Showing posts with label Sorrow.... Show all posts
Showing posts with label Sorrow.... Show all posts

Friday, May 10, 2013

Selamat Tinggal...

Assalamualaikum...

Dulu... ada 3 pemandu.. dlm insurance pun ada masukkan additional driver i.e. mak. Sekarang??? Dah tinggal 2... so, tak ada keperluan utk maintain 3 kereta lagi. Selepas berbincang2, kami setuju utk jual kereta Alza dan Naza dan tukarkan kepada satu kereta shj. Myvi masih maintain.

Sayangnya nak jual..... semuanya penuh dgn kenangan bersama mak! Berat rasa hati... tapi, be rational! Tak perlu pakai 3 kereta lagi.


WMR 2120

Diserahkan pada 16 Mac 2013

WTT 2120

Diserahkan pada 21 Mac 2013
Terima kasih atas jasa2 kamu.... terutama Naza Ria yang telah bersama-sama kami since 2005 tanpa banyak ragam. Sekali je Naza buat hal... enjin over heat. Lepas tu, alhamdulillah.... ok. Sangat selesa menaiki kamu, sangat tough, spacious.. Saya terpaksa lepaskan kamu....

Begitu juga kamu Alza... since 2010... tak pernah buat masalah... kecuali saya yg bagi masalah pada kamu...(Rumah Saya Kena Langgar). Sejak peristiwa tu, lampu kamu saya biarkan je lompong (mcm dlm gambar kat atas tu)... kesian kamu...

Allah... terima kasih kerana meminjamkan mereka pada kami...


Sunday, July 29, 2012

Allah, sembuhkan dia...

Assalamualaikum...


Sepupu saya (saya panggil - Kak Lang) sedang sakit... Umurnya tua setahun dari saya. Dulu, saya sangat rapat dgnnya... Masa cuti sekolah, saya sering tinggal di rumahnya. Byk cerita kami kongsi bersama. Kak Lang adalah seorang yang ceria, baik, kelakar dan semua org amat menyenanginya. Bila masing2 berumah tangga, lama2 dah agak renggang. Lagi2 bila anak dah makin bertambah. Masing2 sibuk dgn urusan rumahtangga dan kerjaya. 



Kak Lang sedang sakit perut yg amat sgt. Dah lebih kurang 3 bulan. Mula2 masuk DEMC... pas tu keluar... tapi sakit balik. Doc DEMC tak dpt cari punca sakit. 

Pas tu, sakit lagi... sakit yg tak tertanggung. Pindah ke DSH.. Doc kata reflux. Warded bbrp hari dan keluar... But, still sakit. Sakitnya dtg berulang2. Suatu ketika, dah tak tahan sangat.... suaminya hantar semula ke DEMC (lebih dekat dgn rumah) dan Kak Lang merayu utk dibedah. Dia dah tak tahan sangat. Saya tak sanggup melihatnya (waktu sakitnya dtg) dlm keadaan sakit. 

Operation berlangsung 6 jam (ke 4 jam - saya tak ingat). Doc operate dan mencari apa yg tak kena dgn perutnya. Akhirnya, Doc jumpa suatu abnormality dlm perutnya (tak pandai saya nak xplain). Saya lihat, luka operation lebih panjang dari luka bersalin. Ingatkan, sakitnya berkurang slps operate, tapi.... rupanya tidak.

Perubatan moden dan cuba... kaedah tradisional pun cuba jugak... Dah jumpa Harun Din, Pak Engku (sihir) dan sorang lagi kat Tampin... tapi, tak ada perubahan. Badannya semakin kurus... mukanya semakin cengkung.

Skg ni, masuk balik DSH. Doc DSH bising.... kenapa operate. Habis tu.... tak kan nak dibiarkan mcm tu aje. Setakat ni, Doc hanya kasi ubat tahan sakit. Tak buat apa2 dah... sbb semua prosedur dah di buat tapi keputusannya tak de apa2... Kalau ada pun, reflux tu la... Tapi, tak kan sampai mcm tu skali sakitnya....

