Wednesday, July 18, 2012

Untungnya MBA

Assalamualaikum...


8 Julai 2012 yang lepas, ada aktiviti gotong royong bagi membersihkan kawasan masjid Bkt Antarabangsa. Yang bestnya, raaaaaammaaaaaiii yang terlibat. Ahli kariah memang ramai yg join, tapi lebih raaamaaiii pak polisi yg dtg membantu. Berlori-lori... Maklumlah, Tan Sri Hj Ismail (Ketua Polis Negara) kan dok kat sini.


Tan Sri di tengah2 

Pak polisi
Dah tak kelihatan dah penduduk kampung sbb ditenggelami keramaian abg2 polis. Penduduk kampung hanya buat kerja ringan2 je... Yg perempuan, memasak.... yang lelaki kemas dlm masjid. Abg2 polis kemas hutan rimba di sekeliling masjid.

Saya kagum ngan Tan Sri ni. Tan Sri sering beri kerjasama dlm aktiviti2 masjid.... samada dari segi tenaga atau kenduri-kendara. Beliau masih menetap di rumahnya sendiri, rumah 2 tingkat - intermediate. Rumahnya biasa aja. Bezanya.... kat depan rumah dia ada pondok polis kecik. Saya agak.... polis yg bertugas utk jaga dia atau rumah atau famili dia.

Untungnya MBA.

No comments: