Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Wednesday, September 4, 2013

Maafkan Kesalahan Kami, Selamat Hari Raya

Assalamualaikum...


Syawal tinggal 2 hari saja lagi...
Tapi saya tetap nak sampaikan di sini...

Selamat Hari Raya Aidilfitri... 
Jika ada salah silap, mohon maafkan kami... 
Jika ada hutang yang belum langsai, mohon maklumkan kami...
Anda juga... tiada salah silap terhadap kami...

Pertama kali berhari raya tanpa mak disisi....
Mengundang rasa sayu dihati....
Walau sanak saudara mengelilingi...
Masih terbit rasa kosong di sanubari..

Allahu Rabbi...
Ampunkan dosa kedua ibubapa kami... 
Lindungi mereka dari seksaan kubur yang ngeri....
Tempatkan mereka di syurgaMu yang tertinggi...
Bersama-sama mereka yang Kau kasihi

Aamiinn... 


Wednesday, September 12, 2012

Beraya Bersama Sahabat

Assalamualaikum...

Kali ni, cerita bergambar mengenai ziarah raya bersama sahabat2 yang sama2 direzekikan Allah untuk menunaikan haji pada tahun lepas.

2 Sept 2012, kami... iaitu saya, Kak Mar dan Kak Ainul berkumpul di rumah Ustazah Yati di Puncak Alam. MasyaAllah..... Jauhnya tempat tu. Tapi, memandangkan saya dari rumah sepupu saya - Kak Lang di Alam Budiman... makanya, tak terasa sangat kejauhannya.


Tgh skype dgn husband K.Yati, Dr. Rosli yg sedang bertugas di Lubnan

Bersama Dato' Mar, Ust. Yati dan K.Ainul

6 Sept, 2012...Shaha pula dtg rumah saya. Hari ni juga BB saya hilang di ofis. Cuai betul saya ni. Ni dah kali kedua saya kehilangan hp. Tak pe... bukan rezeki saya. Cumanya, saya ralat sbb kehilangan nombor2 yg dlm hp tu la. Dgn BB tu la saya captured gambar2 kenangan musim haji 1432H. Sangat sedddiiiiihhhhhhh....

Dan masa tu, perkara yg plg merisaukan saya adalah..... risau jika Shaha tak dpt contact saya. First time dtg sini, mesti dia tercari2 kan... Saya cuba call dia melalui no yg tertera dlm acc FBnye.. tp dah tak aktif. Akhirnya, saya teringat yg saya pernah tangkap gambar satu page yg memaparkan nama dan alamat bbrp org sahabat haji (ni kes malas nak tulis, maka... tangkap gambar je).

Malangnya, gambar tu pulak ada dlm BB saya yg hilang tu... Owh, tak pe... Dah save kesemua gambar tu dlm lap top usang saya nih. Dan... akhirnya... dapat juga saya menghubunginya...


Saya dan Shaha

Bersama 2 org putera Hjh Shaha dan Hj Zali... ada lagi 3 org
Yang bagusnya... semua masuk sekolah tahfiz
Saya terasa sangat kerdil....

8 Sept pula, Shaha jemput dtg rumahnya di Setapak Indah. Actually, ramai yg dtg di sebelah siang. Tapi, disebabkan saya ada urusan lain di UKM dan kakak pula bersekolah ptg... makanya, kami hanya sempat dtg selepas Maghrib. Di sana... Kak Ainul dan Kak Syikin dah siap sedia menunggu.... Makanan yg disediakan semuanya sedap2... 

Bersama Shaha, K.Ainul dan K.Syikin

Depan rumah Shaha

Ooopps... tambah satu lagi... Sebelum pergi rumah Shaha, saya singgah di rumah sahabat lama saya ~ Hawa. Suami Hawa sedang mengidap kanser paru2 yang dah merebak ke hati dan tulang. Allah.... hebatnya dugaannya. Dulu dah stop kimo, tapi kali ni sel kansernya dah kembali aktif. Dah la.... saya tak boleh citer lebih2, nanti saya pulak yg sedih lebih2....




Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 153 yang bermaksud... ~ Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah bersama orang-orang yang sabar ~

Dan seterusnya, Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 155-156 yang bermaksud... ~ Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata inna lillah wa inna ilaihi rojiun (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali)

Wahai diri.... muhasabah dan bersyukurlah atas setiap nikmat yang dikurniakanNya....


