Showing posts with label Anything. Show all posts
Showing posts with label Anything. Show all posts

Tuesday, July 23, 2013

Nak Percaya Atau Tidak?

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan semua... Nak ucap juga walaupun dah masuk hari ke 14.

Nak cerita sikit.

Hari tu, 12 Julai 2013, Jumaat... saya dalam perjalanan untuk menghantar Sabrina (anak bongsu) ke sekolah. Tiba di satu selekoh (masih dalam kws Bkt. Antarabangsa), kereta saya telah ditahan oleh seorang perempuan (berlainan bangsa) di bahu jalan. Beliau mendukung seorang anak kecil (mungkin berumur lebih kurang 6 bulan) dan sampingnya, ada seorang lagi kanak-kanak berumur dalam lingkungan 5 tahun. Selain itu, ada sebuah motor rebah ditepinya. Melihat kepada keadaan motor yang rebah, kelihatannya seperti accident.

Saya teragak2 untuk berhenti. Pertamanya, sedang rushing nak hantar Sabrina. Keduanya, risau kot2 terjebak dengan perkara2 yang kurang baik. Saya rasa sangat2 serba-salah. Bagaimana jika ia memang sangat2 memerlukan bantuan? Hari ini, mungkin hari dia.

Dalam teragak2, saya berhenti juga. Tingkap kereta depan (kiri) tak boleh buka sebab dah rosak, maka saya bukakan pintu kereta (di sebelah Sabrina sbb tepi jalan). Terus si ibu berkata:

"Akak, tolong saya kak.... anak kecik saya ni sakit kaaakkkk... Saya tak de duit nak hantar pergi klinik. Berilah saya pinjam RM150.00 utk bawa ke klinik. Saya janji akan ganti balik. Ini I/C saya kaaakkk.. Akak tengoklah... saya tak tipu, kak... Saya janji akan bayar balik".

Beliau mengatakan perkara yang sama berulang2.

Saya terdiam. RM150? Boleh percaya ke tak ni? Dalam hati, saya mohon Allah beri petunjuk untuk saya buat keputusan. Kalau dia benar2 sakit, saya boleh tolong hantar ke klinik dan bayarkan sendiri... tapi utk bagi dia cash, saya tak mau. 

Tapi... saya fikir juga... nak bawa naik kereta ke? Risau juga kot dalam kereta nanti, tiba2 ada benda tajam menusuk ke badan saya dari belakang. Dah la saya bawa Sabrina. Owhh... suddenly teringat yang saya tengah rushing nak hantar Sabrina ke sekolah. Maka, tak sempatlah nak bawa beliau ke klinik.

Ya Allah...tunjukkanlah kepadaku apa yang harus ku lakukan...

Sedang dia merayu2 (siap menangis2 lagi), tiba2 anak kecil yang didukungnya itu menoleh ke arah saya. Saya dapat melihat keadaan raut wajahnya yang KELIHATAN SIHAT. Si ibu cepat2 memalingkan semula muka anaknya itu ke arah lain.

Hati saya dah kurang percaya. Saya katakannya saya tak bawa duit sebanyak itu (dlm hati ada tambahan ayat... `tak ada duit sebanyak itu untuk diberikan kpd awak'). Si ibu pun berkata... "kalau macam tu, bagi saya RM50 pun tak pe lah kak... Saya janji akan ganti. Selebihnya saya cari yang lain". Err.... boleh tawar menawar pulak? Saya ambil purse dan menghulurkan RM10 padanya. Saya hadiahkan sahaja... tak perlu ganti.

Surprisingly.... beliau menolak dan MERAJUK! Lalu beredar ke motornya yang rebah (atau direbahkan).

Hati saya masih berbelah bahagi (kesian) tapi agak `tak suka' juga bila dia merajuk dan `tak pandang' RM10 yang saya hulurkan. Akhirnya, saya pun berlalu pergi meninggalkannya. Dalam kereta, masih ada perasaan serba-salah.

