Showing posts with label Office Life. Show all posts
Showing posts with label Office Life. Show all posts

Wednesday, July 4, 2012

Kidzania

Assalamualaikum,


Sabtu, 30 Jun 2012.... office saya anjurkan lawatan ke Kidzania. Hmm.... bukan utk warga MQA ye, tapi utk anak2 warga MQA. Program ni dikendalikan bersama di antara AKRAB MQA dan Bhg Pentadbiran (BP). 91 org kanak2 berumur 5-14 thn join program ni dan saya adalah salah seorang urus setia yang terlibat utk turut masuk dlm Kidzania (Yeay!).

Berkumpul di ruang legar Menara PKNS-PJ dulu
Anak2 dan urus setia pakai baju APEL
W/pun range age between 5-14 thn, tak de pun yg berumur 13 thn dan yg 14 thn hanyalah kakak (anak sulung saya) sorang. Heheh, sian pulak saya pikirkannya.... mesti kakak rasa kekok nanti. So, saya ajak Wahida (anak Mak Su) join dan bayor extra charge utk tiket dan meals.   

Syioknya naik baassssss....
Ibubapa tak dibenarkan follow... urus setia yg bertanggungjawab menjaga anak2 ini. So, parents hantar anak2 ke MQA kol 8 am... pas tu naik bas ke Kidzania... 3 buah bas dan sebuah coaster MQA. Ibubapa akan dtg semula ke MQA dlm kol 3 pm utk jemput semula anak2 dan lunch. Kat Kidzania tu pun ada disediakan light meal utk anak2 ni. 

Dah sampai Kidzania.... Muka bahagia...
Saya bertanggungjwb utk jaga 4 org kanak2 berusia 5-6 thn dan 4 org berusia 8-10 thn. Anak Ira (2 org), anak Roha (sorang), Nor (sorang), Selly (2 org) dan anak2 saya ~ Erin dan Dania. Kelam kabut dibuatnya, bila si kecil sorang ni nak kencing, sorang nak makan, sorang suka merayau2, sorang nak gi teater.... mcm2 lah. Yg besar2 tu, saya biarkan lepas bebas dan saya hanya menumpukan perhatian pada si kecil berempat tu je. 

Anak2 jagaan saya
Bila sorang nak kencing, abih semua saya suruh kencing skali sbb tak nak dorang terpisah. Lagi satu, saya tak nak ada pula yg nak ke toilet time2 tgh que ke... nnt mkn masa. Pas tu, bila semua masuk toilet.... saya pulak pikir.... mcm mana budak2 ni? Boleh ke bukak sluar? Cam ner kaedahnya dorang berurusan? Bersih tak basuh? Ye la.... saya tak leh nak masuk toilet lelaki. Berserah je la.....


Kidzania ni lebih kurang indoor theme park yg offer kaedah pembelajaran yang interaktif. Kanak2 boleh jadik mcm adult... boleh jadi polis, doktor, bomba etc. Masuk2 je, mereka akan dibekalkan dgn 50 kidzo.... dan mereka boleh gunakannya utk dptkan service. Kalau duit tak cukup, mereka kena kerja dulu, then dpt gaji.... kumpul2.... kalau dah cukup, boleh la beli apa2 yg dikehendaki.

Pekerja TNB?
Future Surgeons @ KPJ?
Kalau taknak pegang duit byk, boleh buat atm card.... then kalau kerja, dpt gaji... masuk dlm card tu je. Kalau duit tak abih guna, boleh bawak balik dan guna utk next visit. Duit tu juga boleh guna utk beli brg2 dlm tu.

Erin tgh buat kad ATM @ CIMB
Sampai office (lbh krg kol 3.00), dah ada bbrp urus setia lain yg dah ready menunggu. Parents pun dah tak sabar2 nak jumpa ngan anak masing2. Aktiviti seterusnya... acara mkn2.... diselitkan juga aktiviti bercerita oleh anak2 mengenai pengalaman mereka di Kidzania.

Alia tgh bercerita..
Sebenarnya, memang semuanya interesting.... cuma, org terlalu ramai. Sana sini kena que. Budak2 cepat boring menunggu. Sian lak tengoknya..... Dah tu, mostly... duration game dlm 20m and only 4-6 kids yg boleh masuk (depends). Masa menunggu yg agak lama..... Mula la saya berhajat nak revisit time sekolah. Mesti tak ramai..... dan selesa utk beraktiviti.

Nampaknya, kena ponteng sekolah ke?  

Wednesday, May 2, 2012

Terima Kasih Boss

Assalamualaikum...

30 April 2012 (Isnin), adalah hari terakhir boss saya ~ Pengarah BPSM, Encik Azman Abdullah berkhidmat di MQA. Lepas ni, beliau akan bertugas di Kem. Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sbg Timb. SUB BPSM. Memandangkan en. boss cuti pada tarikh tersebut, maka majlis perpisahan diadakan pada 27 April 2012 (Jumaat).

~Selamat Maju Jaya~
Cenderahati drp kami... warga BPSM
En. Boss dah tak de - solat Jumaat
Kami buat majlis sendiri2 je... menu: nasi bukhara, laksa, trifle, buah2an, kuih2an, pulut kuning dan rendang, aiskrim dll. Cam biasa... ada la dibuat video khas utk en. boss. Kreatif sungguh adinda2 saya ini.

Hmm... sayu pula. 4 tahun bersamanya... mcm2 pengalaman ada. .. pahit, manis, kelat, suka, duka. Terima kasih di atas tunjuk ajar, ilmu dan pengalaman yang dikongsikan dgn kami selama ini. Lepas ni, ntah siapa pula penggantinya. Semoga En. Azman tak lupakan kami di sini.

30 April hari last day boss tapi dia cuti. 1 Mei cuti hari buruh. Hari ni, 2 Mei tgk bilik boss gelap je... dia betul2 dah pergi.. 

Saturday, August 13, 2011

Temasya Kampungku

23 Julai 2011.... hehehe... kena type tarikh ni, sbb byk entry dah outdated..

Kali ni, family day MQA.... diadakan di Padang Semarak, Wetland Putrajaya... akhirnya, team AJK KKMQA berjaya merealisasikan kemunculan hari keluarga MQA. Konsepnya telah lama dipersetujui AJK dan penduduk kampung tp disebabkan kesibukan dlm melaksanakan tugasan hakiki msg2, usaha ke arah menjayakan hari keluarga ini agak dingin.

Hampir2 ditangguhkan sbb kesuntukan masa dan Ramadhan bakal menjelma (cewah, ayat saya...). Last minute diteruskan jua... sbb lg lama ditangguhkan, lagi lama beban digalas (apa ke hal ayat2 kali ini sungguh formal....).

Finally, terjadilah apa yg dirancangkan... apa yg tak dirancang pun... terjadi gaakkkkkk...

Registration counter

Ada clown

Sepatutnya, prg dimulakan dgn senamrobik... taappiiiii... ada masalah pulak dgn power supply, cam no nak pasang lagu?? Itulah... yg tak dirancangkan pun, terjadi jugee... Sementara benda2nya dibaik pulih, kita start dulu dgn sukaneka kanak2....


Yeaahhhh....
Tak sabar nak kutip gula2... mak2 nya pun..


cepat... cepat...

haaa... kan saya dah kata, mak2 pun tak sabar
Ada gambar2 lain, tp demi menjaga sensitiviti mak2....

kesian Erin, kakinya terluka sbb tempurung terpecah..
sib baik Asri segera dtg menyelamat...

line up...

bersungguh2 Dania berlari membawa botol yg dipancing
mdpt sokongan hebat dr Ika..hehe...

