Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Wednesday, September 4, 2013

Mak... Kawan Mak Datang

Assalamualaikum...

Masa auntie Zaiton beritahu yang dia dan beberapa lagi yang lain nak datang.... saya rasa terharu sangat2. Sebahagian daripada kawan2 masjid mak. Mereka memang selalu bersama-sama mak. Terima kasih kerana sudi datang ke rumah walaupun mak dah kembali ke penciptanya.

Menggelabah ye jugak. Hmm... nak hidang apa ye? Mereka nak datang esoknya 28/8/2013 (Rabu).

Saya teringin nak makan laksam.... so, buat laksam je la. Awalnya, laksam tak menjadi sebab pekat sangat.... lepas try and error beberapa kali... akhirnya, alhamdulillah... Pencuci mulut? Saya buat kek keju kiwi. Of course la senang sangat membuatnya.... sehinggakan orang yang tak pandai masak macam saya ni, boleh jadi.

Ni gambar hasil carian di googel
Macam tu la ghopenya. Saya hias ngan potongan kiwi lagi. Ohsem!

Err... lari tajuk daaaa.....

Alhamdulillah, kawan2 mak berselera makan laksam saya... bertambah2. Mereka tanya2 macam mana nak buat laksam tuuu... seronok melihat mereka berselera. Selain tu, siap nak order kek kiwi tu lagi... Ohhh! No.. no.. no... Tidak la saya menerima order.. Saya budak (???) baru nak menerai-nerai....



Bila berada bersama-sama mereka, saya dapat merasakan kehadiran mak.

Ya Allah.... rindunya...

Wednesday, September 12, 2012

Beraya Bersama Sahabat

Assalamualaikum...

Kali ni, cerita bergambar mengenai ziarah raya bersama sahabat2 yang sama2 direzekikan Allah untuk menunaikan haji pada tahun lepas.

2 Sept 2012, kami... iaitu saya, Kak Mar dan Kak Ainul berkumpul di rumah Ustazah Yati di Puncak Alam. MasyaAllah..... Jauhnya tempat tu. Tapi, memandangkan saya dari rumah sepupu saya - Kak Lang di Alam Budiman... makanya, tak terasa sangat kejauhannya.


Tgh skype dgn husband K.Yati, Dr. Rosli yg sedang bertugas di Lubnan

Bersama Dato' Mar, Ust. Yati dan K.Ainul

6 Sept, 2012...Shaha pula dtg rumah saya. Hari ni juga BB saya hilang di ofis. Cuai betul saya ni. Ni dah kali kedua saya kehilangan hp. Tak pe... bukan rezeki saya. Cumanya, saya ralat sbb kehilangan nombor2 yg dlm hp tu la. Dgn BB tu la saya captured gambar2 kenangan musim haji 1432H. Sangat sedddiiiiihhhhhhh....

Dan masa tu, perkara yg plg merisaukan saya adalah..... risau jika Shaha tak dpt contact saya. First time dtg sini, mesti dia tercari2 kan... Saya cuba call dia melalui no yg tertera dlm acc FBnye.. tp dah tak aktif. Akhirnya, saya teringat yg saya pernah tangkap gambar satu page yg memaparkan nama dan alamat bbrp org sahabat haji (ni kes malas nak tulis, maka... tangkap gambar je).

Malangnya, gambar tu pulak ada dlm BB saya yg hilang tu... Owh, tak pe... Dah save kesemua gambar tu dlm lap top usang saya nih. Dan... akhirnya... dapat juga saya menghubunginya...


Saya dan Shaha

Bersama 2 org putera Hjh Shaha dan Hj Zali... ada lagi 3 org
Yang bagusnya... semua masuk sekolah tahfiz
Saya terasa sangat kerdil....

8 Sept pula, Shaha jemput dtg rumahnya di Setapak Indah. Actually, ramai yg dtg di sebelah siang. Tapi, disebabkan saya ada urusan lain di UKM dan kakak pula bersekolah ptg... makanya, kami hanya sempat dtg selepas Maghrib. Di sana... Kak Ainul dan Kak Syikin dah siap sedia menunggu.... Makanan yg disediakan semuanya sedap2... 

