Friday, August 10, 2012

Ramadhan dan MBA

Assalamualaikum....

Tradisi setiap tahun (dalam Bulan Ramadhan), saya pasti memperuntukkan at least - sekali untuk berbuka puasa di luar dan favourite place adalah di Tupai2. Tapi, tahun ni saya berazam untuk tidak berbuka puasa di luar kerana tak mahu ketinggalan solat Maghrib/Isyak dan tarawikh berjemaah di masjid.

Dania dah start tanya.... tahun ni kita tak buka puasa kat luar ke? Saya jawab dengan baik.... saya bagi alasan yg sama. Alhamdulillah... anak2 semua ok.

Biasanya, kami berbuka puasa di masjid pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Sangat best sbb selain dari tarawikh dan Isyak, Maghrib pun dapat berjemaah. Hari2 lain.... kami buka posa kat rumah dan tarawikh/Isyak di masjid. Anak2 tak ikut skali sbb kena buat kerja sekolah...

Alhamdulillah, setakat ni.... setiap hari ada majlis buka puasa kat masjid.Ada je yg sponsor... Makanan ditempah dari caterer yg berbeza2. Khemah pun dah menetap sebulan depan perkarangan masjid.... disediakan khusus untuk buka puasa. Lebih panjaaaang dari khemah org kawen.



Lauk dan kuih, mcm2 ada. Biasanya, jemaah buka puasa dgn kuih muih dulu (tapi kadang2 makanan sgt pelbagai - mcm potluck). Lepas tu solat Maghrib... then baru makan nasi. Syukur... menunya sedap2. Kalau ada lebihan, siap dibungkus lagi untuk jemaah bawa pulang.

Tuuuu... belum cerita pasal moreh lagi... Morehnya pun, meriah. Mlm tadi, ada laksa... semalam, mee kari. Kalau ada qiamullail.... sahur juga disediakan.

Allah.... murahnya rezeki MBA.

Solat juga selesa sbb masjid fully `ekon'. Anak2 jemaah pun tak berlari2... tak buat bising... sebab....



Kat masjid ada disediakan bilik aktiviti kanak-kanak berumur 5 - 10 tahun. Ada mcm2 aktiviti spt mewarna, melukis, bercerita dll. Siap ada penjaga lagi. Tujuan utama..... supaya anak2 ini tak buat bising dalam masjid dan ganggu jemaah bersolat. Cara ni juga boleh menggalakkan anak2 ini dtg ke masjid dan secara tak langsung, parents pun boleh solat dengan tenang.....




Alhamdulillah... tahniah kepada j/k MBA

No comments: