Tuesday, July 23, 2013

Nak Percaya Atau Tidak?

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan semua... Nak ucap juga walaupun dah masuk hari ke 14.

Nak cerita sikit.

Hari tu, 12 Julai 2013, Jumaat... saya dalam perjalanan untuk menghantar Sabrina (anak bongsu) ke sekolah. Tiba di satu selekoh (masih dalam kws Bkt. Antarabangsa), kereta saya telah ditahan oleh seorang perempuan (berlainan bangsa) di bahu jalan. Beliau mendukung seorang anak kecil (mungkin berumur lebih kurang 6 bulan) dan sampingnya, ada seorang lagi kanak-kanak berumur dalam lingkungan 5 tahun. Selain itu, ada sebuah motor rebah ditepinya. Melihat kepada keadaan motor yang rebah, kelihatannya seperti accident.

Saya teragak2 untuk berhenti. Pertamanya, sedang rushing nak hantar Sabrina. Keduanya, risau kot2 terjebak dengan perkara2 yang kurang baik. Saya rasa sangat2 serba-salah. Bagaimana jika ia memang sangat2 memerlukan bantuan? Hari ini, mungkin hari dia.

Dalam teragak2, saya berhenti juga. Tingkap kereta depan (kiri) tak boleh buka sebab dah rosak, maka saya bukakan pintu kereta (di sebelah Sabrina sbb tepi jalan). Terus si ibu berkata:

"Akak, tolong saya kak.... anak kecik saya ni sakit kaaakkkk... Saya tak de duit nak hantar pergi klinik. Berilah saya pinjam RM150.00 utk bawa ke klinik. Saya janji akan ganti balik. Ini I/C saya kaaakkk.. Akak tengoklah... saya tak tipu, kak... Saya janji akan bayar balik".

Beliau mengatakan perkara yang sama berulang2.

Saya terdiam. RM150? Boleh percaya ke tak ni? Dalam hati, saya mohon Allah beri petunjuk untuk saya buat keputusan. Kalau dia benar2 sakit, saya boleh tolong hantar ke klinik dan bayarkan sendiri... tapi utk bagi dia cash, saya tak mau. 

Tapi... saya fikir juga... nak bawa naik kereta ke? Risau juga kot dalam kereta nanti, tiba2 ada benda tajam menusuk ke badan saya dari belakang. Dah la saya bawa Sabrina. Owhh... suddenly teringat yang saya tengah rushing nak hantar Sabrina ke sekolah. Maka, tak sempatlah nak bawa beliau ke klinik.

Ya Allah...tunjukkanlah kepadaku apa yang harus ku lakukan...

Sedang dia merayu2 (siap menangis2 lagi), tiba2 anak kecil yang didukungnya itu menoleh ke arah saya. Saya dapat melihat keadaan raut wajahnya yang KELIHATAN SIHAT. Si ibu cepat2 memalingkan semula muka anaknya itu ke arah lain.

Hati saya dah kurang percaya. Saya katakannya saya tak bawa duit sebanyak itu (dlm hati ada tambahan ayat... `tak ada duit sebanyak itu untuk diberikan kpd awak'). Si ibu pun berkata... "kalau macam tu, bagi saya RM50 pun tak pe lah kak... Saya janji akan ganti. Selebihnya saya cari yang lain". Err.... boleh tawar menawar pulak? Saya ambil purse dan menghulurkan RM10 padanya. Saya hadiahkan sahaja... tak perlu ganti.

Surprisingly.... beliau menolak dan MERAJUK! Lalu beredar ke motornya yang rebah (atau direbahkan).

Hati saya masih berbelah bahagi (kesian) tapi agak `tak suka' juga bila dia merajuk dan `tak pandang' RM10 yang saya hulurkan. Akhirnya, saya pun berlalu pergi meninggalkannya. Dalam kereta, masih ada perasaan serba-salah.

Selesai menghantar Sabrina, saya mengambil laluan berbeza utk pulang ke rumah... dengan harapan tak mahu terserempak dengannya lagi. Tapi... saya berselisih juga dengannya... yang sedang menaiki motor tadi. Anak kecilnya berdiri dgn tersenyum riangnya dlm bakul motor. Sekali lagi, pada pengamatan saya, anaknya itu kelihatan sihat walafiat.

Hmm... saya rasa saya mengambil keputusan yang tepat tadi.

Petang, bila di masjid (sedang menunggu waktu berbuka) saya menceritakan kejadian tadi pada auntie Fatimah (kawan mak). Dia beria2 mengatakan agar lain kali jangan sekali2 berhenti sebab dia juga pernah mengalami kejadian yang hampir serupa. Satu lagi kejadian yang dialaminya adalah, sedang dia memandu.. tiba2 motor dihadapannya terjatuh (seolah2 accident sebab dilanggar oleh auntie). Orang tersebut (juga berlainan bangsa) terbaring dan seolah2 menggelupur. Padahal, menurutnya... keretanya tidak langsung menyentuh motor tersebut. Dia buat tak tahu je dan meneruskan perjalanan.

Bila bercerita pada abang... apa lagi, kena `sound' la.... Lain kali jangan berhenti! Huhuhu...

2 comments:

ruggedmom said...

betul, kadang2 serba salah tapi kalau dah dibagi rm10 tak nak tu lebih baik jalan je lah.

Aku paling tak suka kalau budak sekolah (tahfiz?) kutip derma. Kalau dibagi takut sindiket, kalau tak dibagi pulak bimbang mereka benar2 memerlukan almaklum sekolah agama persendirian ni mana ada bantuan sangat..bukannya "permata". Budak yang kutip derma tu pun alahaiii...tengok muka dia teringat muka anak sendiri. Akhirnya bagi jugaklah sikit, tak payah resit. Biar Allah menentukan.

Kherun said...

Kesian, kan... budak2 tahfiz yang disuruh kutip derma. Susah nak pastikan yang mereka ni betul2 ataupun sindiket.