Pagi 6 Disember 2008, kami semua dikejutkan dengan malapetaka yang menimpa penduduk Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa. Mak yg mengejutkanku dari tidur.... dan aku hanya tergamam... terperanjat, terkejut... mak kata ada kejadian tanah runtuh dan telah mengorbankan nyawa beberapa penduduk di Taman Bukit Mewah....
Aku sekeluarga tinggal di Taman Bukit Utama, agak berjauhan dgn lokasi kejadian tetapi tetap menerima tempias kejadian bila mana bekalan air, letrik, talian telefon dan juga coverage telefon terputus sama sekali.... sungguh isolated, terasing dari dunia luar.... Bukan itu saja, jalan raya pun tak de....
Sungguh sedih sekali bila aku mendekati kawasan kejadian.... tambah sedih lagi bila aku lihat kws sekitar, ada yg masih menangisi keadaan itu... semua perasaan bercampur baur... sedih, sayu, risau, simpati, takut dan mcm2 lagi...
Kejadian tersebut, bukanlah kejadian tanah runtuh yg biasa iaitu tanah yg runtuh menimbun tanah yg mendatar dan menimpa/menusnahkan kediaman yg di bawah... bukan... bukan yg mcm tu.... Kejadian tersebut, tebing yang tidak lagi dpt bertahan telah menggelungsur dan terperosok ke bawah dan lapisan tanah di permukaan bawah telah bergerak dan menghanyutkan rumah-rumah banglo di atasnya...
Rumah2 tu seperti dibawa arus air yg kuat (oleh bawah tanah yg bergerak sebenarnya) dan dihanyutkan ke seberang jalan sana (agaknya dlm 200m) dan telah meranapkan juga rumah2 banglo diseberangnya... Ini mungkin disebabkan tanah di bwh kws kediaman telah menjadi laluan air ataupun telah menakung air... Seluas 4 hektar kws yang terlibat dengan memusnahkan 14 buah banglo... Ada diantaranya yg masih dlm renovation...
Rumah yg terselamat...
Lihat la laluan utama telah tertimbus....
Kenapa mangsa korban tak ramai?? Sebab kebetulan, ramai yg tak de dlm rumah dan pergi bercuti... yg tinggal, mungkin maid2 jer... Nasib baik, klu tak mungkin ramai yg jadi mangsa.... Mcm KSU Pak Lah pun bernasib baik sbb dia n familinya tido rumah mak dia kat Kg. Baru (sbb mlm tu dia balik lambat)....
Menjelang tgh hari, ramai penduduk telah mula mengosongkan kediaman msg2 disebabkan rasa kurang selamat dan juga kemudahan yg terputus... Aku??? Masih lg berteka-teki sama ada nak keluar? Atau masih nak stay... Kalau keluar, nak kemana? Mcm mana nak keluar? Nak hangkut brg2 mcm mana? Kalau stay, tak tau apa beita kat luar sana... letrik tak de dan tak tau bila nak ada.... mcm mana nk tgk berita? Mak pulak, tak nak keluar.... buntu betul aku rasa.... serba salah.
Dah la hari tu.... hari kelihatan sungguh lesu dan tak bermaya sekali... Cuaca di luar seolah2 menunjukkan perasaan sayu dan hiba. Bila sesekali coverage Celcom ada, message tak berhenti2 masuk... dan hanya berhenti bila coverage dah tak ada... tak sampai 60 saat punnn... Message pun mengatakan `missed call from number2...' mana la aku hafal no sape.... melainkan org hantar message bertaip, tau la aku dr sape2... Sesiapa yg call, semua tak dpt.... Sedara mara aku semua dah risau dan tak keruan sungguh sbb tak dpt khabar brite dr kami.... begitu juga dgn kwn2 rapat (thank for your concern.... really appreciate it)...
Last2 dah petang, K.Lang (sepupu aku) dapat call dan kata nak dtg ambik.... semangat utk aku keluar dr kws tu pun dtg balik... dan satu keje lagi nak pujuk mak agar keluar... akhirnya dia pun setuju... Dlm pukul 6 ptg, kami pun panjat bukit berlecak, meredah hutan melalui jln yg pasukan RELA sediakan.... adussss.... sakitnya kaki.... dgn menghangkut sedikit brg keperluan.... Kesian mak yg sakit lutut dan anak2 aku....
Rupa2nya mmg ramai yg menunggu disitu... dan menolong memimpin kami naik ke atas sana... bersambut2 brg dan juga tlg mendukung Erin (of course dia takut n tak nak...)... akhirnya berjaya juga sampai ke Kondo Anthaneum... dekat atas sana tuh, rupa2nya dah ada 2-3 bas MPAJ/MPSJ tunggu nak hangkut ke pusat pemindahan...
Bila mlm dgr brite kat rumah K.Lang... rupa2 mmg pihak berkuasa suruh pindah.... Padahal, masa kami masih terperangkap lagi kat kws tuh, tak dak lak polis inform suh pindah.... Cemana la kitorang nak tau sbb we all bukannya bole bukak tv pun sbb tak dak letrik...
So, skang ni.... melepak la kami sekeluarga kat rumah K.Lang... dgn serba kekurangan... sob.. sob...