Saturday, February 2, 2013

Ayat-ayat Cinta Buat Mak.....

Assalamualaikum...

Allah, saya rindukan mak...



Maaakkkk....

Setiap kali perasaan rindu datang, Sue bacakan Al Mulk dalam hati. Nak baca Yaasin, Sue tak begitu hafal. Alhamdulillah, perasaan rindu yang membuak-buak bisa menjadi tenang semula.

Sue tak ingat bilakah kali terakhir Sue tidur dengan mak. Akhirnya, Sue tidur di sisi jenazah mak... itupun Sue tidur tak sampai 1/2 jam. Sue terjaga semula bila telinga Sue tidak lagi mendengar bacaan ayat-ayat suci disedekahkan kepada mak. Sue sambung menemani mak dengan ayat2 suci. Sue cuba bertahan, berjaga malam untuk menjaga mak buat kali yang terakhir. Lepas ni, takkan ada lagi peluang menjaga mak. Sue tidur dengan mak.... tapi, tubuh mak sejuk dan kaku.

Allah, saya rindukan mak... rinduuuu sangat.

Maakk... Walaupun tubuh mak sejuk dan kaku, muka mak sangat berseri-seri. Mak seolah2 tidur dibuai mimpi yang indah. Sue tengok, mak senyum je.... Cantiknya mak masa tu...

Maakkk... Terima kasih mak. Sue rasa, Sue lah orang yang paling bertuah sbb ada mak yang tolong jaga anak2 Sue. Sue tak perlu risaukan keselamatan anak2, makan-minum anak2, hatta... mengaji pun mak ajar mereka. Sue kesian dengan mak. Sue nak ambik maid, mak tak nak. Mak kata nanti mak lagi sakit... nanti darah tinggi mak makin naik.

Sue cakap dalam hati.... sabar ye, mak.... bulan Jan bulan exam final (dan exam bukan tiap2 hari) dan selepas tu cuti sem hingga 18 Feb. Sue akan ambil alih semua kerja2 tu semula. Mak boleh pergi solat jemaah di masjid 5 waktu. Mak boleh makan masakan yang Sue masak. Mak boleh concentrate menghafal ayat2 suci. Mak boleh rehat. Tapi.... tak sempat.... itu semua tak menjadi kenyataan. Allah dah jemput mak dulu.

Sebelum menunaikan haji, berulang kali mak gesa.... buat rayuan cepat... buat rayuan cepat... Mak risau kalau mak tak de nanti, siapa yang nak tolong tengokkan anak2 Sue. Allahuakhbar...... terima kasih mak.  43 hari Sue tinggalkan anak2 dengan mak. Semuanya mak buat sendiri. Sue tahu, mak saaangaaattt letih sampai mak tertidur masa drive dan melanggar kereta jiran sebelah yang sememangnya tak bergerak. Ye, mak langgar kereta yang diparking di rumah.

Banyak sungguh pengorbanan mak kat Sue.... Tapi...... Sue tak sempat nak berkorban untuk mak.

Mak tau? Masa dekat Mina, Sue berjiran dengan seorang wanita yang membawa ibu yang telah tua dan lemah. Sejak tu, Sue mula memasang niat untuk pergi menunaikan haji bersama-sama mak dan anak2, 10 tahun dari masa tersebut. Sue dah ternampak2 yang Sue akan memimpin tangan mak, bawa mak pergi tawaf, saie..... Allah.....

Kadang2... timbul pula pertanyaan dlm hati... sempat ke nak pergi haji bersama-sama mak? Akhirnya, Sue bersetuju nak pergi umrah bersama2 mak dan anak2 dan abg. Mak ingat tak? Masa tu, sebenarnya... Sue nak hantar mak bayar deposit je.... alih2, Sue pun ikut daftar sekali... sekeluarga pulak tu. So, mengikut perancangan kita... kita akan sama2 berangkat ke tanah suci pada 31 Jan 2013. Kita pun dah berbincang2 untuk membeli wheel chair utk kemudahan mak. Tapi..........  itu semua tak menjadi kenyataan. Allah dah jemput mak dulu.

Allah, saya rindukan mak... rinduuuu sangat. Sangat-sangat.

Maaakk... Sue tahu mak tak berapa sihat. Sebelum pergi Johor lagi, Sue tengok mak macam cepat letih. (Kami bercuti di Johor 23-26 Dis 2012 iaitu masa saya study leave). Di Johor, Sue tengok mak ok... happy. Cuma ada satu malam tu, mak kata kaki mak cramp dengan teruk sekali sampai mak menangis dan kejutkan kakak (Syahira) minta tolong urut dan sapu minyak panas. Sue tanya mak pasang air-cond ke? Mak kata tak. (Kami stay di bilik berlainan).

Masa malam di Danga Bay, kita sekeluarga naik cruise. Duration lebih kurang 2 jam. Excited naik tingkat atas sekali. Tapi lepas tu, Sue rasa menyesal pulak sbb ingatkan kat atas sekali tu, port yg plg best... tapi...  kawasannya kosong. Hanya ada beberapa buah kerusi yang dah diduduki orang lain. Kerusi untuk mak duduk tak de. Sue kesian tengok mak kena naik tangga tinggi2. Sue rasa bersalah, mak. Pusing keliling kapal Sue mencari kerusi utk mak duduk. Tapi tak de. Akhirnya, sue menceroboh masuk bilik tidur dlm kapal tu... then ambik kerusi kat dlm tu.... beratnya kerusi tu! Lega melihat mak dapat duduk.

Nampak tak kerusi kayu yang mak duduk tu? Berat!
Bila kapal mula berlayar... mak pun tertidur.... saaaammpaaaiiii la bila nak berlabuh balik, baru mak terjaga. Hihihi..... Mak tanya...`Eh, dah jalan ke?' Sue jawab... `Laaa.... dah sampai jeti balik dah...'. Hmm... nyenyaknya mak tidur dengan hembusan angin sepoi2 bahasa. Lepas tu, Sue letak semula kerusi tu di tempat asalnya.

nampak tak tu? mak tidur.....
Kalau jalan dgn mak... ke mana sahaja... Sue mesti cari tempat duduk utk mak. Itu yang utama. Lepas dpt carikan mak tempat duduk, baru Sue rasa selesa nak shopping ke.. apa ke... Kalau naik kereta, kalau boleh... Sue suruh abg berhenti betul2 depan tempat tu agar mak tak perlu jln jauh. Nanti mak mengah. Tapi... kat Legoland tak boleh berhenti betul2 depan entrance tu. Mak kena jalan jaaauuhhhh...

Mak menahan keletihan
Kesian mak... mak cepat letih. Masa masuk aje Legoland, Sue terus cari stesen utk wheel chair. Punya la panjang beratur.... dalam hati tak abis2 mohon kat Allah.... berharap agar ada la rezeki mak utk guna wheel chair. Alhamdulillah.....

Anak cucu pun tumpang sekaki
Lately, mak tak ada selera makan. Semua makanan kegemaran mak... mak dah tak lalu nak telan. Di Johor, mak order nasi goreng USA masa makan kat Singgah Selalu. Timbul rasa pelik sbb mak tak pernah order nasi goreng USA. Tapi, mak makan sesudu-dua saja. Rasa pelik tu Sue biarkan berlalu begitu sahaja.


JPO @ 25 Dis 2012
Puter Harbour @ 26 Dis 2012
Balik dari Johor, keadaan mak... semakin cepat letih. Rasa sesak nafas berulang dengan lebih kerap. Sue ingat, biasa2 aja sbb biasanya mak memang mcm tu. Maksud Sue, setiap kali balik dari travel jauh2, mak mesti flat. Kadang2 demam. Mak akan back to normal within few days.

01.01.2013 - ikut perancangan Sue, nak pergi UKM pagi2 sbb nak study... esoknya ada paper 2 hari berturut2. Tapi... Sue tgk mak kurang sihat.... Sue tangguh lepas Zuhur. Lepas tu... tangguh lagi lepas Asar... tapi Sue tak juga pergi lepas Asar..

