saya suruh kencing skali sbb tak nak dorang terpisah. Lagi satu, saya tak nak ada pula yg nak ke toilet time2 tgh que ke... nnt mkn masa. Pas tu, bila semua masuk toilet.... saya pulak pikir.... mcm mana budak2 ni? Boleh ke bukak sluar? Cam ner kaedahnya dorang berurusan? Bersih tak basuh? Ye la.... saya tak leh nak masuk toilet lelaki. Berserah je la.....


Kidzania ni lebih kurang indoor theme park yg offer kaedah pembelajaran yang interaktif. Kanak2 boleh jadik mcm adult... boleh jadi polis, doktor, bomba etc. Masuk2 je, mereka akan dibekalkan dgn 50 kidzo.... dan mereka boleh gunakannya utk dptkan service. Kalau duit tak cukup, mereka kena kerja dulu, then dpt gaji.... kumpul2.... kalau dah cukup, boleh la beli apa2 yg dikehendaki.

Pekerja TNB?
Future Surgeons @ KPJ?
Kalau taknak pegang duit byk, boleh buat atm card.... then kalau kerja, dpt gaji... masuk dlm card tu je. Kalau duit tak abih guna, boleh bawak balik dan guna utk next visit. Duit tu juga boleh guna utk beli brg2 dlm tu.

Erin tgh buat kad ATM @ CIMB
Sampai office (lbh krg kol 3.00), dah ada bbrp urus setia lain yg dah ready menunggu. Parents pun dah tak sabar2 nak jumpa ngan anak masing2. Aktiviti seterusnya... acara mkn2.... diselitkan juga aktiviti bercerita oleh anak2 mengenai pengalaman mereka di Kidzania.

Alia tgh bercerita..
Sebenarnya, memang semuanya interesting.... cuma, org terlalu ramai. Sana sini kena que. Budak2 cepat boring menunggu. Sian lak tengoknya..... Dah tu, mostly... duration game dlm 20m and only 4-6 kids yg boleh masuk (depends). Masa menunggu yg agak lama..... Mula la saya berhajat nak revisit time sekolah. Mesti tak ramai..... dan selesa utk beraktiviti.

Nampaknya, kena ponteng sekolah ke?