Saya sangat tak sampai hati melihatnya menderita mcm tu.... Kalau saya sendiri dah rasa mcm tu, suami dan anak2nya apatah lagi. Masing2 dah buntu tapi tetap tak putus asa. Sampai skg ni masih mencari2 lagi kaedah yang boleh membantunya. Kalau tak dapat menyembuhannya pun, at least dapat kurangkan sakitnya pun, jadilah...

Bila jadi mcm ni, terasa kebahagiaan keluarga diragut sekelip mata. Anak2 hilang keceriaannya. Kerjaya... tak tahu mcm mana. 

Allah... bersyukurlah saya sekeluarga masih boleh menikmati kehidupan seperti biasa. Anak2 masih bergelak ketawa. Rutin hidup berjalan seperti biasa. Rutin yg biasa menjadi lebih bermakna dapat menikmati Ramadhan dan bertarawikh di masjid. Allah... syukur. Semua yg saya nikmati sekarang adalah nikmat yang tidak dapat saya dustakan. 

Saya sangat2 bermohon, jika ada yang tidak senang melihat kebahagiaan Kak Lang sekeluarga.... saya mohon agar Allah lembutkan hatinya utk menghentikan semua ini. 

Kepada Kak Lang... apabila Allah mengasihi hambaNya, maka akan diturunkan ujian buatnya. Dalam menghadapi ujian seperti ini, kesabaran adalah yang paling utama. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud;
Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa.
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Surah Al Baqarah (Ayat 286);
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

Ya Allah,
Lindungilah kami dari mara bahaya dan mala petaka...
Lindungilah kami dari jin, iblis, syaitan yang direjam....
Lindungilah kami dari manusia yang kejam...
Hanya kepadaMu kami memohon dan meminta pertolongan....
Aamin.... 
Yaa Rabbal Alamin..
   

Monday, May 28, 2012

Cerita Hari Sabtu

Assalamualaikum...

Ada byk peristiwa yg saya lalui semalam, 26 Mei 2012 (Sabtu)

CERITA 1: MENJADI IBU LIMA BINTANG
Ada ceramah di Masjid MBA hari ni. Tajuknya best... sempena hari ibu ~Menjadi Ibu 5 Bintang, Kenapa dan Bagaimana. Disampaikan oleh penceramah yang sangat2 best dan bertenaga, Dr. Harlina Halizah Siraj. Suppose, start kol 11.30... tapi, Dr Harlina lewat sedikit... maka, juruacara majlis kena ambik peranan...

Ada yg dtg dari Bangi, Cheras... dll
Juruacara Majlis
Pada saya, pandai si Wardina ni `membawa' majlis. Sementara Dr Harlina belum sampai, dia pun berceloteh la kat depan tu, itu ini, begitu begini.... dia suruh kita semua turn around, make new friends... berkenalan.... Menjadi juga.... Kenapa saya ckp cam tu?

Sebab..... dari tadi saya dok pandang2 tudung org blakang saya tu. Cantik! Saya suka.... tudungnya, tudung Syria tapi ada alas dagu sekali.... menutup aurat dgn baik sekali. Bila si Wardina ni dah suruh turn around, make new frens, bla..bla..bla... kesempatan itu saya ambik utk berkenalan dgn wanita di belakang saya ni dan terus tanya dia... beli tudung kat mana? Hahahaha.... sompek yo laie!

Menemuramah... `kalau sebut pasal parenting, apa perkara pertama yg muncul di fikiran?'

Pas tu... meh bergambar!

Kedatangan Dr. Harlina...
Elis! Shawl dia sama cam kita punye!

Best penyampaian dia... Kadang2 lembut, kdg2 tegas!

  Adakah anak2 anda berbangga bahawa anda adalah ibubapanya?
Ceramah habis tepat kol 1. Ada makan2 tapi saya bergegas pula nak ke rumah MyMaya Smile. Hari ni hari persandingannya. Makan nasi minyak Maya la... Sbl tu pi jemput Mawar dulu. 