Friday, August 31, 2012

Eid Mubarak!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Syawal tiba lagi. Bulan haji muncul kembali..... Dengan ikhlas dan suci hati, kami sekeluarga memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap dalam tutur kata dan tingkah laku yang telah menyinggung kalian... samada secara sengaja mahupun tak sengaja. Mohon juga dihalalkan segala makan dan minum. Maafkanlah kami.... 

Seperti biasa, lepas solat sunat hari raya di MBA... sesi bergambar sekeluarga pun bermula. Tahun ni, bertema merah. 


Cepat2.... ambik tempat masing2

Ready!

Selamat Hari Raya

Syukur Alhamduillah

Lepas sesi bergambar, kami berkemas2 balik ke kampung... dari hari Ahad (19/8/2012) hingga Khamis (23/8/2012). Hari Jumaat, saya ke JPA... ambik surat kelulusan CBBPDB (paham ke?). Then... hari Sabtu, Ahad... bersambung ke this weekend, rumah kami tak putus2 dikunjungi saudara mara. Alhamdulillah.... Terima kasih sangat....


Yap dan Angah Yati

Bersama sepupu dan anak buah

Meja dah tak muat

Jemput makan... 

Didi n family
  
Sempat solat berjemaah dan bertahlil

Bersama sepupu saya - anak2 perempuan arwah mak lang (kakak mak)

Mak tak sempat bukak telekung lagi

Bang Ngah dan Bang Lang

Along dan Bang Long - persiapan utk ke Ireland

Kak Teh n famili

Abg Nurul n famili

Bang Ngah Pi'ie n famili

Dania, Erin dan A'in

Smile!

Bersama Along Ina dan Kak Lang dan suami masing2

Once again, Smile!

Saya, Kak Lang dan Along Ina

Ingat lagi cerita saya pasal sepupu saya ni - Kak Lang? Saya pernah cerita di Allah, sembuhkan dia. Alhamdulillah, kesihatannya bertambah baik setelah berubat dengan seorang imam di Melaka (selama bbrp hari).... Walaupun, sakitnya masih dtg... tapi tak la sehebat sebelumnya. InsyaAllah, dengan izin Allah... semuanya akan kembali seperti sedia kala. Sungguh kurus dia skg ni.... 3 bulan lebih menderita....


Bang Pudin n famili

Kak Ros dan famili

Angah Aya dan famili dan menantusss

Abg Megat dan famili

Kak Bad dan suami

Kak Hawa dan mak. Abg Nuar (hubby kak hawa x dtg)

Zai dan anak2

Ain dan bakal

Mak dan Mak Teh

Ada lagi... tak larat nak masukkan semua. 

Bagi saya, apa yg penting kerjasama... eh, bukan! Apa yg penting adalah jalinan persaudaraan dan persahabatan yang rapat.... yang sentiasa hidup segar. Amalan ziarah, mampu memperkukuh ukhwah..... punyai banyak hikmah dan kelebihan dalam merapatkan ikatan persaudaraan dan juga persahabatan. 

Kami tak berziarah ke? Of kos ade..... tapi, tak bergambar pun... Segan pulak nak menggendong kamera bagak ni ke hulu ke hilir.... Tapi, ada gak yg bawak... Yg mana ada, nnt saya post kan entry baru.

Daaaaa......


Friday, August 10, 2012

Ramadhan dan MBA

Assalamualaikum....

Tradisi setiap tahun (dalam Bulan Ramadhan), saya pasti memperuntukkan at least - sekali untuk berbuka puasa di luar dan favourite place adalah di Tupai2. Tapi, tahun ni saya berazam untuk tidak berbuka puasa di luar kerana tak mahu ketinggalan solat Maghrib/Isyak dan tarawikh berjemaah di masjid.

Dania dah start tanya.... tahun ni kita tak buka puasa kat luar ke? Saya jawab dengan baik.... saya bagi alasan yg sama. Alhamdulillah... anak2 semua ok.

Biasanya, kami berbuka puasa di masjid pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Sangat best sbb selain dari tarawikh dan Isyak, Maghrib pun dapat berjemaah. Hari2 lain.... kami buka posa kat rumah dan tarawikh/Isyak di masjid. Anak2 tak ikut skali sbb kena buat kerja sekolah...

Alhamdulillah, setakat ni.... setiap hari ada majlis buka puasa kat masjid.Ada je yg sponsor... Makanan ditempah dari caterer yg berbeza2. Khemah pun dah menetap sebulan depan perkarangan masjid.... disediakan khusus untuk buka puasa. Lebih panjaaaang dari khemah org kawen.



