Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Tuesday, July 23, 2013

Nak Percaya Atau Tidak?

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan semua... Nak ucap juga walaupun dah masuk hari ke 14.

Nak cerita sikit.

Hari tu, 12 Julai 2013, Jumaat... saya dalam perjalanan untuk menghantar Sabrina (anak bongsu) ke sekolah. Tiba di satu selekoh (masih dalam kws Bkt. Antarabangsa), kereta saya telah ditahan oleh seorang perempuan (berlainan bangsa) di bahu jalan. Beliau mendukung seorang anak kecil (mungkin berumur lebih kurang 6 bulan) dan sampingnya, ada seorang lagi kanak-kanak berumur dalam lingkungan 5 tahun. Selain itu, ada sebuah motor rebah ditepinya. Melihat kepada keadaan motor yang rebah, kelihatannya seperti accident.

Saya teragak2 untuk berhenti. Pertamanya, sedang rushing nak hantar Sabrina. Keduanya, risau kot2 terjebak dengan perkara2 yang kurang baik. Saya rasa sangat2 serba-salah. Bagaimana jika ia memang sangat2 memerlukan bantuan? Hari ini, mungkin hari dia.

Dalam teragak2, saya berhenti juga. Tingkap kereta depan (kiri) tak boleh buka sebab dah rosak, maka saya bukakan pintu kereta (di sebelah Sabrina sbb tepi jalan). Terus si ibu berkata:

"Akak, tolong saya kak.... anak kecik saya ni sakit kaaakkkk... Saya tak de duit nak hantar pergi klinik. Berilah saya pinjam RM150.00 utk bawa ke klinik. Saya janji akan ganti balik. Ini I/C saya kaaakkk.. Akak tengoklah... saya tak tipu, kak... Saya janji akan bayar balik".

Beliau mengatakan perkara yang sama berulang2.

Saya terdiam. RM150? Boleh percaya ke tak ni? Dalam hati, saya mohon Allah beri petunjuk untuk saya buat keputusan. Kalau dia benar2 sakit, saya boleh tolong hantar ke klinik dan bayarkan sendiri... tapi utk bagi dia cash, saya tak mau. 

Tapi... saya fikir juga... nak bawa naik kereta ke? Risau juga kot dalam kereta nanti, tiba2 ada benda tajam menusuk ke badan saya dari belakang. Dah la saya bawa Sabrina. Owhh... suddenly teringat yang saya tengah rushing nak hantar Sabrina ke sekolah. Maka, tak sempatlah nak bawa beliau ke klinik.

Ya Allah...tunjukkanlah kepadaku apa yang harus ku lakukan...

Sedang dia merayu2 (siap menangis2 lagi), tiba2 anak kecil yang didukungnya itu menoleh ke arah saya. Saya dapat melihat keadaan raut wajahnya yang KELIHATAN SIHAT. Si ibu cepat2 memalingkan semula muka anaknya itu ke arah lain.

Hati saya dah kurang percaya. Saya katakannya saya tak bawa duit sebanyak itu (dlm hati ada tambahan ayat... `tak ada duit sebanyak itu untuk diberikan kpd awak'). Si ibu pun berkata... "kalau macam tu, bagi saya RM50 pun tak pe lah kak... Saya janji akan ganti. Selebihnya saya cari yang lain". Err.... boleh tawar menawar pulak? Saya ambil purse dan menghulurkan RM10 padanya. Saya hadiahkan sahaja... tak perlu ganti.

Surprisingly.... beliau menolak dan MERAJUK! Lalu beredar ke motornya yang rebah (atau direbahkan).

Hati saya masih berbelah bahagi (kesian) tapi agak `tak suka' juga bila dia merajuk dan `tak pandang' RM10 yang saya hulurkan. Akhirnya, saya pun berlalu pergi meninggalkannya. Dalam kereta, masih ada perasaan serba-salah.

Selesai menghantar Sabrina, saya mengambil laluan berbeza utk pulang ke rumah... dengan harapan tak mahu terserempak dengannya lagi. Tapi... saya berselisih juga dengannya... yang sedang menaiki motor tadi. Anak kecilnya berdiri dgn tersenyum riangnya dlm bakul motor. Sekali lagi, pada pengamatan saya, anaknya itu kelihatan sihat walafiat.