Bersama Shaha, K.Ainul dan K.Syikin

Depan rumah Shaha

Ooopps... tambah satu lagi... Sebelum pergi rumah Shaha, saya singgah di rumah sahabat lama saya ~ Hawa. Suami Hawa sedang mengidap kanser paru2 yang dah merebak ke hati dan tulang. Allah.... hebatnya dugaannya. Dulu dah stop kimo, tapi kali ni sel kansernya dah kembali aktif. Dah la.... saya tak boleh citer lebih2, nanti saya pulak yg sedih lebih2....




Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 153 yang bermaksud... ~ Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah bersama orang-orang yang sabar ~

Dan seterusnya, Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 155-156 yang bermaksud... ~ Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata inna lillah wa inna ilaihi rojiun (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali)

Wahai diri.... muhasabah dan bersyukurlah atas setiap nikmat yang dikurniakanNya....


Friday, September 7, 2012

Updated: Bakal Tetamu Allah

Assalamualikum...

Sambungan dari TAHNIAH WAHAI SAHABAT!

Tahniah to Mawar and En Azman
Pssst: Baru diizinkan utk annouce
23 Ogos 2012 (Khamis)... saya masih bercuti raya. Saya received emel thru phone dari sahabat saya ni... attachmentnya adalah salinan surat jadual penerbangan. Allah.... terus mata saya berair... mengenangkan Kenangan Terindah saya. 

Saya imbas kembali.... Pada awalnya, segalanya kelihatan sukar dan mustahil baginya..... Saya cuba meyakinkannya bahawa Allah akan permudahkan segalanya, walaupun beliau sendiri sememangnya maklum.   Saya sendiri melalui banyak peristiwa yang tidak disangka2.. yang memudahkan segala urusan berkaitan persediaan mengerjakan haji. Semuanya atas kehendakNya jua. 

Masalah mahramnya juga selesai. Ditakdirkan bahawa beliau telah berjumpa dengan 2 orang saudara perempuan semasa kursus haji. Kedua2nya sedang membuat rayuan dengan TH untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Salah seorang darinya juga berpengalaman dalam mengerjakan umrah dan haji. Ditakdirkan juga... beliau satu penerbangan dengan seorang yg amat2 kami kenali.

Allahuakhbar.... Maha hebatnya aturan yang Allah susunkan. Segala yang sukar menjadi mudah. Segala yang mustahil dapat diadaptasi dengan baik. Perasaan cemas berganti teruja. Mental dan fizikal, insyAllah cukup bersedia. 

Dan sekarang..... jadual penerbangan telah berada di tangannya.

Saya rindu..... Sungguh, saya rindu...

Friday, August 31, 2012

Eid Mubarak!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Syawal tiba lagi. Bulan haji muncul kembali..... Dengan ikhlas dan suci hati, kami sekeluarga memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap dalam tutur kata dan tingkah laku yang telah menyinggung kalian... samada secara sengaja mahupun tak sengaja. Mohon juga dihalalkan segala makan dan minum. Maafkanlah kami.... 

Seperti biasa, lepas solat sunat hari raya di MBA... sesi bergambar sekeluarga pun bermula. Tahun ni, bertema merah. 


Cepat2.... ambik tempat masing2

Ready!

Selamat Hari Raya

Syukur Alhamduillah

Lepas sesi bergambar, kami berkemas2 balik ke kampung... dari hari Ahad (19/8/2012) hingga Khamis (23/8/2012). Hari Jumaat, saya ke JPA... ambik surat kelulusan CBBPDB (paham ke?). Then... hari Sabtu, Ahad... bersambung ke this weekend, rumah kami tak putus2 dikunjungi saudara mara. Alhamdulillah.... Terima kasih sangat....


Yap dan Angah Yati

Bersama sepupu dan anak buah

Meja dah tak muat

Jemput makan... 

Didi n family
  
Sempat solat berjemaah dan bertahlil

Bersama sepupu saya - anak2 perempuan arwah mak lang (kakak mak)

Mak tak sempat bukak telekung lagi

Bang Ngah dan Bang Lang

Along dan Bang Long - persiapan utk ke Ireland

Kak Teh n famili

Abg Nurul n famili

Bang Ngah Pi'ie n famili

Dania, Erin dan A'in

Smile!