CERITA 2: WEDDING MAYA
W/pun tajuk cerita 2 ni `wedding Maya', tapi tak tepek gambar kawen Maya pun... hehe. Gambar ngan Maya dicapture oleh photographer Maya. Tapi.... tangkap gambar ngan baby boom ahkak Kham. Comelnyerrr..... mulat! 


Gaya mulut anak muda zaman skarang... ecece

Fuhh... ngancam!
CERITA 3: MURTABAK GHAFFUR
Selepas balik dari wedding Maya, terus hantar Mawar kat tempat dia diambik tadi... hehehe. Then, straight ke gerai sahabat haji saya di Jalan Wangsa Melawati 4. Baru beroperasi 2 bulan dan inilah visit pertama kami. Dah lama berniat nak dtg tapi asyik sibuk tahapahapa. InsyaAllah akan dtg lagi. 

Murtabaknya sedap dan yg menambahkan ke`spesel'annya adalah kuah bawangnya yg istimewa! Telurnya dibasuh bersih sbl digunakan. Saya beli 6 keping. 3 keping dah selamat dimakan dlm keta.

Good Luck Atika!

CERITA 4: KEMATIAN
Sebelum ke gerai murtabak Atika, kami pi gunting rambut.... saya, Dania dan Erin. Dari thn 1987 lagi saya gunting rambut kat situ, sehinggalah dah beranak pinak ni. Bukan kat kedai pun, tapi dlm rumah flat kat Wangsa Maju tu. Sbl ni kan saya tinggal di flat Wangsa Maju since 1986 to 1999. Bukan apa punnn... murah. Masa Cina tu tgh guntung rambut saya, dia cerita la dia baru balik dari tgk kawan dia mati. Dia kata rumah kwn dia kat soo. Soo? Berkali2 saya tanya... Soo? Soo? Akhirnya, saya buat kesimpulan sendiri... zoo agaknya. Mmg dia kelihatan bersedih masa tu. Dlm hati saya... `jgnlah sedihmu kasi efek kat rambut saya'. Akhirnya, jadi kenyataan jugak... memang rambut saya agak senget sikit (huhu). Jgn risau.... dia dah betulkan balik.

Dari gerai Atika, kami balik ke rumah. Mak tak sampai rumah lagi... mak pergi melawat adik auntie Sada yang sakit kanser, warded di hosp. Selayang. Keadaannya agak tenat. Dulu2, saya ada cerita pasal mak pi jalan2 ngan auntie Sada kat sini

Ada masa terluang, saya bukak FB. Innalillah... dapat berita yang sahabat saya masa di ITM Melaka dulu telah meninggal dunia pagi tadi @ 9.45 am. Beliau menderita sakit SLE. Anak2nya 2 org, masih bersekolah rendah (kalau x silap). Beliau dan saya, tidaklah begitu rapat... cuma bertegur sapa je sbb berlainan course, blok asrama pun lain2. Sungguhpun begitu... beliau yg saya kenali, seorang yg sangat peramah, periang dan riuh rendah. Ramai yg menyenanginya atas sifat happy go luckynya itu. Setelah lama menderita (dan ditempatkan di ICU), Allah telah menjemputnya.... 

Tak lama kemudian... mak pun balik. Mak cerita, kat hospital tadi.... anak kpd adik auntie Sada dah sampai. Sorang dari Qatar... dah sampai semalam. Sorang drp UK... baru je sampai tadi. Mak kata.... sangat2 terharu melihat keadaan anak beranak tu. Anaknya kata... `kenapa tak bagitau mak sakit teruk sampai mcm ni'. Selain kanser, ibunya juga sakit kencing manis dan dah terlantar sakit agak lama... mungkin tak de siapapun inform sbb tak nak ganggu studynya dan juga belanja flight yg mahal... wallahuallam. Tengah2 mak cerita... dapat call. Beliau telah meninggal dunia... 2 jam setelah bertemu dgn anaknya itu... Innalillah... Kalau saya ada kat situ masa tu, mesti saya tangkap leleh yg melampau...

