Showing posts with label Let's think. Show all posts
Showing posts with label Let's think. Show all posts

Monday, February 25, 2013

Syukur, Alhamdulillah...

Assalamualaikum....

Jemput baca jika sudi.... Syukur, Alhamdulillah...

Saturday, September 29, 2012

Budget 2013: Apa Yang Menarik Perhatian Saya

Assalamualaikum...

Tak pernah saya nak menulis pasal belanjawan.... tapi, belanjawan kali ni, nampak cam menarik. Sebagai rakyat biasa, fokus utama... haruslah Fokus 5: Mensejahterakan Rakyat.


Yang saya suke...... yang direct kena pada saya lah. 
  1. Bonus - 1.5 bulan gaji... yang ni, semua penjawat awam dapat manfaatnya... mesti lah semua org suka, kan. Rasanya.... tak pernah dapat bonus lebih dari sebulan. Allah... berkatilah rezeki ini. Jom kita tingkatkan sedekah kepada yang memerlukan. Jom kita tingkatkan saham akhirat... Jom wakaf!
  2. Kadar cukai pendapatan diturunkan 1 mata peratusan... alhamdulillah. Jom tingkatkan amaun zakat!
  3. Program bantuan sekolah ~ RM100 kepada pelajar sekolah.
  4. Program Baucar Buku 1Malaysia ~ Alhamdulillah, RM250 kepada student cam saya... hik..hik..hik..
  5. Pelepasan cukai SSPN naik dari RM3K ke RM6K.... jom tingkatkan caruman SSPN!

Satu lagi.... syukur... Kerajaan beri kemudahan kepada pencarum KWSP yang ingin melaksanakan Rukun Ke 5. Boleh buat pengeluaran di akaun 2 (max RM3,000) bagi jemaah muassasah. Allah... Allah... semoga lebih ramai berpeluang mengunjungi Baitullah. 

Hmmm... mana Kerajaan dpt duit byk2 ni ye.... hutang negara meningkatkah?

Sunday, July 22, 2012

Yang Mana Satu (Jawapan)

Assalamualaikum...

Kalau berminat nak baca... silakan...

Yang Mana Satu (Jawapan)

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Yang Dirindui

Assalamualaikum...

Sumber: Google
Alhamdulillah, Ramadhan yang dirindui menjelma kembali. Syukur kerana kita masih berpeluang menjalani ibadat berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

Petikan dari blog sifu saya,

Saya menulis melalui ANIS betapa ibadat ini terbahagi kepada tiga tahap iaitu puasa umum, puasa khusus dan puasa khusus al-khusus.

Puasa umum ialah menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi kehendak syahwat. Inilah yang dikatakan tahap terendah dan dikatakan puasa orang awam. Manakala puasa khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan daripada melakukan dosa.

Sementara puasa tertinggi ialah menahan hati daripada keinginan yang buruk dan daripada memikirkan sesuatu selain daripada Allah sepenuhnya. 

Sepatah kesimpulan, ia puasa semata-mata kerana Allah, semata-mata kerana Allah dan semata-mata kerana Allah. Bolehkah kita mencapai tahap amalan tertinggi? Rata-rata di kalangan kita tidak mempedulikan nilai puasa yang bakal mereka laksananakan. Setiap tahun ia datang dan berlalu begitu sahaja.

Sumber: www. muhdkamil.org

Ayuh! Kita berusaha dan usahakan utk capai tahap tertinggi dalam ibadat puasa kita.... puasa semata-mata kerana Allah. Bila dah meletakkan Allah di tingkat yg paling tinggi, maka.... insyaAllah semua ibadat akan jadi ringan... puasa wajib, puasa Nabi Daud, solat berjemaah, solat 1/3 malam, jaga aurat, hadir ke majlis2 ilmu.... 

Bila dah sebati, kita akan rasa kekurangan jika tak buat. Malah ia akan jadi lebih ringan jika konsisten mengamalkannya. Kata sifu lagi, 

bila manusia berkata "sakit dan sihat adalah nikmat yang serupa", "lapar dan kenyang juga nikmat yang sama" atau "riang dan duka juga nikmat seiras", maka mereka sudah selangkah lagi hampir menjadi kekasih Allah.

Subhanallah.....

Ampunkan kami sekeluarga jika ada salah silap... dan doa saya semoga keluarga dan sahabat2 yang saya kasihi juga mendapat keampunan dan rahmat dariNya. 

Amin.

Thursday, September 29, 2011

Sedekad lebih penantian

Saya (dan famili la, of kos....) telah berpindah dari Wangsa Maju ke kediaman skg pada hujung tahun 1999. Awal tahun 2000, Pak Itam saya telah menanam pokok mangga kat depan rumah. Bukan depan rumah saya je, rumah Mak Su kat Balakong punnnnn... Kiranya usia pokok mangga saya dan Mak Su adalah sama.

Pokok mangga Mak Su menghasilkan buah dengan lebatnya.... slalu sgt berbuah, siap boleh sedekah2 lagi.... Tapiiii...... pokok mangga saya malu nak berbuah. Mcm2 petua diaplikasikan (cewah, apahal skema pulak entry kali ni), tp tak juga berjaya memujuknya.... Walau mcm manapun, ia masih tetap berjasa me`redup'kan kereta saya dan juga kereta jiran saya apabila di parking dibawahnya.... dah bbrp kali niat nak tebang, tapi..... sayang jugak.

Tapiiiii.... hari tu pokok mangga ni mula berbunga. Hati kami pun berbunga2 juga mengharapkan bunga akan menghasilkan buah. Dulu, pernah juga berbunga sekali, tapi bunga tu tak jadi.... gugur ke bumi (alalala... knape skema sgt ni)...heheheh.

Alhamdulillah, akhirnya bunga berjaya bertahan sehingga menjadi buah. Untuk pertama kalinya setelah 11 tahun ditanam, POKOK MANGGA SAYA TELAH BERBUAH.


Nikmatilah gambar buah2 ni.... teruja betulll
Itulah.... akhirnya, ada juga rezeki dari pokok mangga ini dan insyaAllah boleh merasa isinya. Ntah manis, ntah masam.... Wallahuallam.

Dalam hidup ini, kita tak boleh cepat putus asa sekiranya kita tak dpt apa yg kita hajati. InsyaAllah, Allah akan memakbulkan permintaan kita cuma kita tak tahu bila... cepat atau lambat... Atau mungkin bukan kita yg menerimanya tetapi anak/cucu cicit kita... dan mungkin juga Allah tak beri seperti mana yang inginkan, tapi diberi dalam bentuk yang lain.... cuma kita yang tak perasan. Setiap apa yang dikurniakan, itulah yang terbaik buat kita....

Contoh yg sgt mudah.... pokok mangga ni la.... siapa tahu ia akan menghasilkan buah satu hari nanti. Dulu, mcm2 jangkaan keluar... takkan berbuah la.... pokok jantan la. Tapi, akhirnya..... berbuah juga....

Manusia..... yang sedihnya, bila susah... sakit... kecewa.... masa tu lah nak ingat kepadaNya.... Bila senang, sihat, gembira, bahagia??? Mungkin juga ingat, tapi tak sehebat ingatannya semasa derita.

~Muhasabah diri....~

Tuesday, August 23, 2011

Mengadu pada blog sendiri


Saya..... saya.... saya....

Nak citer ke tak? Tapi, saya tgh cuba menenangkan hati saya ni....

Tak kisahla, ini blog saya... suka hati saya nak tulis apa...

Tensennya bekerja dgn sistem ni.... Sistem ni, mmg lah tujuannya utk memudahkan kerja. Tapi, kebanyakannya asyik menyusahkan aja... memakan jiwa raga saya... byk buang masa saya, byk memerlukan konsentrasi yg tak mendatangkan faedah kpd saya...

Kesian juga kat adik2 saya tu yg boleh dikatakan setiap hari kena stay back sbb sistem ni laju bila sumer org dah balik. W/pun dorang tu bujang dan boleh OT, tp sampai bila nak cam tu. Kdg2, saya pun kena tgk kat rumah.

Rutinnya tiap2 hari.... adik2 saya ni buat slps org balik kerja (ptg/mlm), so... saya plak, pagi2 sampai opis dok serbu pc bukak sistem ni sbl dia lembab. Tak lama slps office hour start, mula la dia slow.... Tp, brp byk aje yg boleh settle... Owhh, time2 urgent ni dia buat mcm ni....

Tapi, ada org ckp kat saya.... `jgn salahkan sistem....' ye la tu. Makanya, siapa yg bersalah? Mereka dan keluarga mereka....

Saturday, October 23, 2010

Tudung zaman kini

Tetiba hati terpanggil untuk menyuarakan pendapat sendiri di blog ni.... ianya hanya pendapat saya sendiri dan rupa2nya, bukan saya aja yg berpendapat sedemikian. Mohon maaf awal2 sekiranya ada rakan2 yg terasa hati....

Saya baru balik berkursus di PD, bersama2 dgn Fiza Abidin. Salah sorang dr penceramah, memakai tudung segera yg menjadi trend masa kini. Kata hati yg telah lama saya pendam, saya luahkan pada Fiza secara tiba2..... `Akak tgk, skang ni..... org2 yg pakai tudung2 ni, macam gaya sister gereja la pulak... especially kalau dipinkan di belah belakang dan di belakangnya labuh'. Hmmm... kalau labuh di depan dan tak dipinkan di belakang, tak la ketara sgt....

Sebentar tadi, bukak webmail.... ada terima satu emel yg bertajuk... Tudung Akhir Zaman... yg membincangkan dgn agak mendalam mengenai perkara yg sama... saya tak akan copy paste masuk dlm blog ni, kalau kwn2 nak baca nnt saya emelkan.....

Hmmm.... walaupun bertudung dan memakai baju yang menutup keseluruhan aurat, seharusnya aurat ditutup dgn sempurna... tudung menutup dada dan tidak tinggi sanggulnya....

Maaf sekali lagi....

Tuesday, July 20, 2010

What do u think?

Saban hari, on the way to office... saya berkesempatan mendengar Panggilan Hangit dari stesen radio tempatan.... Biasanya, time ni mata saya belum terlelap lagi.... Sungguh menghiburkan... kelakarkan... Betul tak? Dan.... selalu DJ memutarkan semula berkali2 pada masa2 tertentu...

Pertama kali saya dengar `drama' mcm ni masa saya gi London dulu back in 1997... masa tu dok ngan kwn baik saya lebih krg 2 weeks while my hubby attending Pirelli's course @ Wales. Tiap2 pagi dgr DJ ni mengenakan orang... salah satunya, yg saya ingat... DJ ni call, kata baru beli washing machine kat kedai ni dan call kedai tu balik mentioned that dia nak mandikan baby dia dlm mesin tu.....

Berbalik kpd cerita Panggilan Hangit tadi, ada juga stesen radio yg lagi satu buat `drama' yg lebih krg sama... tajuk dia... Can I help u? ke... may I help u? Ntah... lupa lak saya.... Tapi, ada la DJ ni ckp omputeh kononnya mat salleh dan call org2 yg nak di`kena'kan... maka menggelabahlah org tersebut nak cakap omputih balik...

Kelakar dan menghiburkan... kan.. kan... kan.....

Tapi, sebenarnya..... saya sgt kasihan dgn org2 itu..... Kita terhibur mendengar org2 ini dikenakan oleh DJ-DJ radio nie.... Ada yg isteri mengenakan suami, suami mengenakan isteri, kawan, tunang, yg dah nak kawin... yg tgh harapkan projek.... Ada pulak yg sanggup tepon org2 Melayu kita ni yg tak pandai b'bhs Inggeris but they try their best to speak in English semata2 ingat mat salleh ni nak order kuih ke apa ke.... Dan kita seronok dgn telatah org2 yg sedang dipermainkan ini....

Dunia sudah uzur.....

Friday, July 16, 2010

Renung2kan....

Seorang sahabat saya telah jatuh pengsan semasa dipejabat pada minggu lepas.... ingatkan tak ada apa2 yg serius... may be sbb perut kosong ke apa ke.... tapi rupa2nya, keadaannya amat2 serius... ada blood clog di paru2nya... sampai masuk ICU. Menurut Zahir, docs kata to her mum...`your daughter was passing away.....' Subhanallah.... Alhamdulillah, now dia beransur sembuh tapi masih memerlukan rehat yang panjang.....

Nasib baik masa dia pengsan, ada Dayah berhampiran... nasib baik perkara ni tak terjadi semasa dia travel alone to overseas... nasib baik badannya ringan dan memudahkan rakan2 untuk mengangkatnya... (kalau saya, tak tahulah..... pasti org yg mengangkat saya terpaksa berhempas pulas)... Nasib baik Allah masih memberinya peluang untuk berbakti pada ibu-bapanya dan yang penting, untuk menebus apa2 yg kurang....

Sahabat sekalian.... kita tak tau bila kita akan mengadap Pencipta kita. Sekiranya kita dipanggil mengadapNya, sudah cukupkah amalan yang kita kumpul untuk dijadikan bekalan di akhirat, tempat yang kekal dan abadi. Ramai antara kita (termasuklah saya) yang sering melengah-lengahkan mahupun alpa untuk mempersiapkan diri, mengumpul harta yang boleh dibawa mati, bersedia untuk disoal di alam barzakh, meniti siratul mustaqim dengan mudah dan mengimpikan syurga 1st class. Apakah amalan2 kita sekarang ni boleh membantu kita nanti? Asyik mengejar kebahagiaan dunia tapi kebahagiaan yang hakiki tidak diutamakan....

Sahabat saya itu, dia adalah seorang yang baik..... saya kira dia amat bertuah sbb masih berpeluang untuk mengimprove dirinya.... dan indirectly, beri pengajaran pada org disekelilingnya... or... sekurang2nya pada saya....

Wednesday, June 23, 2010

Pelik tapi benar

Aku jarang dapat solat berjemaah kat masjid... setiap hari balik keje dah nak maghrib, nak mandi... makan... basuh pinggan... lipat kain... basuh kain... keje skolah anak2.... mcm2 la alasan aku... Weekend lak, tah ada kat mana2... cuma Sabtu mlm Ahad je... itupun sbb ada kursus haji. Tapi.... hari Isnin balik dr PD hari tu, kami berkesempatan solat Maghrib sekeluarga kat sana...

Aku bukannya nak citer pasal solat berjemaah ni, dan juga bukanlah nak canang kat korang yg kami ni pi solat masjid.... tapi, kejadian yg meremangkan bulu romaku yg happened kat masjid masa tu...

Elok aje imam abih baca doa lepas solat, ada makcik tu rebah di pangkuan Cik Mon... aku tak kenal dia, tp aku dgr Cik Mon panggil dia `Rus... Rus... bgn Rus...' Dia sebut `Rus' ye, bukannya `Ros'... dan meneringatkan aku pada Rusmini.... ala... CC Rusmini tkt 8 tu ha... knape ngan unti ni... pengsan ke... apa ke... tp aku rasa sungguh berdebar2 dan riso sbb anak2 aku pun menyaksikan kejadian tu... Jemaah yg lain mengerumuni dan mengurut kaki/tgn dan sapu air kat mukanya... tp, tak de respon langsung...

`Rus... Rus...' Cik Mon panggil lagi...

`Rus.... bangun Rus... '

`Dia ni pengsan sbb letih amat ni.... tadi dia dah termuntah2 sbl pegi masjid.. tp didayakannya juga nak ke masjid...'

`Rus.... Rusmini....'

HAH! Rusmini.... tepat lak namanya Rusmini spt mana yg aku bygkan CC Rusmini tadi.... Unti tu, kaku tanpa respon.... Dgn bantuan yg lain2, aku mencari2 no tel anak2 dia utk inform... Tak lama tu, pak imam pun dtg.... dia terus tanya... `ada gangguan ke?'.... Aik, unti Rus ni pengsan cara berhemah, tak de terbalik mata apa sumer.... dah tu baru lepas solat sama2.... takkan kena gangguan kot?

Terus imam tu take over, letak tgnnya kat dahi unti tu....baca ayat kursi... 4 Kul dll.... dannn...... unti Rus tu mula melawan dan menerbalikkan matanya... Ya Allah... mmg dia ni kena gangguan nampaknya.... pak imam ni, skali pandang sudah taw.... sungguh hebat, suspect aku (aku ckp dlm hati la). Aku, tak pernah tgk incident cam ni live... dan aku risau anak2 aku akan rasa lemah semangat..... Klu aku terus blah bw anak2 ni balik, cam selfish lak.... Nak tunggu, riso anak2 affected lak emo nya. Finally, unti tu sedar dan kelihatan sungguh lemah...

Aku rasa sungguh kurang asam betul makhluk halus yg m'ganggu ni... sampai dlm masjid pun dia ikut... solatpun dia ikut ke (wonder, which one yg solat sebenarnya...) Atau... tak panas ke dia mdgr bacaan imam masa solat tadi? Jin Islam? Nasib baik la tak teruk sgt....

Saturday, April 17, 2010

Kenapa 7?

Aku baru balik dari kursus haji.... Kursus haji? Dah nak pegi haji ke? Hurmmmm.... nak... nak... memang nak pegi, seru dah ada .... cumaaaaa, JEMPUTAN je belum.... bukannya boleh sesuka hati pergi tanpa jemputan dariNya.... even, klu dah sampai airport Jeddah / Masjidil Haram sekalipun, klu jemputanNya tak sampai.... tak jadi gak kan.....

Sesaje je ikut kursus ni, mana la tau kan, kot2 jd jemaah standby ke.... ilmu senipis selaput bwg, cam na nak mengerjakan haji..... Klu difikir2kan, takut / risau / bimbang nak buat haji ni...... semua ada... bukan takut apa, takut ilmunya tak cukup... itu tak taw, ini tak taw... at last jd jemaah ikut-ikutan je.... klu yg diikut tu betul caranya, tak pe.... klu sebaliknya? Tak mo la jd cam tu... Semua org, klu bole nak memanfaatkan sebaik-baiknya setiap detik semasa berada di tanah suci nnt..... mendekatkan diri dengan Pencipta...... mcm tu gak ngan kami...

Kursus diadakan di masjid kat rumah aku ni je ha.... dikendalikan oleh Datuk Hj Kamal Hj Muhammad, bekas pengurus besar @ Tabung Haji.... Sedang asyik mendengar ceramah, tetiba... ada bakal jemaah ni bertanya..... `Datuk, kenapa kita kena tawaf 7 kali?' Oooopppsssss...... apasal ada soalan cam ni ekkk... aku tak pernah terlintas pun nak tanya.... rasa hairan ada... rasa kelakar pun ada... rasa serius ada jugak... tak ketinggalan juga ada rasa pelik..... tapiiiiiii, nak tau gak..... kenapa ye?

Dalam minggu yg sama juga (sebelum attend class minggu ni), anakanda sulung ada bertanya.... `ibu, Allah suka angka 7 ye?' Aku yg tak de jawapan, menjawab.... `Semua nombor ada maksud masing2.... setiap kejadian ada sejarah dan maksudnya'.... Nampak cam dia tak begitu satisfied, tapi aku biarkan aja.... Tetiba, class minggu ni ada lak org bertanya soalan yg hampir2 serupa....

Berbalik kepada cerita tadi....Datuk penceramah pun tersenyum, aku pun tak mengerti maksud senyumannya itu (chewah!) Adakah dia juga berfikiran mcm aku? Ontah le..... Dengan tenangnya dia menjawab.... Jika tuan/puan sedar..... angka tujuh ini banyak kali disebut dalam Al-Quran..... byk kaitan angka 7 ni dgn alam semesta ni.... Antaranya,
  1. Ada 7 lapis langit
  2. Ada 7 lapis bumi
  3. Ada 7 tingkat neraka
  4. Ada 7 hari dalam seminggu
  5. Ada 7 benua
  6. Ada 7 lautan
  7. Ada 7 planet mengelilingi matahari
  8. Ada 7 lapis elektron
  9. Ada 7 ayat dalam Al-Fatihah
  10. Tawaf, saie, lontar jamrah.... 7 kali
  11. 7 anggota badan bila sujud
Kesimpulannya, angka ini mmg byk kali disebut dlm kitab suci Al-Quran.... Hanya Allah shj yg tahu rahsianya..... Renung-renungkan..... dan.... selamat beramal...