Ok... problem fixed oredi
now u can dance

KPE pun sporting & supportive

padang kampung yg luas

antara inflatable games yg ado

menuju puncak

tarikkkkk...

face painting
bestnya painter tu lukis kat pipi mulat Dania

bersungguh2 Erin

zorb ball

Erin pun nak jugak

masa utk menuntut hadiah

alololorrrrr
Saya tepek gambar ni bukan bertujuan nak tunjuk rajin
Tapi... touching dgn keprihatinan Erin melihat saya berpanas...
Owhh... taching nyer... TQ Allah..
Tapiiiii... knape dlm gambar tu muka saya mcm berkerutttttt? Sbb saya kata... Erin, pi la sana...
panas ni...pi sana, piiii.... Owhh, gemuknya saya (hahaha... tetiba).

Saturday, July 30, 2011

Prg Semaian Bakti Day 3 & 4

Hari ke 3, Sabtu 25/6/2011 sarat dgn aktiviti pameran dan kemasyarakatan... awal pagi lagi dah bergerak ke Centre Point, set up booth utk pameran. Asalnya, nak buat pameran di hotel... tp stlh di diskas2, better buat kat shopping mall... lebih open, lebih ramai pengunjung, sewa pun RM170 je (kat hotel RM1,500... jimat2). Kat radio KKFM semlm pun dah diwar2kan jemputan bg aktiviti pameran.

Kat Centre Point ni, masa kami sampai, kedai2 belum bukak... tp ramai yg dah berlegar2 kat sini.. Meriah!


Byk barang pameran wooo...
Sib baik tak excess luggage...

Sebahagian dr student yg hadir..

Ramai gak student yg dtg... parents.. guru kaunseling... Sambutan meriah sekali. Booth ditutup pukul 1.00 pm sbb bergegas nak ke Sek. Tunas Bakti pulak. Sebhgn dr kami dah ke sana dulu utk buat preparation apa2 yg patut...

Total student, lbh krg 80 lebih, semuanya lelaki... dari merata tempat di Sabah... dr Sarawak pun ada (kalo x silap). Masa kami kat sana, hanya sebahagian aja yg ada sbb sbhgn lg ada aktiviti kat UNIMAS. Sekolah ni adalah tempat pemulihan akhlak remaja2 yg terlibat dgn kesalahan juvana. First impression, mcm agak `risau' gak....

Here we are...

Kami (group pameran) sampai agak lewat sbb jln jammed. Masa kami tiba, group yg pertama (group kemasyarakatan) dah memulakan aktiviti games dgn anak2 ni. Sambutan yg mereka berikan, amat menggalakkan... seolah2 mereka enjoy dgn kehadiran kami.... Bagi saya, `first impression' td sudah invalid!

Hadiah2 yg disediakan... AJK beli kat Sabah je..

Gambar2 byk.... tp tak sesuai utk dipaparkan.... ada sikit2 saya masukkan dlm blog, yg tak begitu jelas rupa paras anak2 ini... Mcm2 games dan sukaneka ada. Mereka sungguh seronok dan bg kerjasama...

Kami menyerahkan kpd pihak sekolah utk projek kemasyarakatan ni... terpulang kpd mereka nak suruh kami bersihkan kws ke... mengecat ke... apa2 je la... Budget kami sediakan. Tapi pihak sekolah hanya menyuruh kami menanam bunga shj... hehe.... bahagia....

Mula2, diajar dulu mencangkul.... gali lubang

then, our turn... tp anak2 ni yg sronok nak mencangkul

Lepas tu, ada jamuan... dgn perbelanjaan MQA. Masa ni jugak kami berikan derma dr kami semua dan dr bbrp org warga MQA yg bermurah hati memberikan sumbangan. Kutipan derma... alhamdulillah....

Ucapan-ucapan

Hidangan yg disediakan

Sambil kami mkn2, kami pun borak2 dgn anak2 ini... Mereka ckp, sgt seronok dgn kedatangan kami dan sgt2 enjoy dgn aktiviti2 yg diadakan. Mereka pun pada mulanya agak kurang senang dgn kedatangan kami. Mereka menjangkakan mereka yg akan buat aktiviti gotong royong sendiri (guest hanya menengok shj)... lagi... dorang kata, biasanya... lepas aktiviti gotong royong dgn pihak2 mcm kami ni, dorang terus balik, tak de mkn2.... pas tu, kami dtg hari Sabtu... dorang jangka kena pakai baju skolah..... nak kena basuh balik... then iron balik... owhhhh...

Tapi... tidakkk.... anak2 ini sgt enjoy... seronok main games & sukaneka... seronok dpt hadiah... seronok dpt t-shirt MQA free... ada jamuan lagi... Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Bergambar kenangan dgn banner (tak tinggalll..... self sponsored)

Malamnya, balik dr Sek Tunas Bakti.... kami menyambung aktiviti wajib di mlm hari dgn mengunjungi pasar mlm yg menyajikan pelbagai ruang dan peluang utk meleburkan RM. Then, gi mkn seafood lak.... Asalnya, saya mcm tak de perasaan nak mkn sbb dah kenyang... tp Mask beria2 mengajak... Maka.....................

Sampai gatai kepala si Feroz ni nak buat pilihan

fresh2 gitteewww...

Cik Puan Mask belanja.... tq ye....
Alhamdulillah...

Antara hidangan yg dipilih

Esoknya, Ahad... hari terakhir di sini... sbl check out, round balik depan hotel bg melengkapkan ole2 yg tak lengkap2. Al-maklumlah... duduk kat Le Meridien, bak kata Pn. Zainon.... merangkak pun bole sampai....


Ni, dah check-out, nak check in brg dlm bas pulak
Masa pegi, berkotak2 dgn brg2 pameran
Masa balik berkotak2 dgn brg... ala... brg2...

pegi balik berpeluh nak nyusun brg/beg

Tiket flight kol 6:30 pm... sbl tu, kami pi Monsopiad Cultural Village... tgk budaya masyarakat setempat... kami htr surat mohon mintak diskaun hrg tiket baaahhh..... of kos dpt! Monsopiad ni sebenarnya nama seorang pahlawan Kadazan yg byk memenggal kepala musuhnya dan menggantungkan di halaman rumahnya....


House of skulls...

Dlm rumah ni asalnya ada lbh krg 42 buah tengkorak digantung... semuanya dipenggal oleh Monsopiad tu lah.... Tp dah berkurangan... ada yg dah pecah.. dah zaman berzaman... Keturunan Monsopiad ni ada je duduk kat kiri kanan rumah ni...


antara tengkorak2 yg tinggal...
digantung di tiang bumbung...

nampak tak tengkorak yg tergantung tuu....

ada show... tarian Kadazan (kott???)

terer mamat ni menari sambil tutup mata...
laju lak tu...

`pahlawan' ni sdg mencari mangsa
saya sudah agak neves hokeh, tp sempat posing!
tp, sib baik dia berpaling dan menangkap Mona

pose wajib

muka bahagia siri 4

ececece...

keluar dr Monsopiad, cari mkn di Tanjung Aru...

muka bahagia siri 5

dah sampai airport....
pegi dan balik, sama je kuantiti brgnya...

Oh ye... lupa nak stori mori... kebetulan masa kami kat Sabah, ada Jom Heboh dan ramai la artis dok sehotel ngan kami. Sib baik dah book awal, kalu tak... kempunan nak dok sini yg boleh merangkak je ke tempat soping... heaven! Hotel fenuh dek Jom Heboh ni. Ramai la jumpa artis... dok breakfast dekat2... tp kami menten.... tak offer diri pun utk bergambar... hehehe

Tp kat epot, lain lak citernya...

Ada nampak Fasha Sandha (cam ni ke eja nama dia?)... tp sorang pun tak kepingin nak pegi bergambar dgnnya... maksud saya, org2 kat epot selain dr kami... kami pun tak....

Okeh... selesai entry pasal Prg Semaian Bakti MQA 2011....