Allahuakhbar... 3 kematian yg saya dengar hari ni... daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali... Allah.... bersediakah kita utk bertemu dengannya? 

Tuesday, August 23, 2011

Mengadu pada blog sendiri


Saya..... saya.... saya....

Nak citer ke tak? Tapi, saya tgh cuba menenangkan hati saya ni....

Tak kisahla, ini blog saya... suka hati saya nak tulis apa...

Tensennya bekerja dgn sistem ni.... Sistem ni, mmg lah tujuannya utk memudahkan kerja. Tapi, kebanyakannya asyik menyusahkan aja... memakan jiwa raga saya... byk buang masa saya, byk memerlukan konsentrasi yg tak mendatangkan faedah kpd saya...

Kesian juga kat adik2 saya tu yg boleh dikatakan setiap hari kena stay back sbb sistem ni laju bila sumer org dah balik. W/pun dorang tu bujang dan boleh OT, tp sampai bila nak cam tu. Kdg2, saya pun kena tgk kat rumah.

Rutinnya tiap2 hari.... adik2 saya ni buat slps org balik kerja (ptg/mlm), so... saya plak, pagi2 sampai opis dok serbu pc bukak sistem ni sbl dia lembab. Tak lama slps office hour start, mula la dia slow.... Tp, brp byk aje yg boleh settle... Owhh, time2 urgent ni dia buat mcm ni....

Tapi, ada org ckp kat saya.... `jgn salahkan sistem....' ye la tu. Makanya, siapa yg bersalah? Mereka dan keluarga mereka....

Tuesday, November 23, 2010

Setiap yang bernafas pasti akan mati

Semalam, 22 Nov... saya dan 12 org rakan2 MQA ke PICC sbb acara pentauliahan AKRAB - Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam. Sepatutnya 19 org, tp yg lain ada hal... Kami pergi menaiki coaster MQA, tp saya balik dgn suami saya yg kebetulan pergi melawat bapa saudara (adik arwah mak mertua) yg dimasukkan ke ICU @ Hosp. Putrajaya.

Semalam juga saya ada kursus mengenai Kew 8, tapi terpaksa join half way je sbb nak pi PICC. Kursus bersambung hari ni.... tapi, hari ni pun saya tak dapat join sbb bapa saudara tersebut telah dijemput Ilahi.... Al-Fatihah. Maka saya dan suami mohon cuti hari ni sbb nak menghadiri majlis pengebumian arwah.

Arwah dimandikan, dikapankan dan disembahyangkan di Masjid Putra, Putrajaya dan disemadikan di kawasan perkuburan Islam di presint 20, Putrajaya.... betul2 di belakang PICC yang saya pergi semalam.

Kawasan perkuburannya amat luas, bersih dan teratur.... 1st time saya lihat deretan kubur yang terancang dan tersusun kemas. Of course la kannn, Putrajaya. Lepas tu, kebanyakan binaan kubur, biasa2 aje..... ataupun tak de binaan langsung. Baguslah mcm tu, tak lah berat sgt jenazah tu nak tanggung. Lagi pulak kalau ada org yg mengagumi dan memuji2 binaan kubur yg grand2 tu.... mesti lagi berat... (agaknya la... wallahualam). Biasanya yg saya tengok, tersusun juga, tp rapat2... ada juga yg senget2.... Lepas tu kannnnnn.....

Saya berdiri di sekitar arwah hendak disemadikan
Saya tercium bau yg sungguh wangi
Sungguh segar dan fresh
Haruman bunga mawar dan daun rampai...
Takkan lah ada air freshener kat sini...
Mana lak nak sangkut kan....
Tapi, bau tersebut mmg sungguh wangi...

Bila saya mengalih kedudukan saya, saya terpandangkan sesuatu.... Rupa2nya, saya berdiri di sebelah saudara yg sedang memegang sebakul bunga2an / daun rampai yg bakal ditaburkan di pusara arwah... Hmmm, padankan... mmg wangi!

Kubur digali dan dikambus semula dgn menggunakan jentera (small backhoe kot namanya). Biasanya, saya tgk kaedah konvensional... pakai cangkul dan tulang berkerat2 (sbb bbrp orang). Sungguh cekap pengendalinya mengendaikannya.... sehinggakan saya rasa semua mata tertumpu pada operasi yg sedang dijalankan.

Itulah `backhoe' yg dimaksudkan
Dan kubur2 baru
Siap tagging lagi
Lihatah... tak de binaan
Atau belum buat lagi? Entahlah...
Bagi saya, biarlah begini... then, tabur batu2 sungai
Nampak yg putih2 tu?
Saya rasa, itulah penanda kubur yg bakal digali
Selesai kerja2 pengebumian, seperti biasa... talkin akan dibacakan... Owh, jika dihayati betul2, fahami dan selami ayat2 dibacakan.... bisa menggigil seluruh badan. Mcm mana lah agaknya keadaan kita bila dijemput nanti.... masih sempurnakah jasad kita? Sudah selesaikan segala hutang piutang kita? Sudahkah kita memafkan dan dimaafkan? Dan yang penting sekali.... sudahkah kita bersedia mengadap Pencipta kita? Ayuh berubah....

Insaflah...
Bahawasanya mati ini adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dlm kubur ini adalah benar
Bangun dari kubur dan kemudian kita dihidupkan semula adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar
Minum di kolam air nabi adalah benar
Ada syurga dan neraka adalah benar
Bahawasanya hari kiamat tetap akan adanya
Begitu juga Tuhan yang maha berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur

Monday, August 9, 2010

Rumah saya kena langgar

Rumah kena langgar?
Sape yang langgar?
........ saya laaaaaaaa....... sape lagi.... huhuhu.... saya langgar dgn menggunakan kereta baru saya...

Dah lebih 15 tahun saya dapat lesen.... tapi mmg jarang bw kereta... alhamdulillah, tak pernah kena apa2 kat jln (setakat ni... berdoa la sampai bila2 tak kena). Saya cuma nak kedepankan kereta ni sikit sbb saya nak ruang utk sidai kain.... Tetiba... lost control dan ngelabah dan tak tau dah mana h/brake, mana minyak... siap bole pk mana clutch (ngelabah punya pasal). Keta ni, auto... mana ada clutch daaaa..... confuse lak masa tu sbb h/brake dia kat kaki....

Kereta terus meluncur dan................ GEDEGANG! Hambek ko! Berbunyila alarmnya nenonenoneno (mcm ambulance lak... belasahla) berbunyi dan terus berbunyi... saya offkan pun masih terus berbunyi sehingga memaksa saya memaksa abg (yg tgh mandi) keluar dari bathroom utk offkan alarm.... rupa2nya, alarm keta Naza saya yang terkejut.... yg masih bunyi... keta yg melanggar rumah saya tadi dah berenti berbunyi....

Apadaaaa..... Hari tu, tayar pancit (the same car).... pas tu, 2hb Ogos - Isnin (anniversary saya yg ke 13)... mak saya dah terlupa letak gear kat P dan tak tekan h/brake (tekan ye, bukan tarik sbb letaknya di kaki) .... keta sama gak dan keta tu mengundur ke belakang dan berenti sbb tersangkut kat pokok... pintu dah tak boleh tutup sbb alignment dah lari.... Erin ada dlm keta dan mak ada kat tepi keta (luar keta)... syukur tak de sape2 yg cedera...

Pas tu.... hari Sabtu 7 Ogos, saya survey bengkel utk baiki pintu tu.... org tu kata, htr esok la sbb dah tgh hari, tak boleh siap hari tu jugak.... Pas tu, keesokannya... hari Ahad 8 Ogos.... saya dah langgar rumah saya menggunakan kereta yg sama.... then dtg balik kat bengkel tu.... Saya kata, `ada rezeki baru datang utk encik ni' ...... Geleng kepala org tu... mana taknya, smalam citer lain, hari ni tambah citer lain. Org tu kata.... kalau cam ni keadaannya, lagi tak leh siap satu hari.... 2-3 hari baru ok... Hmmm, ye la....

Tahun ni.... byk RM terbang sbb kereta....... alhamdulillah....

Thursday, May 13, 2010

Org ittew dan anting2nya....

Sapekah org ittewww? Org itteww adalah r.a.h.s.i.a..... syyyhhh...:P. Ada la org tu... dari anak dara sampai la dah beranak pinak, pakai anting2 mak dia... bukannya dia tak mampu nak beli sendiri, tp dah mak kasi...... pakai jek laa....

Anting2 ni.... ada magic tawww... dah byk kali keguguran dr cuping telinga org tu.... tp, selang beberapa minit, dia akan memunculkan dirinya kembali.... tadaaaa.... dan org itu akan menyarungkan kembali ke cuping telinganya.... dah byk kali dah.... tak terkira byknya kejadian yg sama berulang2, dan anting2 itu tak jemu2 menonjolkan dirinya semula.... magic la katakannnnn....

Sebulan yg lepas (org itu tak ingat tarikh sebenar).... seperti biasa, anting2 org tu telah menghilangkan diri dengan tiba2..... dan org itu, yg dah paham peel anting2nya, seperti biasa mengharapkan magic muncul kembali.... tp ..... dari saat ke minit ke jam (bukan kejam okeh) ke hari... ke minggu..... anting2nya masih tak kelihatan.... huhuhu... di manakah kau wahai anting2????

Org itu, sangat susah hati.... rindu akan anting2 magicnya.... risau jugak kot2 lubang kat cuping telinganya tersumbat (kat cuping ye... bukan lubang telinga...). Hari bertukar minggu, anting2nya masih tak kelihatan.... dan org itu masih belum berhenti berharap..... Memandangkan org itu riso kot lubang tu tersumbat, org itu telah melakukan tindakan yg agak pelik, iaitu dgn menukar2 position anting2nya yg dah tinggal sebelah tu, selang beberapa hari..... Paham ke? Maknanya... 2 hari disebelah kiri... dan 2 hari disebeah kanan... dan begitulah rotationnya.... sewel ke hapo???

Tapi, itulah yg org itu lakukan.... sambil masih mengharapkan anting2nya muncul kembali..... owh, sadis... sungguh sadis.... Sadis bila org itu melihat wajahnya di cermin.... org tu beranting2 sebelah.... uwaaa...... seb baik tak de org perasan.... Tapi, bila minggu dah bertukar minggu..... dan sometimes org tu terlupa nak merotatekan kedudukan anting2nya... org tu mula berfikir.... tak bole jd nih....

Apakah yg org tu lakukan????? Sila teka.....

Tidak seperti yg korang tekakan.......

Org itu telah mencari semula anting2 anak sulungnya yg dah tinggal sebelah juga (tp tak dipakai lagi sbb dah beli yg baru), dan menyarungkannya ke cupingnya yg tak beranting2.... hahahah.... Dah la emas putih.... Maka... terjadilah kejadian..... `org tu memakai anting2 yg sebelah emas kuning dan sebelah lg emas putih'..... hahahahaha... (ke... huhuhuhu????) Dan... masih tak ada org lain yg perasan hatta sahabat baiknya sendiri.... Bila masa org nak perasan kan.... kan org tu pakai tudung???? Ye la.... masa kat surau.... masa nak solat....

Tapi, pada malam ini... magic itu telah muncul kembali bila mana tetiba, anak bongsunya dtg kepadanya dgn muka tersengih2.... `adik ada hadiah utk ibu'..... dan anaknya itu teah menghulurkan anting2nya yg sebelah lagi..... Kaaaannnnnnnn..... org itu yakin dgn instinctnya yg ia pasti akan berjumpa kembali dgn anting2 pemberian maknya.....

Alhamdulillah.......

Saturday, May 1, 2010

Babai my deer....

Semalam...... pada tanggal 30 April 2010, adalah hari terakhir Sang Kancil ini berkhidmat dengan kami sekeluarga..... Sehingga semalam jugalah, kami masih menaiki kancil ni utk cari rezeki.... Dah 11 tahun kancil ni bersama-sama kami... dan tak pernah menimbulkan masalah besar..... cuma, sekali aircond rosak (sbb tak pernah servis) dan other minor problems.... Kami jaga baik punya, sentiasa servis mengikut schedule....

Kereta ni mmg kami pakai pegi balik keje.... Dgn size yg comel, memudahkan utk menyelit2 dan memarking.... tp yg pasti bukan aku bawak laaaa.... aku mengenyangkan mata aja.... Memandangkan ia manual, maka..... tak berani la aku nak bawak.... dulu2 ada gak, tp bila dah bertahun tak guna manual, tak konfiden dah....

Setelah 11 tahun, kereta ini telah ku jual dengan harga RM5K.... aku rasa ok la... dengan keadaan fizikal kereta yg byk kekurangan.... tapi, enjin yg masih tip top...

Muka surat depan.... hmmm... OK
Ada kemek sikit2
Blakang pun ok tapi...... oopppsss...
Plat no dah patah dilanggar lari oleh mat motor
Dah 2 tahun kottt....
Dan... aku tak pegi repair pun sbb asyik tak sempat
Kat dalam??? Ok lagi....
cuma radio dah 4 tahun rosak kottt....
Pun tak berganti... aku pun bukan dgr radio
Sentiasa di ulit mimpi.... huuuuuuuu
Tgk sebelah kanan...hmmm...ok
Sebelah kiri? Amende tu?
Hahahaha.....
Atap nak jatuh daaaaa....
Lihat keseluruhannya...
owh, teruk sungguh bumbungnya......

Bila nak berpisah.... rasa sedih lak.... Masa jual keta Honda dulu pun cam tu juga.... rasa sedihhhhh sgt. Setiap keta yg kami beli, klu boleh 1st hand... bila keta dah bertukar owner, pasti dia sedihhhh (klu dia ada perasaan la...). Boleh buat karangan... `Aku Sebuah Kereta'.....

Wednesday, January 13, 2010

Sedih sungguh....

Mcm mana tajuknya... begitulah ceritanya.... Demi kepentingan perkhidmatan (chewah!), aku akan memulakan tugasan baru di Unit Perkhidmatan... sedihhhhhh.... tambah sedih bila Ju.. Fizi..dan Zul telah menggenangkan air mata mereka... terpaksa rela melepaskan aku pergi... huhuhu... rupa2nya, korang sayang kat aku ekkk! Terima kasih byk2... love uols..

Apa2pun, aku menganggapnya sebagai positive challenge utk aku... chaiyok... chaiyok... bertambahlah skill aku.. hehehe... aku insan terpilih... chaiyok.. chaiyok... Memula didengarkan cerita ni, aku sungguh2 berat hati.... mcm mana la nak kasi tau staff kesayangan aku ni... tapi..... tu lah, aku insan terpilih la katakan... Aku suka dok Unit Latihan neh... lagi pon, aku ada utang yg tak selesai lagi...

Macam2 mana pon, aku riso gak nih... tugas baru aku ni, melibatkan perkhidmatan org... kalu buat salah, naya aku kena marah.... dah la aku ni jenis tak suka membaca.... ni kena lak baca pekeliling... bukan setakat baca lagi, kena master.... apa2 pun, aku tahu... Allah tak akan menguji kita melebihi dari kemampuan kita.... chaiyok... chaiyok....

Ni tempat aku la ni...Lepas renovation

Aku dok di lorong yang happening ni..
Ju ..... jgn sedeh2, we'll still in undr the same roof...
Aku pun sedih nak berpisah ngan Fizi...
Zul, tak sangka Zul pun frust...
Baru nak mesra ngan Bani (dok depan aku)
Nanti aku dok kat lorong ni
Tak semeriah tempat skg
yg ada Ju, Fizi, Zul, Jun...
Semoga Allah permudahkan segala urusanku... Amin...