Lauk dan kuih, mcm2 ada. Biasanya, jemaah buka puasa dgn kuih muih dulu (tapi kadang2 makanan sgt pelbagai - mcm potluck). Lepas tu solat Maghrib... then baru makan nasi. Syukur... menunya sedap2. Kalau ada lebihan, siap dibungkus lagi untuk jemaah bawa pulang.

Tuuuu... belum cerita pasal moreh lagi... Morehnya pun, meriah. Mlm tadi, ada laksa... semalam, mee kari. Kalau ada qiamullail.... sahur juga disediakan.

Allah.... murahnya rezeki MBA.

Solat juga selesa sbb masjid fully `ekon'. Anak2 jemaah pun tak berlari2... tak buat bising... sebab....



Kat masjid ada disediakan bilik aktiviti kanak-kanak berumur 5 - 10 tahun. Ada mcm2 aktiviti spt mewarna, melukis, bercerita dll. Siap ada penjaga lagi. Tujuan utama..... supaya anak2 ini tak buat bising dalam masjid dan ganggu jemaah bersolat. Cara ni juga boleh menggalakkan anak2 ini dtg ke masjid dan secara tak langsung, parents pun boleh solat dengan tenang.....




Alhamdulillah... tahniah kepada j/k MBA

Wednesday, July 18, 2012

Ganu Kittew

Assalamualaikum...

Inilah sebabnya saya tak dapat attend Majlis Kesyukuran Prof Kamil kat INTEKMA. Sbb kami sekeluarga pegi Awana Kijal, tempat fav saya. Office abg buat family day kat sini from 13 - 15 July. Ini, kali kedua family day FCN di buat kat sini. Gamaknya dah tak taw nak pi mana dah kott....

Katil single dia mcm queen size. Kami dpt 2 bilik... alhamdulillah...

View dari bilik

Spacious swimming pool
Adult's swmg pool

Tuuu... tgh prepare utk dinner mlm ni

Subhanallah... saya suka tempat ni


Omak den!

Kasut comot kakak

Syukur dapat ke sini lagi... yg ntah ke berapa kalinya....


Mlm ada acara dinner... kids' talent show, lucky draw, karaoke etc. Kalau tahun2 sbl ni... saya suka tunggu sampai acara habis. Tapi kali ni... rasa dah kurang berminat. Abih show utk kanak2, saya naik bilik.

Esoknya ada telematch dewasa dan kanak2. Dimulakan dgn yg kanak2 dulu. Dania dan Erin excited nak main. Seronok sungguh depa. Menang dapat hadiah, kalah pun dapat hadiah. Banyak betul hadiahnya... 




Lobi Hotel
Petang Sabtu, ada yg keluar sampai ke K.Terengganu / Pasar Payang. Kami... tak pi. Tak ada apa nak cari kat Pasar Payang tu (kali ni la). Tapi, kami keluar jugak.... saja jln2 kat mall baru ~ Mesra Mall. Dah lama tak ke sini... mcm2 ada dah... 


Pas tu... ajak abg singgah Pantai Kemasik. Indah sungguh ciptaan Allah.... pantai2 di sini memang indah2 belaka. Cuma, kat sini mmg tak de penginapan dan bahaya utk mandi manda. 


Elelelelelele...

ngan adik eh anak saya


Malamnya, ada theme dinner. Temanya... pakaian beruniform. Mcm2 pesen ada. Ada doktor, pilot, askar, pengawas, pramugari dan mcm2 lagi la. Dan... mcm malam yg sebelumnya... saya tak tunggu sampai acara habis.... naik awal. Abg tak naik sekali sbb Erin dan Dania nak stay lagi kat ballroom tu... nak berkawan2 dgn kwn2.

Keesokannya, on the way balik.... wajib singgah beli lemang Kijal. Saya tak berapa minat dgn lemang, tapi lemang Kijal ni.... saya suka sangat. Lemangnya sangat lembut dan sedap!


3 batang seploh hengget

Hasil tangkapan... sata, lemang, otak2...
Syukur alhamdulillah... berpeluang ke Awana Kijal lagi, berpeluang menghirup udara segar Kemasik, dapat makan sata fresh dan sedap dan panas, dapat makan lemang lembut dan sedap.... Allah, ia nikmat yang tidak dapat didustakan.