Mak kata... pagi tadi (dlm pukul 4 - 5 am) mak dengar sesuatu yang berat jatuh kat tingkat atas sekali (rumah kami 2 1/2 tingkat). Mak kata, puas mak ketuk pintu bilik... tapi Sue tak bukak pintu. Maafkan Sue, mak.. Masa tu, Sue baru aje masuk tidur (study la katakan).. Sue tak dengar ketukan pintu mak. Mak kata... mak takut.

Sue naik atas tengok... apa benda yang jatuh. Tak de apa2 pun. Agaknya... mak nak ajak Sue tidur temankan mak sekali.... Sue cuma dapat tidur di sisi jenazah mak aje... yang sejuk... yang kaku....

Sue tak pernah lihat mak solat duduk. Walaupun lutut mak sakit, mak tetap solat berdiri. Selagi mampu mak akan solat berdiri. Tapi, since semalamnya... Sue tengok mak mula menggunakan kerusi untuk solat. Agaknya, mak dah betul2 rasa lemah. Kenapa Sue tak perasan semua tu?

Petang pulak... along, bang long dan najihah dtg rumah. Masa tu mak tengah terbaring kat sofa depan. Peliknya... mak tak bangun langsung... mak keep on baring. Mak kelihatan letih.... Pada jangkaan Sue sbb mak tak makan. Bila diingat2 semula... dah bbrp hari mak tak makan sbb tak selera. Mak makan sikit2 je sbb nak telan ubat. Akhirnya... pukul 8 lebih (mlm) baru Sue bertolak ke UKM. Sue tanya mak...`tak pe ke Sue pergi UKM ni mak? Lusa... lepas exam baru balik'. Mak kata... `tak pe... pergilah'. Sempat peluk cium mak... dan minta maaf daripada mak.

Allah, saya rindukan mak... rinduuuu sangat. Sangat-sangat-sangat.

Keesokannya, 02.01.2013... Sue exam. Selepas exam Sue tak berniat utk balik ke rumah sbb esoknya (03.01.2013) ada paper lagi, seperti yang Sue cakap sebelum ni. Lepas tu, ada gap lama. Abg memang ambil cuti untuk menguruskan permulaan persekolahan anak2. Sue telefon rumah... tanya keadaan mak. Mak tanya... `ko tak balik ke?' Sue jawab... `Tak.. esok ada paper lagi.. kenapa, mak nak Sue balik ke?'. Mak jawab, tak perlu.... Mak seolah2 beransur sihat. Suara mak juga kedengaran seperti biasa.

Ketika itu, Mak Su (adik mak) pun ada di rumah, sbb mak suruh ambil cuti utk temankan mak. Mak Tam dan Syima pun datang rumah masa tu... Sue rasa pelik lagi. Ramai pulak yg dtg rumah dua tiga hari ni. Tapi... rasa pelik itu dibiarkan berlalu begitu saja.

Kenapa Sue tak balik aje lepas habis exam? Kenapa? Apa lah salahnya balik, then dtg balik utk exam yg seterusnya?

Ya Rabb... hambaMu ini lemah... HambaMu ini tahu, semua itu sudah ditentukan olehMu... tapi, kenapakah masih berkeluh kesah? Allah... Allah....

Dalam pukul 7 pm, abg call... suruh on skype. Abg suruh tengok keadaan mak. Sue lihat mak menerusi skype... mak kelihatan letih yang amat sangat. Sue dapat melihat mak pandang Sue menerusi skrin tab. Tapi... mak tak dapat bercakap. Mak terlalu letih. Dada mak sakit. Nafas mak sesak. Kita hanya saling berpandangan.

Akhirnya, skrin dialihkan oleh Mak Su. Tak lama kemudian, abg suruh balik rumah masa tu jugak. Tapi, memandangkan waktu maghrib lagi bbrp minit, Sue solat dulu. Lepas solat... Sue bersegera balik rumah sambil tak putus2 berdoa, mohon pada Allah... mohon yang terbaik dari Allah. Skype still on, Sue letakkan di seat sebelah Sue.... tapi, lama manalah dia nak bertahan... akhirnya line putus jua....

Allah, saya rindukan mak... rinduuuu sangat. Rindu yang tidak berpenghujung.

Dlm kereta, Sue asyik play surah2 kegemaran kita... Al Mulk, Al Waqiah, Ar Rahman... Allah, Allah.... tolonglah Sue.... berikan yang terbaik untuk kami....

