Wednesday, July 24, 2013

Mangga Oh Mangga

Assalamualaikum...

Musim mangga mula mengeluarkan bunga ke sekarang ni? Saya tengok pokok mangga jiran saya lebat berbunga. Tapi pokok mangga saya tetap maintain tanpa bunga. Sepanjang hidupnya, (di tanam tahun 2000), hanya sekali mengeluarkan buah... itu pun pada 2011. Ada saya cerita dulu kat sini... Sedekad Lebih Penantian.

Tapi... walaupun berbuah hanya sekali.... buahnya sangat2 baik berkualiti. Sangat manis, tak berulat langsung dan sangat besar serta panjang. Ada yang hampir sama panjang dengan pembaris panjang. Pernah jumpa kat Giant (saiz yang sama) di jual dengan harga hampir RM10 sebiji.

Selepas tu... pokok ini kembali seperti sedia kala... tidak berbuah tapi tetap utuh sebagai tempat teduhan kereta saya dan jiran sebelah. Daun-daunnya berterusan gugur ke bumi... tapi saya dah pesan kat Susta (Susta kan ada.... hehehe) untuk sapu/kutip daun kering tersebut TERUTAMAnya yang gugur ke kawasan jiran sebelah.

Pokok mangga saya yang `segan' berbuah

Pokok mangga jiran depan rumah yang lebat berbunga
Tadi, auntie (chinese) sebelah rumah saya ni pun bising pasal pokok mangga saya yang tak mengeluarkan buah. Dia pun teringatkan buah mangga dulu yang pernah mak beri padanya... "Sangat bagus wo" katanya... Lepas dia masuk ke rumahnya, saya pun dok telek2 la pokok mangga ni (tengah panas pulak tu!). Tiba2..... 

Jeng... jeng... jeng....

Saya nampak sedikit bunga...
Alhamdulillah... sekurang2nya sudi juga ia berbunga. Hati saya pun ada bunga juga.... taman belum lagi (hehehe). Mudah2an, panjanglah hayatnya.... Saya cari-cari lagi, lagi dan lagi...

Ada lagi! Dan lagi...



Setakat ni, 3 kelompok tu je yang saya nampak. Tingginya...... cam mana nak balut nanti ye? Isk, dah jauh sangat pikir tu. Ni baru berbunga..... panjang lagi perjuangannya sebelum menjadi buah. Semoga bunga2 ni dapat terus bertahan sehingga boleh dinikmati oleh kami dan jiran2.

Semuanya kuasa Allah kan... 


Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu palingkan dari menyembahNya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutuNya)? (Al-An'aam 6:95) 

Tuesday, July 23, 2013

Nak Percaya Atau Tidak?

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan semua... Nak ucap juga walaupun dah masuk hari ke 14.

Nak cerita sikit.

Hari tu, 12 Julai 2013, Jumaat... saya dalam perjalanan untuk menghantar Sabrina (anak bongsu) ke sekolah. Tiba di satu selekoh (masih dalam kws Bkt. Antarabangsa), kereta saya telah ditahan oleh seorang perempuan (berlainan bangsa) di bahu jalan. Beliau mendukung seorang anak kecil (mungkin berumur lebih kurang 6 bulan) dan sampingnya, ada seorang lagi kanak-kanak berumur dalam lingkungan 5 tahun. Selain itu, ada sebuah motor rebah ditepinya. Melihat kepada keadaan motor yang rebah, kelihatannya seperti accident.

Saya teragak2 untuk berhenti. Pertamanya, sedang rushing nak hantar Sabrina. Keduanya, risau kot2 terjebak dengan perkara2 yang kurang baik. Saya rasa sangat2 serba-salah. Bagaimana jika ia memang sangat2 memerlukan bantuan? Hari ini, mungkin hari dia.