Bersama Along Ina dan Kak Lang dan suami masing2

Once again, Smile!

Saya, Kak Lang dan Along Ina

Ingat lagi cerita saya pasal sepupu saya ni - Kak Lang? Saya pernah cerita di Allah, sembuhkan dia. Alhamdulillah, kesihatannya bertambah baik setelah berubat dengan seorang imam di Melaka (selama bbrp hari).... Walaupun, sakitnya masih dtg... tapi tak la sehebat sebelumnya. InsyaAllah, dengan izin Allah... semuanya akan kembali seperti sedia kala. Sungguh kurus dia skg ni.... 3 bulan lebih menderita....


Bang Pudin n famili

Kak Ros dan famili

Angah Aya dan famili dan menantusss

Abg Megat dan famili

Kak Bad dan suami

Kak Hawa dan mak. Abg Nuar (hubby kak hawa x dtg)

Zai dan anak2

Ain dan bakal

Mak dan Mak Teh

Ada lagi... tak larat nak masukkan semua. 

Bagi saya, apa yg penting kerjasama... eh, bukan! Apa yg penting adalah jalinan persaudaraan dan persahabatan yang rapat.... yang sentiasa hidup segar. Amalan ziarah, mampu memperkukuh ukhwah..... punyai banyak hikmah dan kelebihan dalam merapatkan ikatan persaudaraan dan juga persahabatan. 

Kami tak berziarah ke? Of kos ade..... tapi, tak bergambar pun... Segan pulak nak menggendong kamera bagak ni ke hulu ke hilir.... Tapi, ada gak yg bawak... Yg mana ada, nnt saya post kan entry baru.

Daaaaa......


Wednesday, July 18, 2012

Super Spontan Gathering

Assalamualaikum...

Cam biasa la... siaran tertunda.

Ni cerita pada hari Ahad, 8 Julai 2012. One of BFF saya, Ekyn... balik Msia bercuti. Dia dok kat Yokohama nuuuunnnn.... Saya tahu dia balik cuti melalui Elly (opis mate saya) tapi saya yang konon2nya sibuk ni, tak sempat2 nak call.

Akhirnya Ekyn call saya hari Jumaat ptg dan ajak jumpa. Saya... ok! Itu ini begitu begini.... dgn short notice, mulanya 4 org aje... yg dtg 6 orang... saya, Ekyn, Imah, Raha, Leha dan Wawa. 

Waaahhhh.... meriah sungguh, w/pun hanya berenam + 5 org back up singer. Berborak tak henti2.... mcm2 tajuk keluar. Berhenti kejap pi solat, pas tu masuk balik... sambung citer (bukan sambung makan). Anak2 pulak sporting tak ajak balik. Dah lama saya tak ketawa sampai keluar air mata (dah dahsyat sgt gelak tu)... tapi, bila mendengar celoteh Imah, kami semua sakit perut menahan gelak. Astaghfirullah.....

Serius saya kata... dorang2 ni byk borak dari makan. Yg saya sangat2 perasan, si Leha tu.... ambik sepinggan je makanan, pas tu tak bgn2 ambik yg lain dah.... Bayor mahal2 tp makan sepinggan je. Ye la.... bayar mahal utk precious time berjumpa2. Saya? Jgn tanyalah....


From left: Ekyn (n Azim), me, Imah (lecturer kata dia twin saya),  Leha, Raha dan Wawa

Asyik mendengar citer Imah...

khusyuk dgr celoteh Imah lagi

dan lagi......

Saya dan Ekyn


Kesian Aziem boy dah terlentok


Back up singer (ikut umur... katanya)
Kami jumpa start 2.30 - 7.00 pm.... sampai org tu hulur bill.... dan tgh prepare utk buffet dinner dah. Cerita mcm tak abih lagi tapi dah terpaksa berpisah sbb mcm dah kena `halau' daaa..... Saya dan Erin balik naik LRT dan sambung naik cab ke rumah. Saje bawak dia naik public transport.

Allah... rahmatilah kawan2 saya ini.... Saya sayang mereka.