Wednesday, July 4, 2012

Kidzania

Assalamualaikum,


Sabtu, 30 Jun 2012.... office saya anjurkan lawatan ke Kidzania. Hmm.... bukan utk warga MQA ye, tapi utk anak2 warga MQA. Program ni dikendalikan bersama di antara AKRAB MQA dan Bhg Pentadbiran (BP). 91 org kanak2 berumur 5-14 thn join program ni dan saya adalah salah seorang urus setia yang terlibat utk turut masuk dlm Kidzania (Yeay!).

Berkumpul di ruang legar Menara PKNS-PJ dulu
Anak2 dan urus setia pakai baju APEL
W/pun range age between 5-14 thn, tak de pun yg berumur 13 thn dan yg 14 thn hanyalah kakak (anak sulung saya) sorang. Heheh, sian pulak saya pikirkannya.... mesti kakak rasa kekok nanti. So, saya ajak Wahida (anak Mak Su) join dan bayor extra charge utk tiket dan meals.   

Syioknya naik baassssss....
Ibubapa tak dibenarkan follow... urus setia yg bertanggungjawab menjaga anak2 ini. So, parents hantar anak2 ke MQA kol 8 am... pas tu naik bas ke Kidzania... 3 buah bas dan sebuah coaster MQA. Ibubapa akan dtg semula ke MQA dlm kol 3 pm utk jemput semula anak2 dan lunch. Kat Kidzania tu pun ada disediakan light meal utk anak2 ni. 

Dah sampai Kidzania.... Muka bahagia...
Saya bertanggungjwb utk jaga 4 org kanak2 berusia 5-6 thn dan 4 org berusia 8-10 thn. Anak Ira (2 org), anak Roha (sorang), Nor (sorang), Selly (2 org) dan anak2 saya ~ Erin dan Dania. Kelam kabut dibuatnya, bila si kecil sorang ni nak kencing, sorang nak makan, sorang suka merayau2, sorang nak gi teater.... mcm2 lah. Yg besar2 tu, saya biarkan lepas bebas dan saya hanya menumpukan perhatian pada si kecil berempat tu je. 

Anak2 jagaan saya
Bila sorang nak kencing, abih semua saya suruh kencing skali sbb tak nak dorang terpisah. Lagi satu, saya tak nak ada pula yg nak ke toilet time2 tgh que ke... nnt mkn masa. Pas tu, bila semua masuk toilet.... saya pulak pikir.... mcm mana budak2 ni? Boleh ke bukak sluar? Cam ner kaedahnya dorang berurusan? Bersih tak basuh? Ye la.... saya tak leh nak masuk toilet lelaki. Berserah je la.....


Kidzania ni lebih kurang indoor theme park yg offer kaedah pembelajaran yang interaktif. Kanak2 boleh jadik mcm adult... boleh jadi polis, doktor, bomba etc. Masuk2 je, mereka akan dibekalkan dgn 50 kidzo.... dan mereka boleh gunakannya utk dptkan service. Kalau duit tak cukup, mereka kena kerja dulu, then dpt gaji.... kumpul2.... kalau dah cukup, boleh la beli apa2 yg dikehendaki.

Pekerja TNB?
Future Surgeons @ KPJ?
Kalau taknak pegang duit byk, boleh buat atm card.... then kalau kerja, dpt gaji... masuk dlm card tu je. Kalau duit tak abih guna, boleh bawak balik dan guna utk next visit. Duit tu juga boleh guna utk beli brg2 dlm tu.

Erin tgh buat kad ATM @ CIMB
Sampai office (lbh krg kol 3.00), dah ada bbrp urus setia lain yg dah ready menunggu. Parents pun dah tak sabar2 nak jumpa ngan anak masing2. Aktiviti seterusnya... acara mkn2.... diselitkan juga aktiviti bercerita oleh anak2 mengenai pengalaman mereka di Kidzania.

Alia tgh bercerita..
Sebenarnya, memang semuanya interesting.... cuma, org terlalu ramai. Sana sini kena que. Budak2 cepat boring menunggu. Sian lak tengoknya..... Dah tu, mostly... duration game dlm 20m and only 4-6 kids yg boleh masuk (depends). Masa menunggu yg agak lama..... Mula la saya berhajat nak revisit time sekolah. Mesti tak ramai..... dan selesa utk beraktiviti.

Nampaknya, kena ponteng sekolah ke?  

2 comments:

mama4A's said...

kak yun.. istilah yg lebih lembut.. `dicutikan' hahaha..
saya pun nk bwk aliyah aina g sana lagi. mamanya lak yg over excited. hehe

Kherun said...

hehehe... straight forward sungguh kenyataan den...