Kami sewa keta Waja dari 1st day (Isnin). Tapi tak digunakan sgt sbb we reached hotel late evening on Monday, 2nd day we went to Pulau Payar and 3rd day to Island Hopping.. Kereta pun lepak kat hotel... Tapi X pe...4 convenience
Hari Selasa, kami semua ke Pulau Payar...seorang dewasa RM150 dan kanak-kanak RM120. Package ni termasuk dgn lunch n googels sekali... Bertolak dari jeti lebih kurang 9.30 dan dijangka sampai balik dalam kul 4 pm. Balik hari sebab kat situ tak de restoran, tempat bermalam dan sumber air tawar. Perjalanan (by feri) took about 45 minutes. Seronok sungguh kat sana..cantikkk sgt2. Kalau p sana kena ingat bawak roti untuk feed ikan...
Bagi ikan makan roti... berebut-rebut ikan tu
GAMATTT... ada banyak sangat gamat kat sini. sesekali terpijak rasa geli
Mak makan lunch which includes apple, fried chicken, butter n bun, drink dan tak ingat..
kakak dan pak pen... cantik kan view nih
eeeeeeiiii...kakak pegang gamat
Dah nak balik dah... Kat sini tak ada bekalan air bersih utk bilas, maka... gunakan air hujan yang ditadah utk bilas badan....Babai Pulau Payar...
3rd day in Langkawi (Wed), we went for Island Hopping RM45 p/adult and RM35/children. Took about 4 hours journey...covers Beras Basah Island, Eagle Feeding and Tasik Dayang Bunting.
Kat dalam boat... Selain kami, ada lagi 3 family lain...muat2 satu bot
Sempat mandi kat sini...pantainya bersih dan airnya jernih...Kat sini pun tiada air bersih untuk bilas...jadi kena bersihkan diri (dr air laut) kat Tasik Dayang Bunting (air tawar). Sebelum tu, kami tgk `eagle feeding' dulu...
Tengok tu...banyaknya burung helang
Kan nama `LANGKAWI' tu asalnya daripada heLANG
Then, kami ke Pulau/Tasik Dayang Bunting... Cerita dongeng menyatakan bahawa dulu kala ada fairy princess married with earthly prince... Their first child died shortly after birth. She was so sad and buried mayat anak dia tu kat dalam tasik tuu... Sebelum dia balik ke kayangan, dia `merahmati' air tasik tu, so that anybody yg tak de anak n mandi kat tasik ni will conceive afterwards..Hmmmm.. tu cite dongengnya...Semua Allah punya kuasa. Tengah2 pulau ni ada tasik air tawar yang luas dan cantik. Air tasiknya hijau jernih....
Ni gambar Dania.. see at the back...nampak tak macam pregnant woman tgh baring???
Perjalanan ke tasik ni memenatkan sungguh sbb kena naik turun tangga yg tinggi... Erin pulak kena didukung... nasib baik ada Pak Pen, boleh gilir2 dgn abg dukung Erin. Mak tak naik takut tak larat tgh jalan... Fuhh!!! Lenguh kaki...
Sampai kat situ...WAHHHH, cantiknya view...macam kat oversea lerrr
Dalam sungguh tasik nih...memang tak nampak dasar langsung..untuk yg tak tau berenang ni, main air aje la... tapi abg usahakan juga utk bilas badan yg melekit2 tu sbb kat Beras Basah tadi tak dapat bersihkan badan...So.. mandi la pakai life jacket. Pak Pen tak berani...
Masam aje muka kakak sbb life jacket dia agak tak selesa utknya... Tapi dah itu aje yg ada...macam mana ibu nak tolong?? :-(
Erin dan Dania seronok posing. Hati2 sayang..lantai tu licin
Kat one of the pool ada byk ikan keli (tapi tak de sengat???)...Letak aje kaki, berlumba2 ikan tu tu rapat kat kaki kita...tak sakit, cuma GEEEEELIIIIII....
Tengok tu...banyaknya ikan keli
View dr tangga.. kami balik dulu....
Balik hotel, terus bersihkan diri...tapi budak2 ni dgn Pak Pen dan abg p terjun swimming pool kat hotel, maklumlah...since dtg, budak2 ni tak sempat lagi nak terjun kat swimming pool hotel...Time tu dah dekat pukul 2 dah..Lepas tu mandi dan siap2 nak keluar balik...ni gambar kakak dan pak pen tido dalam kete...kepenatan
Kami berkelah kat Petronas Quay...makan nasi lemak petang dan kuih muih.. Kat sini kami terserempak dgn Dato' Azhar Mansor, pelayar negara...