Hmm... saya rasa saya mengambil keputusan yang tepat tadi.

Petang, bila di masjid (sedang menunggu waktu berbuka) saya menceritakan kejadian tadi pada auntie Fatimah (kawan mak). Dia beria2 mengatakan agar lain kali jangan sekali2 berhenti sebab dia juga pernah mengalami kejadian yang hampir serupa. Satu lagi kejadian yang dialaminya adalah, sedang dia memandu.. tiba2 motor dihadapannya terjatuh (seolah2 accident sebab dilanggar oleh auntie). Orang tersebut (juga berlainan bangsa) terbaring dan seolah2 menggelupur. Padahal, menurutnya... keretanya tidak langsung menyentuh motor tersebut. Dia buat tak tahu je dan meneruskan perjalanan.

Bila bercerita pada abang... apa lagi, kena `sound' la.... Lain kali jangan berhenti! Huhuhu...

Wednesday, July 4, 2012

Kidzania

Assalamualaikum,


Sabtu, 30 Jun 2012.... office saya anjurkan lawatan ke Kidzania. Hmm.... bukan utk warga MQA ye, tapi utk anak2 warga MQA. Program ni dikendalikan bersama di antara AKRAB MQA dan Bhg Pentadbiran (BP). 91 org kanak2 berumur 5-14 thn join program ni dan saya adalah salah seorang urus setia yang terlibat utk turut masuk dlm Kidzania (Yeay!).

Berkumpul di ruang legar Menara PKNS-PJ dulu
Anak2 dan urus setia pakai baju APEL
W/pun range age between 5-14 thn, tak de pun yg berumur 13 thn dan yg 14 thn hanyalah kakak (anak sulung saya) sorang. Heheh, sian pulak saya pikirkannya.... mesti kakak rasa kekok nanti. So, saya ajak Wahida (anak Mak Su) join dan bayor extra charge utk tiket dan meals.   

Syioknya naik baassssss....
Ibubapa tak dibenarkan follow... urus setia yg bertanggungjawab menjaga anak2 ini. So, parents hantar anak2 ke MQA kol 8 am... pas tu naik bas ke Kidzania... 3 buah bas dan sebuah coaster MQA. Ibubapa akan dtg semula ke MQA dlm kol 3 pm utk jemput semula anak2 dan lunch. Kat Kidzania tu pun ada disediakan light meal utk anak2 ni. 

Dah sampai Kidzania.... Muka bahagia...
Saya bertanggungjwb utk jaga 4 org kanak2 berusia 5-6 thn dan 4 org berusia 8-10 thn. Anak Ira (2 org), anak Roha (sorang), Nor (sorang), Selly (2 org) dan anak2 saya ~ Erin dan Dania. Kelam kabut dibuatnya, bila si kecil sorang ni nak kencing, sorang nak makan, sorang suka merayau2, sorang nak gi teater.... mcm2 lah. Yg besar2 tu, saya biarkan lepas bebas dan saya hanya menumpukan perhatian pada si kecil berempat tu je. 

Anak2 jagaan saya
Bila sorang nak kencing, abih semua saya suruh kencing skali sbb tak nak dorang terpisah. Lagi satu, saya tak nak ada pula yg nak ke toilet time2 tgh que ke... nnt mkn masa. Pas tu, bila semua masuk toilet.... saya pulak pikir.... mcm mana budak2 ni? Boleh ke bukak sluar? Cam ner kaedahnya dorang berurusan? Bersih tak basuh? Ye la.... saya tak leh nak masuk toilet lelaki. Berserah je la.....


Kidzania ni lebih kurang indoor theme park yg offer kaedah pembelajaran yang interaktif. Kanak2 boleh jadik mcm adult... boleh jadi polis, doktor, bomba etc. Masuk2 je, mereka akan dibekalkan dgn 50 kidzo.... dan mereka boleh gunakannya utk dptkan service. Kalau duit tak cukup, mereka kena kerja dulu, then dpt gaji.... kumpul2.... kalau dah cukup, boleh la beli apa2 yg dikehendaki.

Pekerja TNB?
Future Surgeons @ KPJ?
Kalau taknak pegang duit byk, boleh buat atm card.... then kalau kerja, dpt gaji... masuk dlm card tu je. Kalau duit tak abih guna, boleh bawak balik dan guna utk next visit. Duit tu juga boleh guna utk beli brg2 dlm tu.

Erin tgh buat kad ATM @ CIMB
Sampai office (lbh krg kol 3.00), dah ada bbrp urus setia lain yg dah ready menunggu. Parents pun dah tak sabar2 nak jumpa ngan anak masing2. Aktiviti seterusnya... acara mkn2.... diselitkan juga aktiviti bercerita oleh anak2 mengenai pengalaman mereka di Kidzania.

Alia tgh bercerita..
Sebenarnya, memang semuanya interesting.... cuma, org terlalu ramai. Sana sini kena que. Budak2 cepat boring menunggu. Sian lak tengoknya..... Dah tu, mostly... duration game dlm 20m and only 4-6 kids yg boleh masuk (depends). Masa menunggu yg agak lama..... Mula la saya berhajat nak revisit time sekolah. Mesti tak ramai..... dan selesa utk beraktiviti.

Nampaknya, kena ponteng sekolah ke?  

Saturday, April 30, 2011

Jom tengok gajah!

Dari Deerland moh kita ke Pusat Konservesi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah.... lokasinya, bersebelahan dgn Deerland tadi... tak de la sebelah menyebelah... dekat je... Kalau ke Deerland, belok kanan tp ke sini jln terus je....

Alhamdulillah, cuaca baik je.... Dari rumah tadi, dah renyai2.... risau saya kot2 kat Deerland/Gajah ni hujan... putih mata la gamaknya nanti. Tapi, segalanya berjalan lancar.... Syukur alhamdulillah....

Saya dan familiku sayang sampai sini kol 12.30 tgh. Apa?? Free? Tak de byrn? Pelik tapi benar.... dgn experience yg kami dapat, sgt2 tak berbaloi.... W/bgmpun, kita digalakkan menderma seikhlasnya utk sumbangan kos perbelanjaan pemeliharaan gajah2 ini....


Sampai sini, kena register dulu semua nama yg segerombolan dgn kita... isi form dan kena letak no IC & no. plat kereta... so, standbyla no IC semorang, sonang nak salin ajo! Budak2 cuma letak umur aje. Nak derma pun isi borang.... since tak de apa2 byrn dikenakan, maka silalah menderma byk mana yg korang nak... Pas tu, kita akan diberi sticker... rupa2nya, kalau derma, bole join aktiviti tunggang gajah, bg mkn gajah dan mandi bersama gajah....
Sticker warna kuning ni yg boleh buat aktiviti2 dgn gajah ni, akan diberi half dr bilangan rombongan kita... Saya ada terbaca ianya limited to 150 je p/day, kena buat reservation... tp saya tak de buat pun redah je.... sampai sana baru tau... Kalau sticker merah, utk jln tengok2 je...

Kat sini, saya terjumpa Helmi... ala... Helmi Sebaweh MQA tu... dia dan familinya lah.... tapi dia tak pergi Deerland lagi... may be tak tau kottt... so, saya pun suggest la dia pegi situ. Oh ye, jgn lupa baca entry saya sbl ni... pasal Deerland.

Ni rangka gajah

Aktiviti bergajah start pukul 2.30 pm... sementara tu, pi la tgk show pasal gajah ni dulu... then isik perut dulu.. dekat2 situ ada kedai mkn.

Ini kulit gajah, bukan ori
Biasanya kulitnya setebal 2.5 cm, kulit manusia 0.17 cm
Mcm mana gajah sejukan bdnnya? Guna telinga..
Telinga gajah Afrika besar 3X ganda dr gajah Asia

Ini gajah....hehehe
Belalai yg berfungsi spt hidung, lengan, tangan,
jari, hos air, trumpet, snorkel...
...multi purose...

Tahu tak gajah2 ni tak boleh dok diam... tak boleh berdiri tegak? Hehehe... itu observation saya je... maksud saya... dia asyik bergoyang ke kiri dan ke kanan... non-stop. Bila dah beratur ramai2 tu, mcm menari2 je.... marilah bergoyang..... lalalalala

Total gajah kat sini 20 lebih (24 ke? x ingat lg...)
Yg berbaris kat sini 10 je..
ada yg terpisah dr barisan

Up close and personal...
Kat zoo dpt tgk sedekat mcm ni? Ada?????

Ni gajah yg plg hebat bergoyang...
Saya nampak cam tuan dia pulak yg bergelek...

Byknya `Mawar' disekeliling saya...
Nama gajah ni, Mawar....
Erin pun jumpa balik sahabat baik dia @ tadika kat sini,
Mawar juga namanya.....
Sahabat baik saya @ opis punnn...
Zon 5S saya punnn....

Ha... yg ni namanya Mas...
Teringat kat Masfidayanti lak....

Ni, gajah tertua...
lihat la kulitnya yg berkedut2 tuuu
Memandangkan dia dah tua, dia sukar nak duduk bgn
Kalau tuan dia nak naik, dia hulur kaki dia je..
Maka, melompatlah tuannya ke atas belakangnya...

Show bergajah...

Mendengar kata..

Lepas tu, ada aktiviti beri gajah mkn... maka melurulah semua gajah2 ini ke depan sbb dah paham2 nak dpt habuan... berebut2 nak kasi mkn... buah2an disediakan... abg try bagi seulas kacang... dgn senangnya kacang tu dimkn oleh cik gajah... Cara dia ambil adalah dgn menyedutnya.... Masa show tadi, gajah ni disuruh ambik syiling 20 sen dan serahkan pada trainernya.... senang je... dia sedut dan lepaskan atas tgn trainer tu... tambah lagi satu fungsi belalai gajah.... vacuum...

Si manis ibu....
Muahh.. muahhh..

Cinta hati saya...

Aktiviti menunggang gajah...
Satu sticker, skali tunggang
Tak beratur lama pun sbb ada byk gajah sedia utk ditunggang

Kakak kata, dia disuruh pegang pinggang `abg' tu
Haiippp!!!

Bila nak naik gajah, maka sticker pun dikoyakkan half
Sbg tanda, dah naik....
Turn org lain pulak..

Pemandangan yg indah dan menarik
Suasana sekitar pun cantik

Next aktiviti... mandi ngan gajah.. Anak2 saya beria2 nak join... tapi, tak kuasa la saya.... sohih kita kena join skali. Kalau tak, sape nak kontrol... tak pasal2 je kang... Pas tu, nak kena bawa baju spare, nak bersihkan bdn balik... uisshhh... maleh la den... tengok jo la.. Airnya pun, kuning je....


Yee... tu dia, 3 ekor gajah sudah turun mau berendam

Diikuti dgn peminat2nya...

Fuhhhh... best2 dan sgt2 puas hati.... lebih bermakna pegi sini (dan Deerland) dari pegi zoo... Tgk wildlife secara dekat, bagi mkn dgn tgn sendiri, mcm2 lg la... Kalau kat zoo, brapa jauh mau buat semua tu... Haiwan2nya pun, bukannya dilatih utk berjinak2 dgn manusia... Kalau kat zoo, naya korang kalau nak bergambar dekat2 ngan binatang2 ni... kena jauh2... Kalau bergambar, sama ada muka korang yg lebih besar dr bdn binatang, atau nampak binatang je tp tak nampak muka korang... hehehe...

Mai la bawak anak2 dtg sini... sure dorang seronok...

Sebelum sampai rumah, jom mkn durian dulu
Kat mana? Melawati jee.... hahahaha

Dear deer....

Hari ni, plan nak ke Lanchang, Pahang.... nak buat apa? Nak pi tgk rusa dan gajah. Memula, kita pi Deerland dululah ye.....

Cadang nak bertolak dari rumah kol 8.30 pagi, tapi cam biasalah... gedebak-gedebuk, kol 10 juga akhirnya.. mak pi jumpa kawan dialah, pas tu pi tukar keta lagi (Naza parking at PV8). Journey dlm 1.30 jam lbh krg... So, sampai dlm kol 11.30.

Jalan nak masuk sini agak penuh tanda tanya.... cam masuk ceruk rantau, kiri kanan hutan, jln 2 lane dan kereta pun tak byk. Terletak di hutan semulajadi, kawasan hutan simpan yg masih terpelihara. Redup je.... Tapi, jgn risau.... selagi ikut sign boardnya, maka betullah tu.... jgn arah tunjuk kanan korang pi kiri lak...


Tak sure the exact entrance fee.... tak tanya lak. For us, 4A + 2C total RM30. Buka 10.30 am to 5.30 pm. Kawasannya tak lah luas sgt... berkonsepkan mini zoo tapi boleh beramah mesra dgn binatang2 liar ni... Saya rasa lagi best kat sini dr zoo. Highly recommended to come here! Daya tarikan utama adalah deer feeding dan bear. Kalau nak rasa pengalaman utk bermesra, membelai, memberi makan

Masuk2, ikut je arah papan tanda, so you won't miss anything. Crew akan bg sebakul kecil kentang utk disuakan ke mulut pelakon utama neh. Saya dan anak2 bg mkn dr luar pagar je sbb tanak dirempuh oleh rusa yg jinak2 ni... bila mknn dh abih, baru saya masuk. But the best is, to feed this gentle creatures inside the cage and you'll be surrounded by them... all of them... Huhu... kang anak2 den yg melantun2 ketakutan....


Hahaha.... cutenya muka ngko....
Dlm gambar ni baghu den perasan
Den tlh menyentuh bibirmu ittewwww

Alolololorrrr....

Ha...... patutnya cenggini

Tak pun cenggini....
Tak pasal2 kena jilat lak ketiak tu kang

There got several types of deers
From a few countries...
Ni, saya tak ingat from where... Thai kott

Let's see apa ada lagi
Ada parrot... yg ni kena kurung la....
Kang pergi tak kembali lak kang...

Merak... tak ingat namanya
Tapi, semuanya bernama la...
Bila dipanggil the will respond immediately

Arnab pun ada...

Puyuh putih

Ular... ni dr jenis phyton
Pelakon ni shows perasaan yg sukar digambarkan...
Cemas ke? Geli ke? Takottt ke? Tgk kepala ular tu...

Ai pun teringin juge... tp tanak...
Pegang sipi2 jadik le
Rupa2nya, kulit ular ni nampak cam lembab tp kering

This is Muda.... sgt manja

Muda dgn tuannya si pemilik Deerland
Lupa dah namanya.... Abdullah ke?
saya ni susah naw nak ingat nama

Boleh pandang2... jgn pegang2
Duduk renggang2

Masa saya pegang tu, rasa cam lembab je bulu dia.... mcm carpet. Saya tanya, dia ni berpeluh ke? Hehe... Tuan ni kata, dia tak berpeluh.... style cam anjing yg mengeluarkan peluh dan menyejukkan badan melalui lidah... Ooooooooo, abih tu, knape rasa cam bulu dia lembab je (tanya saya dlm hati)... agaknya, baru lepas bersiram???? Dia minum susu ni pun, jilat2 dari tumpahan susu yg ditumpahkan...


Kata tuan ni, kat US nuuuunnnn, kalau nak bergambar ngan bear kena byr USD100.... fuhhh... kat sini, dia bg percuma je... Saya pikir, kalau dia kutip RM20/snap, sure dah kaya... Tapi, dia buatpun saje seronok2 agaknya.... memelihara dan melatih binatang liar utk tujuan pendedahan, pengajaran dan membuktikan binatang2 liar ni pun boleh dijinakkan dan mendengar kata...


ni posing maut namanya

dgn ferret
Ada lagi la binatang2 lain.... ostrich pun ada... kucing, ayam dll.... Lepas ni, kita pi tgk gajah pulak...