Traffic di PLUS highway... ok. Tapi... masuk aje MRR2, kereta stuck, tak bergerak! Rasa macam nak roboh tulang rusuk Sue. Sue nak cepat. Sue nak jumpa mak. Sue rasa macam nak terbang. Allah, Allah... bantulah saya... Berikanlah yang terbaik buat hambaMu ini....

Abg call... tanya pendapat Sue.. Nanti bila ambulan sampai, nak bawak mak ke mana? Sue jawab... HKL. Sebab HKL lengkap. Okay.. call ended. Tapi, Sue pikir2 balik.... mesti HKL lambat ambik tindakan (skeptikal sekejap!). Sue berubah hati... Sue call abg mintak htr mak ke Ampang Puteri aja.

Allah... Allah... bila abg angkat call dari Sue, Sue dah dapat agak... suara abg lain. Sangat lain.


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Mak pergi dulu tanpa tunggu Sue sampai. Allah... Allah dah berikan yang terbaik. Inilah yang terbaik. Sue percaya... inilah ketentuanNya. Tapi... dada Sue tetap terasa runtuh, berkecai... terasa di dalamnya ada ombak besar yang menggulung ganas. Tubuh badan Sue terasa menggeletar tak boleh nak berhenti. Air mata pula tak boleh nak keluar.......

Buat seketika... semua kenangan semalam menjelma semula. Kenapa Sue pergi tidur kat UKM? Kenapa Sue tak balik once exam dah habis? Kenapa? Kenapa? Allah.... itulah aturan Allah. Selawat... selawat... Zikir banyak2... Alhamdulillah, ia berjaya menenangkan perasaan yang bergelodak... mengurangkan rasa dukacita.....

Allah, tiada yang lebih berkuasa melainkanMu, Ya Allah. Yang Maha Mengetahui segala rahsia yang tak terungkai oleh akal manusia. Walaupun Sue agak terkilan kerana tidak berada di sisi mak semasa mak menghembuskan nafasnya yang terakhir, Sue sangat2 bersyukur kerana pemergian mak dalam keadaan yang cantik (bagi saya). Kata Mak Su (adik mak), mak dapat mengucap syahadah dengan penuh dan sentiasa ingat pada Allah.

Siapa yang tak sedih....Sue semat dalam hati. Mak tak ke mana-mana.... sentiasa ada bersama-sama Sue.  Cuma, alam kita berbeza. Sue yakinkan hati Sue... ramai yang sayang kat mak... maka Allah pun laaaggii sayang kat mak... sebab tu lah Allah jemput mak dulu. Sampai sekarang Sue masih rasa kewujudan mak....

Kalau Sue pergi masjid, terasa ternampak2 mak ada kat tempat favourite mak. Situlah rumah kedua mak. Banyak aktiviti mak di situ. Terasa ternampak2 mak menoleh ke belakang (usai solat)... kot2 Sue ada dtg solat kat masjid. Kalau mak nampak Sue dan cucu2 mak ada, mak akan tersenyum senang. Pasti mak berlapang dada melihat anak cucunya ke masjid.

Kawan mak cerita, masa kelas hafazan mak yang terakhir... mak tak mahu berhenti baca surah yang mak sedang hafaz... seolah2 tak bagi can org lain utk perdengarkan bacaan mereka kat ustaz. Ustaz Syed Mokhtar (feveret Sue tu) pun rasa pelik. Mak baca terus menerus... asyik dengan bacaan mak. Allah.... terimalah amal kebaikan yang mak usahakan semasa hayatnya... terimalah, Allah... Ampunkan dosa2nya, Ya Allah.....

Kawan2 mak asyik cerita pasal mak. Kadang2, kalau nampak Sue... ada yang rasa berdebar... Allahuakhbar... Maaakkk, mereka selalu peluk cium Sue, maaaakkkkk... mereka pun rindu mak juga. Setakat ni, alhamdulillah.. ada peluang lagi Sue buat bacaan Yaasin dan tahlil utk mak dan abah di masjid pada setiap mlm Jumaat. Kalau boleh, selagi terdaya dan termampu. Tapi, 2 minggu akan datang, masjid ada aktiviti lain (tak pasti). Tak pe... Sue dan abg akan tetap buatkan, walaupun bukan di masjid.... cuma tak dapat jamu kawan2 mak....