Dania tengok apa tu...nak naik bot2 tu ke???
HOORAY!!!
Selepas tu kami ke tempat Beras Terbakar, yang terletak dihalaman rumah Ku Halim Ku Hassan, Kampung Raja, Mukim Padang Mat Sirat. Ceritanya... masa perang between Siam n Langkawi, penduduk kampung kumpulkan semua beras dalam lubang besar yang digali dan bakar infront of his house. So that, the Siamese would not be able to get paddy supply which would be their main source utk bertapak di Langkawi....
Dekat Beras Terbakar
Erin dekat depan rumah Ku Halim Ku Hassan (agaknya laaa) Cantik rumah ni...Ada CRV lagi...
Kat sini ada jual mcm2 souvenir
Lepas tu kami pergi ke `Pemandangan Indah'...memang cantik sungguh pemandangan disini... boleh tgk k/terbang berlepas dan mendarat dan sunset..
Comelnya anak ibu...tgk kat belakang ada rainbow
Esoknya, Khamis kami check-out dari Grand Continental n check in kat Aseania. Kami nak ke Langkawi Cable Car... dulu dah pegi tapi time tu tak ada jambatan gantung lagi... Tapi sebelum ke Aseania, kami posing kat Dataran Lang dulu... Dataran Lang (Eagle Square) ni situated @ nearby pelabuhan Kuah. Nama langkawi berasal `Lang' (helang) and `kawi' means perang merah... Panas sungguh time tu... Tapi, nak bergambar punya pasal......
Nampak tak kami kat bawah helang tuh???
In front of main entrance, Oriental Village.
Tgh beratur nak naik cable car... Bayaran RM15/adult.... tapi kena show your MyCard..if not they'll charge RM25...
Dari sini boleh nampak beautiful scenery of Langkawi... nampak Telaga Tujuh.. nak naik gunung Mat Chinchang ni (betul ke ejaan nih?)
Telaga Tujuh, view dari kereta kabel
MasyaAllah...indahnya ciptaan mu...
Inilah satu-satunya tiang yang memegang jambatan ni...located @ centre of the bridge
Pemandangan Oriental Village dari cable car
Dekat sini boleh feed deers...and rabbits too... Patutnya ada gajah sekali, tapi time ni dia menghilang..
Berani Dania pegang rabbit tu...Lepas ni basuh tangan ye sayang...
Erin dan abg pun nak rasa gak....
Berehat sebentar bersama Kit-Kat
Kakak dan Dania..buah hati ibu
Pemandangan di waktu senja...on the way nak cari dinner
Hari ke 5, Jumaat...lepas check out dr Aseania, kami ke Makam Mahsuri pula... Nama sebenarnya, Mahsuri binti Pandak Mayah. Dikatakan bahawa disilah Mahsuri dikuburkan iaitu tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat. Nak masuk sini kena bayar jugak.. RM2/adult n RM1/child.
Dibelakang tu la makam Mahsuri
Besarnya rebana...betul ke namanya rebana???
Teratak Sri Tama dekat Makam Mahsuri
Kalau Dania nak tau, masa ibu dan ayah bertunang dulu, kami pernah tangkap gambar kat sini gak...
Mak basuh muka dari air perigi Mahsuri...ke air paip je tu???
Anak sulung ku... Nur Diana Syahira binti Muhammad Suhaimi
Lepas tu...kami bertolak ke Jeti nak ke Kuala Perlis... Tiket Feri pukul 5 agaknya(dah lupa)
Dalam feri nak ke K.Perlis
Puteri2ku... From right, Nur Diana Syahira, Nur Sabrina dan Nur Dania
Selamat tinggal Langkawi... ada rezeki kita bertemu lagi... seronok sungguh cuti kali ni. Tapi... tak begitu puas hati sbb tak sempat nak explore keseluruhan Langkawi sbb tak cukup masa...Mana tak nya, 2 hari dah ke pulau2. tak pe la... lain kali boleh datang lagi...
Erin nangis sbb kat tgn dia ada nyamuk yg dah mati... WHOOAAAA.. Masa ni singgah utk dinner