Selesai menghantar Sabrina, saya mengambil laluan berbeza utk pulang ke rumah... dengan harapan tak mahu terserempak dengannya lagi. Tapi... saya berselisih juga dengannya... yang sedang menaiki motor tadi. Anak kecilnya berdiri dgn tersenyum riangnya dlm bakul motor. Sekali lagi, pada pengamatan saya, anaknya itu kelihatan sihat walafiat.

Hmm... saya rasa saya mengambil keputusan yang tepat tadi.

Petang, bila di masjid (sedang menunggu waktu berbuka) saya menceritakan kejadian tadi pada auntie Fatimah (kawan mak). Dia beria2 mengatakan agar lain kali jangan sekali2 berhenti sebab dia juga pernah mengalami kejadian yang hampir serupa. Satu lagi kejadian yang dialaminya adalah, sedang dia memandu.. tiba2 motor dihadapannya terjatuh (seolah2 accident sebab dilanggar oleh auntie). Orang tersebut (juga berlainan bangsa) terbaring dan seolah2 menggelupur. Padahal, menurutnya... keretanya tidak langsung menyentuh motor tersebut. Dia buat tak tahu je dan meneruskan perjalanan.

Bila bercerita pada abang... apa lagi, kena `sound' la.... Lain kali jangan berhenti! Huhuhu...

Sunday, July 22, 2012

Yang Mana Satu (Jawapan)

Assalamualaikum...

Kalau berminat nak baca... silakan...

Yang Mana Satu (Jawapan)

Tuesday, February 7, 2012

Cerpen

Cerpen bermakna cerita pendek.... Ye ke cerita pendek? Ye.... saya menggabungkan beberapa cerita dlm satu entry...

Alhamdulillah.... 16 Disember 2011, lebih kurang 9.30 mlm, saya dan suami selamat sampai ke tanah air..... Perasaan sedih dan gembira bercampur baur, sangat sedih meninggalkan tanah haram dan bersyukur kerana bertemu kembali dgn keluarga tercinta. Tak sangka, ramai yg dtg menyambut kepulangan kami di KLIA.

MANGGA OH MANGGA
Masa di Mekah, at least 2 kali sehari kami skype ngan anak2.... guna ipod je.... laptop tak bawa... kamera pun tak. Salah satu cerita masa skyping (ada ke perkataan ni???) adalah pasal mangga.... alaaaaa.... mangga saya yg tak pernah berbuah tu... kalau nak baca semula di Sedekad Lebih Penantian.


Anak saya menayang2kan buah mangga tu dlm skrin ipod.... Waaaahhhhh, sangat besar... saya agak sepanjang pembaris panjang tu. Ye! Sangat2 besar.... mak kata dia tgk mangga bersaiz sama di Giant berharga hampir RM10 sebiji. Daaaaaannnnnnn...... isinya sangat2 manis daaaaannnnnn....... tak de ulat langsung! Syukur alhamdulillah... kuasa Allah, pokok yg tak pernah berbuah telah membuahkan hasil yg sangat2 baik.

Ramai juga yg dpt merasa isinya.... jiran2, sepupu yg dtg rumah melawat keluarga saya semasa ketiadaan kami dan juga org yg panjang tangan.... tak pe la, rezekinya juga... kami halalkan. Mak tinggalkan untuk kami juga.....

Ni yg bersaiz kecil...
Kalau dibanding dgn yg Dania tunjuk masa skype

MUZIUM TENTERA DARAT
16 hingga 18 Disember, saya mengikuti kursus di Avillion Admiral Cove, PD. Banyak kali stay di Avillion, tapi saya sangat suka.... bersih dan cantik. Setiap kali nak balik ke KL (dari PD), setiap kali tu lah Dania ajak singgah di muzium ni.... Sebelum ni, saya dok je dlm keta... zzzzzzzz..... Tgk dari luar, mcm boring je....
Kali ni, baru turun sekali.... Hmmm, sebenarnya menarik juga dan tiada fee dikenakan pada pengunjung. Banyak benda utk dilihat, dan......penat utk cover semua. Pengunjung pun, boleh tahan ramai.... Tu la, don't judge the book by it's cover!

Permintaan Dania utk bergambar dgn abg sojar

Fail peribadi Leftenan Adnan
Mmg dari dulu fail peribadi ni warna putih ye...

KURSUS ANALISIS KUANTITATIF @ INTAN BK
Saya mula berkursus di Intan BK mulai 22 Nov - 20 Dis 2011 (6 minggu). Kursus on modular basis, dimulai dengan Research Methodology, Statistical Analysis dan SPSS. Kursus ni wajib ke atas setiap penerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan saya sgt2 appreciate kursus ni.... sgt bagus dan berguna.... tidak dinafikan.
Dikendalikan oleh pensyarah INTAN yang sangat berpengalaman (ada juga yg baru). Cumaaaaa..... pengajarannya agak speeding, mungkin masa tak cukup (6 minggu, tak cukup lagi?) atau gap yg tinggi antara lecture's expectation dan students' ability? Ye... tak cukup utk covers semua silibus dgn baik. Semuanya rushing aje.... dah la kita ni pelajar `lama'.... Uissshhhh, meletihkan mental dan fizikal. Abih satu modul... bersiap utk presentation dan exam.... mcm tu la for each subject.
Mcm2 pengalaman kami kutip kat sini....
  1. Satu kelas kena marah dgn librarian sbb bising dan makan sesuka hati dlm library... katanya, tak pernah ada group QA berkelakuan mcm ni (ayaks!).
  2. Balik lambat sbb buat assignment, plg lambat pukul 11 mlm keluar dari INTAN.... fuyyoooo... kelas ko! Abih exam last day pun.... stay back sbb assignment tak siap2!
  3. Group saya kena marah dgn lecturer masa lepas presentation... plg saya ingat ayat dia... this is the WORST presentation ever! Mak aiiii.... kena marah depan semua org, tak tau mana nak sorok muka oiiiiii..... Rasa sesia je balik lambat. Tapi... lepas2 tu kami pi jumpa dia personally... mintak maaf sbb tak paham2 (huhu... sedeyyyy). Kami kata, last minit kami sedar apa yg kami buat tu salaaaahhhhh.... Pas tu dia kata... knape tak minta extent masa???? Huhu... mana kami tau bole minta extent..... TAPI.... presentation lepas2 tu, group kami mendapat pujian pulaaakkk.... Presentation group lain tak seperti yang dikehendakinya.... katanya kat depan class... Do you remember, class??? This group made a big mistake last presentation? Tapi sekarang sudah bagus.... Itulah, bukan senang nak berjaya.... Org yg jatuh tapi tak putus asa, akan berjaya.... bukan senang nak berjaya.... bla..bla..bla...
  4. Conflict dgn ahli group sendiri, kesian sahabat saya tuuuu.... Tapi bukan group saya... Ahli group saya baik2 semuanya.... Ahli2 yg pandai mengajar yg belum pandai tanpa jemu... Sgt2 berterima kasih. Group saya ada yg dari DCA, KPKT, MAMPU, Jakim, Perikanan, Landskap dan MQA (of kos!).
Mcm2 lagi la kenangannya..... pahit dan manis...
    Group saya

Our class.... Total peserta 103 ke 104 (tak ingat)

HAPPY BELATED BIRTHDAY, ERIN
13 Nov, birthday Erin yang ke 7.... tapi kami di bumi Mekah Al Mukarramah lagi.... Masa tu, mak ada juga beli kek... tapi Erin kata... uwan lain, ibu lain.... Hokeyyy... kita beli lagi kek ye... kek aiskrim rabbit....


Happy Belated Birthday, Erin...
Tgk la mata aiii.... tak cukup rehat penangan kursus QA (poyos)


SELAMAT BERTUNANG AIN

20 Jan 2012.. anak buah saya bertunang dengan..... hmmm, sape namanya ek... senang citer, dgn jejaka phoojaan hhhaatinya.... Tahniah Ain... Gambar empunya blog mesti enterframe!


Haaaa..... pendek tak cerpen saya??? Pendekkan.....

Thursday, September 29, 2011

Sedekad lebih penantian

Saya (dan famili la, of kos....) telah berpindah dari Wangsa Maju ke kediaman skg pada hujung tahun 1999. Awal tahun 2000, Pak Itam saya telah menanam pokok mangga kat depan rumah. Bukan depan rumah saya je, rumah Mak Su kat Balakong punnnnn... Kiranya usia pokok mangga saya dan Mak Su adalah sama.

Pokok mangga Mak Su menghasilkan buah dengan lebatnya.... slalu sgt berbuah, siap boleh sedekah2 lagi.... Tapiiii...... pokok mangga saya malu nak berbuah. Mcm2 petua diaplikasikan (cewah, apahal skema pulak entry kali ni), tp tak juga berjaya memujuknya.... Walau mcm manapun, ia masih tetap berjasa me`redup'kan kereta saya dan juga kereta jiran saya apabila di parking dibawahnya.... dah bbrp kali niat nak tebang, tapi..... sayang jugak.

Tapiiiii.... hari tu pokok mangga ni mula berbunga. Hati kami pun berbunga2 juga mengharapkan bunga akan menghasilkan buah. Dulu, pernah juga berbunga sekali, tapi bunga tu tak jadi.... gugur ke bumi (alalala... knape skema sgt ni)...heheheh.

Alhamdulillah, akhirnya bunga berjaya bertahan sehingga menjadi buah. Untuk pertama kalinya setelah 11 tahun ditanam, POKOK MANGGA SAYA TELAH BERBUAH.


Nikmatilah gambar buah2 ni.... teruja betulll
Itulah.... akhirnya, ada juga rezeki dari pokok mangga ini dan insyaAllah boleh merasa isinya. Ntah manis, ntah masam.... Wallahuallam.

Dalam hidup ini, kita tak boleh cepat putus asa sekiranya kita tak dpt apa yg kita hajati. InsyaAllah, Allah akan memakbulkan permintaan kita cuma kita tak tahu bila... cepat atau lambat... Atau mungkin bukan kita yg menerimanya tetapi anak/cucu cicit kita... dan mungkin juga Allah tak beri seperti mana yang inginkan, tapi diberi dalam bentuk yang lain.... cuma kita yang tak perasan. Setiap apa yang dikurniakan, itulah yang terbaik buat kita....

Contoh yg sgt mudah.... pokok mangga ni la.... siapa tahu ia akan menghasilkan buah satu hari nanti. Dulu, mcm2 jangkaan keluar... takkan berbuah la.... pokok jantan la. Tapi, akhirnya..... berbuah juga....

Manusia..... yang sedihnya, bila susah... sakit... kecewa.... masa tu lah nak ingat kepadaNya.... Bila senang, sihat, gembira, bahagia??? Mungkin juga ingat, tapi tak sehebat ingatannya semasa derita.

~Muhasabah diri....~

Monday, September 5, 2011

Selamat Hari Raya...

Salam Aidil Fitri...

Korang punya suasana hari raya cam mana? Saya, cam biasa je.... Hmmm, tak de mood tak update ni... tapi saya dan keluarga, nak minta maaf jika ada salah dan silap yg kami lakukan sama ada sengaja ataupun tak sengaja... Maafkan kami ye....

Korang2 semua, sesape yg ada buat salah kat saya... jgn risau.... dah lama saya maafkan... hehehe, tetiba je. Org2 yg saya kenali ni semuanya baik2 belaka... alhamdulillah... Saya dikelilingi oleh keluarga yg penyayang dan memahami, dikurniakan sahabat handai yg gojes dan terbaek!!!

Selain dari balik kg dan menziarahi sanak saudara, aktiviti tak hengat yg saya buat adalah marathon citer Nora Elena... hahaha... dr episod 1 sampai 24 ko! Apo la paedah eh tu... ontahlah... anak2 semua kena mengalah ngan saya... hahahaha.... eh, oklah.. dah citer lain lak...

Kalau ada mood nnt, saya citer la citer raya....

Tuesday, July 13, 2010

Weekend buat apa?

Sabtu, 10 Julai 2010 ada Forum Perdana kat masjid area rumah saya (nak guna ganti nama diri `saya' from now onwards)... tajuknya saya dah lupa (pelupa!) dan salah sorang panelnya adalah Ust. Wan Sohor... Atur cara mula dr 4.30 pm (solat asar dan minum ptg) dan forum mula pukul 5.30. Ttp saya dan famili (xcept mak) dtg lambat dalam kol 6 lebih pi setel hal keduniaan dulu... huhu... Bila sampai, forum dah 1/2 jalan, dan tak boleh nak fokus sgt sbb anak2 asyik nak bertanya itu ini (cheh, salahkan anak2 lak)... tapi, tajuknya berkisar Palestine - Gaza la...


Selepas maghrib, bersambung pulak dengan ceramah/pengalaman perang oleh Us. Hatta, aktivis Mercy Malaysia... yg menceritakan pengalaman beliau berada di bumi Palestine awal tahun lepas... Antara ayat beliau yg saya plg ingat, `kalau nak bagi anak muda kita ni insaf, elok dihantar je ke Gaza sekejap, biar dorang appreciate life kat sini'.... suka lak saya dgr...

Esoknya, Ahad... pegi lak ke Mid Valley... Saya kurang berminat nak ke MValley time choti2 ni sbb rasa cam nak pegi opis jek... laina klu hari Jumaat (nyeh2X).. Tapi, disebabkan Maybank Treatpoints punya fair bertapak disitu, maka saya pun memujuk hubby utk ke sana... Apa yg kami dapat? Penat... sbb ramainya orang.... Tp beli gak la beg lappy discounted 50% tanpa perlu byr apa2 sbb saya menggunakan treat points Maybank... sayakan pengguna kad kredit yg tegar.... And finally, beli gak flash Nikon yg dah diaim sejak dulu....

Hrm... dtg sana tanpa niat beli apa2... kan dah terjerat! Even klu saya teman si Mawar pegi Tong Woh tu tanpa niat beli apa2 pun, end up with saya yg lebih2 dr dia...

Tuesday, July 6, 2010

Reunion sana-sini

Lately ni, sana-sini ada reunion di sekelilingku... kalau bkn yg melibatkan aku, perihal org2 di sekitarku. Jadual hujung minggu penuh, ada reunion Semesti, SM Puteri Titiwangsa (both aku tak attend sbb ada hal).... reunioun sekolah rendah (wahhh... tak jumpa since Dis 1986!)... pas tu ada family day kwarge sendiri, famili day opis abg... semuanya nak sumbat sbl pose... hrm... dah nak puasa dah kan!

Gambar fesbuk kwn2 pun tunjuk pasal reunion... Aku dah terlepas 2 reunion, hopefully yang skolah rendah ni I'm able to attend.

Hari Ahad hari tu, kami dpt phone call.... sepupu abg meninggal dunia (Al-Fatihah)... accident dengan kereta yg dipandu Mat Salleh Denmark kat PLUS S'ban... 3 maut (termasuk cousin abg) dan sorang lagi admitted kat Hosp. Sban. Mereka on the way back from M'cca.... dengarnya attend reunion. Kuar paper dan tv... org Denmark tu memandu arah yg b'tentangan dan crash ngan keta BM yg dinaiki arwah. Actually, mat saleh ni dah accident dulu then keta dia berpusing, terus jln melawan arus di hiway dan langgar keta arwah ni.

Dgr2 lagi, m.saleh ni mabuk dan tak mau bg kerjasama... isk! Sesuka hati dia jer....

Saturday, July 4, 2009

The new toy

Subject yg diterai-terai : New camera
Location : TTwangsa
Cerita??? Tak de... Layan gamba je

Hmmm... belum pro lagi... Baru nak berjinak2