Mak... masa kemas barang2 dalam bilik mak, Sue jumpa baanyakkk kain batik mak yang baru tak berpakai. Masih cantik, berbalut dalam plastik. Kebanyakannya, kain batik halus Indonesia. Sepertiga daripadanya Sue dah hadiahkan kepada kawan2 mak.... Sekali lagi Sue tengok muka sedih mereka...

Mak nak tau? Tempat yang paling damai skg ni adalah..... di pusara mak. Serius! Bila berada di sana, baca apa2 yang perlu.... Sue rasa aman dan tenteram. Lagi2 di waktu pagi. Agaknya, kalau study kat situ pun ok. 

Sue redha dengan pemergian mak. Syukur mak masih ingat Allah hingga ke akhir hayat. Mak tetap solat sehingga waktu Asar... Asar yang terakhir. Cuma Maghrib tak sempat solat sbb mak dah mula tenat. Allahuakhbar....

Hadis sahih menyatakan "Apabila telah mati seorang insan, maka putuslah amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh". Mak.... azam kali ni Sue untuk menjadi anak yang solehah.... Agar mak dan abah tenang dan bahagia di sana.... Kesian mak dan abah, tiada yang lain selain dari Sue.....

Yang pergi tetap pergi. Yang hidup pula perlu sentiasa bersiap siaga untuk mengadap Ilahi. Sue mula memikirkan. Bagaimana pula bila tiba giliran Sue nanti? Begitu juga giliran suami, anak2, guru2, sahabat2 yang saya sayangi semua....

Adakah iman kita akan utuh sehingga hembusan nafas yang terakhir?
Adakah ketika kita mati nanti, tubuh badan kita masih sempurna? Bukannya hancur berderai?
Adakah kita akan mati di tempat yang baik-baik? Bukan di atas bas.. bukan di tengah jalan..

Allah... semuanya rahsia Allah.


اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ
 وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ
وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ
وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ
وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ
“Ya Allah, berikanlah ampunan kepadanya, sayangilah dia, maafkan dan ampunilah dia, muliakan tempatnya, luaskan tempat masuknya, serta mandikanlah dia dengan air, salju dan embun; bersihkanlah dia dari kesalahan-kesalahan sebagaimana baju putih dibersihkan dari kotoran; berikanlah dia pengganti tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya; masukkanlah dia ke syurga serta lindungilah dia dari azab kubur (atau azab neraka).”
Semoga mak lebih berbahagia dan tenang di sana.

8 comments:

Suhaila said...

semoga akak tabah.. puas su tahan air mata dari jatuh masa baca tulisan akak, tapi tetap jatuh juga..
byk yg su palajari dari setiap apa yg akak cerita dan yg berlaku di sekitar su.. sesungguhnya Allah lebih mengetahui.

Kherun said...

Su... akak memang tabah Su, insyaAllah. Luaran... orang melihat akak seperti biasa shj, tapi dalam hati... hanya Dia yang mengetahuinya....

Su, kita ada Allah.... yang tak akan pernah meninggalkan kita....

iBu ZulFaQar RayYaN said...

Sabar kak kherun.kiah pun mak tgh tak sehat sgt2...tuh jerla tgal sorang.ayah dah lama takder. :(

Kherun said...

Selalulah peluk cium mak tu, kiah... sementara mak masih ada..

Anonymous said...

Assalamualaikum Pn. Su...
Rinduuuu mak...spt Su juga....4 April nanti genap setahun akak kehilangan insan tersayang. Allah Maha Besar ....akak sempat bawa mak menunaikan haji 2011. Cukup mahal kenangan bersamanya di sana.
Akak doakan ibu kita tenang & damai di alam sana. Ameen.

~kokocincau~ said...

Takziah Kherun... Air mata tak berhenti mengalir membaca entry ini.. :'(

Kherun said...

Akak `anonymous' dan Zue (kokocincau)... terima kasih..

Anonymous said...

kak yun, mengalir air mata saya baca kak...

-sim-