Dalam teragak2, saya berhenti juga. Tingkap kereta depan (kiri) tak boleh buka sebab dah rosak, maka saya bukakan pintu kereta (di sebelah Sabrina sbb tepi jalan). Terus si ibu berkata:

"Akak, tolong saya kak.... anak kecik saya ni sakit kaaakkkk... Saya tak de duit nak hantar pergi klinik. Berilah saya pinjam RM150.00 utk bawa ke klinik. Saya janji akan ganti balik. Ini I/C saya kaaakkk.. Akak tengoklah... saya tak tipu, kak... Saya janji akan bayar balik".

Beliau mengatakan perkara yang sama berulang2.

Saya terdiam. RM150? Boleh percaya ke tak ni? Dalam hati, saya mohon Allah beri petunjuk untuk saya buat keputusan. Kalau dia benar2 sakit, saya boleh tolong hantar ke klinik dan bayarkan sendiri... tapi utk bagi dia cash, saya tak mau. 

Tapi... saya fikir juga... nak bawa naik kereta ke? Risau juga kot dalam kereta nanti, tiba2 ada benda tajam menusuk ke badan saya dari belakang. Dah la saya bawa Sabrina. Owhh... suddenly teringat yang saya tengah rushing nak hantar Sabrina ke sekolah. Maka, tak sempatlah nak bawa beliau ke klinik.

Ya Allah...tunjukkanlah kepadaku apa yang harus ku lakukan...

Sedang dia merayu2 (siap menangis2 lagi), tiba2 anak kecil yang didukungnya itu menoleh ke arah saya. Saya dapat melihat keadaan raut wajahnya yang KELIHATAN SIHAT. Si ibu cepat2 memalingkan semula muka anaknya itu ke arah lain.

Hati saya dah kurang percaya. Saya katakannya saya tak bawa duit sebanyak itu (dlm hati ada tambahan ayat... `tak ada duit sebanyak itu untuk diberikan kpd awak'). Si ibu pun berkata... "kalau macam tu, bagi saya RM50 pun tak pe lah kak... Saya janji akan ganti. Selebihnya saya cari yang lain". Err.... boleh tawar menawar pulak? Saya ambil purse dan menghulurkan RM10 padanya. Saya hadiahkan sahaja... tak perlu ganti.

Surprisingly.... beliau menolak dan MERAJUK! Lalu beredar ke motornya yang rebah (atau direbahkan).

Hati saya masih berbelah bahagi (kesian) tapi agak `tak suka' juga bila dia merajuk dan `tak pandang' RM10 yang saya hulurkan. Akhirnya, saya pun berlalu pergi meninggalkannya. Dalam kereta, masih ada perasaan serba-salah.

Selesai menghantar Sabrina, saya mengambil laluan berbeza utk pulang ke rumah... dengan harapan tak mahu terserempak dengannya lagi. Tapi... saya berselisih juga dengannya... yang sedang menaiki motor tadi. Anak kecilnya berdiri dgn tersenyum riangnya dlm bakul motor. Sekali lagi, pada pengamatan saya, anaknya itu kelihatan sihat walafiat.

Hmm... saya rasa saya mengambil keputusan yang tepat tadi.

Petang, bila di masjid (sedang menunggu waktu berbuka) saya menceritakan kejadian tadi pada auntie Fatimah (kawan mak). Dia beria2 mengatakan agar lain kali jangan sekali2 berhenti sebab dia juga pernah mengalami kejadian yang hampir serupa. Satu lagi kejadian yang dialaminya adalah, sedang dia memandu.. tiba2 motor dihadapannya terjatuh (seolah2 accident sebab dilanggar oleh auntie). Orang tersebut (juga berlainan bangsa) terbaring dan seolah2 menggelupur. Padahal, menurutnya... keretanya tidak langsung menyentuh motor tersebut. Dia buat tak tahu je dan meneruskan perjalanan.

Bila bercerita pada abang... apa lagi, kena `sound' la.... Lain kali jangan berhenti! Huhuhu...