Wednesday, September 4, 2013

Mak... Kawan Mak Datang

Assalamualaikum...

Masa auntie Zaiton beritahu yang dia dan beberapa lagi yang lain nak datang.... saya rasa terharu sangat2. Sebahagian daripada kawan2 masjid mak. Mereka memang selalu bersama-sama mak. Terima kasih kerana sudi datang ke rumah walaupun mak dah kembali ke penciptanya.

Menggelabah ye jugak. Hmm... nak hidang apa ye? Mereka nak datang esoknya 28/8/2013 (Rabu).

Saya teringin nak makan laksam.... so, buat laksam je la. Awalnya, laksam tak menjadi sebab pekat sangat.... lepas try and error beberapa kali... akhirnya, alhamdulillah... Pencuci mulut? Saya buat kek keju kiwi. Of course la senang sangat membuatnya.... sehinggakan orang yang tak pandai masak macam saya ni, boleh jadi.

Ni gambar hasil carian di googel
Macam tu la ghopenya. Saya hias ngan potongan kiwi lagi. Ohsem!

Err... lari tajuk daaaa.....

Alhamdulillah, kawan2 mak berselera makan laksam saya... bertambah2. Mereka tanya2 macam mana nak buat laksam tuuu... seronok melihat mereka berselera. Selain tu, siap nak order kek kiwi tu lagi... Ohhh! No.. no.. no... Tidak la saya menerima order.. Saya budak (???) baru nak menerai-nerai....



Bila berada bersama-sama mereka, saya dapat merasakan kehadiran mak.

Ya Allah.... rindunya...

No comments: