Friday, September 7, 2012

Updated: Bakal Tetamu Allah

Assalamualikum...

Sambungan dari TAHNIAH WAHAI SAHABAT!

Tahniah to Mawar and En Azman
Pssst: Baru diizinkan utk annouce
23 Ogos 2012 (Khamis)... saya masih bercuti raya. Saya received emel thru phone dari sahabat saya ni... attachmentnya adalah salinan surat jadual penerbangan. Allah.... terus mata saya berair... mengenangkan Kenangan Terindah saya. 

Saya imbas kembali.... Pada awalnya, segalanya kelihatan sukar dan mustahil baginya..... Saya cuba meyakinkannya bahawa Allah akan permudahkan segalanya, walaupun beliau sendiri sememangnya maklum.   Saya sendiri melalui banyak peristiwa yang tidak disangka2.. yang memudahkan segala urusan berkaitan persediaan mengerjakan haji. Semuanya atas kehendakNya jua. 

Masalah mahramnya juga selesai. Ditakdirkan bahawa beliau telah berjumpa dengan 2 orang saudara perempuan semasa kursus haji. Kedua2nya sedang membuat rayuan dengan TH untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Salah seorang darinya juga berpengalaman dalam mengerjakan umrah dan haji. Ditakdirkan juga... beliau satu penerbangan dengan seorang yg amat2 kami kenali.

Allahuakhbar.... Maha hebatnya aturan yang Allah susunkan. Segala yang sukar menjadi mudah. Segala yang mustahil dapat diadaptasi dengan baik. Perasaan cemas berganti teruja. Mental dan fizikal, insyAllah cukup bersedia. 

Dan sekarang..... jadual penerbangan telah berada di tangannya.

Saya rindu..... Sungguh, saya rindu...

Friday, August 31, 2012

Eid Mubarak!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Syawal tiba lagi. Bulan haji muncul kembali..... Dengan ikhlas dan suci hati, kami sekeluarga memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap dalam tutur kata dan tingkah laku yang telah menyinggung kalian... samada secara sengaja mahupun tak sengaja. Mohon juga dihalalkan segala makan dan minum. Maafkanlah kami.... 

Seperti biasa, lepas solat sunat hari raya di MBA... sesi bergambar sekeluarga pun bermula. Tahun ni, bertema merah. 


Cepat2.... ambik tempat masing2

Ready!

Selamat Hari Raya

Syukur Alhamduillah

Lepas sesi bergambar, kami berkemas2 balik ke kampung... dari hari Ahad (19/8/2012) hingga Khamis (23/8/2012). Hari Jumaat, saya ke JPA... ambik surat kelulusan CBBPDB (paham ke?). Then... hari Sabtu, Ahad... bersambung ke this weekend, rumah kami tak putus2 dikunjungi saudara mara. Alhamdulillah.... Terima kasih sangat....


Yap dan Angah Yati

Bersama sepupu dan anak buah

Meja dah tak muat

Jemput makan... 

Didi n family
  
Sempat solat berjemaah dan bertahlil

Bersama sepupu saya - anak2 perempuan arwah mak lang (kakak mak)

Mak tak sempat bukak telekung lagi

Bang Ngah dan Bang Lang

Along dan Bang Long - persiapan utk ke Ireland

Kak Teh n famili

Abg Nurul n famili

Bang Ngah Pi'ie n famili

Dania, Erin dan A'in

Smile!

Bersama Along Ina dan Kak Lang dan suami masing2

Once again, Smile!

Saya, Kak Lang dan Along Ina

Ingat lagi cerita saya pasal sepupu saya ni - Kak Lang? Saya pernah cerita di Allah, sembuhkan dia. Alhamdulillah, kesihatannya bertambah baik setelah berubat dengan seorang imam di Melaka (selama bbrp hari).... Walaupun, sakitnya masih dtg... tapi tak la sehebat sebelumnya. InsyaAllah, dengan izin Allah... semuanya akan kembali seperti sedia kala. Sungguh kurus dia skg ni.... 3 bulan lebih menderita....


Bang Pudin n famili

Kak Ros dan famili

Angah Aya dan famili dan menantusss

Abg Megat dan famili

Kak Bad dan suami

Kak Hawa dan mak. Abg Nuar (hubby kak hawa x dtg)

Zai dan anak2

Ain dan bakal

Mak dan Mak Teh

Ada lagi... tak larat nak masukkan semua. 

Bagi saya, apa yg penting kerjasama... eh, bukan! Apa yg penting adalah jalinan persaudaraan dan persahabatan yang rapat.... yang sentiasa hidup segar. Amalan ziarah, mampu memperkukuh ukhwah..... punyai banyak hikmah dan kelebihan dalam merapatkan ikatan persaudaraan dan juga persahabatan. 

Kami tak berziarah ke? Of kos ade..... tapi, tak bergambar pun... Segan pulak nak menggendong kamera bagak ni ke hulu ke hilir.... Tapi, ada gak yg bawak... Yg mana ada, nnt saya post kan entry baru.

Daaaaa......


Friday, August 10, 2012

Ramadhan dan MBA

Assalamualaikum....

Tradisi setiap tahun (dalam Bulan Ramadhan), saya pasti memperuntukkan at least - sekali untuk berbuka puasa di luar dan favourite place adalah di Tupai2. Tapi, tahun ni saya berazam untuk tidak berbuka puasa di luar kerana tak mahu ketinggalan solat Maghrib/Isyak dan tarawikh berjemaah di masjid.

Dania dah start tanya.... tahun ni kita tak buka puasa kat luar ke? Saya jawab dengan baik.... saya bagi alasan yg sama. Alhamdulillah... anak2 semua ok.

Biasanya, kami berbuka puasa di masjid pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Sangat best sbb selain dari tarawikh dan Isyak, Maghrib pun dapat berjemaah. Hari2 lain.... kami buka posa kat rumah dan tarawikh/Isyak di masjid. Anak2 tak ikut skali sbb kena buat kerja sekolah...

Alhamdulillah, setakat ni.... setiap hari ada majlis buka puasa kat masjid.Ada je yg sponsor... Makanan ditempah dari caterer yg berbeza2. Khemah pun dah menetap sebulan depan perkarangan masjid.... disediakan khusus untuk buka puasa. Lebih panjaaaang dari khemah org kawen.



Lauk dan kuih, mcm2 ada. Biasanya, jemaah buka puasa dgn kuih muih dulu (tapi kadang2 makanan sgt pelbagai - mcm potluck). Lepas tu solat Maghrib... then baru makan nasi. Syukur... menunya sedap2. Kalau ada lebihan, siap dibungkus lagi untuk jemaah bawa pulang.

Tuuuu... belum cerita pasal moreh lagi... Morehnya pun, meriah. Mlm tadi, ada laksa... semalam, mee kari. Kalau ada qiamullail.... sahur juga disediakan.

Allah.... murahnya rezeki MBA.

Solat juga selesa sbb masjid fully `ekon'. Anak2 jemaah pun tak berlari2... tak buat bising... sebab....



Kat masjid ada disediakan bilik aktiviti kanak-kanak berumur 5 - 10 tahun. Ada mcm2 aktiviti spt mewarna, melukis, bercerita dll. Siap ada penjaga lagi. Tujuan utama..... supaya anak2 ini tak buat bising dalam masjid dan ganggu jemaah bersolat. Cara ni juga boleh menggalakkan anak2 ini dtg ke masjid dan secara tak langsung, parents pun boleh solat dengan tenang.....




Alhamdulillah... tahniah kepada j/k MBA

Thursday, August 2, 2012

15 Tahun Bersama

Assalamualaikum...


Alhamdulillah.... dah genap 15 tahun usia perkahwinan kami... Seperti kebiasaannya dan ntah yang ke berapa kali ntah.... saya lupa. Ye! Saya lupa! Tahun lepas pun, cerita saya sama je... Saya bukan tak ingat... saya biasanya ingat bbrp hari sbl hari kejadian. Tapi, bila hari sebetulnya... saya lupa. 

Abg? Setakat ni.... tak pernah lupa lagi. Pernah dulu, bbrp tahun dulu.... saya ada visit ke Sabah pada hari anniversary. Sampai hotel.... bila bukak beg, saya nampak ada kad. Rupa2nya... kad anniversary. Menggelabah tak ingat sbb rasa bersalah.

Masalahnya.... tiap2 tahun mcm tu.... Hmm, adakah ini dinamakan saling melengkapi??? Ye... nampaknya mcm tu la. Ini la yg dinamakan keserasian... (iyola tu).

Tak pe la banggg... though ai didn't give u anything, ai dedicate this song for you dear..... For The Rest Of My Life

Maha suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya (Yaasin, ayat 36)


Sunday, July 29, 2012

Allah, sembuhkan dia...

Assalamualaikum...


Sepupu saya (saya panggil - Kak Lang) sedang sakit... Umurnya tua setahun dari saya. Dulu, saya sangat rapat dgnnya... Masa cuti sekolah, saya sering tinggal di rumahnya. Byk cerita kami kongsi bersama. Kak Lang adalah seorang yang ceria, baik, kelakar dan semua org amat menyenanginya. Bila masing2 berumah tangga, lama2 dah agak renggang. Lagi2 bila anak dah makin bertambah. Masing2 sibuk dgn urusan rumahtangga dan kerjaya. 



Kak Lang sedang sakit perut yg amat sgt. Dah lebih kurang 3 bulan. Mula2 masuk DEMC... pas tu keluar... tapi sakit balik. Doc DEMC tak dpt cari punca sakit. 

Pas tu, sakit lagi... sakit yg tak tertanggung. Pindah ke DSH.. Doc kata reflux. Warded bbrp hari dan keluar... But, still sakit. Sakitnya dtg berulang2. Suatu ketika, dah tak tahan sangat.... suaminya hantar semula ke DEMC (lebih dekat dgn rumah) dan Kak Lang merayu utk dibedah. Dia dah tak tahan sangat. Saya tak sanggup melihatnya (waktu sakitnya dtg) dlm keadaan sakit. 

Operation berlangsung 6 jam (ke 4 jam - saya tak ingat). Doc operate dan mencari apa yg tak kena dgn perutnya. Akhirnya, Doc jumpa suatu abnormality dlm perutnya (tak pandai saya nak xplain). Saya lihat, luka operation lebih panjang dari luka bersalin. Ingatkan, sakitnya berkurang slps operate, tapi.... rupanya tidak.

Perubatan moden dan cuba... kaedah tradisional pun cuba jugak... Dah jumpa Harun Din, Pak Engku (sihir) dan sorang lagi kat Tampin... tapi, tak ada perubahan. Badannya semakin kurus... mukanya semakin cengkung.

Skg ni, masuk balik DSH. Doc DSH bising.... kenapa operate. Habis tu.... tak kan nak dibiarkan mcm tu aje. Setakat ni, Doc hanya kasi ubat tahan sakit. Tak buat apa2 dah... sbb semua prosedur dah di buat tapi keputusannya tak de apa2... Kalau ada pun, reflux tu la... Tapi, tak kan sampai mcm tu skali sakitnya....

Saya sangat tak sampai hati melihatnya menderita mcm tu.... Kalau saya sendiri dah rasa mcm tu, suami dan anak2nya apatah lagi. Masing2 dah buntu tapi tetap tak putus asa. Sampai skg ni masih mencari2 lagi kaedah yang boleh membantunya. Kalau tak dapat menyembuhannya pun, at least dapat kurangkan sakitnya pun, jadilah...

Bila jadi mcm ni, terasa kebahagiaan keluarga diragut sekelip mata. Anak2 hilang keceriaannya. Kerjaya... tak tahu mcm mana. 

Allah... bersyukurlah saya sekeluarga masih boleh menikmati kehidupan seperti biasa. Anak2 masih bergelak ketawa. Rutin hidup berjalan seperti biasa. Rutin yg biasa menjadi lebih bermakna dapat menikmati Ramadhan dan bertarawikh di masjid. Allah... syukur. Semua yg saya nikmati sekarang adalah nikmat yang tidak dapat saya dustakan. 

Saya sangat2 bermohon, jika ada yang tidak senang melihat kebahagiaan Kak Lang sekeluarga.... saya mohon agar Allah lembutkan hatinya utk menghentikan semua ini. 

Kepada Kak Lang... apabila Allah mengasihi hambaNya, maka akan diturunkan ujian buatnya. Dalam menghadapi ujian seperti ini, kesabaran adalah yang paling utama. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud;
Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa.
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Surah Al Baqarah (Ayat 286);
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

Ya Allah,
Lindungilah kami dari mara bahaya dan mala petaka...
Lindungilah kami dari jin, iblis, syaitan yang direjam....
Lindungilah kami dari manusia yang kejam...
Hanya kepadaMu kami memohon dan meminta pertolongan....
Aamin.... 
Yaa Rabbal Alamin..
   

Sunday, July 22, 2012

Yang Mana Satu (Jawapan)

Assalamualaikum...

Kalau berminat nak baca... silakan...

Yang Mana Satu (Jawapan)

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Yang Dirindui

Assalamualaikum...

Sumber: Google
Alhamdulillah, Ramadhan yang dirindui menjelma kembali. Syukur kerana kita masih berpeluang menjalani ibadat berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

Petikan dari blog sifu saya,

Saya menulis melalui ANIS betapa ibadat ini terbahagi kepada tiga tahap iaitu puasa umum, puasa khusus dan puasa khusus al-khusus.

Puasa umum ialah menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi kehendak syahwat. Inilah yang dikatakan tahap terendah dan dikatakan puasa orang awam. Manakala puasa khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan daripada melakukan dosa.

Sementara puasa tertinggi ialah menahan hati daripada keinginan yang buruk dan daripada memikirkan sesuatu selain daripada Allah sepenuhnya. 

Sepatah kesimpulan, ia puasa semata-mata kerana Allah, semata-mata kerana Allah dan semata-mata kerana Allah. Bolehkah kita mencapai tahap amalan tertinggi? Rata-rata di kalangan kita tidak mempedulikan nilai puasa yang bakal mereka laksananakan. Setiap tahun ia datang dan berlalu begitu sahaja.

Sumber: www. muhdkamil.org

Ayuh! Kita berusaha dan usahakan utk capai tahap tertinggi dalam ibadat puasa kita.... puasa semata-mata kerana Allah. Bila dah meletakkan Allah di tingkat yg paling tinggi, maka.... insyaAllah semua ibadat akan jadi ringan... puasa wajib, puasa Nabi Daud, solat berjemaah, solat 1/3 malam, jaga aurat, hadir ke majlis2 ilmu.... 

Bila dah sebati, kita akan rasa kekurangan jika tak buat. Malah ia akan jadi lebih ringan jika konsisten mengamalkannya. Kata sifu lagi, 

bila manusia berkata "sakit dan sihat adalah nikmat yang serupa", "lapar dan kenyang juga nikmat yang sama" atau "riang dan duka juga nikmat seiras", maka mereka sudah selangkah lagi hampir menjadi kekasih Allah.

Subhanallah.....

Ampunkan kami sekeluarga jika ada salah silap... dan doa saya semoga keluarga dan sahabat2 yang saya kasihi juga mendapat keampunan dan rahmat dariNya. 

Amin.